Ahad, 24 April 2016
Isnin, 18 April 2016
Dapatkan rawatan segera untuk kes tuntutan perkeso
1.Hmm 4 hari lepas aku siasat satu kes melibatkan kejadian jatuh di tempat kerja..dakwanya jatuh terduduk di tangga di tempat kerja...2 bulan kemudian baru ada kesan sakit,pekerja ni plak langsung tak dapatkan rawatan pada hari kejadian dan boleh bekerja seperti biasa sehinggalah 2 bulan kemudian beliau mengalami kesakitan pada bahagian belakang badan di sebabkan kejadian jatuh terduduk di tempat kerja...dia pi cek hospital kata kena lowe back pain pehhh..lwer back pain sakit wooooo..
2.Kes ni memang amat susah untuk selesaikan...ada kalanya di tolak ada kalanya diterima tengok pada hasil siasatan dan laporan perubatan pesakit...nasihat aku kalau hangpa jatuh di tempat kerja "agak2 jatuh kuatla jugak" maka sakit atau tak sakit kena pi hospital atau klinik periksa dulu sama ada ada kesan jatuh/retak atau sebagainya...susah beb kalau tak de bukti rawatan pertama...dalam tempoh 2 bulan tu macam2 boleh jadi...boleh jadi juga hangpa jatuh kat rumah dan jatuh bukan dalam waktu bekerja?pehhhh susah kes macam ni geng..serba salah dibuatnya...kita boleh tolak kes itu dengan bukti kukuh..tolak dengan bukti yang ada..jarak masa yang panjang beb untuk mendapatkan rawatan dan lepas jatuh boleh plak bekerja seperti biasa x dak masalah sepanjang tempoh 2 bulan..tapi itulah kita pada masa yang sama nak jaga kebajikan pekerja/pencarum maka siasatlah untuk mencari kebenaran dan keadilan..
3.Ingat nasihat aku tu geng..kalau jatuh pergilah dapatkan rawatan hari yang sama...payah nanti nak claim perkeso/socso kalau jatuh di tempat kerja tiada saksi/tak dak orang tengok tiba2 2 bulan kemuadian sakit dan baru dapatkan rawatan...payah payah..aku pening kadand2 nak siasat kes macam ni..nak tolak memang senang ni..tapi tu lah..payah geng..tolongla diri sendiri bantulah kami untuk membantu kalian..
Rabu, 13 April 2016
Operasi Perkeso keatas majikan gagal mendaftar perusahaan di Air Hitam/Simpang Renggam
1.Dua hari lepas aku sempat
sertai Operasi ke atas majikan/syarikat/premis perniagaan yang masih gagal
mendaftar perusahaan/perniagaan mereka dengan pihak perkeso.Operasi yang di
sertai 20 anggota dari pejabat perkeso kluang Johor telah di kerah melakukan
Operasi di kawasan Air Hitam dan Simpang Renggam di mana kawasan ni telah di
kenal pasti melalui hasil risikan mendapati masih banyak majikan yang belum
mendaftar dengan pihak perkeso,walaupun telah banyak kali hebahan dan seruan
mendaftar perusahaan mereka dengan pihak perkeso tidak di endahkan..senang
cakap depa buat dek aje ...
2.Dalam Operasi hampir 5 jam
tersebut sebanyak 80 premis perniagaan di periksa dan didapati 9 majikan gagal
mendaftar perusahaan mereka dengan pihak perkeso,serentak dengan itu sebanyak 9
kompaun telah di keluarkan berjumlah RM4500…tak bayar kompaun dalam tempoh 14
hari tindakan Mahkamah bakal menyusul..kompaun pun bukan tak boleh rayu..boleh
rayu plak tu..biasa dapat la dalam 75%..kebanyakan semua merayu dan di
luluskan..
3.Alasan yang biasa di beri
majikan adalah TIDAK TAHU dan tidak sempat mendaftar perusahaan dengan perkeso…hahaha
alasan tidak tahu alasan yang biasa untuk mengelak dari di kompaun..alasan
tidak tahu dah tak laku geng..perkeso wujud dari tahun 1969 dan dari tahun tu
sampai la ni pelbagai publisiti,hebahan,nasihat dari premis ke premis untuk
mempastikan majikan mendaftar perusahaan dengan perkeso dok ulang jugak
kesalahan dok bagi juga alas an tidak tahu hahaha..sebelum Operasi risalah2
meminta majikan mendaftar dengan perkeso di edar ke kawasan sasaran dan diberi
1 bulan tempoh pemutihan daftar secara sukarela hahaha masih jugak bagi alas an
tidak tahu hmmm memang cari penyakitla..
4.Majikan harus sedar kepentingan
membuat caruman kepada pekerja agar pekerja di lindungi..jagalah kebajikan
pekerja..bayaran perkeso bukan banyak pun..dari serendah 30 sen sehinggalah
paling maksima pun RM66.40 sebulan..tengok pada gaji pekerja la..tak banyak
pun..daftarlah pekerja dengan perkeso demi menjaga kebajikan pekerja..
5.Cara2 nak daftar perusahaan
dengan perkeso ada aku tulis kat blog ni hehehe kena cari la kompem ada
kikiki..
Sabtu, 9 April 2016
Slip disc/hilang pendengaran di sebabkan kerja sila claim dengan perkeso
1.Alhamdulilah..dah seminggu demam baru nak nampak pulihnya hahaha..teruk jugak demam tahun ni geng..apa pun kerja macam biasa diteruskan dalam keadaan demam pun sempat siasat 2 kes tuntutan penyakit khidmat perkeso, yang mana tuntutan itu berkaitan tuntutan kurang pendengaran dan juga masalah slip disc..sejak akhir2 ni memang banyak betul tuntutan penyakit khidmat perkeso berkaitan penyakit kurang pendengaran di sebabkan kerja dan juga slip disc yang disebabkan kerja.
2.Macam post2 aku yang terdahululah..sebut sahaja tuntutan penyakit khidmat perkeso sudah pasti apa yang hangpa kena ingat adalah PENYAKIT/SAKIT yang hangpa alami itu MESTI ADALAH DISEBABKAN/BERKAITAN kerna/PUNCA ADALAH dari KERJA!!!hehehe senangkan tak susah pun!hilang pendengaran disebabkan kerja contohnya bekerja di tempat/suasana yang bising contohnya hangpa kena jaga mesin yang sentiasa keluarkan bunyi bising lebih 90 disebel lama2 kerja contohnya 10 tahun telinga kurang pendengaran makanya boleh lah buat tuntutan penyakit khidmat dengan pihak perkeso..Slip disc pun sama juga lah..kerja di tempat yang sentiasa kena angkat barang berat...kerja yang sentiasa menyebabkan kedudukan kita tidak ergonomic bengkok sana tunduk sini tunduk sana lama2 kena slip disc maka boleh juga buat tuntutan dengan pihak perkeso...hahaha benda ni dah banyak kali aku dok post kat blog aku ni,banyak kali dah dok bagi tahu tapi aku yakin banyak yang hangpa semua tetap tak tahu wakakakaka pasai tu aku x kan jemu dok ulang siar benda yang sama hahahaha..
3.Nak buat tuntutan macam biasala pi pejabat perkeso terdekat..ambik borang tuntutan penyakit khidmat...borang ni hangpa boleh ambik sendiri x payah tunggu majikan..dalam set borang tuntutan penyakit khidmat ini ada set borang khas LAPORAN PERUBATAN (LP/Medical report)nah borang LP/Medical report ni suruh/minta/(kena bayar kat hospital) yang mana hospital yang merawat hangpa isikan hehehe siap medical report/laporan perubatan maka hantarlah ke pejabat perkeso terdekat...lepas itu tunggulah pihak perkeso akan buat siasatan macam yang aku dok siasat la ni lah hahahaha...kalau lepas siasatan maka hangpa akan dirujuk ke JEMAAH DOKTOR KHAS(JDK) untuk pemeriksaan pakar perubatan hehehe..senangkan! Kalau tak paham apa yang aku tulis ni lantak hangpa lah wakakakakaka..(sila rujuk post2 aku yang terdahulu lengkap geng..siap ada borang lagi..pi carilah kat blog ni kompem ada)
Rabu, 6 April 2016
Ahad, 3 April 2016
Langgan:
Catatan (Atom)