Selasa, 26 Jun 2012

meninggal dunia jatuh bumbung kilang



1.Hm tak tau macam mana malam ni aku tak dapat tidur..susah sangat nak pejamkan mata..mungkin jugak sebab pagi tadi aku melawat satu kilang dimana berlaku bencana kerja didalamnya yang menyebabkan pekerja itu meninggal dunia...atau mungkin juga kepala hotak aku yang berserabut lantas menggangu masa tido aku..


2.Pagi tadi aku sempat melawat satu kilang dimana pekerja kilang ni sedang melakukan kerja kerja membaiki lampu yang rosak didalam kawasan production kilang tersebut..lampu tersebut terletak dalam ketinggian lebih kurang 5 meter aku agak2 je la sebab tak sempat nak ukur..nak baiki lampu tersebut nak kena guna tangga jugakla..nak dijadikan cerita entah macam mana ketika diatas bumbung kilang beliau telah hilang imbangan dan terus jatuh ke lantai dengan cara pendaratan kepala jatuh dahulu dek kerna kepala jatuh dahulu maka kecederaan yang beliau alami amat parah..beliau terus dikejarkan ke hospital dan sejurus keesokannya meninggal dunia..Al-Fatihah


3.Lama jugak la berada dalam kilang tersebut..mugkin juga ada beberapa kelemahan dari aspek langkah keselamatan yang tidak diambil kilang akibatnya nyawa melayang..mugkin juga dah sampai ajalnya..sepatutnya topi keselamatan dipakai..tali keselamatan juga patut digunakan bla bla bla benda dah jadi....nak buat macam mana..



4.Hakikatnya insan ini meninggal dunia meninggalkan seorang isteri yang masih muda..anak masih kecil 2 orang..sama macam aku..anak juga dua orang..isteri insan ini meratapi pemergian insan tersayang dengan cara  kematiannya yang cukup trajis..bertuah juga insan ini mempunyai seorang isteri yang benar2 menyayangginya..agak2 jika aku yang mati mungkinkah isteri aku juga menangisi kemergian aku?????susah nak cakaap


yang malas nak masuk kilang nak kena pakai safety bot ni hah..berat siottt kasut ni


Jumaat, 22 Jun 2012

musim bola jersi laku beb



1.Hari ni aku ronda2 kat tempat member aku niaga ..ramai jugak member2 aku yang suka sangat niaga.. macam2 jenis perniagaan dari yang kecil sampaila tahap jutawan..tapi biasanya yang kecilla yang selalu ingat kita hahahaha yang dah kaya raya bukan tak ingat tapi busy sokmo.


2.Sempena demam bola euro ni aku singgah la tempat member aku ni niaga jersi hehehe member satu pejabat..laku bebenarla time2 demam bola macam ni..untung jual jersi ni hanya mereka yang terlibat dalam perniagaan jenis ni je yang tahu betapa lumayanyerrr..tapiiii memang lumayan wa cakap lu hahahaha siap leh upah pekerja wooooo....



3.Tapi betul la kata orang kalau nak jual jersi tempat paling laku dan leh jual kompem pasar malam..kalau buka kedai tak berapa nak jalan..





4.Lihat member dah ramai berniaga ni aku rasa sikit masa lagi nak ne join kelab niaga depa la..hidup zaman ni tak leh harap satu punca pendapatan jah..






Khamis, 21 Jun 2012

cendol bakar


1.Minggu ni busy teramat sangat tambah2 bos tak de..kakitangan tak cukup semua nak pi kursus adehhh..tambah plak cuaca tak menentu diceriakan lagi dengan keadaan panas lain macam je macam nak terbakar rasanya..silap gaya leh demam..


2.Habis kerja tekak dah terasa haus lalu aku singgah jap kat warung cendol bakar kat stesen keretapi kluang..hahahaha mula-mula aku ingatkan cendol dibakar pe benda la dan macam mana la depa pi bakar cendol kakakakaka rupa2nya cendol tu pak bakar yang punyer hahahaha..cendol biasa je beb..tapi sedap jugakla.


3.Istimewanya cendol bakar ni..selain ianya sedap..banyak yang percuma di warung ni..minum disediakan dan ianya percuma..tambah cendol percuma, tambah santan percuma..golongan miskin makan pun percuma..Alhamdulilah disaat semua barang lain harga disaat semua jenis manusia mementingkan keuntungan depa ni leh lagi bagi percuma...wahhhh salah satu amal jariah yang orang lain tak buat lagi setakat ni!


4.Strategi banyak yang percuma ini telah berjaya menarik pelanggan..jadi tak hairanlah banyak cawangan cendol bakar telah dibuka khusunya kat selangor.


5.Hehehe tapi kalau makan cendol kat sini konsepnya layan diri la bro..sendiri order sendiri jugak pi ambik hahahaha biasala benda banyak percuma hahahaha..



Selasa, 19 Jun 2012

ceramah perkeso@ kilang tai wah garment



1.Semalam aku ke kilang Malaysia Mosaic Berhad sempena Program Advokasi keselamatan pergi dan balikkerja,hari ni plak aku di jemput oleh pihak Pengurusan Kilang Tai Wah Garment Sdn Bhd untuk sampaikanceramah tentang hal ehwal berkaitan tuntutan bencana pekerjaan dan berkaitan dengannya, ramai jugak la audien yang terdiri daripada gabungan 2 kilang Tai Wah Garment,satu cawangan kluang satu lagi cawangan segamat, depa hantar team pengurusan dan Ahli kesatuan kilang.Kalau hantar semua pekerja mahpuihla aku hahahaha..agak2 la weii



2.Alhamdulilah ceramah berjalan lancar..aku dah biasa dah bab2 bagi ceramah ni..sampai malam pun tak habis aku nyer ceramah hahahaha yang pasti Alhamdulilah depa semua tak boring dengan ceramah aku..tu yang penting hahahaha  biasala kita ceramah ni jangan duk serius sangat nak kena ada gelak ketawa baru depa tak tidoq hehehe..er er aku lau bab cakap tak jadi masalah leh jadi juru jual wooooooooo leh jadi perayu undi wooooooo kakakaka najib hang tak nak oper aku ka???kui kui kui


3.Satu lagi kita sebagai penceramah ni kena bijak kawal situasi..InsyAllah ceramah akan diikuti dengan penuh rasa minat dan depa takkan jemu..er er tapi kalau asyik duk suka je memanjang pun susah jugak ni hehehe..er er layan gambaq ceramah dulu ye hahahaha..






4.Perkeso di bawah kementerian sumber manusia mengalu alukan mana2 syarikat atau agensi yang memerlukan kehadiran kami untuk sesi  penerangan mahupun ceramah berkaitan perkeso dan ianya dilakukan secara percuma!Oleh itu hubungi pejabat perkeso terdekat untuk mendapatkan maklumat lanjut :)








Isnin, 18 Jun 2012

sesi beri helmet percuma@kilang malaysia mosaic kluang


1.Hari ni dari pagi sampai ke tengahari aku duk semak fail kompaun,sejak dilantik menjadi Ahli jawatankuasa pengkompaunan ni adehhh leh katakan tiap2 bulan de mesyurat pengkompaunan..bukan kerja mudah nak luluskan syor kompaun depa ni..banyak yang nak kena dipertimbangkan..bukan main lulus je..sebabnya mudah jika depa tak bayaq kompaun kita ne lanjutkan ke mahkamah plak!kat mahkamah kompem kita nak menang kes!


2.Hari ni juga satu program dinamakan program advokasi sempena kempen keselamatan jalan raya melibatkan perjalanan pergi dan balik kerja telah diadakan..untuk peringkat zon kluang kilang malaysia mosaic berhad telah dipilih ..sebab apa kilang ni dipilih???sebab kes kemalangan jalan raya terlampau banyak melibatkan pekerja kilang ini!tak kira pekerja tua ka muda ka..leh dikatakan tiap2 minggu aku ne pi siasat kes kemalangan kat kilang ni...


3.Program hari ni diselitkan juga dengan ceramah keselamatan jalan raya di sampaikan oleh Inspektor Margerat dari cawangan trafik Ibu pejabat polis daerah kluang..hehehe seingat aku ini kali kedua kita orang bekerjasama dengan Inspektor Margerat ni,orangnya cool hehehehe



4.Lepas ceramah kita orang edarkan secara percuma helmet baruuuuuu dan juga jaket keselamatan dekat 40 orang pekerja di kilang ini...pehhhhhhh percuma beb!!!!!aku sendiri pun tak dapat beruntung betul la hangpa ni!pemilihan dibuat secara rambang melibatkan pekerja yang mempunyai helmet yang usang akan ditukar baru!pehhhh pasai apala perkeso tak bagi kat staff sendiri hahahaha rugi wooooo





5.Sasaran program ini sudah pasti pada pekerja yang mengunakan motorsikal..mengikut statistik perkeso kebanyakkan kemalangan melibatkan bencana kerja dijalan raya adalah melibatkan pekerja yang menunggang motorsikal!



6.Adalah diharapkan sedikit sebanyak usaha kami ini mampu mengurangkan kemalangan jalan raya khususnya melibatkan pekerja.opssss ni helmet yang tak selamat digunakan lagi.....


Ulasan lanjut bakal menyusul..rest sat penat!!!

Ahad, 17 Jun 2012

Aktiviti biasa hari minggu

1. Tiap hari minggu tugas aku pi pasar kakakaka..begitulah rutin sejak 5 tahun lalu..dan sejak 5 tahun lalu jugak pasar ni tak pernah berubah...pasar awam dok macam tu jugak..kebal dengan tiada tanda harga hahahaha..ohhhh mungkin juga hari minggu geng2 kementerian perdagangan dalam negeri tak kerja kan kan..


2.Bab2 memilih ikan ni aku memang suka hehehe ..sebut pasal ikan teringat my x bos hm hm  dah lama tak peluang pi mancing ahhhh rindu kat my x bos..kalau dia masih ada kompem leh pi pancing macam biasa..hm hm la ni dok pancing kat pasar je le hehehe..hari ni beli ketam pehhhh best wooooo


3.Pasar awam memang seronok lau pi hari minggu ramai orang beb..hehehe bila ramai orang boleh aku duk menung lama lama kat satu2 gerai dalam pasar tu kakakakaka time tu nak beli time tu gak menung2 dok pikir dan banding harga kakakaka..lau tak de tanda harga macam ne nak banding woiiii..lau tak dak orang/orang tak ramai malu arrr geng dok tenung lama2 kat ikan tu kakakakaka




4.Lepas pi pasar aku melencong sat tengok rumah...harap2 cepatla siap hehehe..orang miskin macam aku ni hanya layak dok umah cam ni je ehhh tu pun rumah bank kakakakakaka bukan umah aku lagi tu dah 90% siap..:)


5.Esok teringin nak makan cendol bakar...hangpa pernah makan ka???? ceritanya esokla ye hahaha