Rabu, 24 April 2013

Program Latihan Profesional Dan Kemahiran ABSEC Superkids


 
1.PERKESO Muar dengan kerjasama daripada pihak ABSEC, Malaysian Building Society Bhd (MBSB) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Abong serta Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) sekolah tersebut telah berjaya menganjurkan satu program yang dinamakan Program Latihan dan Kemahiran ABSEC SUPERKIDS ‘MENCIPTA DUNIA PRESTASI DI KALANGAN KANAK-KANAK BERSAMA PERKESO‘ pada 6 April 2013 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Abong.
2.PERKESO Muar telah dilantik oleh pihak ABSEC (M) Sdn. Bhd. untuk menjadi tuan rumah dan penganjur untuk program ini yang dikhususkan untuk remaja dan kanak-kanak yang berumur 18 tahun dan ke bawah.Program ini memfokuskan kepada penguasaan kemahiran mental, emosi, perasaan dan personaliti yang matang. Perkembangan minda cerdik bermula dengan kebolehan memahami dan menguruskan emosi dan perasaan sendiri, diikuti dengan pencapaian personaliti yang positif. Kebolehan menguruskan emosi dan sokongan perasaan dapat membantu membina keyakinan diri, semangat berdikari dan sikap positif.
3.Keupayaan mengurus emosi diri sendiri membolehkan kanak-kanak memahami bagaimana mengawal emosi, keperluan tanggungjawab, menghormati pandangan orang lain dan menjaga kesantunan berbahasa untuk membina kemahiran sosial dalam masyarakat berbilang kaum yang mesra dan harmoni. Walau bagaimanapun, sosioemosi yang ditunjukkan oleh kanak-kanak dalam bentuk yang keterlaluan tidak baik dipandang oleh masyarakat. Ini bermakna, kanak-kanak seharusnya mempelajari bagaimana menyesuaikan bentuk sosioemosi mereka dalam masyarakat.
4.Di dalam program ‘ASK’, kanak-kanak akan didedahkan tentang kesedaran dan pengurusan kendiri, pencapaian emosi yang positif, kesedaran tentang keperluan, perasaan dan pandangan orang lain, pembinaan kemahiran sosial dan pembinaan keyakinan menghadapi cabaran kehidupan harian.
5.Program ini juga menawarkan kad keahlian sehingga umur 18 tahun, insurans ahli bernilai RM10,000 untuk setahun, tabung cheeky yang eksklusif, diskaun barangan melalui online, diskaun barangan secara tunai , portal cheeky yang menarik, aktiviti menarik di dalam portal, program latihan dan kemahiran asas Superkids, program lanjutan dengan harga diskaun tertinggi, program Fun English sebanyak 16 subjek melalui sistem online, program fun maths dan juga pelbagai program yang diuruskan oleh syarikat ABSEC serta kerjasama pihak MBSB.
6.Semoga dengan kejayaan program ini pelajar dan anak kepada anggota yang telah menyertai program ini mendapat manfaat dan berjaya di masa hadapan serta menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Selasa, 23 April 2013

treler negara berkebajikan singgah di kluang


1. Jam 5.30 tadi sempat meninjau perasmian Pusat Informasi PAS N29 DUN Mahkota Kluang..pusat informasi tersebut dirasmikan oleh saudara Mohd sabu (mat Sabu) yang lebih mesra dikenali sebagai abang mat..sebut pasal abang mat ni kagum jugak aku..sanggup beliau tinggalkan kawasan pilihanrayanya semata mata nak tolong kempen geng2 pakatan di Johor Khususnya d kluang,kota tinggi dan juga di gelang patah..pehhhh sedangkan di kawasan parlimen pendang belum tentu beliau mampu memenanginya..itulah hakikat sebuah perjuangan dan persahabatan..tolong menolong antara satu dengan yang lain lantas mengetepikan kepentingan diri..


2.Serentak dengan perasmikan pusat Informasi pas DUN Mahkota N29 tersebut juga menampilkan Treler Negara Berkebajikan..aku rasa ni kali pertama Treler Negara Berkebajikan tiba di Kluang...pehhhh boleh tahan hebat jugak treler ni..entah macam mana la mereka boleh terfikir untuk mewujudkan treler yang cukup lengkap dengan pentas dan sistem audio yang agak canggih beb..pehhhhh idea ni tak dak sapa boleh terfikir sebelum ni..cukup2 teruja melihat treler ini dengan sistem audio nya..

hehe sistem audio beb..


3.Turut hadir menyampaikan ceramah atas pentas treler jelajah negara kebajikan ini adalah calon2 PRU 13 Parlimen Kluang serta calon DUN dibawahnya..iaitu DUN Mengkibol dan juga DUN Mahkota..hebat2 belaka pidato mereka ni..ada isi dan ada fakta..hm hm.turut serta calon DUN Paloh dari DAP hehehe..laantak korang la..aku tengok kali ni depa ni betul2 bersatu beb..bersatu satu hal dan bersemangat..dipanaskan lagi dengan kehadiran Terasa Kok hahahaha..betul2 pidatonya aku kagumi..


4.Hajat hati lepas ni nak meninjau kem lain plak hahahaha..nanti depa kata bias dengar satu pihak plak hehehe..tapi adehhhh nak pi kem satu lagi tak de mood la geng asyik angkat modal yang sama buat ceramah..maki sana maki sini tu yang aku tak berapa suka..liwat la cina jadi perdana menteri la DAP nak johor la bla bla bla bosan aku...adehhh tahap tu budak2 pun tahu kebenaran dan kepalsuan..

yang pasti sikit sebanyak ceramah di johor telah mula mendapat tempat ..


Isnin, 22 April 2013

Latihan rutin for 2 Humaira :)

1.Latihan solat tiap2 hari untuk si Nur Qaisara Humaira dan Nur Qaleesya Humaira..Alhamdulilah

hehehe..


Sabtu, 20 April 2013

Sekitar Penamaan Calon PRU 13 Parlimen Kluang


1.Penat tapi puas..baru sahaja balik dari pusat penamaan calon bagi Parlimen Kluang yang diadakan di Dewan Sultan Ibrahim Tasek putih Kluang.Cuaca kejap panas kejap mendung..tapi agak seronok dan bersemangat untuk kekal berkumpul walaupun di sebelah BN tak sampai 50 orang yang tinggal...hehehe awalnya ramai tapi bila masuk jam 11.00 pagi tinggal 50 orang aje hohoho malu beb calon lau macam ni..


2.Hehehe HAK MENGUNDI HAK KAMIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII...hohoho...pejabat YB dekat dengan pejabat aku pun tak pernah nampak muka INI KALI LAHHHHHHHHHHHHHHHHH...


3.1000 pengikut dari pelbagai kaum bro mengiringi calon kami hahahaha...INI KALI LAH...dan Hari ni adalah tak pelik untuk melihat kaum cina,india memegang dan menjulang bendera pati PAS dengan megah dan bangganya hahahahahaha..lalalala..ini berlaku di hari penamaan calon PRU 13 Parlimen Kluang beb..ehem ehem..dengan bangganya menjulang bendera pas uncle sami ni :)


beliau juga menjadi tumpuan pelbagai media di Penamaan calon Parlimen Kluang..hehehe banyak kali wartawan jumpa denganya..

wartawan malaysia kini di hari penamaan calon parlimen kluang hehehe..banyak kali interview geng pakatan rakyat lalalala


opssssss..pada hari penamaan calon hari ni banyak Akhabar arus perdana yang diberi secara PERCUMA AKAN TETAPI KAMI TAK NAKKKKKKKK KERNA DIDALAMNYA PELUH DENGAN FITNAH wakakakakakaka maka akhbar itu dibuang dan dibiarkan di tepi jalan tanpa sesiapa mengambil nya wakakakakakakakaka INI KALI LAH!!!!!!!


wakakakaka akhirnya beginilah nasib akhbar arus perdana itu wakakakaka


Ok la geng macam biasa apa jua pegangan politik kita NAMUN KITA TETAP BERKAWAN hahahahaha terasa hati jangan ada walaupun sedikit sebab HAK MENGUNDI HAK KAMI wakakakakaka INI KALI LAH!!!!!!

INILAH TAK SAMPAI 50 ORANG PEYOKONG BN YANG BERTAHAN MENYOKONG CALONNYA DI PARLIMEN KLUANG SEKITAR JAM 11 PAGI TADI HEHEHE..INI BETUL PUNYER BEB PELIK AKU..

Khamis, 18 April 2013

Rabu, 17 April 2013

Pehhh penangan Udang galah!!!!!


1.Pehhhh malam ni my wife masak udang Galah saiz XXL punyerrrr hohohoho..besar woooooooo..Udang Galah segar dari sungai kahang ni sedap sekali..biasanya aku beli la...tapi hari ni tok batin kampung orang asli sedohok bagi hahahahaha lalalalala sedap tuuuuuuuu..ni yang orang kata lagi ramai kawan lagi baik ni hahahaha..


2.Wife aku buat tomyam udang galah..pehhhh sedapla jugak..minggu lepas pekena tomyam belut..malam ni pekena tomyam udang galah wakakakakaka Alhamdulilah rezeki Allah bagi hahahaha..tapi udang galah ni memang tak kan jemu la bbeb..sedap2 manis daging udang ni buat aku sentiasa beli...adehhhhhh tapi harga mahal la sikit..nak buat macam mana kalau dah suka..


3.Tapi antara Udang galah masak tomyam dengan masak kuning ni (er er aku tak tahu la nama masakan ape wife aku buat ni kakakaka) aku rasa masak kuning lebih sedap dan berlemak dan terangkat rasa manis udang galah tu...Hmmmm nak harapkan aku pancing kompem tak dapat la udang galah ni


Lawatan Pengarah Negeri :)



1.Hahaha jem kat ruangan komen aku beb ..bab2 berkaitan tuntutan perkeso ni memang tiap2 hari ade pengikutnya hohoho kena plak page tu dah jadi lembab beb..tapi takpe aku cube jugak jawab yang terbaik untuk hangpa..

2.Hari ni plak Pengarah Perkeso Negeri Johor Tan Bi Fong mai pejabat aku..so sampai tengahari jugak la dok bagi taklimat dalam bilik mesyuarat...tapi pengarah ni baik hahahaha bab2 taklimat stil on bab makan pun on sekali hahahaha no hal..

3.Yang menarik aku tengok Pengarah baru aku ni lain sikit dari yang biasa..ok dan cool orangnya..hope berpanjangan hahahahaha..kerja akan lebih menyeronokkan jika tiada yang  sibuk2 nak kondem sana kondem sini lalalalalalala...

4.Hehehe terima kasih juga sebab puji bahagian aku tadi..yeee sebenarnya team aku tu patut dipuji pun..pencapaian faedah pun baik...yang tak puji mesti terdiri dari golongan yang buta...tau nak marah aje kerjanya hahahaha...kadang kala orang luar tahu dan lebih pandai menilai beb..wel tima kasih la pengarah..dah lama team aku ni sunyi dari dengan pujian wakakakakakakakakakakaka

Isnin, 15 April 2013

siasat kes macam biasa :)

1.Makin banyak kemalangan yang melibatkan perjalanan pergi dan balik kerja..hari ni aku siasat dua kes kemalangan dalam perjalanan pergi dan balik kerja...kedua-dua kes macam biasala patah sana patah sini hehehe..hm tak tau nak kata apa dah..kemalangan melibatkan perjalanan nak pi kerja ni saban hari meningkat..mugkin penggunaan motorsikal bekali...dan oleh sebab kemalangan ni lah tiap2 hari aku de kerja luar hahahaha..apa nak buat beb..

2.Namun kes2 kemalangan yang melibatkan perjalanan pergi dan balik kerja ni tak kira jantina sebenarnya beb..asal lalai sikit kompem kenalah kita...yang tak tahan kesian aku tengok bila kemalangan tu menyebabkan kita terpaksa pakai areal hehehe sakit beb..

3.Hari ni jugak sempat masuk ladang kempas klebang pehhhhhh boleh tahan dekat2 nak pihan raya ni kat ladang pun depa pasang bendera gak..hm hm 



Ahad, 14 April 2013

Tahniah Haziman Harun :)

Tahniah bro Haziman Harun er er adik lelaki aku ni akhirnya selamat mendirikan rumahtangga dengan pilihan hatinya  hohoho..doaku moga-moga kalian berdua kekal bahagia dunia akhirat ..aminnn..ehem ehem atas pelamin bukan main control wakakakaka..aku n the 3 Humaira tumpang glamor sikit kekekeke..


Sabtu, 13 April 2013

PERKESO di UTC Pahang




1.Pusat Transformasi Bandar / Urban Transformation Centre(UTC)di Kuantan, Pahang yang merupakan UTC yang ke-4 di Malaysia.

2.UTC Pahang yang dibangunkan dengan kos sebanyak RM37 juta itu menyediakan perkhidmatan lebih 60 jenis agensi kerajaan dan swasta termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang akan beroperasi setiap hari dari pukul 8.30 pagi hingga 10.00 malam. Dengan adanya UTC ini ia diharapkan dapat meningkatkan kecekapan sistem penyampaian awam sekaligus membawa kesejahteraan kepada rakyat.

3.PERKESO merupakan salah satu agensi yang memberikan perkhidmatan di UTC Pahang ini bermula dari jam 8.30 pagi hingga 10.00 dan ini merupakan UTC keempat yang turut disertai PERKESO.

Jumaat, 12 April 2013

mesyuarat opis aummmm


1.Hari ni mesyuarat opis..macam biasa tiap2 bulan mesyuarat adehhhh..kadang kala dah naik bosan aku dengan mesyuarat ni..tapi apa nak buat hahahaha kita makan gaji ni macam ni lah..tapi kalau asyik meating aje tiap2 bulan boleh kena sawan aku..

2.Adakala suhu mesyuarat suam2..ade kala panas...panas belasah aku perkara biasa hahahaha..dan aku biasa kena belasah kakakaka dan itu bukan lagi luar biasa hohohoho biarkan biarkan..opsss nak tegur kesalahan orang pun kadang kala kita kena belasah wakakakakaka itu adatla..ada yang disayangi dan ada yang tidak hohohoho lalalalala..aku bab kena bedal ni no hal..masuk telinga kanan terus 100% keluar telinga kiri wakakakaka..

3.Lalalala..esok ingat nak join pi dengar ceramah DAP lahhhh kot2 leh idea baru hahahaha..leh hilangkan tension sawan mesyuarat ni..

Khamis, 11 April 2013

Perkeso kini beroperasi di 4 UTC (Urban Transformation Centre)


Untuk memudahkan dan memperluaskan perkhidmatan perkeso kepada rakyat khususnya kepada pencarum serta majikan,maka pihak perkeso telah memperluaskan perkhidmatan kuanter di 4 negeri yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 10.malam..Operasi khas kaunter ini hanya beroperasi di UTC (Urban Transformation Centre)


Rabu, 10 April 2013

tomyam belut paling best di kluang!


 
1.Jika hangpa nak merasa segala jenis masakan berkaitan belut maka hangpa cuba la pi makan kat  IZZS SUP BELUT, pelbagai masakan berasaskan belut..belut yang segar yang menjanjikan 1001 kelazatan dan keenakan..pehhhh restoran masakan belut yang terletak di jalan bakawali (belakang plaza BCB Kluang-sebelah stesen bas kluang-sebelah marybrrown BCB-area kedai kain-felisa kosmetik kluang) sememangnya menjanjikan yang terbaik untuk hangpa sekalian hehehe..hangpa takkan menyesal makan kat sini beb..baik punyer belut wa cakap luuuuuuu hahahaha yang menjanjikan 1001 tenaga wooooo hahahahaha..bikin diri hangpa panassss dikala malam yang dingin kakakakaka..tak caya ka hohoho..cube le..

2.Beroperasi dari jam 1.00 petang hingga lewat malam..IZZS SUP BELUT Kluang ni menjanjikan pelbagai hidangan berasaskan belut..belut yang sememangnya segar (hidup2)..dibawa khas dari Kelantan hohohoho..siap naik bas lagi belut ni..punyerla terbaik beb..betul2 moden belut ni kakakaka.

3.Oleh kerana niat nak mencube pelbagai maskan belut so..aku bertiga dengan member opis aku ni order 3 jenis masakan belut yang berbeda hahahaha sebab nanti boleh rasa semua 3 jenis masakan yang aku order tadi..so kami bertiga pun orderla Tomyam belut ,Paprik belut dan Belut goring kunyit hohohoho terangkat!!!!!!semuanya sedapppppp hohoho..bagi aku Tomyam belut yang sangat sedap jatuh kat kedai ni…memang sedap beb..tomyam belut paling sedap yang pernah aku makan..aku rasa hangpa patut cube…jangan takut daging belut ni cukup berkhasiat beb..nagi yang pernah mencube mesti kena cuba tomyam belut kat sini..sedap wa cakap lu..tak rugi kakakaka..ala bagi yang geli2 tu hangpa cube la..tak geli pun macam makan ikan keli aje..tapi lebih sedap dari ikan keli hohoho…woitttt makan belut ni tido malam kompem bahagia woooooo kakakakakaka..
paprik belut..
 tomyam belut..
 belut goreng kunyit..

4.Harga plak aku rasa dah cukup murah!!!semangkuk Tomyam belut RM6.00..tapi sememangnya berbaloi!!!!!!!keenakannya tidak mampu untuk dinafikan…tak caya pi makan sendiri kakakakaka…member aku siap hirup sampai licin wakakakakaka kompem jika member aku tengok picture nil eh hysteria tahap gaban ni kakakakakaka..er er stanby nak makan..

 sedapppppp woooooo wakakakakaka..geng jangan marah masuk gambaq hang wakakakakaka akan dibuang dalam tempoh 24 jam wakakakakakaka..

5.Ehem ehem lepas ni nak kena pi lagi ni..tak puas makan beb.LICIN wakakakakakaka..