Khamis, 22 Jun 2017

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Buat Pengunjung Budak Bakong :)

1.Salam Geng..dalam dua ke tiga hari lagi kita akan menyambut Hari Raya kemungkinan jatuh pada hari Ahad ni kot hehe..jadinya aku nak ambik kesempatan pada hari ini untuk memohon ampun dan maaf jika terdapat apa jua kesalahan disepanjang menulis blog ni..mana la tahu hahahaha...tambah2 lagi yang dok Tanya soalan langsung taks empat aku nak jawab tu..mohon ampun dan maaf kawan2..memang tak sempat nak jawab sebab banyak sangat soalan yang hangpa dok Tanya..Inshallah akan jawab tapi ambil masa sikit :)
Okkk geng..rehat dulu esok nak balik kampung hahahahaha..cuti seminggu so hari Ahad baru naik kerja semula hoyehhhhh hoyehhh :)
 

Rabu, 21 Jun 2017

ziarah ramadhan perkeso kluang ke rumah penerima faedah perkeso 2017

1.Salam geng hari ni sempat bersama my Bos berkunjung ke rumah penerima-penerima  faedah Perkeso yang terdiri dari golongan yang kurang berkemampuan..alhamdulilah kami kumpulkan sumbangan ikhlas dari staff pejabat kami dan membantu apa yang terdaya..ada la sikit sumbangan untuk meringankan beban mereka tahkala perayaan hari raya akan menjelma 2-3 hari lagi..alhamdulilah selain keperluan makanan..dapat juga la sikit sebanyak duit raya dari kami..hehehe
2.Kunjungan ini sebenarnya acara tahunan kami untuk bertanya khabar kepada penerima-penerima faedah kami khususnya terdiri dari kalangan penerima Pencen penakat yang kematian suami di mana mereka ini mempunyai tanggungan anak yang ramai dan boleh dikategorikan mereka ini terdiri dari kalangan asnaf sebenarnya..pihak Perkeso sentiasa Prihatin dan sentiasa bertanya khabar akan kehidupan penerima faedah mereka ini dari semasa ke semasa apatah lagi di bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini :)
 

Ahad, 18 Jun 2017

buat tuntutan pencen penakat perkeso selepas 21 tahun suami meninggal!

1.Salam geng..hari ni baru ada masa masuk blog ni hahaha..bertabahlah wahai kawan2 yang banyak dok tanya soalan kat blog ni yang belum sempat nak  dijawab haha Inshallah ada masa kan ku balas satu persatu..ku rindu sangat nak jawab soalan soalan hangpa hehehe :)
2.Ohh ya geng..aku hari ni ke felda Ulu Belitong lagi..hehe seingat aku dah 3 kali kot untuk penyerahan cek bayaran Pencen Penakat Perkeso..kebanyakkan kes2 tuntutan Pencen Penakat kawasan ni melibatkan tuntutan lama yang mana melibatkan belasan tahun lamanya..tup tup mereka baru tahu suami pernah mencarum Perkeso..dan layak memohon Pencen Penakat selepas kematian suaminya..seperti aku dok habaq selama ini untuk mohon Pencen Penakat Perkeso perlu memenuhi syarat kelayakan caruman dan syarat kelayakan umur semasa kematian berlaku..la ni umur tidak lebih 60 tahun..syarat kelayakan caruman pulak sekurang kurang dok ada 24 bulan caruman dalam tempoh 40 bulan bekerja hehehehe..kalau tak paham hangpa pi perkeso lahhh!..pihak Perkeso tak kan tahu hangpa mati ka dak mati ka suami hangpa mati ka hidup ka...so bila pasangan kita mati dan dok ada mencarum dengan Perkeso maka hangpa pi la ke pejabat Perkeso terdekat untuk buat semakan kelayakan tuntutan Pencen Penakat..senang aje nak semaknya satus en pun Perekso tak caj ianya sentiasa PERCUMA!
3.Kisah sang suami meninggal dunia kira-kira 21 tahun yang lalu dan baru isteri tahu arwah layak memohon pencen penakat dari perkeso..dan dalam bulan Mei yang lalu isterinya datang ke pejabat kami..dan hasil semakan layak memohon pencen penakat dan sebaik menerima tuntutan itu pihak Perkeso segera memproses tuntutan tersebut dan hasilnya bayaran segera FPM (Faedah Pengurusan Mayat) dan bayaran Pencen tertunggak telah dibuat pada hari ini di mana bayaran tunggakkan pencen Penakat Perkeso sejak 21 tahun lalu berjumlah lebih 68,980.79 sen hehehe banyak jugak tuuuu dan beliau juga akan menikmati pencen seumur hidupnya :) pehh raya sakan akak kita tahun ni hehehe..Cek bayaran tunggakkan Pencen Penakat Perkeso telah disampaikan oleh YB Vidyanathan Ecxo Sumber Manusia Negeri Johor di rumah penerimnya di felda Ulu Belitong pada hari ni :)

Ahad, 4 Jun 2017

Tuntutan Pencen Penakat Perkeso..sila berurusan dengan Perkeso dan ianya sentiasa PERCUMA...

1.Wah wah bukan main 'galak' dan 'meriah' nya populasi 'orang tengah' yang cuba mengambil kesempatan ke atas sesetangah dari kita yang tidak tahu dan malas untuk ambil tahu tentang tuntutan-tuntutan berkaitan claim Perkeso khususnya tuntutan Pencen Penakat!amboi amboiii hangpa ni boleh tahan noooo siap iklan perkhidmatan bagaiii..siap kenakan caj dan komisyen kat pencarum Perkeso noooo haram jadah betul!!!Kalau nak kaya sekalipun jangan la ambil kesempatan di atas kesusahan hidup orang lain..tak berkat wooo tipu balu dan anak2 yatim niii..banyak lagi kerja hangpa boleh buat selain dari kerja menipu sebegini..sebelum aku melalut terlebih panjang lebar lagi tentang isu ni sekali lagi aku nak ingatkan hangpa semua yang bahawasanya SEMUA URUSAN TUNTUTAN DENGAN PIHAK PERKESO ADALAH PERCUMA!!!SEMUA PERCUMA!TIADA APA-APA CAJ! Kalau tak paham lagi tak tahu nak kata la hahahaha lantak hangpa lah!
2.Tak dak seorang pun orang tengah yang boleh membantu kalian untuk menentukan sesuatu tuntutan Pencen Penakat itu Berjaya dibuat atau tidak..sama ada kalian layak atau tidak layak ianya adalah KERJA PERKESO dan bukannya kerja orang tengah yang cuba menipu daya kalian..peh menipu daya beb kikiki!!!depa ni bijak bermain kata dan kononya boleh membantu mempercepatkan urusan tuntutan Pencen Penakat...wahh wahh wahhh bukan main lagi hebat depa ni ye..lebih hebat dari staff Perkeso sendiri yang bertungkus lumus selesaikan kes dengan cepat dan hangpa dapat nama nooo adoiii la memang kaki auta nombor 1 la geng 'orang tengah' ni..untuk makluman depa ini adalah penipu besar dan mencari rezeki dengan menipu daya pelanggang Perkeso..layak atau tidak layak seseorang itu untuk membuat tuntutan Pencen Penakat ianya sudah tentu berdasarkan kelayakan dari segi CARUMAN dan kelayakan dari segi UMUR seseorang Pencarum Perkeso..Nahhhhh langsung tiada kaitan dengan bantuan ORANG TENGAH ni..kalau dah sesuatu permohonan itu tak layak 'orang tengah' ni nak bantu macam mana???cuba habaq maiii sat???mereka bantu bila hangpa dah layak untuk membuat tuntutan Pencen Penakat bantu tengkorak apa memang dah sah sah Pencarum itu layak??bantuan mereka hanyalah untuk menipu untuk dapatkan komisyen yang sepatutnya langsung tak payah sesen pun,bagi kat penipu ini adalah satu kebodohan pada diri sendiri!depa ni makan duit hangpa butaaa sahaja..depa ni tak buat apa pun semua urusan tuntutan di buat oleh pihak Perkeso dan ianya cepat dan pantas kerana itu CARA KERJA PERKESO untuk memproses dengan cepat setiap tuntutan!!!langsung tidak sedikit pun melibatkan mereka2 yang berniat jahat ini!depa boleh tolong apa????mereka hanya menolong untuk mengebas dan melicinkan duit kalian sahaja!
3.Mai nak habaq pertama jika berlaku kematian tak kiralah pada ahli keluarga suami adik abang dan sebagainya jika mereka ni pencarum Perkeso sila segera ke mana-mana pejabat Perkeso berhampiran untuk membuat semakan kelayakan..untuk tuntutan Pencen Penakat!bagaimana cara nak semak?bawa aje salinan IC si mati dan buatlah semakan di kaunter Perkeso berhampiran!selepas tu kalau layak pihak Perkeso akan bagi borang dan hangpa isi lah borang tersebut hahaha selesai dan amat mudahhhhh!!!!!satu sen pun tak keluar apa apa modal dan ianya amat senang!!!!petugas kaunter Perkeso boleh bantu kalau hangpa tak pandai isi borang!!!tak jugak pandai masuk pi Perkeso jumpa Pegawai bertugas depa ni akan ajar dan IANYA PERCUMAAAAAAAA...siap isi borang tunggulah bayaran dari pihak Perkeso!!!!nahhhh mana fungsi dan kerja orang tengah nye???????depa hanya menipu kalian untuk mendapatkan duit dengan cara berbohong!!rezeki sebegitu tidak berkat beb!!!dan jangan kita senang senang diperguna oleh sindeket orang tengah yang cuba mengambil HAK anda dengan cara tidak betul sebegini..buang sikap malu dan malas untuk ke pejabat Perkeso untuk bertanya...langsung tak susah pun untuk selesaikan apa sahaja urusan dengan pihak Perkeso..kita lebih percaya pada omokan kosong lalu memberi peluang dan ruang pada si penjahat untuk mengambil sebahagian dari HAK kita!tepuk dada tanya selera masing2 kikikiki..
 

Jumaat, 2 Jun 2017

Ciri-Ciri Sijil Sakit(MC) yang lengkap Untuk Claim Perkeso!

1.Hari ni aku nak ulas sikit isu berkenaan Sijil sakit atau MC khususnya melibatkan tuntutan dengan pihak Perkeso..hangpa kena ambil serius sikit berkenaan isu ni nampak isu macam remeh tapi benda remeh temeh macam ni lah yang menyebabkan tuntutan lambat di bayar hahaha..sebab isu ni lah tuntutan kadang2 kena kuiri pi mai pi mai jadi lambat jadinya kakakaka..mai nak habaq sini sikit..harap lepaih ni perkara ni tak berulang ulang lagi kikiki..bila tak dak kesalahan maka cepat ajo Perkeso buat bayaran ini bukan janji tapi pasti hahaha..
2.Pertamanya Sijil sakit(MC) yang hangpa kemukakan pada pihak Perkeso untuk tuntutan kemalangan sama ada kemalangan di tempat kerja atau kemalangan pergi/balik kerja dan yang berkaitan dengannya,hangpa kena pastikan Sijil Cuti Sakit(MC) itu adalah yang betul-betul dikeluarkan oleh pihak Hospital atau Klinik yang sah dari segi undang2 hahaha dengan kata lain pengamal perubatan berlesen!!!makanya Sijil Cuti Sakit (MC) itu perlu dikeluarkan oleh Doktor Perubatan yang bertauliah bukannya Sijil Cuti Sakit (MC) dari Pengamal Perubatan Tradisional/Tabib Cina/Tok Bomoh/Tok Mudin dan sebagainya lahh dan..sayugia diingatkan Sijil Sakit itu PERLU betul2 yang ASLI bukannya hangpa pi beli mana2 sijil sakit dengan pihak sendiket,ingat jika tertangkap pihak Perkeso tidak teragak-agak akan caj kamu di Mahkamah..baru-baru ni telah terbongkar pemalsuan sijil sakit(MC) yang dilakukan di negeri Perak dan Johor..hangpa jangan dok buat perkera bodoh sebegini kelak diri sendiri merana!ingat macam aku kata tadi Sijil Sakit(MC)hendaklah dikeluarkan oleh Hospital/Klinik Perubatan yang berdaftar..tak kira lah Klinik swasta atau Hospital Swasta atau Kerajaan sekalipun..dua dua laku dan sah!
3.Keduanya..bila hangpa dah dapat Sijil Cuti Sakit (MC)jangan terus balik dulu..hangpa dok klinik/Hospital sila semak dulu butiran yang ada dalam Sijil Sakit(MC) itu betul atau tidak periksa dan baca satu persatu..kalau nama hangpa Hazri bin Harun pastikan dalam Sijil Sakit(MC)itu tertulis sebegitu hehehe jangan dok tulis Subramaniam bin Harun plak hahaha haru kompem Sijil Sakit tu Perkeso tendang punye kah kah kah..pastu lihat nombor Kad Pengenalan (IC) pastikan nombor IC betul sepertimana yang tercatat dalam IC kamu hehehe dan apa yang lagi penting pastikan pada Sijil Sakit(MC) itu pihak doctor ada menulis Nombor Kad Pengenalan (IC) hangpa..lepas itu jangan balik lagi!!!sila periksa plak tang tarikh cuti sakit serta tahun cuti sakit itu betul atau tidak!!!banyak kes pihak doctor salah tulis tahun pada tarikh sijil sakit maka tak pasal pasal sijil sakit tu kena kembalikan pada hangpa semula untuk dibawa jumpa pihak doctor dan betulkan semula ini semua melambatkan proses bayaran dilakukan!!!hampehhhhh!
4.Ketiganya hehehe Pastikan COP Hospital atau Klinik yang keluarkan Sijil Sakit(MC) itu ada pada sijil sakit(MC), ada kes sijil sakit(MC) yang tak de cop hospital/Klinik hahaha kita tak tahu sijil sakit tu datang dari mana hahaha ni pun satu masalah terpaksa return lagi sijil sakit(MC)itu pada hangpa dan hangpa kena buat kerja berulang pi lagi Hopital/Klini untuk dapatkan Cop pada Sijil Sakit(MC) tersebut ini semua kerja bazir masa kikiki untuk itu hangpa kena ambil tahu hal ini dan jangan lupa tengok nama doctor ada atau tak dak dinyatakan dalam Sijil Sakit(MC) itu hahahaha..KENA ada COP nama Doktor yang keluarkan sijil sakit itu bro jangan dok main2 bagi Sijl Sakit(MC) tapi tak tahu sapa yang keluarkan dan doctor mana yang bagi hahaha ni silap2 sijil beli tu yang kena tendang dan buat semakan semula,Nahhhh isu isu berkaiatan Sijil Sakit(MC) ini walaupun dianggap kecil namun kesannya besar geng..kalau nak tahu cuba lahhhh kah kah kah kompem lambat la hangpa terima bayaran kalau isu Sijil Cuti Sakit(MC) ini bermasalah!
5.Dan yang terakhir bila mana nak submit pada pihak Perkeso maka hantarlah Sijil Sakit(MC) yang asal jangan dok hantar sijil sakit(MC) yang di Photostat atau Photostat warna sekalipun tak boleh diguna pakai mesti hantar yang ASAL kecuali lah sijil sakit itu disahkan salinan asal oleh pihak Doktor/Hospital yang keluarkan Sijil Sakit(MC) tersebut,pengesahan 'salinan diakui benar' ini perlu dibuat oleh Doktor/Hospital/Klinik yang keluarkan Sijil Sakit(MC)tersebut hahahaha Cop salinan diakui benar atau sah dari mana mana pihak lain tak kiralah dari pihak majikan,imam,polis,tok kadi,tok mudin,guru besar dans ebagaimana yang lain tidak sah diguna pakai dalam tuntutan Perkeso untuk memeperakui salinan sijil sakit(MC).Ok la geng tu saja untuk hari ni..maaf banyak2 taks empat jawab banyak soalan hangpa dok Tanya Inshallah ada masa terluang aku jawab sikit2..jangan dok marah noooo..tak dan masa geng nak jawab semua..hangpa pi la kaunter Perkeso Inshallah depa sedia menjawabnya Inshallah depa semua baik2..