1.Hari ni hari terakhir bertugas..esoknya pagi2 nak balik kampung hahahaha rinduuu beb.rindu sama Nur Qaisara Humaira N Nur Qaleesya Humaira..dan Ibunya juga :)
2. Hari ini aku mengetuai bacaan Ikrar untuk semua staff pejabat..er seingat aku ni dah kali kedua dah.Ini acara tahunan.Gambar sorry la beb tak sempat aku nak snap ..aku kan baca ikrar hahaha..
3.Tak nak komen banyak2 coz aku nak kemas semua barang2 sok nak balik awal.so 1 minggu di kampung.Selamat bercuti geng bye.
Jumaat, 26 November 2010
Khamis, 25 November 2010
bencana kerja dan cara tuntutan dengan pihak perkeso
1.Hari ini aku terpanggil untuk berkongsi sedikit sebanyak Ilmu yang tak seberapa banyak yang ada pada diriku, aku kira semua sudah maklum jika anda seorang pekerja swasta atau badan berkanun yakni anda bukan kakitangan kerajaan makan tahukah anda semua yang anda wajib dicarum dengan PERKESO selain daripada KWSP?
2.Nah hari ni aku nak kongsi sedikit sebanyak apa yang aku tahu dan agaknya perlu dijadikan contoh untuk meyenangkan anda jika sesuatu yang tidak diingini menimpa anda.ops sebelum pergi jauh elokla anda pastikan majikan anda mencarum dengan perkeso, caranya amat mudah sila kunjungi pejebat PERKESO terdekat dan sila semak penyata anda,ni hah contoh penyatanya..
3. Dalam penyata ini akan dicatatkan kod syarikat tempat anda bekerja dan carumanya, jika sekiranya anda dapati diri anda tidak dicarum oleh pihak majikan maka anda harus bertindak dengan segera untuk membuat aduan di pejabat perkeso terdekat. Ini adalah hak kita, jika sekirang berlaku apa jua kecelakaan keatas diri kita perkeso akan membela kita dengan syarat caruman dilakukan oleh pihak majikan.Amatlah zalim dan tidak bertamdun jika majikan tidak mencarum untuk anda!senang cakap jika majikan anda islam maka c you at padang masyar la jawabnya, kerana ini adalah ahak anda dan hak anak2 dan isteri anda jika berlaku sesuatu tidak diingini apatah lagi jika melibatkan kematian.Carumanya tak banyak pun, nak inilah jadual carumannya,kalau tak nampak pi la ambik kat pejabat perkeso terdekat.
4.Oh ya..caruman PERKESO adalah wajid dan jika sekiranya majikan gagal mencarum anda akan bakal dihadapkan ke Mahkamah,pendek kata Hukuman penjara 2 tahun dan Denda RM10,000 InsyaALLAH dalam tangan. Jangan bagi alasan tak tahu kerana anda bukan budak tadika yang tak tahu membaca, jika pekak pun anda mampu melihat bukan?Nah kalau mampu sila beli buku ini untuk,tak mahal tapi aku lupa harganya hehehe
5.Bencana kerja sudah pastila melibatkan kerja dan mempunyai beberapa situasi barulah ditakrifkan sebagai bencana kerja.
a.Jika kemalangan itu berlaku dalam waktu kerja..tak kirala apa kerja anda (merompak membunuh merogol mengedar dadah,daun ketum,memeras ugut,dan sewaktu dengannya bukan satu kerja) kerja disini melibatkan ada majikan yang mengaji anda secara sah dan syarikat didaftarkan secara sah disisi undang2!!!ops jika anda pelayan dicso jika anda dicarumkan anda layak juga itu adalah kerja bukan!!!
b.Jika kemalangan itu berlaku semasa anda hendak pergi kerja dan semasa balik kerja juga dilindungi
PERKESO dan diklasifikasi sebagai bencana kerja mengikut seksyen 24 (1)(A)AKSP 1969.
c.Perjalanan hendak pergi dan balik makan pada waktu rehat yang dibenarkan juga di bencana kerja jika berlaku kecelakaan dalam perjalanan tersebut.
6.Aku hanya membicarakan khusus untuk tuntutan kemalangan sahaja kerana dalam sesi lain banyak lagi yang akan ku kongsikan,cuma kali ni jurusannya melibatkan kemalangan di tempat kerja, pergi dan balik kerja.
7.Baik..kita jalan satu- satu hehe..katakanlah satu hari anda kemalangan semasa hendak pergi kerja, semasa anda bawa motor lalui jalan biasa yang anda lalui hendak ke tempat kerja tiba2 melintas seekor babi hutan bangggggg anda terlangarnya..anda terus jatuh keatas jalan raya..celaka punyer babi hahaha..banyak2 jalan dalam hutan jalan manusia jugak dia nak jalan kakakaka..sebaik jatuh anda tercedera..lalu anda dibawa ke hospital..tak kirala dengan ambulans ka dengan kabutar ke dengan naik basikal ka janji sampai hospital. masuk je hospital pastikan anda dapat 4 hari cuti sakit!kalau dah langgar babi hutan aku rasa lama kot hahaha..nah contoh cuti sakit kalau ada yang tak kenal cuti sakit..eleh macamla tak tahu asyik ambik mc je kakakaka..nah tengok bawah contohnya.woi woi MC (sijil cuti sakit) yang dikeluarkan klinik swasta dan kerajaan sahaja diterima.Sijil cuti sakit dari bomoh,dari klinik tabib cina mahupun dari pejabat tok kadi jangan duk mai hantar tak laku woi kakakakaka...
8.Dah dapat cuti sakit maka jika kemalangan itu melibatkan jalan raya kerajaan tak kirala jalan kampung ka jalan bandar ka hiway ka wajib mempunyai laporan polis, laporan polis ini wajid dilakukan tak kirala jika sekiranya anda langgar babi hhutan sekalipun!dokumen itu wajib dilampirkan semasa anda membuat tuntutan di pejabat PERKESO, er er bukan anda yang buat tapi Majikan anda yang buat.Anda nak buat macam mana kaki dah patah hahahaha.Nah contoh laporan polis jika masih ada yang tak pernah tengok laporan polis.Jangan malu-malu ceritakan hal sebenar dalam laporan polis itu, jika sekiranya anda langgar babi hutan maka perlu cerita anda langgar babi hutan jangan duk gatal2 nak ubah jadi babi bandar plak!Sayugia diingatkan menipu laporan polis anda akan dicaj oleh pihak berkuasa dengan kesalahan membuat laporan palsu!hehe ini untuk kemalangan saja ye, kalau kena terajang kat bini jangan duk gatal2 wak laporan polis buat malu den je kakakaka.
9.Ok masuk hospital sudah, dapat cuti sakit sudah, buat laporan polis pun sudah maka tibalah masanya anda maklumkan kepada pihak majikan tentang apa yang berlaku dan cepat2 suruh majikan anda dapatkan Borang Laporan kemalangan yang dikenali sebagai Borang 21 di Pejabat PERKESO terdekat atau pun muat turun di laman web nya www.perkeso.gov.my. Bila dah dapat borang 21 biasanya ianya akan dikembarkan dengan borang 10 iaitu borang tuntutan,borang PKS F1 penyata gaji,nah ini dia borang 21 senang sangat nak isi jangan buat malu den woiii,ini muka depan borang tu
ini pulak muka surat ke dua hehehe
ni plak muka surat terakhir
ni pulak borang 10 iaitu borang tuntutan,borang ni perlu di isi dan ditanda tangani oleh anda,jika sekiranya anda masih koma mahupun jika anda putus tangan maka tak perlula isi.tapi jika anda tak koma dan ada kedua-dua belah tangan maka anda wajib menandatangani dokumen wajib ini.
10. kemalangan jalan raya perlu kepada peta lakar, polis pun jika berlaku kemalangan perlukan peta lakar. Maka anda harus lukiskan peta lakar, ala peta lakar bukan lukis satu2 la beb hahaha lukis yang penting je, yang pentingnya perlu menunjukkan jalan raya dan laluan anda lalui bermula dari rumah sampailah ke tempat kerja dan tandakan dimana tempat berlakunya kemalangan, jika anda langgar babi hutan maka tunjukkan dimana lokasi anda langgar babi hutan tersebut. senang je lah nah tengok contoh ni...kalau nak tunjuk peta lakar umah bini no 2 pun boleh kakakakaka..lantak korang la weiii
11.Jika semuanya telah lengkap maka jangan lupa kepilkan bersama borang tadi dengan salinan slip gaji 6 bulan sebelum kemalangan itu berlaku..jika anda kemalangan bulan 7 tahun 2010 maka slip gaji yang perlu anda kemukakan adalah slip gaji bulan 6/2010 hingga 1/2010 hahaha senang bukan.woooit tak pernah tengok slip gaji ka..kakakaka nah contoh slip gaji.er er hantar slip gaji je jangan duk gatal tangan nak hantar slip yuang bukan bukan hahaha
slip gaji itu hendaklah disertakan dengan borang pks f1 (ini majikan hhang pa yang buat)
12.Puch kad rekod kedatangan pe pun nama panggilan anda perlu disertakan juga!!!ini penting!
kalau tak de puch kad, maklumla kedai runcit kecil maka memadai jika sekiranya anda buat satu surat memaklumkan akan kehadiran pekerja yang kemalangan itu...contohnya
13.dokumen wajib terakhir adalah salinan kad pengenalan anda, manala tahu perkeso untuk warga malaysia je geng..itu mamat bangla ka indo ka mymar ka apa2 ka tidak layak memohon!
14. Jika sekiranya semua sudah lengkap maka hantarla ke pejabat PERKESO terdekat, dah tunggu tak lama dalam masa seminggu dapatla cek sekiranya semua dokumen lengkap!!!ingat lengkap sepertimana yang aku bagitahu korang mcm kat atas tu hah!!!Nah dapat cek lebih kurang macam ni lah hehehe
depa ni player kedah pun dapat tuntutan perkeso...hahaha hang pa kenai ka pemaian bola sepak kedah ni..bila la depa nak mai dengan kelate kekeke
Oklah cukup setakat tu..tak paham lantak hang pa la hahaha senang je ni hah!
Rabu, 24 November 2010
Ahad, 21 November 2010
hari minggu yang amat sibuk
1.Kerja hari minggu bukan asing untuk aku, ada je urusan rasmi yang perlu dilakukan. Dulu kita makan gaji hari minggu depa tak kan kacau, kini segalanya telah berubah. Ada saja programnya! 7 pagi dah kelauar rumah program bermula 8 pagi. Macam biasa cari makan dulu dan tempat biasa aku makan pastinya kedai Abe li, hm hari ni pagi-pagi bedal nasi berlauk dulu, baik punyerrrr ++ kaki ayam. Aku, Isteri tersayang dan anak amat suka kaki ayam, nak dimalukan apa memang kesukaan kami! kami anak beranak satu kepala senang cakap.
2. Jam 8 pagi bersiap semua dokumen dan alatan yang di perlukan..dan terus menuju ke lokasi program di Kluang Mall, Kluang Johor. kompleks perniagaan ini siap seawal dalam setahun dua ni la.cukup besar dan cuku luas.Kluang kini amat maju macam-macam pasaraya ada, Giant sahaja dah ada 3 biji! The store 3 biji, econsave, carefour banyak lagi la. Aku selalu kerja luar hari-hari kerja luar drive jauh-jauh plak tu, bila hari minggu ne kerja aduhh tuhan je tahu. Nah disinilah tempat program tu...
3. Buat persiapan apa yang patut pasang itu dan pasang ini 1/2 jam siap. Malas dan penat nak cerita panjang kerana program ni nak tolong anak muda mencari kerja namun sambutan tak lah seperti diharapkan. Aku korbankan masa hari minggu depa boleh plak duk main awek sana awek sini adeh berbulu mata ek. but adalah pengunjung tapi tak la memadai. Penat x yah nak kata.
4. Hm lantak depa la, nak datang maka datangla tak nak sudah. Nak merempit ka lantak korang lah! tapi de la juga 2-3 kerat yang bersungguh nak cari kerja.
5. Rugila anak-anak muda yang tidak mengambil kesempatan ini, hari ni saja 20 syarikat terkenal mengambil bahagian..jam 2 aku dah lapaq so makan dulu la...
6. hingga jam 4 petang sambutan tak la menggalakkan sangat, aku ambil peluang pusing komplek ni sekejap sebab lama-lama duduk leh jadi sakit pingangla. pusingla aku sorang-sorang. Hm dalam duk pusing tu tertengok la satu lagi program..er er ada tari menari hehehe ceh ceh patutla program penempatan pekerja aku tak dak sambutan..rupa-rupanya anak muda kita lebih seronok disini..lepak dan berhibur dari mencari kerja dan rezeki. Hm lantak dia la bukan aku yang suapkan nasi untuk mereka, kita nak tolong orang tak nak tak kan nak paksa!Hm ramainya depa ni...sebelah je..joget la kak joget biaq orang lain semua tengok..dosa belakang kira...adeiii free dosa gelek lagi..
7. Cukupla setakat hari ni aku penat, saya menulis untuk diri saya sebagai kenanagan dan rujukan di kemudian hari, namun jika sesiapa menjumpai penulisan ini secara sengaja mahupun tidak ianya tidak lebih daripada cacatan liku penat lelah kerjaku mencari rezeki yang halal.
Sabtu, 20 November 2010
sabtu time bujang memang tak seronok!
1.Hari ni lepak je di rumah malas nak keluar, lagipun itu taukeh kedai sudah call mau pasang itu...tunggu je lah itu cina mai. Biasanya sabtu begini kami ronda-ronda.bilamana duk sorang tak tahu nak kemana hilang arah tujuan.
2.tunggu punyer tunggu perut dah lapaq so keluar jap cari bekalan makanan. Tempat biasa gerai kelate hehehe. Gerai abe li..tuan kedai ni aku dah anggap macam saudara aku. tempat biasa makan dikala hujung minggu. Biasanya aku, wife dan anak kami cukup suka makan disini. Makanan best. bilamana kerinduan pada masakan tanah rendah sekebunga menempa mahu tidak mahu aku lepak la kat gerai ni. Hari ni berseorangan, tak cakap banyak macam biasa. sampai terus order.duduk diam-diam kerana aku pi sorang hahaha wife anak balik kampung. Nah beli ni..sedap wa cakap luuuuuu..
3.Balik je umah basuh baju jap hehehe lagipun tak dak benda nak buat..dan lepas itu pi tolong majlis kenduri.itu je hari ni hehehe.
Jumaat, 19 November 2010
jumaat penghulu segala hari
1. Hari jumaat adalah hari aku tak akan keluar. Atas sebab itulah hari jumaat aku pilih untuk aku bertugas di pejabat. sebabnya cukup mudah, dengan cara ini sajalah aku dapat solat jumaat dengan tenang dan khusuk. Hari ni aku just tunggu rakyat jelata datang jumpa.
2. Hari ni macam-macam gelagat rakyat jelata yang datang. Alhamdulilah aku masih mampu melayan mereka dengan baik dan diberi kekuatan serta kesabaran untuk terus berkhidmat. Orang asli adalah antara salah satu rakyat jelata yang datang menemuiku. Orang asli rakyat negara kita bumiputera dan juga sebagai rakyat dia juga turut membayar gaji kepada aku dari keringatnya. Atas sebab itu aku layan semua rakyat jelata dengan sebaiknya tanpa mengira latar sosio ekonomi ras mahupun agamanya.
3. Anak orang asli ini meninggal dunia. Nampak gaya orang asli juga sudah berinfo. Pandai depa cari aku di pejabat. Alhamdulilah itu yang kita mahukan!
4. Oh lupa plak, pagi ni aku sarapan roti stim dan teh tarik kat Kuang Rail coffe, ala kat sebelah opis aku je. Alah kopi kluang yang termashur la tu, nak cuba jomla, yang hari minggunya penuh dengan rakyat republik singapura. Roti stim memang best kena plak dengan kaya dan jem nye. Para pengemar kopi pulak kopi kluang adalah kopi kegemaran diraja! memang best! Tapi aku tak suka sangat Kopi, aku just makan roti stim je. Nah ini dia hehehe.
5. Dalam sekelip mata..tadaaaaaa
6. Jam 12.15 bergerak ke masjid untuk solat jumaat. Masjid biasa aku pi masjid kampung haji manan. Imam amin name tok imamnya. Orang kampung biasa namun bijak! Beliau mampu berdikari dan menjada pendapatan kewangan masjid dengan caranya tersendiri. Beliau Imam yang pro aktif, beliau menubuhkan PUJI (pusat urusan Jenazah Islam ) yang banyak menguruskan urusan pengkebumian jenazah Islam. Tepi masjid ada lot kedai kepunyaan PUJI yang disewakan, beliau juga menyewakan kemudahan Konopi untuk kenduri, catering dan macam-macam. Aku bangga dengan usaha tok imam ni! Dah pe kali aku dengar dan tengok dia menangis dan sebak bila membaca khutbah jumaat. Beliau amat menghayati isi kandungan nya.
7. Bila naik opis time nak balik, kat atas meja dah ada satu cawan berbungkus rapi. Sapa plak yang letak benda ni weiiiiii. Ops tanya punya tanya, rupa-rupanya budak praktikal yang bagi hadiah katanya kerana tunjuk ajar dan kenangan, semua staff dia bagi. Mahu tak mahu aku terpaksa menerimanya. Hari ni balik awal dari opis sebab esok nak kena tolong majlis kenduri kahwin anak jiran!
8. Sungguh cepatkan masa berlalu, adakalanya aku tercicir adakalanya aku tergelincir adakalanya aku terguling mengejarnya.Itulah penangan masa tak kan mampu kita mengejarnya dan tak kan mampu ianya di undurkan kembali. seandainya masa itu boleh diundurkan alangkah bahagianya :)
Khamis, 18 November 2010
Pulai desaru beach resort
1.Tempat ni best juga. pernah jugak aku pi. hm rasanya tak jauh sangat dekat je. Cuma kadang kala ombak pantai sini terlalu kuat. nak mandi pantai pun takut da.
2. Kolam mandi bestla jugak. anak aku tu bab kolam mandi ni adeiii dia memang berjam-jam pun tak kisah.
3. tempat tiduq ok la.
4. kat sini ada bilik khas untuk kanak-kanak bermain.
5. Gerai makan banyak kat bandar penawar hehehe hang pi makan sana la banyak pilihan. Aku tulis untuk kenangan aku je, tak dak niat nak mempromosi mahupun nak menunjuk apa2 pun. hang klik tengok tak suka jangan masuk lagi hahahaha.
Kuantan tembeling
1.Kuantan tembeling aku pernah jugak jejak. Nak pi sana agak sukar sikit sebab papan tanda agak kurang. Sebagai panduan yang mana nak pi Kuantan tembeling hangpa tuju ke teluk cempedak je la kompem leh jumpa. Tak pun tuju ke zoo teruntum, jalan padang golf ala dekat-dekat kawasan perumahan MB tu hah. Kawasan perumahan elit tu.
2.Resort ni atas bukit da, so jangan duk mimpi nak mandi pantai. Pantai ada but di bawah bukit tu hah hahaha. nak mandi jugak hang pa pi la teluk cempedak tak jauh dari Kuantan tembeling, sekitar 1km je. Kolam renang kat sini leh tahan la. Anak aku suka kekeke
3. Dia ni memang puteri kolam adeiii
4. Bab makan kat sini susah sikit, aku pun tak tahu nak makan kat mana, last aku pi makan kat teluk cempedak, hm tak best !mungkin jugak aku tak tahu dia punyer tempat makan hahaha.
5. Bilik sini so far good. Selesa. Itu dah cukup baik. Ada bilik ada ruang tamu dan boleh memasak kalau anda mahu hehehe
Langgan:
Catatan (Atom)