Khamis, 28 Februari 2013

Kami Prihatin@projek ECER Taman Negara Endau Rompin :)


1. Hari ni agak penat jugak beb, masuk ke ladang berhampiran taman Negara Endau Rompin, Ladang Risda Sungai Chales,nama aje RISDA tapi tak de tanam getah kat Ladang ni semua tanaman pokok kelapa sawit aje..nak masuk kesini macam biasa mengunakan jalan ke Kahang batu 26..masuk melalui perkampungan Orang Asli sungai Peroh.


2.Jalan nak masuk ke ladang ni macam biasala jalan merah dan agak teruk hahahaha..jalan ni bisa dilalu  kenderaan 4x4 sahaja..tapi kalau yang tak sayangkan kenderaan tak jadi masalah hentam ajelah leh masuk hahaha..kalau naik VIVA kompem sangku aku rasa hahahaha..cuba laaaa kot berjaya lalalala..


3.Jalan ni juga menjadi laluan utama untuk pengangkutan kelapa sawit dan juga pengeluaran kayu2 balak..pehhhh penuh dengan lori balak beb..silap haribulan kena beratur hahahaha..lagi2 lau de lori yang sangkut dek muatan yang berlebihan!!!sikap tamak tu dimana mana ade..yang pasti akan menyusahkan pengguna jalan yang lainh jenuh nak tunggu beb...


4.Jarak perjalanan memang jauh sebab ladang ni hampir taman Negara Endau Rompin..hehehe tapi tak pe kat sini ade masjid..leh aje nak solat..lagi pun Masjid ladang Zamrud juga diberikan kebenaran untuk solat jumaat pun...dalam agak2 sejam kemudian baru sampai kat ladang yang dituju hehehe...dulu aku pernah pergi kat sini tapi agak lama dah la tak pi..biasala jaraknya yang jauh beb..kalau tak de kes maka tak sampaila aku kat sini hehe..thanks layanan baik dari pihak pengurusan ladang sungai chales..siap makan mihun hahahahaha..bla bla bla habis kerja..


5.Oleh sebab ladang sungai chales ni dah hampir sangat dengan taman Negara Endau Rompin maka sempat jugak aku meninjau projek ECER yang dilakukan di kawasan Taman Negara Endau Rompin...pehhhh besar projek ni beb...kontraktor pun bukan calang2 woooooooo pehhhhh..


6.Tak sangka pulak time aku masuk ke taman Negara Endau Rompin sambil menyaksikan perjalanan projek ECER yang dibuat kat sini terpandang papan tanda PERKESO hahahahaha pehhhhhh sampai ke Taman Negara PERKESO beb wakakakakakakaka..yang penting KAMI PRIHATIN lalalala



7.Ohhhhh ya...kat sini banyak gajah beb...hm hm tadi pun nampak tapi cepat sangat depa lari tak sempat nak snap gambar...dapat snap tahi gajah aje berselerak kat jalan hehehe...


Selasa, 26 Februari 2013

hmmm

Hmmmmm...kasut pun dah koyak dalam busy2 tak sedar langsung wakakakakaka...kasut murah biasala  la la la la ..sok masuk tong sampah le nampak gaya la la la..kakakaka macam na leh tak sedar ni wakakakaka


Ahad, 24 Februari 2013

kacang pool haji memang terbaikkkk

1.Masa aku balik dari taklimat pindaan Akta kat perkeso negeri Johor hari tu aku singgah makan sat kat satu warung kat Medan selera dekat balai bomba larkin..lau tak silap susur 5 jalan tun razak kot hehehe dekat dengan opis perkeso negeri johor..kira tak jauh la tu sebab aku pun tak berapa nak ingat jalan2 kat sini..


2.Niat hati nak isi perut sebab dari pagi sampai jam 12 perut kosong hahahaha depa tak sedia sarapan pagi  sebelum taklimat tu adehhh ...kena plak member aku ni ajak aku cuba makan Kacang pool Haji yang ada kat situ..sejujurnya aku tak pernah makan kacang pool haji ni..depa kata kacang pool haji paling best kat johor..wahhhh saspen beb.. aku nyer tak pernah makan lagi kacang pool haji ni...untuk permulaan just aku order satu pinggang aje dulu hahahaha..

3.Oooo ye warung kacang pool haji ni No.3 medan selera larkin (balai bomba larkin tu hah)..er er sambil tunggu kacang pool haji sampai aku dok pok pek pok pet kat member aku ni ...aku habaq kat dia aku laparrrr woit yang hang bawak pi makan kacang pool ni leh kenyang ka????hehehehe.depa suh try tengok dulu...sat lagi bila sampai kacang pool haji ni pehhhhhhh terkejut aku tengok dia nyer roti tebal woooooooo wakakakaka lau macam ni kompem aku kenyang punyer lah beb..

4.Dengar tanpa segan silu aku bantai satu persatu kacang pool bersama roti ni pehhhhhhh tak syak lagi memang sedap!!!!!!!betul kata orang rugi kalau mai johor tak cuba kacang pool haji..memang kacang pool ni sedap beb..menyesal aku order satu wakakakakakaka nak order satu pinggang lagi malu siotttt!er er takpa takpa lain kali aku pi johor aku mesti singgah lagi kat sini..kompem singgah sebab kacang pool haji ni memang best!


Sabtu, 23 Februari 2013

jatuh tangga di tempat kerja dan cara buat tuntutan dengan perkeso



 1.Bagus jugak pejabat satu  ni..kat mana2 tempat yang boleh mengundang bahaya kat opis ni akan ditulis hehehe..sampai nak naik tangga pun depa tulis peringatan..pehhhhh bagus2 betul2 majikan yang prihatin..sebab apa depa buat macam ni???sebab akhir ni banyak kes jatuh tangga ditempat kerja hahahaha..macam2!bab jatuh tangga ditempat kerja ni berlaku bukan hanyha dikilang ini sahaja tapi ditempat lain pun ada!!



2.Hangpa jangan tak tahu aku banyak kali siasat kes2 jatuh tangga macam ni hahahahaha macam2 versi cerita ada...so tak kira mana2 tempat kemalangan boleh aje berlaku.bahaya nyer jatuh tangga ni banyak beb..leh patah tanggan,leh retak tulung pungggung,leh juga jadi retak tulang belakang beb..jangan memain banyak kes melibatkan tangga tauuuu..tu tak masuk lagi bab jatuh dalam bilik air..hehehe nanti ada masa aku habaq la pasai benda ni..sebab  kes2 sebegini makin hari makin meningkat juga ni...ia bukan kes terpencil tau..sentiasa ada kes sebegini!bila kes jatuh sebegini berlaku ditempat kerja prosedur permohonan tuntutan dengan pihak perkeso sama aje..macam biasa pi opis perkeso terdekat ambil borang tuntutan kemalangan (borang 21) maka suruhla majikan isi dan hantarnya bersama borang 10,slip gaji enam bulan sebelum kemalangan berlaku,borang 8A enam bulan sebelum kemalangan,slip bayaran caruman perkeso 6 bulan sebelum kemalangan,jika perlu sedikit peta lakar (mudah nak tengok pergerakan sebelum jatuh tangga dari amana hendak kemana hehehe)salinan puch kad kerja bulan kemalangan,cuti sakit asal (MC)jika perlu laporan perubatan pihak perkeso akan minta..jika tak minta tak payah la nak bagi hahahaha..er er tapi kalau jatuh kat tempat mcm anak2 aku ni dok main tak leh nak claim la hahahahahaha la la la..jatuh masa kerja aje..jangan cari penyakit!


3.Banyak kaedah nak siasat jatuh tangga ni senang aje hahahah nak tahu jatuh kat mana2 cukup2 senang..so biar ikhlas dan jujur bila buat tuntutan..jika tuntutan palsu hangpa akan dihadapkan kat Mahkamah!cukup2 senang nak tahu tuntutan itu palsu atau betul2 berlaku ditempat kerja..ini baru masuk bab jatuh tangga di tempat kerja hahahaha..nak ne siasat beb..tapi tak leh nak bagitahu la macam mana siasatan dibuat tu rahsia kami la hahaha..OK cukup setakat ni tuk hari ni..nak kuar pi cari roti canai sat hahaha hari minggu yang hujan kat sini beb coollllll :)

best bila dapat bawak budak ni bersantaii..cukup untuk menjadi terapi tekanan kerja aku ni..dum dum dum dum dum dum tengok tarian singa kakakakakakaka


Khamis, 21 Februari 2013

Ladang Sungai Tawing..penat beb


1.Hari ni penat sikit beb..hahaha tak leh nak tulis panjang wooo..hari ni aku masuk ladang sungai tawing pehhh jauh woooooo masuk dalam ladang lebih 28 kilometer dari jalan utama  pehhhh..lenguh semua sendi tulang hahahaha sib baik drive fortuner lau drive kereta aku sendiri mau nangis woooo...gedegup degedeng juga jalannya hahaha..

2.Ladang sungai Tawing ni nak pi sana ikut jalan paloh hehehe dalam kawasan parlimen sembrong ni..er er..jalan ladang biasala tanah merah lagi hehehe..dulu aku biasa juga masuk ladang ni tuk memancing..tu zaman dulu la hahaha la ni dah tak sempat nak memancing pun ehhhh...er er sebelum sampai ladang sungai tawing singgah jap kat masjid jamek ladang tereh utara hehehe..ni dalam perjalanan nak pi ladang sungai tawing ni hehehe


3.Masuk dalam ladang ni jalan agak sunyi juga la..tapi takpe kat ladang ni sentiasa ada orang kot sebab jalan nak sampai ke ladang sungai tawing ni nak ne lalui banyak ladang lagi termasuk kompleks ladang tereh..pehhh satu hari pusing pun tak habis lau nak lawat ladang-ladang ni pening aku beb..

Selasa, 19 Februari 2013

kejadian tikam di depan kluang songmart


1.Hari ni balik dari kerja aku dan member tertengok ramai orang berkumpul kat depan pasaraya songmart kluang...polis pun ramai..jadi aku suruh member aku berhenti kereta dan pi tengok apa yang berlaku sebenarnya..kalau kes kemalangan nak ne tahu sebab nanti aku jugak yang nak ne siasat lau kemalangan pekerjaan ni..


2.Tempat kejadian tak jauh dari pejabat aku..dalam 100 meter bekali..lalu aku hampiri tempat kejadian...tanya polis yang berkawal di lokasi..depa kata ada kes dua budak cina bergaduh..suspek tikam mangsa dengan gunting..lalu rebahla mangsa ditempat  kejadian..difahamkan mangsa tak mati..terus dibawa ke Hospital kluang..suspek pula khabarnya telah ditangkap kerana suspek tak lari pun selepas tikam mangsa..



3.Aku tak tahu plak apa punca depa berdua ni bergaduh sampai tikam2 guna gunting ni...hm macam2 leh jadi walaupun ditempat kejadian adalah dekat pejabat aku dan di kawasan terbuka plak tu..hm hm..gambar mangsa ni aku dapat dari sumber yang berada dilokasi..


Isnin, 18 Februari 2013

program saringan kesihatan perkeso di rasmi hari ni


1.Hari ni banyak juga baucer saringan kesihatan perkeso yang dipulangkan semula ke pejabat aku hahahaha....banyak sebab di pulangkan..antaranya pekerja telah meninggal dunia, pekerja dah pindah dari tempat kerja asal dan ada juga pekerja yang telah berhenti kerja..tak kurang juga yang tak mahu buat saringan kesihatan ini...adehh macam2..


2.Pesan aku senang aje jika tak nak takpe lah..ada kala sebahagian kita ni terlalu takut untuk buat saringan kesihatan..macam2 takut..takut de penyakitla, fobia klinik la macam2 lah..tak de masala bla bla bla yang ramainya kaum melayu hahahaha..bangsa aku juga..depa ni mungkin tak pentingkan kesihatan er er macam aku jugak bekali kakakaka..er er aku tak layak mendapat baucer saringan kesihatan beb..belum cukup umur lagi wakakakaka...


3.Walaubagaimanapun bagi yang dah berhenti kerja dan mereka layak mendapat baucer ini aku sarankan cubala hubungi majikan lama anda kot2 baucer saringan kesihatan yang bernilai RM200 ada dengan bekas majikan anda itu..harap2 ia  dapat diambil dan tidak terbuang begitu sahaja..rugi beb! sekitar majlis perasmian Program saringan kesihatan perkeso..


Ahad, 17 Februari 2013

boringla beb lau asyik nak ne hadir majlis politik


1.Semalam aku hadir majlis lain..hm hm hari ni plak kena hadir Majlis lain plak hahahaha la la la la la cepat-cepat la PRU 13 maiiiiii selagi pilihan raya umum tak mai maka banyak lagi la majlis2 nak ne hadir..aku dah bosan woiiiii asyik Majlis politik je ni!!!!nak muntah dah aku ni!!!cakap orang politik berbelit belit macam ular sawa juga..aku dibayar gaji oleh rakyat melalui duit cukai bukan gaji duit parti yang bayaq, itu pun nak ne habaq ka woii!!lain kali lau de majlis politik jangan libatkan jabatan kerjaaan la weiiii bongok tak habis2!!!bosan dah aku bosan!sakit telinga la weiiii hangpa dok merapu bukan2..dan la hari minggu sentiasa hangpa buat program!!!aku pun nak bersama keluarga juga la weiii..kata bahlol karang hangpa marah hahahaha!!!


2.Isi ceramah politik nyer tak payahla aku nak ulang balik citer leh termuntah la beb..ceramah kat budak2 bolehla..dunia la ni tak macam dunia era dulu..era media tradisional..tak payah nak kelentong auta sana auta sani la..bosan aku dengar ceramah Ahmad Maslam ni!!!tahap timbalan menteri di jabatan perdana menteri..hm hm bla bla bla isi tak dak apa!!!


3.Ape punyer programla Majlis Himpunan 1 Barisan ni dibuat adehhhh la..kalau nak buat aku rasa baik hangpa jangan libatkan ketua2 jabatanla..menyusahkan aku je!panggil la ketua2 bahagian parti hangpa nahhh kat situ hangpa ceramahla berjam jam siang malam pun tak per!!!lalalalala woiiit doktor siva murugan aku nyer bekas lecture pun hadir wakakakaka..tapi dia ni bagus tak cakap mana bab2 politik..sebagai seorang akedemik begitulah hendaknya bukan jadi profesor yang bodoh nak mampus..ade ke leh kata malaysia tak pernah dijajah wakakakakaka la la la makin gila dunia hari ni..bila mana ahli akedemik letak otak di kepala lutut...


4.Aku ni dah bosan tahap kritikal dah ni dari bulan lepas tiap2 minggu de program nak ne pi hangpa tau ka!!!dari siang sampai malam pun adeee ni politik nyer pasai hampeh tak habis2...dulu yang duk diam2 tu pasai pa!!!!la ni bila nak PRU baru nak turun???


5.Malas dah nak ulas panjang lebar..hm hm menyesal aku hadir majlis Himpunan 1 Barisan ni entah pe benda la..siap ne ambik kedatangan macam budak2 lagi lalalalalala..hm hm siot tahap tertinggi!


Sabtu, 16 Februari 2013

majlis ramah mesra kementerian pengajian tinggi sempena tahun baru cina@dataran tasik kluang


1.Thanks DR Hou Ahli Parlimen Kluang yang sudi jemput aku ke Majlis Ramah Mesra Kementerian Pengajian Tinggi bersama IPT sempena tahun baru cina 2013 hari ni, Majlis ni telah diadakan di dataran tasik putih kluang..hehehe aku bab2 makan ni kalau jemput kompem pergi punyerrrr haahahaha..bab perbezaan politik tolak tepi hahahaha pe penting makan dulu.


2.Aku tengok semua ketua jabatan dalam daerah kluang dijemput hadir..bagusla hehehe..time makan kita makan..disebabkan selalu jumpa depa ni maka banyak antara ketua jabatan yang aku dah kenal hahahaha..asyik2 muka sama jumpa kakakaka..esok de majlis lagi adehhhh..deekat2 pilihan raya umum ni makan banyak majlis nak kena hadir..ni la dulu tak nak dekati rakyat bila time nak undi macam ni berlambak majlis nak ne hadir..nasib badan aku leee..

3.Majlis ramah mesra ni bukan apa sangat just makan2 raya cina je lau dengan ayat ringkasnya majlis temu mata kata orang kelantan hahaha..jumpa cakap2 dan makan2 hahaha..hadirin aku tengok kat bawah khemah penuh!!!!betul2 ramai sebab depa ni bab makan tak kira fahaman politik ka apa hahahaha depa bagi kita makan janji HALAL..makanan memang halal sebab depa tempah dengan kontraktor melayu so bab makanan untuk majlis begini aku dah biasa sangat dah..


4.Kalau nak kira kiraan rasanya hadirin lebih 5 ribu aku rasala..sebab khemah banyak semua penuh...mcm biasala masyarakat cina ni bab makan dan perayaan dan pemberian depa leh terima duduk bersama dan makan bersama...bab politik dan dasar depa ni pandai analisis...hahahaha undi tetap rahsia kakaka..Parlimen Kluang panassssssss..betul2 panas...hm hm termasuk dalam senarai bakal jatuh ke pakatan rakyat terrrrrr hahahaha..la la la la..

5.Sebab majlis ni bersifat santai maka aku bawa anak2 aku sama ..depa seronok dok bantai sate,mee,pehhh makanan tak tahu nak pilih banyak sangat hehehe..peruntukan dari mana la depa ni dapat kakakakakaka..er er tasik putih kat dataran tasik putih kluang ni tengah cantik hehehe penuh pokok teratai :)