Sabtu, 28 Februari 2015

Tugas harian siasat kes macam biasa

 
1.Semalam aku siasat kes kemalangan jalan raya melibatkan kawasan Paloh dan Kluang...tak de apa yang menarik untuk dikongsikan cuma ia melibatkan kes kemalangan biasa untuk pergi ke tempat kerja sahaja..macam biasa juga kemalangan melibatkan penunggang motorsikal..normal geng.
 
 
2.Bilamana berlaku kemalangan jalan raya dalam perjalanan balik kerja atau ke tempat kerja macam biasala perlu buat laporan polis terlebih dahulu geng,bila dah ada laporan polis..hangpa kemukakan MC sekurangnya 4 hari..lepas tu buatla peta lakar arah perjalanan masa kemlangan berlaku...peta lakar tu kena lengkaplah dari mula perjalanan sampailah ke rumah hangpa hehehe..kalau singgah ke mana-mana tempat pun kena lukis jugak tak kirala singgah rumah awek ke rumah sapa hahaha...pastu bagi kat majikan..kerana majikan hangpala yang akan membuat laporan kemlangan pada pihak perkeso dengan mengisi boring 21 hehehe..senang aje kan kan kan...saje je aku dok ulang banyak kali suh faham sikit hehehe..

Selasa, 24 Februari 2015

Nur Qaisara HUmaira@7 tahun dah!

 
1.24/2/2015 kini genap 7 tahun usia anak sulung aku si Nur Qaisara Humaira hehehe..Alhamdulilah...cepat sungguh masa berlalu..rasa baru aje kahwin dengan ibunya hahahaha..dalam 3 Humaira yang aku miliki sekarang si Nur Qaisara HUmaira la yang paling berisi hahaha kuat makan geng kakakaka..macam dengan bapanye juga hahaha
 
 
2.Biasala bila hari lahir ni nak kena jugak belikan apa yang patut hahaha nak kek la nak hadiah la adehhh..aku zaman budak2 dulu tak merasa semua ni hahaha..nak minta nga mak ayah pun tak berani geng..
 
 
3.Tapi anak2 la ni tak boleh..pok pek pok pek nak juga kek la..nak hadiah la..selagi tak beli selagi tu dok tanya hahahaha..buat simple aje ehhh tiap2 tahun macam ni lah..sambut dengan mak ayah dan adik2 aje..tu pun dah cukup buat si Nur Qaisara Humaira ni hepi hihihi...

Ahad, 22 Februari 2015

Lotus Desaru Beach Resort@Cuti CNY 2015

 
1.Semalam aku bawa anak-anak bercuti ke Lotus Desaru Beach Resot..tak lama pun 2 hari 1 malam aje..Lotus Desaru Beach Resort terletak di Desaru la..tak jauh dari tempat aku ni cuma ambil masa dalam 2 jam setengah aje..sebab tak jauh la boleh pi banyak kali kat Desaru ni...biasanya aku menginap di Pulai Desaru atau Damai beach resort..tapi kali ni tukar angin plak la..
 

 
2.Bertolak ke Lotus Desaru Beach Resort agak lewat dah, jadi sampai2 sana pun dah dekat jam 12 tengahari..tapi masa aku sampai tu pun dah ramai orang nak check in hehehe..aku pun pi check in jugakla..setakat daftar masuk aje le..kunci tak leh ambil lagi jam 3 petang baru boleh ambil,lagi pun masa ni manusia banyak sangat adehhhh...lengguh jugak la menunggu nak check in...pe pun walau pun tak leh masuk bilik lagi depa dah bagi kebenaran masuk water park hahahaha apa lagi tak yah tunggu-tunggu check in kami belasah water park dulu kakakaka..
 
 
 
3.Aku tempeh 1 bilik aje...lagi pun anak2 masih kecil takpa..1 bilik depa bagi 2 wristband yang lekat kat lengan tu hah yang nak masuk water park tu le...tapi lau anak ramai leh je beli RM5 aje hehehe..lepas semua ok pi plak water park ambil tuala dulu..nak ambik tuala ade kad woooo bukan main ambik macam tu aje hahaha..pakaian dan aku tukar siap2 so mandi kolam la apa lagi kekekeke..masa I orabg tak ramai lagi sebab semua dok beratur dan tunggu nak check in hahaha aku dak tunggu dah ehhh check in...lepas mandi jam 4 petang baru check in tu pun sebab nak pi solat Zohor hehehehe...
 

 
4.Na check in dengan baju basah2 ni le hahahaha..bijak tak aku wakakakakaka..tapi sebab ada tuala lap2 kering la jugak lagi pun cuaca pabas kan kan..tunggu plak kat kaunter nak ambil kunci bilik...manusia masih ramai di lobi hehehe...ramai geng..hari cuti katakana..so bila dapat kunci bilik pi la aku..dapat bilik bawah blok A betul2 depan water park hahahaha bagus depa ni bagi bilik kat aku...thanks wooo...masuk bilik rupa-rupanya depa baru aje lepas mop lantai pun masih basah so tunggu la lagi hahahaha...tapi takpa kami dah mandi lalalala..anak2 pun dah kesejukan kekekeke...
 

 
5.Bilik Alhamdulilah kira ok la..berbaloi la bayar hehehe..cumanye bilik ni ada tangga dalam bilik sebab bilik tidur tingkat atas kekeke..ruang tamu tingkat bawah...so de tangga kadang buat aku ngeri sebab budak2 ni lasak..takut aku kot2 depa ni jatuh...pok pet pok pet mulut tak diam duk suh budak2 hati2..
 

 
6.Kawasan Lotus Desaru Beach Resort ni luas geng..dari satu tempat ke satu tempat kalau nak berjalan jenuh la leh la rasa kepenatan, sebab itulah depa sediakan mini bas percuma dok pusing2 setiap masa ambil kami hehehehe tak kena bayar pun..ade perhentian hahaha tunggu aje situ nanti depa ambil la kita...jalan la mini bas tu ikut laluan dalam tu jugak la..
 

 
7.Dek kerana dah masuk water park terlebih dahulu..maka sebelah petang ada banyak masa dok pusing2 dalam resort tu..banyak juga premis dalam ni...ada restoran tepi pantai,ada pub tepi pantai macam2 lah...surau pun ade disediakan..kira ok jugak la resort ni..ye la percutian dekat hehehe..untuk makan malam aku keluar awal I Bandar penawar..banyak ehhh pilihan makanan kat situ lagi pun aku dah biasa sini..cuma malam tu tak keluar ronda resort ni sebab malam tu de bola geng hahahah layan bola TRW lawan PDRM kena 4 gol terus tak de mood aku nak keluar wakakakaka terus tido jadinya hahahaha..rosak mood betoi la.
 



 
dah la..jenuh aku nak masukkan gambar hahahahaha..pi sendiri lagi best :)

Khamis, 19 Februari 2015

Zoo Johor@Cuti tahun baru cina :)

 
 
1.Cuti sekolah sempena tahun baru cina tak lekat kat rumah geng..jalan aje kerja aku kali ni..hari ni anak2 nak tengok binatang hahahaha budak bandar katakan kakakaka tengok lembu pun jarang2 kakakaka..bapak dia budak kampung puas jemu dah dok tengok binatang..teringat masa kecik aku dulu lembu jantan bapak aku le aku jadikan macam kuda tunggangan hahahaha...tiap2 hari kerja aku naik lembu tu je lah..nak naik kuda tak de..orang miskin katakan..tak mampu ehhh nak beli kuda hahahaha..
 
                                                     tengok kura-kura hahahaha
 
2.Hari ni aku bawa anak2 ke Zoo Johor je...2 bulan lepas sebenarnya aku dah bawa ke Zoo Melaka tapi kecewa la kan..dah la bayaran mahal tapi tak de yang menarik nak di lihat...itu masa aku pi bulan Disember 2014 cerita berkenaan Zoo Melaka ni ada aku pos kat blog ni..malas nak cerita pasal Zoo Melaka hahahaha..dah la penat jalan binatang pun kurang hihihi..but Zoo Johor ini kali ketiga aku pergi bawa anak2..walau pun tak luas tapi lawatan berbaloi dengan bayaran cuma RM2 untuk deasa dan RM1 untuk kanak..cukup murah sangat..
 
 
3.Pelbagai binatang boleh tengok dan tak penat untuk menjelajah Zoo Johor sebab ianya tak luas dan tak panas pun hehehe ada pokok banyak :)...boleh lah setakat anak2 nak tengok harimau,singa,buaya,ular dan macam2 lah...
 


 
 
4.Masa aku pergi Zoo Johor semalam penuh geng dengan pengunjung...siap beratur panjang lagi....pehh meriah kalau ramai2 ni hahahaha kalau pi Zoo sorang2 tak best woooo jangal rasanya hahaha..dalam Zoo Johor ni banyak kedai makanan so..hangpa takkan kebulur hehehe..lapar aje leh singgah kat mana2 aje kedai yang menjual makanan dan minum...harga makanan dan minuman juga murah dan berpatutan..
 

 
5.Berhampiran dengan Zoo Johor terdapat Masjid Sultan Abu Bakar...sempatla jugak singgah...sebenarnya dah banyak kali pun pergi Masjid ni :) saje je bawak anak2..


ramai pengunjung berpusu-pusu nak masuk Zoo hehehe..


Selasa, 17 Februari 2015

kemalangan pergi dan balik kerja@claim dengan perkeso

 
1.Hari ni aku kerja macam biasa daa..siasat kes kemalangan yang melibatkan tuntutan dengan pihak perkeso..hari ni aku siasat kes melibatkan pekerja di Kawasan Air Hitam dan simpang renggam dan terlepas ke Benut juga coz area benut dah dibenarkan masuk hahaha dulu kawasan tu kawasan perkeso JB..macam biasalah kes kemalangan jalan raya melibatkan pergi/balik kerja..dua-dua kes yang aku siasat hari ni boleh disahkan sebgai kes bencana kerja...ada bukti jelas kemalangan berlaku dalam perjalanan balik dan pergi kerja..Inshaallah kes tuntutan itu diselesaikan dalam tempoh 2 hari sahaja hahaha tak lama kalau dokumen ok aku terus siasat aje...dan terus buat pengesyoran..sebenarnya tak payah/tak susah/tak rumit/tak leceh pun nak buat tuntutan dengan pihak Perkeso..cuma yang jadi rumuit/jadi susah bilamana kita tak tahu nak buat itu sahaja hahahaha...cara2 aku dah tunjuk dengar jelas kat blog aku ni hangpa carila memang ada...kalau tak pandai lagi hangpa letak jawatan la sebagai HR lagi bagus wakakakaka kasi pada orang lain yang leh paham hahaha..aku siap bagi contoh cara nak isi tuntutan macam mana kan kan...senang aje ehhh...
 
 
 
2.Aku siasat 3 kes aje hari ni..2 kes kemalangan melibatkan kecederaan patah anggota badan dan 1 lagi kes melibatkan kematian dalam perjalanan balik kerja..bagi 2 kes kemalangan patah anggota badan selepas siasatan kes dan disahkan bencana kerja akan dibayar cuti sakitnya...bil2 perubatannya dibayar dan kalau ade alat2 pemulihan akan diberi ikut pengesyoran doktorlah...pas tu jika ada kecacatan kekal akan boleh dibuat tuntutan juga dengan perkeso..tapi tunggulah bila dah habis semua cuti sakit dibayar barulah boleh buat tuntutan hilang upaya kekal kan kan geng..rujuk post2 aku yang sebelum ni hehehehe...bagi kes melibatkan kematian tadi macam biasalah FOT (faedah orang tanggungan) akan dijelaskan kepada waris...senang cakap ianya pencen la geng...pencen akan dibayar sampai waris meninggal dunia jika melibatkan suami/isteri kalau anak2 setakat umur 21 ajelah atau setakat ijazah pertama anak tu la....hehehe..cukup setakat ni lah...maklumat lengkap dah ada kat blog aku ni tentang FOT jadi pandai2 la cari mesti jumpa hehehe..salah satu kompeni yang aku pi hari ni :)
 
 

Sekitar Majlis Penubuhan KRT Impiana Casa

 
1.Alhamdulilah setelah sekian lamanya merancang,menempuh pelbagai ujian dan dugaan akhirnya tertubuh juga KRT Impiana Casa Taman Seri Impian,..Meriah majlis penubuhan KRT Impiana Casa dengan dihadiri ratusan penduduk..Tahniah geng2 Impiana Casa kamu telah menunjukkan usaha2 yang telah dilakukan sejak sekian lama tidak sia2..bahkan ianya membuahkan hasil yang cukup2 membanggakan..dahulunya seakan usaha kita tidak dipandang..kini segalanya persepsi itu jauh tersasar..kita sebanarnya disokong dengan jiti dari belakang oleh semua penduduk Impiana Casa..cukup2 terharu geng..
 
 
2.Pada Majlis Penubuhan KRT Impinana Casa itu juga menunjukkan kita boleh bersatu padu sebenarnya dalam menjayakan sesuatu matlamat..sikap beginilah amat positif sekali..ya hidup bermasyarakat kita perlu saling tolong menolong dan bantu membantu antara satu dengan yang lain..tiada yang mustahil jika kita saling bermuafakat...tiada masalah yang tidak boleh untuk diselesaikan...
 
 
3.Majlis penubuhan KRT Impiana Casa turut dihadiri Penolong pegawai Perpaduan Dearah Kluang,Ketua Balai Polis Kluang Baru dan Wakil2 masyarakat..meriah geng majlis malam tu...hidangan Nasi Ayam,pelbagai kuih muih menjadi habuan mereka yang hadir hehehehe..sedap jugakla Nasi ayam pak Rahim malam tu...bermacam2 jenis roti juga disediakan..peh Alhamdulilah kenyang..roti papa merah terbaikkkk sedap la jugak :)
 
Hehehe sejak akhir2 ni banyak plak catatan berkisar taman perumahan kakakaka maklumlah hidup ni kadang kala nak kena bersosial jugak...lau fikir pada kerja 100% lama-lama leh gila aku wakakakaka..nanti de masa kita tumpukan bab perkeso plak ye beb..
 
 
 
 

Taklimat Etika kerja dan Integriti@Perkeso Kluang

 
1.Semalam aku sempat mengikuti taklimat berkenaan Etika kerja dan Integriti yang telah diadakan di pejabat PERKESO Kluang..sebenarnya sesi taklimat ini cukup berguna sekali dalam menjadi garis panduan ketika berurusan dengan pelanggan dan juga berkaitan dengan kerja seharian yang aku lakukan..setakat ini integrity InshaAllah tak de masalah..hahaha masih berintegriti lagi bekali aku ni kakaka..nak sogok2 sory la geng..tak de makna semua tu
 
 
2.Taklimat integriti ini disampaikan oleh pengurus Integriti Ibu Pejabat PERKESO..puan Fadilah Hamil dan pegawai Tadbir Bahagian Pengukuhan Integriti Ibu pejabat PERKESO Puan Rohayah Saharudin...hehehe kira ok juga la penerangan dorang ni..leh tahan la dan leh diterima apa yang dorang nak sampaikan...mungkin jika tak semuanya baik dapat separuh dari penerangan dorang ni leh la guna pakai dan dijadian panduan..
 
 
3.Hm sebenarnya taklimat sebegini juga penting apatah lagi kerja macam aku ni sentiasa berurusan dengan pelanggan yang pelabagai latar belakang.. yang aku jumpa pada setiap hari..kiranya macam2 manusia aku jumpa pada setiap hari hahaha..tambah2 lagi aku dalam bahagaian siasatan kes...pehhh pelbagai kereneh geng nak kena layan...

Khamis, 12 Februari 2015

Gotong royong dirikan khemah@Taman Impiana Casa :)


1.Malam ni majlis Penubuhan KRT nak dilakukan..makanya hari ni pakat2 dok gotong royong nak dirikan Khemah hehehe..bagus dorang ni saling bantu membantu antara satu dengan yang lain...bagusnya taman ni didiami oleh pelbagai latar belakang pekerjaan...macam hari ni khemah yang didirikan ini adalah khemah dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hehehehe...tak susah nak dapatkan khemah..Alhamdulilah semua urusan dipermudah..
 
 
 
 

Al Fatihah..kenangan tidak akan ku lupakan sepanjang hidup

                 Aku..anakku (Nur Qaleesya Humaira) dan Allahyarham Tok Guru

Al Fatihah untuk ayahanda kesayanganku..Allaharyam Tuan Guru Datuk Bentara Setia Nik Abd Aziz Nik Mat..Ayahanda kepada keseluruhan rakyat Kelantan Darul Naim..pergimu cukup2 aku rasai..bahkan bukan rakyat kelantan sahaja namun jutaan rakyat seluruh Negara.dimana lagi aku mencari ganti..insan sepertimu..Ya Allah gugurnya seorang Ulama' yang amat ku sayangi..banyak kenangan..tahkala sembahnyang subuh diimamkan Menteri Besar...aku telah rasainya..mendengar kuliah agama disampaikan langsung dari mulut menteri besar..pernah kurasainya..dihidangkan minuman oleh menteri besar..pernah juga kurasainya...ya Allah..sukar untuk mencari ganti insan sepertinya....kini kami kehilangan seorang ayah..

Sesi Penerangan Pemantapan Budaya Kualiti & Inovasi PERKESO Zon Selatan :)


1.Salam geng..selama dua hari aku mengikuti sesi penerangan pemantapan budaya kualiti dan Inovasi PERKESO..bermula 10 februari sampailah 11 februari..dua hari geng..diadakan di wisma perkeso Johor..leh tahan juga sesi penerangan ni..pelbagai pendedahan berkaitan Inovasi telah diberikan...peh leh tahan la tak rugi aku sertainya geng...boleh la setakat nak guna pakai untuk diri sendiri dan juga Organisasai...la ni budaya Inovasi ini cukup penting...bahkan kemana mana sahaja orang bercakap pasal kualiti kerja dan Inovasi..hahaha tak sia-sia lah aku sertai bengkel ni...tapi tak leh la nak kongsikan kat sini sebab ni berkaitan Jabatan hahahaha tak dak kaitan dengan masyarakat luar ni hehehe..