Isnin, 30 Oktober 2017

Layan Bola Kelantan vs Melaka@stadium Hang Jebat :)

1.Salam geng haha hari ni nak citer pasal pi tengok bola Kelantan lawan Melaka kikiki stop jap dok citer pasai Perkeso nanti hangpa bosan dan muntah darah plak asyik doh habaq benda sama kah kah kah..Perlawanan ni memang penting kikiki kalau tewas dengan Melaka jawabnya ke liga perdana la geng huwaaaa..langsung x best kalau jatuh liga Perdana beb..
2.Hmm stadium hang jebat Melaka ni dah macam Home aku lahhh..tiap2 kali ada gae melibatkan team PDRM atau Kelantan kompem sampai la aku kat stadium Hang Jebat ni hehehe tak jauh mana 2 jam aje dari sini hehehe..so biasa tolak jam 4 petang jam 6 sampaila bawa slow2..sampai stadium pi cari tiket dulu lah hehehe RM15 bro..
3.Sebelum masuk stadium lepak2 dulu la kat luar stadium sambil tengok dan dengar dikir barat wahahahahaha best geng lama tak dengar dan tengok persembahan dikir barat nih  dan ianya free plak tu hahaha
4.Kul 9 bermula la game pehhh nak habaq mai dup dap dup dap jantyung geng..mau dak nya team Melaka dah bubuh 1 gol team aku dok main macam budak sekolah lagi time separuh amsa pertama la...kikiki masuk separuh masuk kedua baru team aku ni mengamuk kakakakaka 3 gol jugak la Melaka kena tembak malam tu kikiki kemenangan ini bermakna kekal lah pasukan kami liga superrr hahahaha..sesekali layan dan gembirakan diri sendiri seronok beb.

Khamis, 26 Oktober 2017

Kemalangan masa rehat balik makan di rumah boleh claim dengan Perkeso beb!!!

1.Salam geng hangpa tahu dak kalau hangpa terlibat dalam apa-apa kemalangan jalan raya masa nak balik makan di rumah hangpa, dalam waktu rehat yang dibenarkan boleh claim dengan pihak Perkeso?hahaha tahu dak ni boleh claim dengan pihak Perkeso?Hehe aku rasa hangpa dah tahu sebab la ni pencarum Perkeso semuanya dah bijak dan bermaklumat hahaha maklumat kat hujung jari ehhh..saja ja aku nak ingatkan balik kot2 ada lagi yang tak tahu dan takut2 nak claim dengan Perkeso hahaha..benda boleh claim kita claim bro kikiki..jangan duk risau Perkeso prihatin bro..
2.Dalam kes begini memang boleh claim dengan pihak Perkeso tak jadi masalah,bila mana kemalangan berlaku masa rehat nak balik makan kat rumah memang pihak Perkeso lindungi hahaha..sama macam kes adik yang aku siasat ni la kemalangan semasa dalam perjalanan nak balik makan tengahari di rumah dalam waktu rehat yang dibenarkan,tiba waktu rehat dia naiklah motorsikalnya nak balik makan kat rumah bila dekat nak sampai di rumahnya mai 2 buah motorsikal dari arah belakang langgar motornya lalu jatuhla adik ni atas jalan betul2 dah sampai lorong nak masuk ke rumahnya hahaha teruk juga geng patah peha dia ni..dah la besar orangnya masa jtu rasanya mahu bergegar kawasan sekitar kikiki..besaq orangnya wooo..semoga adik cepat pulih la hahaha gelak sakan aku masa dok ambil pernyataan adik ni kah kah kah ambik pernyataan plak kat rumahnya sebab patah peha mana boleh nak jalan mane kikiki dok dalam biliknya aje laaaa..
3.So dalam kes sebegini bila mana majikan hantar borang tuntutan kemalangan dengan pihak Perkeso(borang 34) maka untuk kes sebegini macam biasa akan kita siasat la betul ka dia balik masa rehat dibenarkan atau keluar tanpa kebenaran.. hehehe ada juga yang balik time bukan rehat yakni ponteng kerja kalau ponteng kerja sorry la you jatuh you tanggung sendiri la kah kah kah..tak dak makna pihak perkeso nak lindungi pekerja yang ponteng kerja hahaha..tapi dalam kes balik rehat di rumah dalam waktu rehat dibenarkan adalah memang kes dibenarkan dan disahkan bencana kerja oleh pihak Perkeso maka sudah tentu pihak Perkeso akan buat bayaran mc/cuti sakit macam biasalah bila kes disahkan bencana kerja.
4.Nak claim macam biasala isi borang 34 yang di isi pihak majikan,lampirkan sekali puch card bulan kemalangan,laporan polis kemalangan,slip gaji 6 bulan kebelakang sebelum kemalangan,cuti sakit/mc dan juga kena buat sikit peta lakar yang tunjukkan arah perjalanan yakni dari tempat kerja balik ke rumah dan tandakan tempat kemalangan berlaku dalam peta lakar tu lah hahaha senang aje ehhhh..Ok lah geng harap faham lah hahaha tak faham nanti Tanya lah atau berkunjung ke mana mana pejabat Perkeso terdekat!!!kikiki depa baik2 semuanya hahaha.jangan risau depa baik macam aku lah kah kah kah menulis hari-hari tentang Perkeso tanpa jemu dan tak dak sapa suruh pun hahaha saja nak kongsi ilmu dengan hangpa semua la kot2 ada yang doakan aku nanti panjang umur murah rezeki itu dah cukup hahaha..kalau hangpa bosan tak baca pun takpa hehe

Selasa, 24 Oktober 2017

Bronchial Asthma berpunca dari kerja boleh claim dengan Perkeso!

1.Salam geng hari ini aku pi ke sebuah Kilang Sawit nun agak jauh dari tempat kerja aku tapi takpa jauh pun kita pi jangan risau hehehe itu dah dinamakan kerja..tahu dak kilang sawit ni apa hahaha alah kilang yang memproses buah sawit jadi minyak sawit tu laaa hahaha..tu namanya kilang sawit kikiki..macam biasa la geng pi siasat kes lah hari demi hari macam tu lah kerjanya..hari ni jugak macam semalam siasat kes tuntutan Penyakit Khidmat Perkeso,tapi kali ni kes nya  agak baik jalan ceritanya dan tuntutannya munasabah dengan penyakit yang beliau alami iaitu Penyakit 'Bronchial Asthma' dengan bahasa mudahnya asma atau penyakit lelah orang kampong aku cakap kikiki..
2.Pak cik ni bekerja sebagai 'fitter mekanik'  aku panggil pak cik sebab pangkatnya seumpama ayah aku dah tuanya hehe..kerjanya pada setiap hari baiki mesin dan alatan kilang sawit yang rosak dan beliau juga lakukan selenggaraan setiap 2 jam sekali untuk bersihkan habuk2 di kawasan enjin memproses isirung sawit hehehe itu bahasa mudah aku la main bedal aje isirung..bahasa betul nye 'NUT' yang ada macam tempurung isi rung sawit tu kat bahagian dalam..bila depa proses jadi hancur dan berdebu dan berhabuk jadi nak kena bersihkan setiap 2 jam sekali kalau tak dibersihkan production jadi tak elok asyik dok melekat jadinya..aku ada masuk ke tempat ni ianya memang berdebu geng pehh pakej dengan kegatalan muka sekali aku dapat kikiki..jadinya kerja nak kena sentiasa pakai 'mask' kat kawasan ni..kalau pakai full mask lagi bagus aku rasa..tapi macam biasala kalau full mask ni aku tak selesa kikiki panas siot!
3.Pakcik ni kerja dah berpuluh tahun geng..dulu tak dak sikit pun lelah/asma/asthma nihhh gagah perkasa pak cik ni maju saja pantang undur hahaha..tak merokok orangnya dan tiada asthma warisan dari generasinya dengan kata mudahnya dia ni bebas dari genetic asthma hehehe semua keluarga nya turun temurun tak dak asthma nih!!..namun dek kerana terdedah pada setiap hari pada debu dan habuk yang perlu beliau bersih setiap 2 jam sekali lama kelamaan beliau disahkan mengalami masalah 'Bronchial Asthma' nahhh ia amat logic sekali geng 'bronchial asthma ni bukan suka-suka mai kat kita macam tu jahhh benda ni datang bersebab geng benda ni tak dak suka suka bertandang datang macam tu jah adalah tu puncanya kikiki..jadinya penyakit ini setelah dok tilik tengok maka ia boleh dikatakan BERPUNCA dari pekerjaan sehariannya lah bukan dari sebab lain2 lah!!!mau dak nyer aku masuk tengok penuh habuk debu kat tempat kerjanya..aku habaq tadi pakej gatal muka sekali dapat!
 
4.Selepas selesai mengambil pernyatan beliau dan membuat lawatan ke dalam kilang tempat beliau bekerja Inshallah tidak lama kemudian pak cik ini akan di rujuk ke Jemaah Doktor Khas(JDK) sebabnya penyakit Khidmat yang dialami pak cik ini terdapat dalam jadual ke 5 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969..haha maka pihak Jemaah Doktor Khas (JDK) inilah yang akan memutuskan sama ada pak cik ini disahkan mengalami Penyakit khidmat disebabkan kerja atau sebaliknya..jika pihak JDK memutuskan ianya Penyakit Khidmat maka mereka akan memberi taksiran  dalam bentuk peratus(%) dan pihak Perkeso akan membayarnya dengan senang hati Inshallah ianya adalah satu proses yang AMAT TELUS!!!100 % telus geng!!!jangan dok risau pasal ketelusan hehehe..
 
5.Untuk kes sebegini selain dari mengisi Borang tuntutan Penyakit Khidmat iaitu Borang 34 pihak penuntut juga perlu kemukakan bersama sama borang 34 adalah laporan Perubatan untuk Penyakit Khidmat, jangan dok hantar borang 34 sahaja kena sekali lampir dengan laporan Perubatan dan juga lebih elok lebih mujarab dan perlu juga lampirkan juga keputusan Respiratory test hehehe biasanya kalau pi Jemaah Doktor Khas depa akan buat  sekali lagi tuuu..Respitory test penting juga tu geng..Ok geng senang aje nak claim Perkeso ni sapa kata payah nya!!!Kalau kita di pihak yang betul ia akan menjadi mudah hehehe...dok bagi alasan birokrasi la payah la hampeh dah dok dengar orang cakap macm tu lah jadinya hahaha..hangpa yang dok ikut blog aku ni pasti bosan asyik dok baca pasal perkeso je hari2 kah kah kah padam muka hangpa  kikiki hangpa tau dak benda inilah pada satu hari nanti akan jadi satu tinggalan amal jariah jika seandainya satu hari nanti aku meninggal dunia..

Isnin, 23 Oktober 2017

tuntutan penyakit khidmat perkeso depa main belasah aje tuntut!

1.Salam geng macam biasa harap hangpa semua sihat hahaha..aku macam ni la kalau larat aku masuk la update apa patut kat sini..hahaha kalau tak larat mau berminggu minggu baru update  blog ni kikiki..Oh ya geng hari ni aku siasat dua kes tuntutan penyakit khidmat perkeso..betul la geng la ni macam2 jenis penyakit depa nak dan cuba tuntut dengan perkeso khususnya di bawah tuntutan penyakit khidmat..macam ni la geng aku sebenarnya dah banyak kali dok bagitahu yang tuntutan penyakit khidmat ini adalah tuntutan bilamana hangpa dapat penyakit yang berkaitan dengan kerja atau senang cakap disebabkan kerja! yang hangpa duk lakukan sehari hari hahaha!!yang selebih dari tu harap tak payah la mohon sebab pihak doctor tahu dan sudah pasti keputusan akan mengecewakan kita pastu mula la dok kata perkeso senang aje tolak permohonan bla bla bla bayar bertahun tahun kah kah kah apa pun tak dapat..padahal kita sendiri telah tahu akan sakit kita itu bukan berpunca dari kerja tepuk dada tanya selera orang kata hahaha..
2.Aku selalu dok bagi contoh yang cukup senang hangpa nak faham..hehe kalau kita kerja hari-hari dalam suasana yang bising lama lama kita mengalami kurang pendengaran atau pekak nahhhh itulah contoh penyakit khidmat yakni berpunca dari kerja dan hang boleh la claim degan pihak perkeso dibawah tuntutan penyakit khidmat!!!hah senang kan?ooooo kalau pekak secara semula jadi maaf lah bro mana la nak boleh claim dengan perkeso..kalau buat jugak kompem tolak bro dan mula la kata perkeso bla bla bla kah kah kah itu yang baisala..
3.Dalam kes hari ni dua dua kes aku siasat tuntutan penyakit khidmat yang langsung tiada kaitan degan kerja!!!satu kes hernia dan satu kes janser Ovari!!!!apa kaitan kerja dok opis tiba2 boleh dapat kanser Ovari dan claim dengan pihak perkeso melalui tuntutan penyakit khidmat????adoiiiii itu memang tak dapat la..apa punca nya?mana punca nya????begitu juga hernia ia biasanya berlaku secara semula jadi mana nak dapat penyakit khidmatnya..kalau kita bekerja pengawal keselamatan tuba tiba kena hernia???kemon la geng hahaha sudah pasti ia bukan penyakit khidmat!apa pun bila mana hangpa hantar permohonan pihak perkeso baik depa akan bertindak adil dan siasatan akan dibuat dna tetap rujuk ke Jemaah Doktor Khas untuk memberi kata putus tapi logiknya tak dapat la bro macam tu..sifirnya mudah penyakit yang terbit/berpunca dari kerja yang kita dok lakukan hari hari!!!!mudah sangat nak faham kikikiki..
4.Namun begitu setiap tuntutan adalah hak kita tiada sesiapa boleh menglahang kita buat tuntutan degan pihak Perkeso hahaha walaupun tuntutan itu amat tidak logic sekalipun ia tetap di proses dan dilayani dengan baik.Inshallah!!!

Sabtu, 21 Oktober 2017

Cuti Depavali 2017@Pulau tioman

1.Salam geng hehehe harap hangpa semua sihat hendaknya, Cuti depavali 18hb hingga 20hb Oktober yang lalu sempat jugakla bawa anak bini pi Pulau Tioman hahaha..bukan pa kami anak beranak ni suka sangat snokling,tak kisahla tempat cantik ka tak cantik ka janji laut..janji leh tengok ikan2 jadila hahaha..kesian plak kalau tak bawak anak2 pi mana2 cuti sekolah seminggu tu kompem depa bosan hahaha lagi pun kebetulan aku dah apply cuti awal2 so boleh la pi jalan2 sat..
2.Punyala teruja nak pi snokling semua macam tak nak tido malamnya hahaha padahal jam 3.00 pagi kami dah kena bertolak ke Tanjung Gemuk sebab naik melalui jeti Tanjung Gemuk untuk ke Pulau Tioman..dari umah aku ni mau makan 3 jam perjalanan nak pi Tanjung Gemuk..maklumla kereta buruk aku tu mana la nak leh laju macam keta hangpa semua hahaha. Oh yaa Feri plak jam 7.00 pagi mana nak sempat kalau tolak lambat2..naik feri perjalanan hampir 2 jam baru sampai Tioman beb hahaha..lambat sangat perjalanannya..terus terang khidmat feri pi sana slow giler dan lambar giler adehhh..time balik plak kata jam tiga tapi jam 4.00 petang baru feri sampai aduhhhh..jenuh geng dok tunggu kat jety kampong genting dah la jeti tu kecil aiyaaaaaa...
3.Sampai Pulau Tioman dah dekat jam 10.00 pagi so Alhamdulilah boleh aje terus check in di Damai Tioman Resort..untuk 3 Hari 2 Malam Alhamdulilah..fullboard termasuk dari tiket feri,resort penginapan,makan minum sepanjang disana dan juma aktiviti wajib kami Snorkling hahahaha 3 pulau beb snorkling meme puas hati kah kah kah..hari pertama snokling depan Resort kat Jeti Kampung Tajung Genting aje dulu kikiki banyak jugak Ikan nya beb boleh la panaskan badan kah kah kah..Hari Kedua baru Pi 3 buah pulau pehhhh puas hati Ikan dan terumbu karang cantik beb...tapi apa nak buat aku x dak ehhh camera canggih2 ni bahahaha jadi x leh la nak rakam bawah laut bagai tu bahahaha..
                   haha kat depan resort dan jeti kampong genting pun banyak ikan
                         hahaha salah satu pulau yang kami snorkling best wooo
Haha ok geng..stop dulu la geng..lain kali kita citer lagi..hehe nak jenguk2 pertanyaan kawan yang dok Tanya pasal tuntutan perkeso banyak lagi yang tak terjawab tu hahaha Inshallah aku reply satu persatu geng adehhh maaf banyak2 lambat sikit nooo

Isnin, 16 Oktober 2017

Ikrar Bebas Rasuah (IBR)Perkeso Kluang

1.Salam geng sebenarnya banyak bahan2 nak aku masuk dalam blog aku ni, tapi aduhh tak dan masa geng..apa nak buat..pi kerja pagi2 balik kerja dah magrib hahaha malam dok layan anak bini plak kikiki...penat tak yah citerla..nak buat macam mana kerja aku ni hari2 kena kerja luar hahha tak dak dok pejabat lah!!!Hmm Geng 21hb September 2017 yang lalu pejabat aku ni Perkeso Kluang sempat la buat Ikrar Bebas Rasuah (IBR), tu la yang pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dok promosi agar semua jabatan kerajaan/swasta dan lain2 buat IBR ni hehehe maka pejabat aku pun buat la hehehe..Ikrar Bebas Rasuah (IBR)@Perkeso Kluang hahaha..yang dok buat IBR nya aku lah hahaha sebab aku dah 4 tahun dilantik jadi Duta Integriti..hm hm mau tak mau kena buat gak la geng..duta tak dak gaji pun bahahahaha..tapi ok no problem khidmat bakti tetap dicurah selagi khidmat diperlukan hahaha..
2.Sebelum acara Ikrar Bebas Rasuah tu kami dok dengarla ceramah dari Ketua SPRM Cawangan Kluang bari ceramah bala bla bla ha hahaha dekat 2 jam ceramahnya.. ok la banyak input berguna yang beliau bagi,bagi kami sejak dari dulu kami tak dak terlibat benda benda mengarut macam ni hahaha..yang tak layak kami tak bagi ehhh..so jangan risau tak dak gejala rasuah kat Perkeso terutamanya bab2 siasatan kemalangan Inshallah bebas dari rasuah!!!
3.Sedihnya selepas Ikrar Bebas Rasuah ni..Boss aku meninggal dunia Allahuakbar!!!Arwah lah yang beria ria agar dipercepatkan Ikrar Bebas Rasuah ni Allahuakbar sedih plak aku ingatkan bertungkus lumus buat IBR ini rupa rupanya beliau tahu akan beliau akan meninggalkan kami :(..Inshallah nanti da de kekuatan aku nak kongsikan betapa akrabnya kami berdua..duhaiiii..

Jumaat, 13 Oktober 2017

Keputusan Tuntutan Penyakit Khidmat Perkeso ditentukan JDK

1.Minggu ni banyak betul kes2 yang melibatkan tuntutan penyakit khidmat Perkeso..takpa itu menunjukkan kesedaran para pencarum Perkeso telah meningkat!!tahniah geng!!!Walau bagaimanapun harus diingat bahawa tuntutan penyakit khidmat ini bukannya di tentukan oleh pihak Perkeso sepenuhnya..sama ada dapat atau tidak yakni sama ada disahkan mengidap penyakit khidmat atau tidak!! Dengan kata lain memang nya hangpa ada mengalami sakit namun sakit itu belum tentu ia berpunca dari kerja!!!kerana banyak sebab penyakit ini bukan 100% kerana kerja..
2.Apabila pihak Perkeso menerima tuntutan penyakit khidmat mereka akan buat siasatan di tempat kerja dan sudah pasti ketika membuat tuntutan penyakit khidmat hangpa juga mengemukakan Laporan Perubatan dan Laporan Perubatan itulah yang akan disemak oleh pihak Jemaah Doktor Khas(JDK) dan pihak Jemaah Doktor Khas inilah yang akan memanggil hangpa untuk diperiksa dan mereka jugalah yang meneliti Laporan Perubatan dan mereka jugalah yang memutuskan hangpa mengalami penyakit khidmat BERPUNCA dari kerja atau TIDAK,kalau TIDAK berpunca dari KERJA maknanya penyakit itu datangnya dari sebab lain contohnya sakit belakang slip disc ada banyak berpunya dari kegiatan sukan lasak,seperti bola sepak,sepak takraw badminton dan akala jatuh pokok atau kemalangan dan ia tiada kaitan dengan kerja..itu lah sebagai contohnya hehehe..namun kalau tiap2 hari angkat bebanan berat 30 kilogram atau 50 kilogram hari2 dan tiada aktiviti lain itu memang penyakit khidmat disebabkan KERJA.
3.Selalunya kita sendiri akan ketahui dan menyedari apa sebab penyakit khidmat itu kan kan kan kan...contohnya dulu pernah terlibat dalam kemalangan dan la ni baru terasa sakit belakang sebab kemalangan lalu..maka kerja2 sakit jadi claim dibawah penyakit khidmat namun pihak Jemaah Doktor Khas (JDK) dia ada maklumat semua tu maka memangla tidak disahkan hangpa mengalami penyakit khidmat sebab PUNCA SAKIT ITU BUKAN DISEBABKAN KERJA tapi disebabkan kemalangan...senang aje nak faham bab penyakit khidmat ni hehehe..banyak lah lagi contoh2 lain yang telah aku dok post kat blog ni hangpa cari la ye hahaha..
 
4.Minggu ni aku dapat kes penyakit khidmat disebabkan asma kerana kerja terdedah pada habuk2 benang/kain dan seangkatan dengannya hehe ya kalau macam tu asma bukannya semulajadi kan kan kalau asma disebabkan kerja berpunca dari kerja bukannya asma semulajadi/warisan maka sudah pasti kes ini bila dirujuk ke Jemaah Doktor mereka akan mengkaji dan aku yakin keputusannya positif hehehe..dulu tak dak asma turun temurun tak dak asma tapi berbelas tahun kerja terdedah pada habuk kapas dan benang pakaian lama2 kena asma INI BARU BERPUNCA DARI KERJA hehehe contoh saje geng :)
 
5.Cara nak claim tuntutan penyakit khidmat ni macam biasala pi opis Perkeso minta boring 34 hehehe isi dan beli laporan perubatan GUNA FORMAT yang PERKESO dah sediakan dan bila dapat laporan perubatan tu maka hantarlah ke Perkeso :)

Isnin, 9 Oktober 2017

Jatuh dari tangga ketika hendak ke tempat kerja@Claim Socso/Perkeso

1.Salam geng..hope hangpa sihat la semua hehehe,la ni banyak sangat kemalangan semasa nak pi kerja..hangpa hati2 la elok2 bawa keta atau motor tu semoga selamat sampai dan selamat balik dari kerja tanpa mengalami apa-apa kejadian kemalangan jalan raya. Ohhh ya sebut pasai 'kemalangan' hangpa tau dak jika hangpa melangkah keluar nak pi kerja tiba-tiba2 terlibat dalam 'kemalangan' maksud aku kemalangan yang 'unik' hahaha contohnya baru keluar rumah nak pi kerja dah jatuh tergolek depan rumah..boleh ka claim dengan Perkeso/Socso?atau dalam kes aku hari ni pekerja ni baru turun tangga  (rumahnya ada tangga macam rumah aku kat kampong tu la bukannya tangga dalam rumah tapi luar rumah heheh)nak pi kerja dengan naik bas kilang yang ambik depan rumahnya..Nampak bas sampai dia pun kelam kabut turun tangga rumah nak pi naik bas kilang nak jadi citer salah langkah dan jatuh kat tangga tu hahaha boleh claim dengan Perkeso/Socso ka?tau dak?hahahaha...
2.Nasihat aku jika berlaku sebegini betul2 kes yang berlaku semasa hendak ke tempat kerja maka boleh lah minta pihak majikan mengemukakan borang 34 kemalangan dengan pihak Perkeso/Socso hehehe Inshallah Perkeso akan buat siasatan dan jika terbukti kemalangan itu berlaku semasa hendak ke tempat kerja Inshallah biasanya diluluskan..ada lah bab2 akan disiasat..Inshallah jika betul berlaku hangpa tidak akan dikecewakan.Pesan aku jika berlaku perkara begitu hantar sahaja tuntutan degan pihak Perkeso jangan segan2 hehe..

Sabtu, 7 Oktober 2017

Program Kembara Kebajikan Muafakat Johor 2017

1.Minggu lalu sempat jugak sertai Program Kembara Kebajikan Muafakat Johor sempena sambutan Depavali yang bakal tiba kikiki..Program ni sebenarnya anjuran Exco Sumber Manusia Negeri Johor hehehe mau tak mau kena follow juga la bila amsuk kawasan jajahan hahaha..untuk kawasan aku depa buat kat Paloh Kluang..pi la sat tunjuk muka kikiki
2.Sayangnya Program sebegini hanya khusus untuk kaum India sahaja..apa salahnya jika libatkan semua kaum kan lebih elok lebih muafakat namanya..dulu tak dak plak Kembara Kebajikan Mauafakat sempena hari Raya Puasa ka Raya Cina ka hahaha..bukan pa lebih elok jika smeua kaum terlibat..aku lebih suka begitu!!!
3.Dalam Majlis ini ada la bantuan2 yang di hulur kepada penerima khususnya dari pasaraya Econsave dan juga pihak Perkeso sendiri..namun di lain kali banyak aspek yang boleh di tambah baik untuk program sebegini..ada la bab yang kena baiki hehehe contohnya kalau la penerima tu dari Perkeso..memangla depa dah layak data cek dari Perkeso...tapi dari pihak Penganjur YB ka tak kan tak dak 1 pun hamper untuk depa ni hahahaha..

Jumaat, 6 Oktober 2017

Jatuh di loji kumbahan semasa bekerja boleh aje claim dengan Perkeso!

1.Salam geng..harap semua hangpa dalam keadaan sihat sejahtera..pehh lama juga tak update niii hehehe..hari ni baru ada sikit kelapangan bolehla update sikit..minggu lepas banyak sangat aktiviti geng,bercampur dengan busy kerja tu pasai lama tak masuk sini..Ok geng 2 hari lepas aku ada siasat satu kes tuntutan/claim Perkeso berkenaan jatuh di tempat kerja semasa bekerja..kes macam ni tak rumit untuk buat tuntutan dengan pihak Perkeso cukup senang dan amat mudah urusannya..cukup dokumen lengkap semua kejap aje dah leh bayaq..jangan dok dengaq yang dok kata susah la payah la birokrasi la, tu semua orang dengki kat hangpa aje..dengki hangpa nak dapat duit la tuuu..hahaha tak faham pi la opis Perkeso depa akan habaq dan ajaq sampai hangpa faham Inshallah!Semua khidmat tu adalah PERCUMA!
2.Pak cik ni bekerja sebagai pengawal keselamtan di sebuah loji kumbahan,ye la sebagai pengawal keselamatan memang tugas beliau kena ronda2 sekitar loji setiap setengah jam,ronda kawasan luas takkan nak jalan kaki kan kan  hehehe naik motorsikal la geng hehehe apabila dok tenga2 menjalankan tugas rondaan tu tiba-tiba biawak besar muncul tiba2 ditengah laluan dan pak cik ni tak sempat elak langgar la biawak tu dan makanya jatuhlah pak cik tu di kawasan loji..jatuh atas jalan dalam kawasan loji senang cakap hahaha..nasib tak baik terseliuh buku lali..hehe biawak punye penangan kikiki
3.Dengan dibantu petugas loji pak cik ni dihantar balik ke rumah dan dari rumah anak2 bawa ke hospital dapat 4 hari cuti sakit...dan bersambung sambung hingga lah buku lali kakinya pulih!!!OK kes macam ni memang bencana kerja sebab ia berlaku semasa bertugas dan ada kemalangan berlaku iaitu jatuh motorsikal,maka setelah ada cuti sakit 4 hari boleh lah claim dengan perkeso di amana pihak majikan perlu mengisi borang 34 dulunya isi borang 21 kini dah tuka looooo..Apa yang diperlukan semasa hendak hantar tuntutan ini adalah cukup senang..hangpa isi borang 34,sertakan kad pengenalan,kad kedatangan bulan kemalangan,slip gaji enam bulan sebelum kemalangan,cuti sakit yang original, dan kalau ada laporan polis sertakan sekali hehehe senangkan kan..Alhamdulilah pak cik ni dah dapat pun bayaran sempatla buat berbelanja untuk sambut depabavali hahaha..