Isnin, 31 Oktober 2011
Ketuan Audit Negara Iktiraf keupayaan PERKESO catat keuntungan pelaburan
KUALA LUMPUR - Keupayaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mencatat keuntungan RM18.4 bilion dalam pelaburannya pada 2010 menyebabkan agensi itu diiktiraf dalam Laporan Audit Negara bagi tahun lalu.
Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berkata, keuntungan itu berpunca daripada kejayaan Bahagian Risiko dan Penyelidikan Perkeso menganalisa dan mengenal pasti pelaburan berisiko tinggi sekali gus membantu mereka membuat keputusan tepat dalam sesuatu tindakan.
“Keuntungan dicatatkan sebanyak 4.3 peratus pada 2009 meningkat kepada 10.4 peratus pada 2010 adalah sesuatu yang hebat. Kami boleh mengatakan mereka telah melakukan yang terbaik. Keuntungan itu dapat digunakan untuk membayar pampasan pekerja dan bayaran faedah kepada pencarum yang ditimpa bencana.
“Sebagaimana pengauditan dilakukan November 2010 hingga Januari 2011 didapati, bahagian itu melakukan pelaburan ekuiti dengan cekap dan teratur,” katanya.
Menurutnya, semakan terhadap 46 kaunter saham mendapati Perkeso memperoleh keuntungan RM36.56 juta daripada keseluruhannya RM40.54 juta, setelah diasingkan kerugian RM3.98 juta.
Katanya, analisa dilakukan di 40 kaunter yang mengalami kerugian berjumlah RM285.26 juta pada Disember 2008 dan dua tahun kemudian, berkura-ngan RM42.84 juta.
“Perkeso rugi dalam pelaburan dalam kategori barangan pengguna, industri, teknologi, pembinaan, dagangan dan perkhidmatan serta kewangan. Ini kerana, bahagian berkenaan tidak mengikut prosedur apabila menganalisa dan mengeluarkan laporan tahunan kepada Lembaga Pengarah selepas pembelian dan penjualan saham dilakukan,” katanya.
Sabtu, 29 Oktober 2011
antara sabtu dan keluarga
1.Sabtu biasanya hari ke pasar..itu rutin akula setiap sabtu,biasanya aku pi sorang2 je tak menjadi masalah sejak 7 tahun lalu pasar yang sama aku terjah, untuk mencari apa jua bahan mentah untuk dimasak,kini sejak ada econsave jarang sikit aku ke pasar..beralih arah ke econsave plak..sekali fikir kesian plak kat pakcik2 yang meniaga kat pasar..jika semua beralih arah macam aku maka tak lama lingkupla ditelan pembangunan..hilangla fungsi pasar awam gamaknya
sejak Mcdonol de bubur nasi aku selalu gak duk pi beli...nur qaleesya humaira peminat setia hahahaha
2.Sabtu jugak hari makan pagi kami anak beranak diluar..tak kira la dimana jua sarapan pagi asalkan makan pagi bersama,kalau hari bekerja tak sempat kami anak beranak makan bersama,aku ke hilir wife aku ke hulu..seawal selepas subuh wife aku dah bertolak ke tempat kerja dikala itu anak-anak masih dibuai mimpi,ahhhh sampai bila ianya akan berakhir...
mee soto kat sini best woooooo
tengok ni nur qaleesya humaira pun tak sabaq dah nak bantai mee soto
3.Sabtu jugak hari kami meronda ronda..tak kirala ke kedai runcit pun leh dikatakan meronda ronda jugak hehehe..dan sabtu jugakla semua kerja nak dilakukan kerna hari ahad adalah hari kami berehat sepuasnya dengan anak2..layan kartun dengan anak2 salah satu acara wajib kami kakakaka
4.Pejam celik pejam celik dah 7 tahun aku merantau..dari bujang sehinggalah anak dah 2..7 tahun jugak aku bergaul dengan masyarakat jawa hehehe tapi sepatah haram tak tau cakap jawa kakakaka..yang jawa leh cakap kelate ade la..tu kesan tarbiah aku bekali
ini betul2 jawa kakakaka mak cik clener pejabat aku jawa barat kat timur tak plak aku tanya hahahaha..hm sesekali aku suh buat roti bakaq dengan kopi..sesekali je buakan selalu kakakakaka
5.Sabtu jugak hari untuk berfikir bab2 yang serius hahahaha..hari biasa tak sempat berfikir asyik kerja kerja kerja pikir pasal kerja je..balik rumah layan kerenah anak2 plak..penat lantas terlena begitu jah..bangun pagi esok begitu la jugak!
hehe sabtu jugak hari biasa tuk aku bawa anak2 ke salon rambut..2 bulan sekali ne kasi guntinglah..rambut sampai nak tutup biji mata kakakakaka
dari kecik sampai besor Nur qaisara humaira kat sinila kasi potong rambut..hm..macam makcik dia plak yang potong
6.Di negeri tempat aku kerja ni unik sikit..kalau pendapatan aku gaji aku..maka aku leh dikatakan bernasib malang..malang kerna aku tidak layak untuk membeli rumah/bangsal/tempat beteduh yang murah...kos murah kos sederhana aku tak layak..malang sungguh..itu polisi untuk melindungi golongan pendapatan rendah..kiranya aku hormati dan amat memahami objektifnya...tapi tercapai ke???kalau ahli pari tertentu boleh plak kan kan kan...oleh kerna aku tak layak dapat rumah kategori murah dan sederhana maka nak ne beli yang mahal ke??? malas aku nak beli mahal2..aku tak lama duk sini pun eh..hope so la hahaha
7.Sebut pasal rumah..7 tahun aku menyewa..Alhamdulilah tuan rumah sewa aku India..ok tak de masalah..orang kata rugi menyewa..ye rugi betul aku setuju..tapi nak beli yang muarah depa tak bagi la pulak!!!!!!!!!!!!!!!yang tu aku kurang setuju kakakakaka..lagi pun tak de masa aku nak cari rumah..niat hati aku nak balik negeri tumpah darahku..bina rumah disana dan disanalah usia aku nak dhabiskan...
8.Balik kampung juga orang tanya pasal rumah..kami anak beranak tak sempat pikir tu semua..yang kami tahu balik kerja penat dan layan anak sekejap lepas tu semua akan terlena...esok benda yang sama...bila ianya berakhir????mungkin tuntutan kerjaku yang membuatkan aku penat..aku sentiasa kerja luar sepanjang hari!!!!!!!! seminggu sekali saja di pejabat..itupun hari jumaat!my wife also travel tiap2 hari juga..kompem kepenatan..lenguh sana lenguh sini,sian aku tengok...maka sabtula hari segalanya :)
tentang rumah...InsyaAllah..coming soon
InsyaAllah akan siap juga nanti..tahun depan siapla
hanya menunggu detik tibanya sahaja..InsyaAllah..tak lama lagi ehhhh..leh masukla..cukup sekadar tempat berteduh..kedudukannya InsyaAllah strategik :)
Jumaat, 28 Oktober 2011
lagi rakyat Israel bolos masuk ke malaysia
Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menuntut penjelasan kerajaan berhubung pendedahan peninju Israel, Ilya Grad yang mendakwa telah memasuki Malaysia dengan bantuan menteri belia dan sukan untuk menyertai kejohanan The Challenger Muay Thai untuk stesen TV AXN.
Mahfuz berkata, perkembangan itu mengejutkan, apatah lagi apabila peninju kelas middleweight itu mendakwa bahawa pasportnya tidak dicop.
"Sebarang kemasukan rakyat ke negara Israel diharamkan, malah rakyat Malaysia masuk ke (Israel) juga diharamkan.
"Bagaimana (Grad) boleh masuk dengan (dakwaan) restu menteri, malah tanpa melalui proses imigresen sebenar? Ini menunjukkan betapa longgarnya pintu sempadan, boleh bolos begitu saja.
"Jadi kementerian luar negeri, kementerian dalam negeri harus beri kenyataan kenapa perkara ini boleh berlaku. Apakah benar dakwaan dia masuk dengan keizinan daripada menteri belia dan sukan?," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini semalam.
"Sekiranya benar perkara itu berlaku, ia menunjukkan bahawa menteri berkenaan telah "merosakkan dasar negara," kata Mahfuz lagi yang turut menuntut penjelasan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berhubung dakwaan tersebut.
Bekas juara muay thai Israel itu mendakwa telah memasuki Malaysia pada satu tarikh sebelum ini untuk menyertai kejohanan The Challenger Muay Thai yang dirakamkan di dalam kampus Universiti Putra Malaysia, Serdang untuk stesen TV AXN.
Difahamkan, rakaman program pada Jun itu baru saja dikeudarakan oleh stesen TV berkenaan baru-baru ini.
Dalam satu tulisan di blog tinju Muay Thai Authority pada 15 Oktober, Grad menceritakan bahawa dia tidak sabar untuk mengibarkan bendera Israel ketika berada di Malaysia.
Beliau yang memasuki Malaysia melalui Thailand ditahan selama 25 jam di satu pintu masuk negara sebelum berjaya mendapatkan bantuan Persekutuan Muay Thai Malaysia, "dengan sokongan menteri sukan Malaysia."
Sesudah itu, barulah dia kemudiannya mendapatkan dokumen yang diperlukan untuk memasuki Malaysia, katanya di blog yang banyak memaparkan kegiatan dan pertandingan sukan itu.
"Dengan begitu sahaja saya melepasi sempadan itu dengan pas khas – pas yang sememangnya khas kerana pasport Israel saya tidak dicop," katanya lagi.
..dari malaysia kini..
Mahfuz berkata, perkembangan itu mengejutkan, apatah lagi apabila peninju kelas middleweight itu mendakwa bahawa pasportnya tidak dicop.
"Sebarang kemasukan rakyat ke negara Israel diharamkan, malah rakyat Malaysia masuk ke (Israel) juga diharamkan.
"Bagaimana (Grad) boleh masuk dengan (dakwaan) restu menteri, malah tanpa melalui proses imigresen sebenar? Ini menunjukkan betapa longgarnya pintu sempadan, boleh bolos begitu saja.
"Jadi kementerian luar negeri, kementerian dalam negeri harus beri kenyataan kenapa perkara ini boleh berlaku. Apakah benar dakwaan dia masuk dengan keizinan daripada menteri belia dan sukan?," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini semalam.
"Sekiranya benar perkara itu berlaku, ia menunjukkan bahawa menteri berkenaan telah "merosakkan dasar negara," kata Mahfuz lagi yang turut menuntut penjelasan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berhubung dakwaan tersebut.
Bekas juara muay thai Israel itu mendakwa telah memasuki Malaysia pada satu tarikh sebelum ini untuk menyertai kejohanan The Challenger Muay Thai yang dirakamkan di dalam kampus Universiti Putra Malaysia, Serdang untuk stesen TV AXN.
Difahamkan, rakaman program pada Jun itu baru saja dikeudarakan oleh stesen TV berkenaan baru-baru ini.
Dalam satu tulisan di blog tinju Muay Thai Authority pada 15 Oktober, Grad menceritakan bahawa dia tidak sabar untuk mengibarkan bendera Israel ketika berada di Malaysia.
Beliau yang memasuki Malaysia melalui Thailand ditahan selama 25 jam di satu pintu masuk negara sebelum berjaya mendapatkan bantuan Persekutuan Muay Thai Malaysia, "dengan sokongan menteri sukan Malaysia."
Sesudah itu, barulah dia kemudiannya mendapatkan dokumen yang diperlukan untuk memasuki Malaysia, katanya di blog yang banyak memaparkan kegiatan dan pertandingan sukan itu.
"Dengan begitu sahaja saya melepasi sempadan itu dengan pas khas – pas yang sememangnya khas kerana pasport Israel saya tidak dicop," katanya lagi.
..dari malaysia kini..
Khamis, 27 Oktober 2011
cuti depabali@pulai spring resort
1.Seperti tahun sudah sempene cuti Depabali aku pun ambik kesempatan jugak untuk bawa anak2 berjalan-jalan,lagipun tak de umah nak kunjung mengunjung hahahaha..nak kunjung umah samy belu entah pi mana dah la ni dia tu..hahaha woi samy belu hang dah pi mana ???awaq tak jemput aku hah adeiii ..lagi pun sian kat anak2 aku ni asyik lepak je kat rumah. Kali ni aku tak nak pi jauhla..lagipun cuti tak panjang 1 hari je bos plak approve cuti aku 1 hari tambahan hehehe so tak nak pi jauh2..just kita orang melepak je kat Pulai Spring Resort hehehe resort Golf tu hah..5 star jugakla.Jom mula perjalanan hehehe..opsss sebelum tu aku pi ambik dulu 3 orang anak murid wife aku kat Ladang ulu Remis ni hah..hehe kasi depa jalan2 jugak..tu salah satu ganjaran depa temankan wife aku time aku kena latihan Ala Komando dulu hahahaha
2.Hm oleh kerana kami bertolak pun dah lewat,jam 1 baru sampai kat taman U skudai..hehehe perut pun dah lapaq so kita bantai Nasi beriani kat Restoran Shahab kat taman U..hm best gak la nasi beriani kat sini orang pun ramai gakla..harga boleh tahan hehehe..maka makanla kami berenam kat situu..Alhamdulilah menyelerakan :)
Jom makan..
Makan tak leh cakap tauuuu abah sara kata :)
hehehe..
3.Oleh kerna ni kali pertama aku pi kat Pulai Springs Resort maka tersesat n tersalah sikit aje adeiiii nak pusing balik yang teramat malas kakakaka..tak jauh sesatnya sampaila masuk UTM skudai kakakakaka adeiiii siot tul la..bilamana masuk U ni teringat plak aku kat UTM ni lah yang abang sulung aku belajaq dulu..hm tahun tu 80an la..time tu ayah aku duk kerja kat singapura...la ni abang sulung aku tu dah jadi Jurutera dah..time tu masjid UTM baru duk bina lau tak silap aku..OK balik pada aku nyer pejalanan sampai kat Pulai Spring jam 2 hahaha..chek in dulu..sambil hilangkan penat penangan Nasi beriani..
tunggu abah chek in:)
dan terus menunggu :)
hapy depabali..tahun ni tak di jemput samy belu kakakakaka
4.Oleh kerna aku dan my wife tercinta pi bercuti with 3 anak muridnya maka aku awal2 lagi dah tempah 2 bilik khas tuk dorang ni hehehe..berbaloi jugak bawak depa ni kakakaka kasi jaga anak2 aku pun leh ni hahahaha..bagi aku rest with my wife tanpa ganguan kakakakaka...Ops bilik leh tahan besar kat sini..selesa la beb..leh la tuk anak2 aku berbuas buas..buah buas aktif dan sewaktu dengannya
depa tak bagi aku pandu jauh..5 minit hantaq balik kakakaka..just try je laaaaa
Hm..best tengok kat bawah de kolam..sara dah xsabar la bah kakakaka..xhenti2 cakap anak sulung aku ni Nur Qaisara Humaira..sama mcm adiknya Nur Qaleesya Humaira..pening kepala nak layang 2 humaira ni..sib baik dah siap2 bawak 3 pengawal mereka hahahaha
rest dulu beb..sambil 3 pengawal sedang menawasi sara kakakaka
leesya humaira super aktif sama kakaknya :)
hehehe mcm mengantuk penanagan beriani shahab je si leesya ni :)
meninjau keadaan hehehe..dah sabaq nak pi kolam la si sara ni
jomla bah mandi kolam..sara da xsabaq ni..adeiii aku payah sikit nak mandi2 kolam ni..tapi hari ni xdak orang hahahaha kolam tu kami yang punyer kakakakaka mana manusia pi..sambut depabali kot..xpun depa dok bantai kayu gofl
sat lagi kita mandi sara..mama pun leh join hahaha x dak orang!!!
bertambah dugaan hahahaha
5.Sebenarnya de beberapa kolam mandi kat sini but aku rasa memadaila mandi je tempat penginapan kami..xyahla nak pi jauh2..lepas solat zuhur rest jap dan lepas asar depa mula turun kolam hahaha sesi yang depa duk tunggu dari tadi lagi..2 humaira memang ratu kolam tak padang dengan kecik pi la mana2 pun depa berjam jam kat kolam..adeiii aku dulu time kecik kolam jugak tapi kolam yang betul2 kolam hahahaha dalam bahasa kelate kata kube..kube tu kolam la jugok hahahaha
3 pengawal sara kat kolam hehehe:)
hari ni tak de orang kat sini hahaha kolam ini kami yang punyer kakakaka:)
bukan main lagi depa bermaharajelala kat kolam
dan sebelah malamnya hahahaha semua kepenatan termasukla 2 humaira..
makan kat sini ok la..best mcm2 leh makan..
bilik kat sini lengkap..de peti ais dan lain2
hehehe cukupla tu..sekadar untuk berkongsi je..lain kali ronda lagi..hope aku dan dia sentiasa bahagia hingga akhir hayat :)
Langgan:
Catatan (Atom)