Isnin, 25 April 2011

Ada hikmah saya disini


1.Rutin kerja aku tak pernah berubah..hampir setiap masa dan ketika kerja aku sentiasa menuntut aku berada dilokasi-lokasi tertentu khususnya untuk menjalankan amanah yang diberi..namun hari ni cukup berlainan..hati aku cukup tersentuh..kucing sapa plak niiii bikin kacau mood dah wei..

2.Aku dah biasa dan terbiasa sangat didedahkan dengan pelbagai kes kemalangan dari sekecil kemalangan hinggalah melibatkan kematian beberapa pekerja serentak..itu sudah biasa..begitu juga dengan pelbagai kategori penyakit..juga sudah biasa..itu lumrah itu jalan yang aku pilih..banyak hikmahnya percayalah..hari demi hari aku berjumpa dengan pelbagai kes yang ternyata memberi 1001 keinsafan 1001 pengajaran 1001 nikmat betapa besarnya nikmat Allah berikan pada diri dan kelurga aku..Alhamdulilah..setiap detik aku lalui setiap kes yang diamanahkan aku selusuri..pengajarannya aku jadikan panduan hidup..cukup2 menginsafkan InsyaAllah..seringkali aku membantu dan menunaikan amanah yang ditugaskan..sebolehnya secepat yang mungkin!dan jika ditakdirkan aku juga mendapat musibah manalah tahu aku asyik duk siasat kes kemalangan je kot2 aku plak yang kena maka aku juga mengharapkan perkara yang sama..keluargaku anak biniku pun mengharapkan sebegitu..jangan duk buat2 lambat..kesian..itu amanah..sian anak bini aku..

3.Dipendekkan cerita aku ke mersing lagi hari ni..sejak-akhir-akhir ni banyak kes kemalangan jalan raya yan melibatkan jalan mersing batu pahat..sememangnya diakui jalan mersing-batu pahat amat berbahaya..dengan jalanya yang macam ular kena palu bengkok sana bengkok sini..yang menambahkan lagi tahap berhantunya jalan maut ni sikap pemandu tu sendiri..haram jadah!

4.semasa aku dalam perjalanan nak siasat kes pun aku leh tengok gaya pemanduan depa ni memang lagak hendak membunuh diri!kalau dorang membunuh diri dengan melibatkan dorang saja takpa..itu hadiah bermakna untuk orang jenis macam ni..tapi jika melibatkan orang lain macam mana????hangpa nak masuk kubur hangpa masuk kubur sorang2 jangan duk nak libatkan orang lain!!!pandu kereta lori macam dah tak dak pedoman macam dah hilang akal!ada ka patut bawak mcm ni adeiiii

5.Persingahan pertama aku adalah di telekom mersing..dulu kejadian kemalangan maut yang melibatkan 3 pekerja telekom mersing aku yang siasat..2 meninggal dunia dan kedua dua yang meninggal itu warisnya dah pun dapat pencen FOT yakni pencen itu dibayar seumur hidup untuk isteri dan untuk anak yang berada di bawah umur 21 tahun..aku ke mersing pagi ni untuk berjumpa dan soal siasat pemandu kereta yang satu-satunya yang masih hidup..Jasni Ahmad namanya..kes ini sepatutnya disiapkan awal namun dek kerna pemandu itu masih dalam keadaan trauma maka aku tangguh sehinggalah aku dapat berjumpa dengannya pada hari ni..beliau cukup menunjukkan kemajuan yang tinggi dari aspek pemulihan..nampak gaya dia cukup bersemangat untuk teruskan hidup..Alhamdulilah..dulu ramai yang katakan beliau juga akan mati..bahkan tahlil disekolah anaknya telah dibuat untuknya!hangpa layan gambar dia dulu untuk dijadikan iktibar..



6.Mengikut laporan media kata si pemandu ini mengantuk..ya ka???aku tanya dia lantas dia nafikan..hakikatnya beliau terperasan ada seperti lori masuk ke laluannya??adakah ianya kebetulan apabila ia mengelak terus masuk ke laluan bertentangan??faktanya begitula..beliau masuk laluan lori..unsur2 hantu syaitan kita tolak ketepi..ya ramai orang kata laluan ni banyak ganguan..aku juga ada kenangan di laulan ni..takpala biarla rahsia..

7.Ramai orang yang aku jumpa katakan dan nasihatkan aku pandu berhati-hati jika melalui jalan jambatan kecil hutan gunung arong...baca apa yang patut..hakikatnya ada kebenaran..banyak kemalangan disitu..yang terbaru hari ni melibatkan treler juga melibatkan kematian ditempat yang sama!!!!Jasni pulih sebegitu cepat cukup diluar jangkaan aku..katanya ini peluang ke dua Allah berikan padanya...aku juga sentiasa berfikiran sebegitu...satu hari mungkin....aku sentiasa di jalan raya itu yang aku risaukan hari demi hari...jasni ni kelakar jugak orangnya..aku dalam hati memang hairan macam mana dia cepat pulih???itu tanda kebesaran Allah la beb..kebesaran Allah!yaaa itu peluang kedua yang jangan dipersiakan jasni...


8.Dari telekom mersing aku ke kampung hubong bersangkutan laporan Harian metro bertarikh 21 april 2011...kisahnya begini..

(aku cedok kat metro hehehe)
SUDAH jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib seorang suri rumah, Roziah Ismail, 37, yang terpaksa mengambil alih tanggungjawab menyara keluarga selepas suami tempat bergantung lumpuh akibat kemalangan ketika bekerja.Dia sekeluarga yang tinggal di Kampung Hubong Endau Mersing, Johor, kini perlu membanting tulang empat kerat selepas suaminya, Nasir Abu Bakar, 46, yang bekerja sebagai tukang rumah terjatuh dari bumbung ketika menjalankan tugas hujung tahun lalu.

Lebih malang lagi apabila Nasir terbabit dalam kemalangan motosikal seminggu kemudian yang mengakibatkan kecederaan pada tulang belakangnya.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga selama lebih 20 tahun itu mempunyai tanggungan 12 anak berusia antara setahun hingga 19 tahun. Mereka kini hanya menumpang tinggal di sebuah rumah atas belas ihsan ketua kampung terbabit.


Roziah yang bekerja sebagai pembantu kebun di kebun sayur jiran dengan pendapatan RM10 sehari berkata, suaminya tidak dapat ke hospital selepas kejadian itu dan hanya mendapatkan khidmat urutan tradisional disebabkan masalah kewangan.

***Nak cerita penuh hangpa cari sendiri lah weiii***

6.Sebaik sampai ke depan rumah aku disambut 11 daripa 12 anaknya adeiii..Allahuakbar sayu mata memandang..berat lagi bahu yang mengalas harapan..melangkah masuk kerumah yang diberi untuk duduk atas belas ihsan tu cukup terharu sekali..siasat punya siasat..rupanya dia pekerja kampung..buat kerja2 kampung so mana ada caruman socso??? ..so aku tak dapat nak buat apa walaupun hakikatnya diri semamangnya meronta ronta untuk membantu..8 anaknya bersekolah..bayangkan...bayangkan betapa beratnya kesusahan..kepayahan..itu semua dugaan Allah..hadapilah dengan 1001 ketabahan..nun disudut hati aku bergenangan air mata..sebelum melangkah kaki untuk ke tugasan selanjutnya aku sempat memberi sumbangan peribadi..bagi aku tak salah kita membantu..kekayaan rezeki melimpah ruah bukan untuk kita sorang...bersabarla bang..itu dugaan
bersabarla kak itu juga ujian..

maafkan saya kak..maafkan saya bang..maafkan abang wahai adik-adikku..bersabarla menghadapi dugaan ini..

2 kes lagi tak menarik hehehe tak yah kongsi la dengan hangpa...4 kes aku pi hari penat sangat2...perut da lapaq kasi bantai dulu lah!!!

banyak yang aku nak kongsi disebalik kes2 yang aku handle..but aku tak cukup masa dan ruang..nantilah..yang pasti kompem hangpa leh menitis air mata punyer...hidup ni tak lama..yang kaya usahhla berlagak..tak kemana pun eh!!!

Ahad, 24 April 2011

Mati seminggu sebelum Nikah

MERSING: “Jaga diri awak baik-baik,” itu pesan terakhir Mohd Fadli Suliman, 26, kepada tunang yang bakal dikahwini minggu depan, Siti Salwani Jamaluddin, 20, sebelum dia terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 32, Jalan Felda Nitar-Mersing di sini, tengah hari semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, kereta Perodua Kancil dipandu Mohd Fadli ke tempat kerja bertembung dengan kenderaan jenis Toyota Harrier dari arah bertentangan.


Akibatnya, Fadli tersepit di tempat duduk pemandu dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Salwani berkata, sebelum kejadian, Fadli pulang ke rumah keluarganya yang berhampiran dengan kediamannya di Felda Nitar 2 untuk makan tengah hari.


“Fadli berkerja di Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Padang Hijau, Kluang, sebagai pekerja pembersihan dan dia tidak pernah berbuat demikian sebelum ini.


“Selesai makan, Fadli terus ke rumah saya sebelum berpesan supaya saya menjaga diri, tidak sangka itu pesan terakhirnya sebelum dia dijemput Ilahi,” katanya ketika ditemui di Hospital Mersing.

Menurut Salwani, semua persiapan untuk melangsungkan perkahwinan sudah siap dan dia tidak menyangka hasrat mereka berumahtangga tidak kesampaian.


“Kami mengimpikan perkahwinan yang kekal hingga ke akhir hayat tetapi Tuhan lebih sayangkannya,” katanya.

Ibu Fadli, Salmah Ali, 60, berkata, sebelum kejadian, anaknya itu berkelakuan pelik kerana tidak menghabiskan nasi dihidang.


“Dia tidak pernah berkelakuan sedemikian tetapi saya tidak mengesyaki akan berlaku sesuatu yang buruk.


“Saya memang terkilan kerana tidak dapat melihat anak naik pelamin namun menganggap apa yang berlaku ini sebagai takdir dan reda dengan kejadian,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Nor Rasid ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.


“Kancil dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Toyota Harrier itu.


“Pasukan Bomba dan Penyelamat Mersing dipanggil untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu,” katanya.


Menurut beliau, pemandu Toyota Harrier yang berusia lingkungan 50-an hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.


Orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


***
Bagi pihak perkeso kes ini telah diambil tindakan serta merta dan ahasil siasatan akan diketahui sedikit masa lagi..ini kerna ada penemuan maklumat baru yang cukup berbeda dengan laporan berita yang dikeluarkan oleh media cetak***

Sabtu, 23 April 2011

perangkap laju polis tidak bersembunyi lagi


SHAH ALAM - Polis tidak lagi menjalankan tugas secara bersembunyi dalam operasi melibatkan lalu lintas, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar.

Menurutnya, arahan tersebut sudah dikeluarkan dan anggota polis akan berada di jalan raya bagi mempraktikkan pendekatan itu.

“Kita tidak akan sorok-sorok lagi dengan bersembunyi di sebalik tiang atau pokok sebelum mengeluarkan sebarang saman.

“Kita akan berada di tempat-tempat terpilih yang dapat dilihat pengguna jalan raya dan mengeluarkan saman secara terus jika mereka melakukan kesalahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sesi dialog dengan 1,000 belia India pada Majlis Sehari Bersama Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini semalam.

Khalid membuat kenyataan itu apabila seorang peserta dialog mengutarakan mengenai kekerapan kehadiran polis di jalan raya sejak kebelakangan ini menyebabkan pemandu lebih berdisiplin berbanding sebelum ini, di mana ada anggota polis menyorok di hujung jalan dan kemudian keluar dari persembunyian lalu menahan pesalah trafik.

Khalid berkata, pihaknya melihat pendekatan ini sebagai satu alternatif mendidik orang ramai supaya lebih berhati-hati dan patuh pada peraturan lalu lintas.

“Sebelum ini, pengguna jalan raya hanya akan patuh pada peraturan bila nampak polis, tetapi akan langgar undang-undang bila polis tiada.

“Kita pilih cara ini agar mereka lebih serius dan tidak memandang remeh terhadap peraturan dan undang-undang yang sudah ditetapkan,” katanya.

Menurutnya, selain daripada peningkatan kehadiran polis, pemandu juga diingatkan bahawa polis juga menggunakan kamera dan beberapa alat lain untuk mengesan kesalahan.

Sabtu, 16 April 2011

TAIB AKHIRNYA KEKAL JUA


Tan Sri Abdul Taib Mahmud, ketua menteri Sarawak yang paling lama memegang jawatan itu, mengangkat sumpah untuk penggal baru malam ini – tidak sampai sejam selepas Barisan Nasional (BN) mencatatkan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya negeri ke-10.

BN Sarawak memperoleh majoriti dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri sekitar 9.45 malam manakala majlis mengangkat sumpah diadakan kira-kira 45 minit kemudian.

Taib, 75, menyandang jawatan itu sejak 1981 dan genap 30 tahun 26 Mac lalu.

Pada pilihan raya negeri hari ini BN Sarawak pimpinannya mendapat 55 kerusi, Pakatan Rakyat 15 manakala Bebas satu.

Ketua Menteri keempat Sarawak itu mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di sini.

Sementara majlis mengangkat sumpah dengan cepat ini mengejutkan ramai, isu peralihan kuasa melibatkan Taib ini menjadi bahan kempen pilihan raya kali ini.

Pembangkang menggesa beliau mengumumkan penggantinya dan tarikh peralihan kuasa.

Ahad lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa pelan peralihan kuasa akan dilakukan dengan segera selepas pilihan raya negeri.

Bagaimanapun, pada keesokan hari, Taib berkata peralihan kuasa akan diadakan dalam beberapa “tahun lagi.”

Taib yang lahir pada Mei 1936 di Miri juga merupakan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), parti komponen Barisan Nasional. Beliau berketurunan Melanau.

PBB memenangi kesemua 35 kerusi yang diperuntukkan kepadanya kali ini.

Taib juga merupakan ahli Parlimen kedua paling lama berkhidmat di Malaysia selepas Tengku Razaleigh Hamzah dengan menjadi ahli Parlimen Malaysia selama 38 tahun tetapi kerusinya diambil alih oleh anaknya pada 2008.

Beliau berkahwin dengan Puan Sri Laila Taib yang meninggal dunia akibat barah pada 29 April 2009 dan 18 Disember lalu telah mengahwini seorang wanita Lebanon berusia lingkungan 30-an.

Jumaat, 15 April 2011

TAIB MAHMUD LIABILITI SEPERTI WAN MOKHTAR AHMAD DI TERENGGANU



1.Selepas tsunami politik Mac 2008, arena politik negara menyaksikan satu lagi detik penting yang akan menjadi ukuran populariti Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

2.Jika tiga tahun lalu, sekitar 11 juta orang pengundi menyertai gelanggang memberi mandat pada pilihan raya umum ke-12, yang turut menyaksikan pilihan raya Dewan Undangan Negeri semua negeri kecuali Sarawak, hari ini hampir sejuta pengundi menjadi harapan kepada kedua-dua perikatan itu dan juga calon-calon Bebas — dalam pilihan raya negeri Sarawak yang paling sengit.

3.Pun begitu, pilihan raya hari ini dilihat sebagai pungutan suara ke atas kepimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang memimpin Sarawak sejak lebih 30 tahun.
Kepimpinannya genap tiga dekad pada 26 Mac lalu. Ketua Menteri paling lama memimpin ini, yang melangsungkan perkahwinan kali kedua tahun lalu ekoran kematian isterinya, turut berhadapan dengan siri dakwaan rasuah dan salah guna kuasa — membawa kepada keluarga dan rakan-rakannya mengumpulkan kekayaaan.
Meskipun dakwaan dan tanggapan sedemikian belum dibuktikan di mahkamah terbuka sehingga kini, penilaian pengundian dan masyarakat menjadi penentu dalam pengundian hari ini — hari penentuan — sama ada BN boleh mengekalkan pemerintahannya sejak Sarawak menyertai Malaysia pada 1963 atau PR akan melangkah ke bumi Kenyalang, kalau tidak menguasai kedudukan lebih baik kali ini.

ceramah pakatan rakyat mendapat sambutan luar biasa kali ni

4.Awalnya, PR dikatakan hanya akan memenangi beberapa kerusi tambahan berbanding lapan kerusi dikuasai pembangkang termasuk enam oleh DAP dan satu oleh PKR pada pilihan raya terakhir Mei 2006.

5.Buat julung kali pemimpin tertinggi BN, Datuk Seri Najib Razak menyifatkan pilihan raya negeri kali ini sebagai yang paling sengit dalam sejarah negeri Sarawak.

6.Beliau dilaporkan berkata sasaran BN ialah mempertahankan kerajaan negeri dan jika memperoleh majoriti dua pertiga ia adalah satu bonus.
Pembangkang menggunakan setiap isu sama ada tanah atau rasuah sepanjang kempen 10 hari lalu untuk memikat sokongan dengan menyasarkan Taib yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

7.Malah, isu Kementerian Dalam Negeri (KDN) menahan kitab Injil versi Bahasa Malaysia atau Alkitab dilihat meningkatkan sentimen rasis di antara kaum Melayu-Melayu di mana pentadbiran Taib memihak dan masyarakat Cina dan Dayak Kristian.
Ia menyebabkan Taib yang mesra dengan panggilan “pek moh” menuduh tindakan meletakkan tag dan tanda pada Alkitab sebagai “tindakan bodoh.”

8.Pada 2 April lalu Putrajaya memperkenalkan penyelesaian 10 perkara. Malah ini bukan satu-satunya rasa tidak senang hati yang dapat dilihat dengan jelas melibatkan kerajaan BN negeri dan persekutuan.

9.Najib yang secara peribadi mengetuai kempen sepanjang enam hari terakhir juga cuba meredakan rasa tidak puas hati di kalangan pengundi Sarawak dengan mengatakan bahawa Taib akan melepaskan jawatannya dalam waktu terdekat selepas pilihan raya.
Beliau seterusnya menjelaskan sudah ada pelan peralihan kuasa.

10.Kenyataan ini yang dikeluarkan pada malam Ahad lalu membuktikan isu Taib mendominasi pilihan raya negeri ini, yang buat pertama kali sengit dalam sejarah negeri Sarawak itu yang mempunyai penduduk tidak sampai tiga juga orang.
Bagaimanapun seolah-olah tidak bersetuju dengan pandangan Najib itu, Taib berkata, beliau bersedia melepaskan kedudukannya dalam “beberapa tahun.”
Menurut pemimpin-pemimpin veteran seperti Lim Kit SIang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri, yang pernah berada dalam kerajaan sebelum dipecat pada September 1998, ini bukan kali pertama cakap-cakap mengenai peralihan kuasa muncul.
Pemimpin-pemimpin pembangkang mendakwa Taib pernah membuat janji-janji sedemikian tetapi tidak pernah menunaikan.

11.Najib dengan jelas melihat Taib sebagai liabliti dalam pilihan raya. Malah beberapa pemimpin Umno kanan yang ditemui awal tahun lalu juga pernah melahirkan pandangan sedemikian, ketika wujud desas-desus pilihan raya negeri akan diadakan pertengahan tahun lalu.

12.Jika tidak, berbanding sebelum ini, ini kali pertama seorang perdana menteri dan timbalannya menghabiskan sebahagian besar masa mereka membantu jentera BN termasuk tidak mengadakan mesyuarat mingguan Kabinet pada Rabu lalu.
Perkara ini juga diperakui oleh media-media yang prokerajaan pusat dan BN.
Laporan Bernama Online malam tadi menyebut, mengakhiri lawatannya ke kawasan penempatan masyarakat Iban di pekan Kapit dan Song di Hulu Rajang hari ini (semalam), Najib menyampaikan amanat terakhir kepada rakyat Sarawak sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.


“Jangan undi ikut sentimen. Persoalan yang harus difikirkan oleh pengundi Sarawak ialah kerjasama antara pusat dan negeri untuk masa depan yang lebih terjamin (memandangkan) Sarawak adalah sebuah negeri yang besar dan luas dan perlu banyak pelaburan terutama dari segi prasarana yang maju dan moden,” kata Najib yang juga Presiden Umno dan Menteri Kewangan.
Kata laporan itu, Najib telah muncul sebagai tunggak kempen BN selepas pembangkang melancarkan “serangan” bertalu-talu terhadap tempoh lama Taib Mahmud memegang jawatan sebagai Ketua Menteri.

13.Bertolak daripada dakwaan dan label Taib sebagai “liabiliti” kepada BN kali ini, laporan-laporan media memetik pemimpin parti komponen BN sendiri melemparkan kenyataan bahawa jika BN Sarawak gagal memperlihatkan kembali prestasi lalu khususnya membabitkan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Umno, MCA dan Gerakan akan mengembangkan sayap masing-masing ke bumi Kenyalang ini.


14.Meskipun ada yang menganggap bahawa pilihan raya ini hanya pungutan suara ke atas kepimpinan Taib, tetapi ada juga yang melihat mandat hari ini juga akan menjadi ujian kepada kredibiliti dan gagasan 1 Malaysia yang dibawa Najib. Tahun ini genap dua tahun Najib menjadi perdana menteri dengan gagasannya itu.
Populariti beliau dikatakan masih tinggi, dalam lingkungan 69 peratus sebagaimana diumumkan oleh kajian Merdeka Center akhir tahun lalu. Najib sendiri cuba mengadakan pertemuan dengan masyarakat Kristian di Sarawak bagi menyelesaikan isu Alkitab.

15.Sebagaimana dikatakan oleh presiden Aliran, P. Ramakrishnan, kerajaan persekutuan sendiri berkempen di Sarawak.
Jika Taib gagal di Sarawak hari ini, ia juga dilihat sebagai petanda kepada gagasan 1 Malaysia Najib.
Sebagaimana pernah dikatakan awal bulan ini kepada Reuters oleh Najib, keputusan malam ini akan menjadi penentu dan kayu ukuran kepada tarikh pilihan raya umum ke-13 - yang pertama di bawah kepimpinan Najib.

OPERASI BERTERUSAN KESAN MAJIKAN INGKAR


Saya petik dari Utusan:
MERSING 8 April - Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (Perkeso) mengingatkan para majikan yang ingkar membuat caruman pekerja dengan badan itu agar segera berbuat demikian bagi mengelak dikenakan tindakan dalam Ops Kesan yang sedang giat dijalankan di seluruh negara.

Operasi tersebut dilancarkan dengan tujuan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang Perkeso serta memastikan setiap majikan dan pekerja yang layak mendaftar dengannya.

Pengurus Perkeso Kluang, Dundang Undong berkata, Ops Kesan yang dijalankan tahun ini agak berbeza berbanding sebelum ini kerana ia diperluaskan sehingga ke waktu malam.

"Bagi Mac tahun ini, operasi lebih tertumpu kepada pengusaha restoran dan kedai makan yang menjalankan perniagaan pada waktu malam di sekitar bandar Kluang, Simpang Renggam dan Ayer Hitam," katanya kepada pemberita ketika operasi dijalankan di sini, baru-baru ini.


Menurut beliau lagi, 350 majikan telah diperiksa dan daripada jumlah itu, lapan notis tawaran kompaun berjumlah RM5,500 telah dikeluarkan.

"Notis tawaran kompaun berkenaan dikeluarkan atas kesalahan gagal mendaftar perusahaan dengan Perkeso," katanya.

Tambah beliau lagi, statistik menunjukkan majikan di kawasan Kluang telah mula sedar tentang kepentingan mendaftar dan mencarum dengan Perkeso sebagai langkah untuk menjaga kebajikan pekerja-pekerjanya.

"Operasi ini tidak akan terhenti setakat ini sahaja dan ia akan diteruskan dari semasa ke semasa serta akan diperluaskan lagi ke kawasan taklukan seperti Mersing, Endau dan kawasan-kawasan lain," katanya lagi.

ANTARA MENGHARGAI DAN DIHARGAI


1.Rata-rata manusia yang hidup di alam maya ini ingin diri mereka dihargai tak kirala perempuan mahupun lelaki, bahkan tidak keterlalauan jika kiranya dikatakan binatang pun ingin dihargai dan disayangi. Namun, bukan semua insan dapat menikmati erti sebuah perhargaan apatah lagi ‘dikasih sayangkan ‘ dalam konteks saling menghargai. Ini kerana terkadang kita semua menanti untuk dihargai sehingga kita lupa, kita alpa kita keliru dan dikelirukan oleh tomahan hasad dengki,dikelirukan oleh cakap-cakap fitnah dibelakang, dikelirukan oleh persepsi negatif pihak luar mahupun pihak dalaman sendiri ataupun kadang-kadang kita buat-buat lupa antara sengaja mahu pun tidak bahawa kita kita sendiri perlu untuk menghargai insan lain, jangan ingat kita sahaja yang perlu untuk dihargai..anak2 buah kita sebenarnya memerlukan kita..itulah yang kebanyakkannya kita lupa..Namun percayalah ianya masih belum terlambat untuk mengambil langkah awal lantas menghargai apa yang ada didepan mata..Isteri dan suami pun perlu saling menghargai jugak beb...jangan tunggu sang suami je...reti2 la bahasa..


2.Walaupun begitu, tidaklah semua orang inginkan penghargaan melangit..bukan mahukan segunung pujian..bukan dambakan pengiktirafan berprestij..bukan bukan itu semua! Cukup sudah sekadar ucapan "terima kasih". Ini sudah memadai bagi sesetengah orang. Dari pengalaman saya dalam banyak-banyak kes yang saya kendalikan belum ada seorang pun mengucapkan perkataan terima kasih...telah 7 tahun!!!7 tahun agak lama untuk mendengar perkataan itu..mahal sangat kah untuk ia diucapkan???



3.Takpala saya Ihklas untuk mencari sesuap nasi dari rezeki yang halal..takpa la.saya reda ini jalan yang saya pilih saya reda pada tiap2 hari deringan telefon saya tidak henti berdering tahkala waktu makan minum waktu rehat saya siang dan malam mereka tak jemu-jemu bertanyakan kes mereka, mereka membuat muka sedih meratap dan merayu..itu belum dapat keputusan siasatan..bila semua selesai sedikit ucapan terima kasih pun tidak..bahkan jika berjumpa dijalanan mampuih tegur pun tidak..usahkan senyum!!!Alhamdulilah saya tetap menghambakan diri pada rakyat..ini jalan yang saya pilih..antara dihargai dan menghargai saya tetap dambakan keberkatan dari yang maha Esa..Untuk dihargai itu adalah naluri Manusia biasa..agak bodoh dan jahil jika manusia itu tiada langsung mempunyai perasaan untuk dihargai..itu bukan manusia itu syaitan bekali.


4.Bila insan rasa dirinya dihargai, mereka selalunya sanggup berkorban apa saja, dalam banyak perkara kepada orang yang menghargainya. Pertolongan dengan mudah kita perolehi darinya, malah dia kadang-kala boleh menjadi insan terakrab yang kita miliki. Manusia bila rasa dihargai, dia akan menghargai berlebih-lebih lagi. Tapi, jangan lupa, semua manusia ada yang bersifat berbalik dari semua itu; Bila kita menghargainya, dia menganggap kita mengampunya & ingin mengambil kesempatan keatas dirinya.itu bodek2 tak mainla..bagi kat pemimpim politik yang maha Auta saja bab-bab bodek ni..depa semua dah cukup arif dalam bidang sebegini rupa..


4.Oleh hal demikian, biar apa yang dikata orang, biar apa yang dibuat orang, biar apapun terjadi, kita tetap perlu tanamkan nilai murni dalam diri agar kita tidak melakukan yang tidak sepatutnya kepada orang lain, sebaliknya teruskan untuk menghargai insan di dunia ini selagi nyawa dikandung badan... DOAkan mereka, pasti perkara yang baik akan terjadi padanya & pada kita. TAHNIAH BUAT MEREKA YANG MENGHARGAI



5.Sebetulnya..semangat harga menghargai dikalangan manusia kian luntur...percayalah.

Rabu, 6 April 2011

ANCAMAN FITNAH

(Utusan Malaysia dah jadi Utusan porno..penyebar fitnah rakyat)malu weiiii

1.Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Ankabut ayat 2&3 maksudnya;
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta"

2.Rasulullah s.a.w telah mengkhabarkan kepada kita semua tentang fitnah (malapetaka) yang akan terjadi...
Daripada Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib r.a berkata bahawa ia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya;

"Ketahuilah bahawasanya akan terjadi fitnah-fitnah (malapetaka)!" Kami bertanya: "Bagaimana jalan keluarnya wahai Rasulullah?" Baginda bersabda: "Berpegang teguh dengan Kitabullah, sebab didalamnya disebutkan sejarah orang-orang sebelum kamu, dan khabar tentang yang akan datang setelah kamu, dan didalamnya juga terdapat hukum terhadap perselisihan diantara kamu. Ia adalah pemisah antara hak dan bathil, dan sekali-kali bukanlah senda gurau. Barangsiapa meninggalkannya kerana keangkuhan, nescaya Allah akan membinasakannya. Dan barangsiapa mencari petunjuk dari selainnya, nescaya Allah akan menyesatkannya. Ia adalah tali Allah yang kukuh. Dan ia adalah bacaan yang penuh hikmah. Dan ia adalah jalan Allah yang lurus" (HR. Ahmad dan At-Tirmidzi)

3.Menurut hadis Nabi s.a.w ini jelaslah kepada kita semua hakikatnya Pada hari ini sedarlah kita sedang berada dalam kancah peperangan melawan fitnah (cubaan dan godaan) yang begitu besar,ketahuilah fitnah itu bagaikan potongan malam yang kelam!!!

(fitnah yang amat jijik lagi menjijitkan)

4.Tatkala seorang insan jatuh terperosok dalam bahaya dan musibah, maka dihadapannya ada 2 jalan pilihan;

1)Ia segera mencari jalan-jalan keselamatan dan berusaha mengeluarkan diri dari musibah tersebut hingga ia boleh selamat .
(Tidak syak lagi ini merupakan keharusan yang harus ditempuh bagi seorang yang berakal)
2)Atau ia hanya mampu pasrah menerima dan membiarkan dirinya binasa.
(Ini adalah tindakan orang bodoh (jahil) yang pasrah dan tidak mencari jalan selamat)

5.Waspadalah kerana fitnah-fitnah sudah begitu banyak pada zaman ini.Gelombangnya sudah saling tersebar luas dan bercampur-baur dengan berbagai bentuk kejahatan,maka wajib bagi setiap muslim untuk berhati-hati darinya.Oleh itu berpegang teguhlah pada Kitabullah dan Sunnah Rasulullah s.a.w,dan hendaklah diri kita juga harus waspada agar tidak menjadi penyebar fitnah (bencana) atau mendatangi atau cenderung kepadanya moga kita akan terjebak didalamnya!Marilah saudaraku sama-sama kita merenung&bermuhasabah(menghisab diri) kehidupan kita sehari-harinya (saat ini), sebenarnya kita lebih condong kearah mana?


6.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya;

"Bakal terjadi fitnah (pertumpahan darah), orang yang duduk ketika itu lebih baik daripada orang yang berdiri, yang berdiri lebih baik daripada orang yang berjalan, yang berjalan lebih baik daripada yang berlari. Dan barangsiapa melibatkan diri ke dalamnya niscaya ia akan terseret kedalamnya" (Muttafaq 'alaih)

7.Berdasarkan hadis ini selamilah baik-baik apa yang ingin disampaikan oleh baginda Nabi s.a.w kepada kita.Marilah kita semua baik rakyat mahupun penguasa, ulama atau orang awam
mestilah saling bantu-membantu memadamkan api fitnah dengan berbagai cara penuh hikmah dan nasihat yang baikSebab jika hal tersebut tidak kita lakukan, maka akibatnya akan sangat berbahaya, dan kesudahanya akan begitu menyakitkan.
Marilah sama-sama kita merenungkan firman Allah yang maksudnya;

"Dan peliharalah dirimu dari pada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang dzalim saja diantara kamu. Dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya" (Al-Anfal: 25)

Ahad, 3 April 2011

AL-FATIHAH..PELAJAR DIBELASAH GURU MENINGGAL DUNIA PAGI TADI


ALOR SETAR: Murid yang dikatakan dipukul oleh seorang guru di asrama sebuah Sekolah Agama Rakyat di Jejawi, Perlis, sehingga koma Khamis lalu, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di sini hari ini.

Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, disahkan meninggal dunia pada 8.50 pagi tadi selepas dimasukkan ke hospital berkenaan Jumaat lalu.

Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tok Paduka, Kangar petang ini.
Dalam kejadian 7 malam itu, seorang guru lelaki berumur 26 tahun dikatakan memukul murid terbabit selama hampir dua jam sehingga pengsan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Supt Nashir Ya, berkata suspek yang juga penyelia asrama sekolah berkenaan ditahan pada jam 10 malam tadi.

"Polis masih menunggu laporan bedah siasat dan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Ibu angkat mangsa, Hazirah Chin, 38, berkata sebelum dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, anak angkatnya yang tidak sedarkan diri itu dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada jam 1.40 pagi kelmarin.

"Saya dapat panggilan daripada seorang ustaz. Dia tanya sama ada Saiful ada penyakit tarik (sawan). Saya kata tak ada. Lepas itu dia kata dia nak datang ambil saya ke hospital sebab Saiful masuk hospital dan kena pindah ke hospital di Alor Setar," katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah.

Hazirah berkata, dia dapat melihat kesan melecet pada pergelangan tangan mangsa selain kesan lebam di bahagian matanya.

"Saya diberitahu Saiful alami pendarahan di bahagian kepala. Pada mulanya doktor kata dia stabil tapi semalam (Sabtu) doktor beritahu dia sudah tak ada harapan untuk hidup.

"Ketika mula-mula masuk asrama, arwah gembira sangat-sangat. Dia kerap balik sebab sekolah tak sampai satu kilometer dari rumah kami," katanya.

Bapa kandung mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, berkata anaknya dipelihara oleh keluarga angkat selepas isterinya meninggal dunia ketika Saiful Syazani baru berusia tiga tahun.

"Kali terakhir saya bertemu anak saya setahun lalu, sebab saya tinggal di Langkawi dan baru berpindah ke Jitra sebulan lalu," katanya.

Saiful Sopfidee berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa anaknya pada jam 8 pagi kelmarin.

Selepas melihat keadaan anaknya akibat dipukul, Saiful Sopfidee membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah pada petang kelmarin. - BERNAMA

Sabtu, 2 April 2011

rayu bantuan orang ramai kesan anak gadis hilang


1.Seorang bapa dari Kampung Pengkalan Depu, dekat sini memohon kerjasama orang ramai bagi mengesan anak gadisnya, Surita Asyikin, 21, yang hilang sejak lima hari lalu.Fauzi Ya'acob, 58, berkata, anak perempuannya itu yang mengalami masalah lembam, telah keluar rumah pada Isnin lalu secara bersendirian kerana hendak ke Klinik Kesihatan Tok Uban, tidak jauh dari rumah mereka, bagi mendapat rawatan sakit gigi.

2.Menurutnya, anak keempat daripada 13 beradik itu, jarang keluar rumah dan kebiasaannya menghabiskan masa bersama keluarga disebabkan masalah mental.
Katanya, seorang penduduk ada memaklumkan ternampak Surita Asyikin berjalan seorang diri dan kemudian menaiki kenderaan sapu menghala ke Pasir Mas, bagaimanapun bukannya ke klinik berkenaan."Selepas beberapa jam tidak pulang, saya mengambil keputusan untuk ke klinik tersebut namun, dia tidak ada sana dan kira-kira pukul 3 petang, adiknya sekali lagi ke klinik tersebut tetapi turut gagal menemuinya," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

3.Fauzi memberitahu, dia telah beberapa kali menghubungi telefon bimbit anak perempuannya itu tetapi ia telah dimatikan dan sehingga kini mereka sekeluarga masih gagal berhubung dengan Surita Asyikin.
Berikutan itu, dia telah membuat laporan polis kira-kira pukul 8 pagi Selasa lalu.
"Surita Asyikin memakai baju T berwarna merah, berseluar jeans hitam dan bertudung hitam semasa keluar rumah Isnin lalu.

4."Saya merayu sesiapa yang terlihat Surita Asyikin supaya dapat menghubungi saya di talian 013-968 3166 atau 019-908 7297 atau menghantarnya ke balai polis berhampiran," katanya.

5.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim ketika dihubungi hari ini mengesahkan menerima laporan tersebut dan pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mengesan gadis tersebut.
Utusan Malaysia Online - Timur

*pakat tolong weiii kalau2 de jumpa call balai polis berdekatan*

GARA-GARA SEMBELIH BURUNG ENGGANG 4 TENTERA DISIASAT


Bagan Datoh: Empat anggota tentera yang menyembelih seekor burung enggang di Hutan Royal Belum seperti tersebar luas dalam lawan web sosial facebook dan blog akhir bulan lalu, disiasat dan didakwa mengikut Akta Tentera dan Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972.

Perkara itu disahkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memaklumkan semua anggota berkenaan disiasat berhubung kejadian itu.

Kelmarin, beberapa akhbar dan laman portal berita tempatan memaparkan satu foto menunjukkan beberapa anggota tentera memegang seekor burung enggang disembelih.

Perkara ini bukan saja mendapat bantahan orang ramai dan Persatuan Pencinta Alam, sebaliknya kerajaan negeri turut memandang serius perkara itu.

Katanya, siasatan mendapati, seorang anggota berpangkat pegawai dan tiga anggota lain-lain pangkat dikatakan menemui spesies burung terancam itu dalam keadaan separuh mati dipercayai cedera selepas menjadi buruan pemburu lain.

“Mereka (anggota tentera) kemudian menyembelih burung itu dan merakam gambar bersama bangkai haiwan itu sebelum menyebarkan di laman web sosial.

“Perbuatan itu sangat dikesali dan kita tidak akan melindungi mana-mana anggota tentera yang didapati terbabit dalam kegiatan sedemikan,” katanya selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perkasa, Hutan Melintang, di sini, semalam.

**hm tu la gatal tangan sangat yang duk pi ambik gambar dan masuk dalam facebook buat pe benda???nah tak pasai2 hangpa dah kena..hm hm nanti hangpa jawab la dengan MP hangpa..kot2 mana pun jangan duk muat naik gambaq yang bukan2 kat FB..pikiq dulu sebelum buat bro**

kalau bunuh ini ok tak..hehehe

Jumaat, 1 April 2011

RON 97 RM2.70 RAKYAT DIDAHULUKAN@FAHAM DENYUT NADI RAKYAT BETUI KA JIB!


1.Bermula tengah malam tadi, petrol RON 97 dijual dengan harga baru pada RM2.70 seliter, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Zulkifli Mokti.Ini bermakna harga petroleum dizaman najib ini telah menyamai zaman Paklah dulu dimana zaman Pak lah dulu pun harga minyak ni dah RM2.70 seliter sebelum ia diturunkan secara berperingkat.hebat juga najib ni ternyata rakyat didahulukan..batui juga kata-katanya yang sering bermain dibibirnya yang kerajaan BN@UMNO faham akan deyut nadi rakyat,faham akan kesusahan rakyat..cuma hangpa tak tahu@buat-buat tak tahu@tak pun hangpa di tipu oleh pengampu yang maha mengampu lagi maha pembelit yang terbukti kebijaksana dan bijak sini dalam bab-bab putar alam! lantas hangpa tak tahu keadaan sebenar rakyat dibawah!rakyat bawahan macam aku ni hah dan banyak lagi rakyat kat kampung-kampung dah tak terdaya untuk berdeyut nadinya dah..langkah-langkah kamu ternyata menjahanam kan ekonomi rumahtangga kami!hangpa tahu ekonomi ke weiii..

Sedar tak sedar pendapatan boleh guna isi rumah semakin mengecil..itu boleh guna je bab tabungan tak yah citer la leh dikatakan nak tabung pa pun dah tak tahu eh..dikala inilah aku masih tak lupa akan manifesto yang di ilhamkan oleh presiden PAS tentang idea Negara berkebajikan!hangpa nak tahu isi kandungnya hangpa carila sendiri.


2.Ini kali kelima harga petrol gred RON97 dinaikkan sejak harganya diapungkan dan adalah kenaikan kedua tahun ini sejak 31 Januari lalu.Pelik juga nye bila zulkifle yang umumkan kenaikan harga minyak..biasanya Ismail sabri yaakob yang akan umumkan?ka si ismail sabri takut nak umum kot...mana la tahu next PRU kena protes dek rakyat BERA..InsyaAllah berbuat baik pada rakyat dibalas baik..but berbuat sebaliknya maka tunggula hukumannya..hukuman bukan atas dunia je weii di akhirat sana pun nak ne jawab gak!

3.Nampak gaya separuh dari gaji aku nak ne bayar minyak je laaaaa...hm tu dah pakai VIVA tu..lau pakai yang lagi besar leh mencapai tahap kakitangan dibawah garis kemiskinan la dato jib weiii..silap-silap leh masuk dalam kumpulan miskin tegar gamaknya..hari-hari outstation mau nak pakai minyak..paling kurang RM30 sehari..itu dulu..la ni entahla..tak masuk lagi wife punyer perjalanan...adeiii mampuihh tok jib mampuih aku macam ni..hangpa leh la bergelak sakan sambil dok sibuk sana sibuk sini pasai video lucah..pi plak tengok tempat ada classsss hahahaha tempat yang rakyat biasa tak mampu punn nak pi ehhh..oooo lupa lupa aku terlupa hangpa ingat rakyat beb ingat cuma time nak pilihanraya je time wakil rakyat mati je ingat rakyat time pilihan raya kecil je..time tu baru hangpa faham denyut nadi rakyat!!!!nak tunggu pilihanraya umum silap-silap rakyat pun dah tak berdeyut nadi dah ehhh..kalau dulu yang duk telefon tiap-tiap hari kawan-kawan lani nampak gaya pah ni yang dok call masuk pihak bank la plak kot hahaha kutip hutang la tuuu..mampuihhhh


4.Itu baru bab minyak tak masuk laagi pasai kenaikkan harga susu bayi yang ternyata naik mendadak macam dah tak dapat kawal lagi dah..ye kapitalis biasala nak untung besarla kot ye pun ade menteri apa guna jika tak dapat buat kawalan???kalau dah tak mampu mengawal dan tak mampu mentadbir baik bagi je kat kat orang lain la..kita jangan duk berpaut sangat kat dahan yang rapuh nanti jatuh sukar nak bangkit beb..lagi-lagi kalu dah tua hahaha tua plak cerdik takpa la jugak ni kering idea mati tindakan terpaku tingkah laku terbantut buah fikiran mandul motivasi..bahananya kita yang dapat adeiiii..

ni pun mahal gak ni adeiii..

minyak dah mahal sat lagi barang2 lain pun ikut jejak la..kalau gaji ikut jejak naik ok la jugak hahaha ni dok cam tu jugak eh..nak ne buat part time bawa benda la jawabnya..


pening-pening..aku kerja pak gud lagi la aku pening beb...lebih pening dari tok jib hahaha

5.Sepatutnya hangpa sebagai pemimpin hangpa ne berasa susah dahulu, bukan susah kemudian!!!ni terbalik rakyat susah dulu..hangpa tak pernah susah susah!!!..bertambah kaya ada la..hangpa ne baca sikit pasai khalifah Umar Abdul Aziz,jangan duk syok buka utusan malaysia je hahaha depa tu tulis berdasarkan ampu semua tok jib! mai ikuti sedikit cerita ini..ini Percakapan antara Khalifah Umar Abdul aziz dengan putranya setelah menjadi khalifah,Sesampainya di rumah, Umar pergi ke tempat tidur untuk berehatlah. Tetapi belum sempat membaringkan badannya, putranya, Abdul Malik datang menghampirinya. Ketika itu berumur 17 tahun. Dia mengatakan, “Apa yang hendak engkau lakukan wahai Amirul Mukminin?” “Oh putraku, aku hendak istirahat sebentar, dalam tubuhku tidak ada kekuatan lagi.” jawab Umar. Abdul Malik berkata lagi, “Apakah engkau istirahat sebelum mengembalikan hak yang dirampas dengan jalan curang kepada yang punya?” Umar menjawab, “Putraku, tadi malam saya bergadang untuk mengurus pamanmu, Sulaiman dan nanti waktu Zuhur saya akan salat bersama orang-orang dan insya Allah akan mengembalikan hak-hak yang diambil secara curang itu kepada yang punya.” Abdul Malik berkata lagi, “Siapa yang bisa menjamin dirimu akan hidup sampai Zuhur wahai Amirul Mukminin?” Serta merta Umar berdiri, lalu mencium dan merangkul anaknya, serta mengatakan, “Segala puji bagi Allah yang telah mengeluarkan dari tulang rusukku seseorang yang menolongku dalam beragama.” Seketika itu juga dia memerintahkan untuk menyeru semua orang, bahwa barang siapa pernah dicurangi oranglain, agar melapor. Umar pun mengembalikan hak-hak yang dirampas dengan curang itu kepada yang punya.

6.Ok la pah ni sebab minyak dah naik kita pakat duk kat rumah je la hahaha jimat-jimat sikit...awal tahun dah naik minyak ..pah ni ada lagi tu hok naik..yang pasti kompem gaji duk macam tu jugak!!!!!