Isnin, 29 Jun 2015

Pesakit diabetes bekerja dan kemalangan di tempat kerja@claim perkeso/socso

 
1.Hari ni aku siasat kes kemalangan di tempat kerja..sebuah kilang memproses minyak kelapa sawit..kes ini agak rumit juga melibatkan pesakit diabetes/kencing manis yang ditimpa kemalangan di tempat kerja..umum mengentahui pesakit kencing manis agak sentisif pada luka..luka sikit aje terus jadi besar merebak jadinya...itu diabetes tahap kronik la tu...kerana luka kecil boleh menyebabkan anggota badan kena potong beb..banyak dah kes sebegini aku jumpa..
 
 
2.Dalam kes yang aku siasat ini cukup simple...pekerja tengah dok lakukan kerja pembersihan/housekeeping di dalam kawasan kilang sawit tup2 kaki terpijak dawai besi..pakai kasut pun leh tembus plak.. tu la silap juga tak pakai safety bot...serpihan dawai besi tadi masuk ke dalam kaki..patah didalam kaki serpihannya..lalu terpaksa buat pembedahan untuk keluarkan serpihan itu...dah la pekerja ni dah ada kencing manis..kesannya cukup bahaya geng..luka merebak pergelangan kaki terpaksa dipotong...haru haru..apakah kes sebegini kes perkeso? ya jika adanya kejadian sebegini di tempat kerja ianya sudah pasti kes perkeso dan boleh dibuat tuntutan dengan pihak perkeso...itulah untungnya kalian mencarum dengan perkeso..tak susah untuk menuntut hak kita yang benar2 hak!!!yang bukan hak kita tuntut macam mana pun tak kan dapat time tu jangan nak salahkan sape2 hahahaha..itu bukan hak kita kan kan..
 
 
3.Er er yang tak best hari ni nyaris kena gigit anjing celaka betul...dah tau orang nak pi rumah tambat jauh2 anjing tu..dah la anjing garang adowwla..ini rumah kedua yang aku pi hari ni..dua ekor anjung sambut aku depan pintu adowla..ni la antara cabaran..kalau yang pompuan kompem tak mau masuk rumah aku ngasa..garang beb..kalau terlepas tali alamak aku pulak la yang claim dengan socso.

Ahad, 28 Jun 2015

Masuk Ladang Selai@Kes tuntutan socso/perkeso

 
1.Hari ni aku masuk ke Ladang Selai..Ladang Selai adalah Ladang Kelapa Sawit milik kumpulan Kulim Berhad..oleh kerana nak masuk Ladang so macam biasa seawal pagi aku dah kena gerak..bukan apa malas nak bawak kenderaan laju2 hehehe..masuk ladang banyak jugak cabaran bagi yang tak mahir memandu macam aku ni kakakaka..dah la mata rabun jauh..vrommmm ambil kenderaan Jabatan dulu...hehehe masuk lading kalau guna keta viva aku alamak hancur leburla geng..tak balik raya aku tahun ni karang kakakaka..
 
 
2.Jalan Ladang biasalah bukannya semua berturap..untuk ke Ladang Selai pun sama..jalan masuk mengunakan jalan paloh-jalan ladang tereh (berturap)-jalan  hendak masuk Ladang Selai (Tanah merah) perjalanan bagi yang tak pandai memandu macam aku ni adalah dalam 45 minit kakakaka..boleh jugak sampai 1 jam hahaha tengok kedaanlah..untuk sampai ke Ladang Selai jika melalui Jalan Paloh-Jalan Ladang Tereh-Ladang Selai pasti kena melalui 2 pemeriksaan keselamatan Ladang..pertama Pondok Kawalan Keselamatan Ladang Tereh dan kedua Pondok Keselamatan Ladang Selai hehehe bukan calang2 boleh lepas kawalan depa ni :)
 
 
3.Vrommmm bawa kereta Toyota Fortuner sememangnya best jika melalui jalan sebegini melantun kiri melantun kanan yeahhhh hehehe..dalam hati bila nak sampai bila nak sampai hahahaha bawak keta sorang2 dikala bulan ramadhan ni kadangkala mengantuk beb dan agak memboringkan..tambah2 masuk ladang sorang2 sebegini..tapi kalau bulan biasa tak pa hahahaha..macam2 leh tibai sebelum sampai ladang..hohoho dalam sebulan banyak kali jugakla masuk ladang..tengok pada kes la..jap ada jap tak dak
 
 
4.Dalam 45 minit lebih baru sampai ke destinasi yang hendak dituju..pi opis Ladang Selai dulu..macam biasa semak kes tuntutan kemalangan perkeso/socso...buat sikit soal siasat..tengok dokumen apa yang berkaitan...vrommmmm ke rumah pekerja yang kemalangan pula..sememangnya jauh macam mana jarak sekalipun kami pasti akan sampai ke tempat kalian..tiada alasan untuk itu beb...vrommm..dari jauh kelihatan pekerja yang sepatutnya aku jumpa telah menunggu di depan pintu..beliau terlibat dalam kemalangan kerena ketika menunggang motorsikal untuk balik ke rumahnya tiba2 seekor biawak besar melintas jalan wacaaaaaaaa terkejut geng..lalu akak ni elak dan terus hilang kawalan motorsikalnya lalu motorsikal dan penunggangnya menghemtam pokok kelapa sawit di tepi jalan gedebanggggggg...pengsan kat situ jugak!!!sian akak ni teruk juga kecederaanya..
 
 

Selasa, 23 Jun 2015

Masuk kedai nombor ekor hohoho@siasat kes tuntutan socso:)

1.Salam geng..dalam bulan2 puasa sebegini kadang2 terasa malas plak nak jenguk blog ni kakakaka bukan pa kadang2 baru je buka terus mata jadi lali hahaha maknanya nak tidoq la tu..zzzzz
 
 
2.Puasa tak jadi halangan keje mesti on macam biasa jugak geng..mana2 kerja sekalipun kena pulak yang jadi buruh binaan lagila..cuaca yang panas adehhh tak tertahan rasanya..dalam bulan puasa sebegini biasanya aku paling maksima pun bawa 3 kes sahaja dalam sehari..3 kes tapi kalau kena siasat kes banyak tempat jadi 6 tempat jugak kena lawat dalam satu hari pehhhh boleh tahan jugak penat geng..
 
3.Hari ni salah satu kes yang aku siasat adalah kes kemalangan jalan raya melibatkan pekerja syarikat jualan tiket nombor ramalan sportoto hahahaha..senang cakap pekerja kedai jual nombor ekor lah..dek kerana beliau pekerja dan majikan mencarum beliau pada perkeso maka sudah pasti kejadian kemalangan tersebut dilindungi seandainya melibatkan perjalanan pergi dan balik kerja..macam biasala..
 
 
4.Bila melibatkan pekerja kedai nombor ekor ni terpaksa jugakla masuk ke kedai jual nombor ekor itu untuk selesaikan kes tuntutan kemalangan pekerja ini hehehe ini bukan kali pertama aku masuk kedai2 nombor ekor untuk siasat kes kemalangan pekerja mereka namun setiap kali nak masuk pasti sudah banyak mata memandang walaupun kita pergi atas urusan rasmi hahahaha tak sedap hati pun ada kakaka..
 
 
5.Bila masuk ambil stetment majikan buat siasatan kemalangan sesi tu pulak buat dalam kaunter pehhhh hahahahaha kompem time tu kalau orang melayu dating nak beli nombor depa akan u turn balik umah kakakakaka ada pun yang u turn sebab depa ingat aku pegawai jabatan agama bekali wakakakakakakka..macam macam
 
6.Kerja lah apa pun pastikan majikan mencarum diri kalian dengan perkeso Inshaallah tak rugi :)

Rabu, 17 Jun 2015

Anugerah Khidmat Cemerlang Perkeso 2015@Grand seasons hotel

 
1.Semalam aku ke Hotel Grand Season Kuala Lumpur atas jemputan Ibu Pejabat tempat aku kerja, sebenarnya serba salah nak cerita atau tak kat sini hahaha kalau cerita nanti dikata nak menunjuk-nunjuk dan riak pulak hahaha tapi sebab ni blog aku lantak la hahahaha suka hati aku lah nak tulis apa kakaka..
 
 
2.Sebenarnya aku telah di pilih untuk menerima Anugerah Khidmat Cemerlang (AKC) untuk tahun ni..alhamdulilah..dapat jugak akhirnya..terasa diri benar2 dihargai buat seketika wakakaka hahaha,.selama ni pun kerja keras juga tak dak plak depa bagi kui kui kui..ramai juga kawan2 seperjuangan yang dapat..tapi nak dapat Anugerah Khidmat Cemerlang ni bukan mudah terutama melibatkan kerja aku sebagai pegawai penyiasat..pehhhh terkejar sana terkejar sini siasat kes..lambat siasat maka jatuh lah sasaran kerja beb..bukan mudah nak jaga prestasi geng..sebab kita berurusan dengan manusia pelbagai ragam..
 
 
3.Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang kali ni diadakan di Grand Seasons Hotel..agak meriah majlis ni..ramai juga kawan2 seperjuangan yang menerimanya..sampai di hotel penginapan jam 2.00 petang terus check in dulu...bilik ok la semuanya selesa...ohh ya tetamu VVIP malam anugerah ini adalah YB Menteri Sumber Manusia..dan pimpinan tertinggi perkeso.
 
 
4.Majlis bermula jam 8.30 malam berakhir jam 11.30 malam..makanan yang disediakan alhamdulilah boleh tahan sedapnya...banyak juga persembahan yang dipertontonkan pada malam tersebut..ape pun aku anggap anugerah ini untuk semua kakitangan pejabat aku coz mereka akadalah sebahagian dari kekuatan diri ini hahaha menyentuh persaan betul anugerah tahun ni kakakaka banyak cerita banyak keringat dan banyak masa bersama keluarga dikorbankan untuk bekerja hahahaha..
 
 

Isnin, 15 Jun 2015

program bacaan yaasin dan tahlil menyambut ramadhan@perkeso kluang 2015

 
1.Hari ni ade tahlil dan bacaan yasin di pejabat aku..tiap2 tahun sebelum menyambut ramadhan sememangnya program sebegini dilakukan Alhamdulilah program yang baik tak salah untuk kita teruskan sampai bila2..lagi pun dengan program sebegini ia mampu mengeratkan hubungan antara kakitangan.Hehehe terasa diri baik seketika sepanjang acara berlangsung kakakaka..kat pejabat aku la yang paling riuh dan nakal nya hahaha..
 
 
2.Selepas selesai program bacaan yaasin dan tahlil ade la sedikit makan2 hehehe..nasi beriani kambing seawal pagi pehhhhhhh kenyang bawa ke tengahari geng hahahaha Alhamdulilah..kalau tiap2 hari sebegini jimat jimat hahahaha.
 
 
 
 
 
 

Isnin, 8 Jun 2015

bercucuk tanam@rumah taman amat menyeronokkan :)



1.Setiap kali balik dari tempat kerja menjadi rutin aku masuk kebun mini depan rumah aku dulu hahaha..tanah sekankang kera yang ada depan rumah habis aku penuhi dengan pokok2 tak tahu la kalau pokok2 tu besar nanti mesti bersimpang siur dahan2 nyer kakaka aku main tanam aje sebab tanahnye sempit pokoknya macam2 nak tanam lantak pi lah..janji tanah depan rumah tu dipenuhi dengan pokok2..kalau biarkan sahaja nanti rugi pulak.
 
 
2.Sebenarnya tabiat menanam pokok ni lahir sejak aku masa kanak2 lagi.. tabiat tu bawa la ke dewasa dok macam tu jugak..satu hari nanti bila pencen pasti aku berkebun tiap2 hari juga, lagi pun ada banyak tanah di kampung mcm2 leh tanam..di tanah taman ni setakat tanam pokok untuk nak keluarkan peluh boleh la...tapi ok beb..aku tanam macam2 pokok..ada pokok bersifat kekal seperti mangga, nangka, ciku, kelapa, limau, rambutan ada juga belimbing hahaha cukup semua buah-buahan yang aku suka..setengah darinya telah mengeluarkan hasil dua kali dah setakat aku dok kat taman ni..pokok tak kekal seperti pisang, lada, terung, bendi juga aku tanam tapi silih bergantila..tak cukup tanah..tanah banyak tapi milik jiran2 tak leh la nak tanam..nanti kene sekeh karang kakaka.


3.Menanam pokok ni bukan setakat nak keluarkan peluh dan menikmati sedikit hasil dari titik penuh dari keringat sendiri tapi ianya juga satu terapi yang cukup baik untuk diri akula..mana taknya bila penat2 bekerja pada setiap hari maka bila mengadap pokok2 yang kita tanam satu kepuasan timbul..hilang penat bekerja buat sementara waktu..tenang jiwa rasanya bila tengok pokok2 yang ditanam berhasil walaupun baru belajar2 nak bebuah..tanam pokok dapat hidup dengan subur juga satu nikmat dan kepuasan tak terkata..ada orang tanam pokok jap mati jap mati hahaha aku alhamdulilah hidup aje pokoknya.
 
 
4.Setakat nak memasak tomyam tu cukupla syarat hahaha ada pokok serai,ada pokok limau purut jadila kakakaka..semua yang ditanam mengikut kegemaran dan selera aku..termasuk pokok ketereh yang biasa pucuknya aku buat ulam pehhhhh membuka selera beb..
 
 

Ahad, 7 Jun 2015

jatuh di dalam tandas tempat kerja boleh claim perkeso@socso

 
1.Kejadian jatuh di tempat kerja/semasa bekerja adalah perkara biasa khususnya untuk golongan pekerja wanita..situasi yang kerap berlaku adalah jatuh ketika mengambil fail yang di simpan di tempat/rak yang tinggi, kecuaian dalam mengunakan kerusi atau tangga yang digunakan untuk memanjat mengambil fail dan jatuh seringkali berlaku..situasi jatuh di tempat kerja dan mendapat kecederaan boleh sahaja membuat tuntutan/claim dengan perkeso/socso..ia adalah normal dalam situasi jatuh sebegitu..dan tuntutan/claim dengan perkeso/socso amat mudah untuk situasi kemalangan jatuh di tempat kerja ini, dengan syarat 4 hari cuti sakit paling minima..
 
 
2.Aku juga seringkali ingatkan jika kalian jatuh di tempat kerja perkara yang paling mustahak adalah dapatkan rawatan dengan segera pada HARI YANG SAMA kejadian jatuh berlaku..ini bukan sahaja untuk mempastikan kecederaan kalian segera di rawat bahkan ia memudahkan untuk tuntutan perkeso/socso dilakukan..jika sekiranya kalian lewat mendapatkan rawatan dan berselang berhari hari maka sudah pasti timbul kecurigaan dan syak wasangka dan merumitkan proses siasatan dilakukan..bahkan acap kali dalam siasatan perlu melibatkan para doctor yang perlu direkod pernyataan mereka berkenaan kecederaan yang kalian alami..
 
 
3.Kejadian kes2 jatuh di tempat kerja yang rumit seringkali memakan masa untuk memutuskan sesuatu kes itu..betul atau tidak kejadian jatuh ditempat kerja berlaku jika seandainya rawatan tidak terus dibuat pada hari yang sama sedangkan kecederaan parah seperti patah tangan atau kaki???bukankah ianya menimbulkan kecurigaan??
 
 
4.Biasanya permasalahan wujud jika kejadian jatuh tersebut tiada saksi yang melihatnya..khususnya dalam tandas???luar tandas tak jadi hal ada CCTV, ada saksi..dalam tandas memang rumit, hahaha tak kan ada saksi dalam tandas kakakaka...dan biasanya jika lewat mendapatkan rawatan sedangkan kecederaan melibatkan patah tangan atau kaki maka sudah pasti ia jatuh bukan di tempat kerja sebaliknya di rumah...kejadian sebegini tidak sukar untuk disiasat, pihak perkeso ada caranya..cuma rumit dan mengambil masa sedikit..dan biasanya ia berlanjutan ke Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial (JRKS) jika berlakunya ketidak puasan hati untuk setiap hasil keputusan siasatan dilakukan..oleh sebab itulah aku seringkali ingatkan perihal pentingnya rawatan pada hari yang sama kejadian berlaku (jatuh di tempat kerja/tandas tempat kerja/dapur tempat kerja) setidak tidaknya kita membantu diri kita sendiri hehehe..
 

Sabtu, 6 Jun 2015

Fmily day Impiana Casa@Teluk gorek campsite

 
1.Salam geng..hari ni aku dan keluarga meluangkan masa 2 hari 1 malam bersama keluarga besar Impiana Casa Taman Seri Impian di Teluk Gorek Campsite Tanjung Resang Mersing, resort ini sebenarnya tidak begitu asing buat aku, lagipun dah banyak kali pun berkujung ke sini sama ada untuk tujuan kerja atau riadah..tuan resort pun kenal sangat dah ehhh dengan aku..itu pun sebab kerja la tuuu..hahaha x dak sebab lain :)
 
 
 
2.Sekarang bertambah maju..dua blok bangunan resort 2 tingkat yang dibina mampu menampung bilangan pengujung yang ramai pada satu2 masa..di tambah lagi dengan resort yang sedia ada..pehhhh caya la lu abe li...tempat menarik harga murah memang berbaloi..sejak dulu beliau tidak pernah menaikkan harga resortnya..kekal rm100 dan rm130 hahaha..jarang pengusaha resort yang kekal harga sebegitu geng..ditambah lagi dengan pelbagai kemudahan yang ada..cukup2 lengkap.
 

 
3.Berbalik pada fmili day taman kami Alhamdulilah, ini pra hari keluarga setaman kami hahaha di masa lain pasti akan ada..dan pasti lebih ramai penyertaanya..InshaAllah. Program2 sebegini bukan sahaja untuk beriadah atau sekadar suka2 bahkan ianya bertujuan yang lebih penting iaitu untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk setaman...er er ada dua dewan kat sini..satu dewan terbuka satu dewan tertutup..mcm2 leh buat aktiviti
 

 
4.Program yang bermula 5 jun dan berakhir 6 jun..check in macam biasa jam 2 petang..aku sampai agak lewat drive pun perlahan lahan je hehehe ada yang tak sihat..sampai2 pun dah dekat jam 5.00 petang..solat Asar tanpa buang masa terus pi pantai mandi laut looooo hahaha..tak tahan wooo..pantainya kekal cantik macam dulu2 juga.. Alhamdulilah amat selamat untuk anak2 mandi manda coz pantaiya landai:) hm mandi dengan anak2 x leh pi jauh x best jugak wakakakakaka. 
 
 
 
 
5.Jam hamper 6.30 petang baru siap mandi manda hahaha..ini anak2 punyer pasal lah adehhh..tapi aku tak bawa phone la time mandi kakaka tak leh nak snap la geng..lepas mandi masuk bilik looo..Harga bilik yang aku duduk rm130 selesa..bilik pulau pinang namanya hahaha...selesa untuk anak2 tido..
 

 
6.Sebelah malam macam biasala kami BBQ dan makan-makan..Alhamdulilah kenyang dan amat puas hati hahahah..tempat BBQ pun banyak dan amat mesra pengguna..depan bilik aje tempat BBQ pun..
 
 
 
7.Hari terakhir kami mandi lagiiiiiii( tapi aku kena jaga anak huwaaaaa x dapat nak mandi loooo jelous betul tengok kawan2 lain mandi adehhhh)..selain acara mandi2 ada lagi acara selingan berupa sukaneka untuk anak2 dan bapak2 anak kakakakaka..mcm2
 
 
adehhhh jenuh nak masuk gambar kakakakakaka cukup setakat tu je lah
 
 

Isnin, 1 Jun 2015

jatuh dalam rumah@tak boleh Claim socso/perkeso

1.Hari ni aku siasat kes tuntutan kemalangan perkeso melibatkan pekerja sebuah syarikat penghantaran...kes ini pada mulanya dikatakan beliau jatuh semasa dalam perjalanan nak ke tempat kerja..macam biasala kes kemlangan perlu disiasat dengan sebaiknya..
 
 
2.Walau bagaimana pun hasil siasatan menunjukkan sebaliknya..untuk makluman geng2 semua..sebenarnya amat mudah untuk kita mengentahui sama ada kes itu adalah kes betul2 kemalangan semasa hendak ke tempat kerja atau sebaliknya..dalam kes ini setalah melalui sesi siasatan dengan mengambik dan merekod pernyataan pekerja,pihak doctor dan juga majikan maka didapati jelas pekerja ini sebenarnya jatuh di bilik mandi/bilik air di rumahnya..jatuh di dalam bilik air di rumah bukannya kemalangan yang boleh dibuat tuntutan dengan pihak perkeso..namun perbuatan cubaan untuk membuat tuntutan dan mengatakan jatuh ketika hendak ke tempat kerja adalah satu perbuatan yang salah dan dikategorikan sebagai cubaan membuat tuntutan palsu yang boleh diambil tindakan mahkamah yang mana memperuntukkan denda RM10,000 dan 2 tahun penjara atau kedua-duanya.
 
 
3.Hari ni aku telah beri amaran keras agar perkara sebegini tidak diulangi lagi kerana perbuatan sebegitu akan memudaratkan pekerja itu sendiri...seperti mana yang kerap kali aku nyatakan bahawa teradapat beberapa situasi untuk membolehkan tuntutan kemalangan perkeso dilakukan iaitu kemalangan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja, kemalangan semasa perjalanan dari tempat kerja hendak balik ke rumah setelah habis bekerja, kemalangan semasa dalam perjalanan hendak makan dalam waktu rehat di benarkan , kemalangan semasa bekerja dan kemalangan berkaitan dengan kerja yang dilakukan...itu adalah sebahagian situasi yang membolehkan tuntutan kemalangan perkeso dilakukan..bukannya jatuh di dalam rumah!!!!