Isnin, 8 Jun 2015

bercucuk tanam@rumah taman amat menyeronokkan :)



1.Setiap kali balik dari tempat kerja menjadi rutin aku masuk kebun mini depan rumah aku dulu hahaha..tanah sekankang kera yang ada depan rumah habis aku penuhi dengan pokok2 tak tahu la kalau pokok2 tu besar nanti mesti bersimpang siur dahan2 nyer kakaka aku main tanam aje sebab tanahnye sempit pokoknya macam2 nak tanam lantak pi lah..janji tanah depan rumah tu dipenuhi dengan pokok2..kalau biarkan sahaja nanti rugi pulak.
 
 
2.Sebenarnya tabiat menanam pokok ni lahir sejak aku masa kanak2 lagi.. tabiat tu bawa la ke dewasa dok macam tu jugak..satu hari nanti bila pencen pasti aku berkebun tiap2 hari juga, lagi pun ada banyak tanah di kampung mcm2 leh tanam..di tanah taman ni setakat tanam pokok untuk nak keluarkan peluh boleh la...tapi ok beb..aku tanam macam2 pokok..ada pokok bersifat kekal seperti mangga, nangka, ciku, kelapa, limau, rambutan ada juga belimbing hahaha cukup semua buah-buahan yang aku suka..setengah darinya telah mengeluarkan hasil dua kali dah setakat aku dok kat taman ni..pokok tak kekal seperti pisang, lada, terung, bendi juga aku tanam tapi silih bergantila..tak cukup tanah..tanah banyak tapi milik jiran2 tak leh la nak tanam..nanti kene sekeh karang kakaka.


3.Menanam pokok ni bukan setakat nak keluarkan peluh dan menikmati sedikit hasil dari titik penuh dari keringat sendiri tapi ianya juga satu terapi yang cukup baik untuk diri akula..mana taknya bila penat2 bekerja pada setiap hari maka bila mengadap pokok2 yang kita tanam satu kepuasan timbul..hilang penat bekerja buat sementara waktu..tenang jiwa rasanya bila tengok pokok2 yang ditanam berhasil walaupun baru belajar2 nak bebuah..tanam pokok dapat hidup dengan subur juga satu nikmat dan kepuasan tak terkata..ada orang tanam pokok jap mati jap mati hahaha aku alhamdulilah hidup aje pokoknya.
 
 
4.Setakat nak memasak tomyam tu cukupla syarat hahaha ada pokok serai,ada pokok limau purut jadila kakakaka..semua yang ditanam mengikut kegemaran dan selera aku..termasuk pokok ketereh yang biasa pucuknya aku buat ulam pehhhhh membuka selera beb..
 
 

2 ulasan:

  1. best je bercucuk tanam.. baru nk start.. hrp menjadi

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe betul3 memang seronok..leh keluarkan peluh

      Padam