1.Salam gang..lama tak menulis sembang panjang2 ni..macam biasala kalau menulis pun tak lari dari tajuk perkeso la hehe tajuk yang harap2 memberi pahala di kemudian hari nanti, hangpa boring ka bosan ka itu bukan masalah aku kalau rasa jemu hehe takpe jangan baca..hm cuaca panas menyebabkan kadang2 kita leka dalam membuai perasaan haha..sambil berputar2 fikiran tak tahu
bagaimana nak mula tulisan hari ni...ermm apa pun terlebih dulu
ribuan terima kasih buat team perkeso khususnya encik kamal,team kluang easy
bikers dan juga team JPJ Kluang serta team Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom..peh panjang sikit citer hari ni geng..terima kasih sebab apa?hehehe mai nak kongsi cerita sikit...
2.Sebenarnya telah banyak usaha2
dilakukan pihak perkeso sama ada melalui media cetak dan eloktronik mahupun
usaha secara individu untuk menerangkan pelbagai maklumat2 berkaitan perkeso
kepada penduduk isi bumi di Malaysia ni,namun begitu rupa rupanya masih banyak
yang masih tidak tahu dan tidak ingin mengambil tahu walaupun pelbagai
hebahan,promosi dan program2 turun padang yang perkeso lakukan termasuk program
perkeso bersama pemimpim masyarakat dan sebagainya..namun mana silapnya ramai
anggota masyarakat terutama kawasan kampung masih tidak mengentahui akan faedah
dan kebaikkan perkeso.Tak tahu nak kata apa dah..terangkan kebaikkan perkeso pada
ketua kampung sudah,terangkan kebaikan perkeso kat Ajk Kampung sudah, terangkan kebaikan perkeso kat Ajk KRT
sudah bla bla bla sama aje masih ada yang juga mangsa tercicir. .maksud aku terlepas pandang..(aku sama sekali tak menyalah kan sesapa dalam hal ini harap faham ia adalah tulisan peribadi tanpa wakili tempat aku bekerja ingat tuuuu tulisan peribadi hehehehe hahaha lamakan aku kena marah plak)
3.Nak dijadikan cerita..dalam bulan
ramadhan yang lalu..satu team konvoi jelajah ramadhan dari gabungan anggota JPJ
Kluang dan Team kelab motor besar kluang hehe Kluang Easy Bikers telah
mengadakan program mereka..masuk ke kampung untuk program jelajah ramadhan memberi
bantuan kepada keluarga yang kurang bernasib baik di kampung rahmat
kluang…dalam program itu dengan kuasa Allah mereka berjumpa dengan satu
keluarga..dimana salah seorang penghuninya terlantar sakit..pakcik Ma’at bin
Pardi namanya..dah lama tuan2..dikatakan beliau sakit sejak tahun 2011 lagi
kesian..lama dan amat lama..keluarga ini tidak membawa pak cik yang sakit itu
ke Hospital untuk mendapatkan rawatan..alasan biarla aku tak
nyatakan..sakitnya agak teruk tuan2..tak mampu berkata-kata dan hanya terbaring
lesu..lama tuan2 sejak 2011..mereka tiada anak..tinggal bersama bapa mertua
yang telah uzur..Isterinya bekerja kampung sahaja..
4.Nak dijadikan cerita dan dengan
pertolongan Allah dalam team tersebut ada juga pihak media yang begitu rapat
hubunganya dengan pihak perkeso dan segera menyalurkan maklumat ke pejabat
perkeso..setelah pihak perkeso mendapat maklumat tersebut team skuad pantasnya
segera ke rumah pesakit ini dan hasil semakan caruman mendapati pesakit pernah
mencarum perkeso sehingga tahun 2011 dan semakan kelayakan caruman mendapati
layak untuk menuntut pencen Ilat..
5.Serentak dengan itu juga pihak
perkeso segera menghubungi Ambulans..thanks geng2 Hospital Enche Besar Hajjah
Khalsom..mereka amat terbaik dengan memberi tindakan yang cepat..ambulans
segera di hantar ke rumah pesakit dan pesakit segera di hantar ke Hospital
untuk mendapatkan rawatan..Alhamdulilah..pantas tindakan dari Hospital Enche
Besar Hajjah Khalsom..
6.Ceritanya tidak habis di situ
geng…selepas mendapatkan rawatan..pihak perkeso segera mengatur pesakit ini
untuk di rujuk ke Jemaah Doktor untuk menentukan sama aada pesakit layak
mendapat pencen Ilat atau sebaliknya..tiba harinya Alhamdulilah Pihak Jemaah
Doktor telah memutuskan pesakit ini di sahkan mengidap keilatan dan serentak
dengan itu beliau layak mendapat pencen Ilat dari perkeso..tuan2 pencen Ilat
ini adalah pencen bulanan yang akan dibayar pihak perkeso sepeanjang hayatnya
jika beliau masih sakit dan tiada perubahan..selain itu bukan pencen bulanan
sahaja bahkan pesakit ini juga telah diberi Elaun Layanan Sentiasa (ELS) di
bawa penjaga pesakit ini akan dibayar secara bulanan sebanyak RM500
sebulan!bayaran ELS itu belum lagi termasuk dengan Pencen Ilat untuk pesakit
tersebut..Alhamdulilah..
7.Tuan2 pesakit ini bukan sahaja
menerima pencen secara bulanan..BAHKAN pesakit juga menerima pelbagai bantuan
lain dari pihak perkeso antaranya katil KHAS,tilam KHAS,susu KHAS,Pampers, dan baynyak
lagi..Allahuakbar!!!alatan pemulihan ini diebri secara berkala..macam pampers
habis akan diberi habis guna akan diberi Alhamdulilah perkeso terbaikd alam
menjaga kebajikan pekerja..
8.Namun soal bantuan pelbagai
alatan pemulihan dan wang pencen itu soal kedua..namun mengapa perkara sebegini
sering terjadi!!!pelbagai kempen pelbagai promosi dah di jalankan..mengapa masih
ada masyarakat tak tahu dan tidak ingin ambil tahu tentang perkeso?Ok..salah
satu contoh cukup jelas..perkeso telah berulang kali adakan program perkeso
bersama pemimpin masyarakat yang mana saban tahun dikumpulkan semua ketua
kampung,penghulu,AJK taman dan KRT untuk menerangkan faedah2 perkeso namun apakah
mereka menyampaikan maklumat dan info pada anak2 “buah” mereka???kalaulah mereka sampaikan aku
percaya perkara sebegini tak berlaku…tapi mereka pun ada kerja juga kita fahamla mereka busy…kerja
hakiki mereka..tapi kan kalau lah kita ni ketua kampung AJK kampung…ada sahaja
anak2 “buah”kita sakit kronik tak boleh kah sampaikan info ini pada pihak
perkeso?atau ke pejabat perkeso untuk membuats emakan kelayakan caruman?atau nasihatkan keluarga yang terlibat agar cuba2 bertanyakan pada pihak perkeso? ahhhhh pening…kalaula semua berjalan bagai di rancang alangkah baiknya…opssss aku bukan nak salahkan ketua kampong wooo woooo jangan salah falam hehehe..jangan salah faham woooooo..
9.Aku bukan nak salahkan mereka..ye
la..masing2 ada kerja..kita di pihak perkeso juga tiada cukup info untuk masuk
ke kampung2 mencari pesakit2 yang seandaikan ada caruman boleh mohon pencen
Ilat..sakit Kronik maksud aku..kalaulah masyarakat prihatin dan tahu bab2
perkeso alangkah bahagianya..senang2 kita dapat maklumat dan membantu apa yang
perlu…
10.Terlantar sakit sejak tahun 2011
sebelum berjaya dikesan pada Julai 2016 adalah tempoh yang begitu lama
seseorang menangung derita…mereka patut tahu dan tuntut hak mereka..Allahuakbar
kembalikan lah sikap2 kemasyarakatan kita…bertanya khabar dan ambil tahu…sampaikanlah
maklumat2 berkenaan perkeso pada segenap lapisan agar perkara sebegini tidak
berlaku lagi..ayuh bantu membantu sesame kita!Tak susah geng tak susah tuan2
jika tahu ada orang2 sakit teruk sakit kronik di kampung2 sila bertanyakan
mereka apakah pernah kerja mana2 syarikat swasta?pernah mencarum perkeso?buat
semakan kelayakan caruman..berkunjunglah ke pejabat perkeso terdekat jangan ada
rasa segan2,bertanyalah ambil tahu..bersama sama membantu sesame kita..tak
boleh juga sila info pada pihak kami!
11.Akhir kata jangan marah aku hahaha..sekadar meluah rasa sahaja..banyak program kita buat setiap tahun...hmmmm tolonglah bantu kami sampaikan pada mereka2 tentang kebaikan dan faedah perkeso..