Isnin, 19 Jun 2023

BANTU ISTERI KAKITANGAN CARUM SKIM KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH SYARIKAT KONSORTIUM E MUTIARA MAJIKAN PRIHATIN!

1.Konsortium E Mutiara selangkah ke depan dalam menjaga kebajikan Isteri kakitangan mereka,lain dari yang lain tindakan majikan ini, apa tidaknya majikan ini sanggup mendahului duit ringgit mereka semata-mata untuk mempastikan Isteri kakitangan syarikat tersebut di carum Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) PERKESO. Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang dilancarkan pada 1 Disember 2022 khas untuk melindungi golongan Suri Rumah dari Bencana Domestik yang menyediakan pelbagai faedah kepada golongan Suri Rumah.
2.Tidak banyak majikan yang sanggup menganjurkan majlis penerangan khas Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) kepada kakitangannya khusus kakitangan yang terdiri dari Pemandu Bas Ekspress mereka khas untuk memberi penerangan sedalam-dalamnya agar pemandu bas mereka mencarum isteri mereka dalam Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah ini..wahh terbaik Konsortium E Mutiara!Tahniah Boss dan kakitangan mereka yang betul-betul cakna akan kebajikan Suri Rumah mereka.
3.Sehingga artikel ini ditulis seramai 42 orang Isteri Pemandu Bas Ekspress Konsortium E Mutiara telah di carum oleh suami mereka sendiri dalam Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah dengan bayaran RM120 setahun. Adalah amat diharapkan langkah pro aktif Syarikat Konsortium E Mutiara ini dapat di contohi syarikat-syarikat lain yang turut bukan sahaja menjaga kebajikan pekerja mereka bahkan mengambik cakna menjaga juga kebajikan Suri Rumah kakitangan mereka dengan mengambil inisiatif menaja atau mendahului bayaran caruman Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah untuk Suri Rumah(isteri)kakitangan syarikat mereka. Cara pendaftarana amatlah mudah sama ada boleh terus berkunjung ke mana-mana cawangan PERKESO terdekat atau terus mendaftar secara atas talian.

klik pautan ini untuk mendaftar Skim Keselamatan Suri Rumah :)

Ahad, 11 Jun 2023

JOM REBUT PELUANG SERTAI PROGRAM SARINGAN KESIHATAN PERKESO 3.0!

1.PERKESO sebagai peneraju Keselamatan Sosial yang unggul sekali lagi menunjukkan keprihatinan Organisasi tersebut kepada para Pencarumnya yang layak dengan menlancarkan kembali Program Saringan Kesihatan PERKESO 3.0 dengan matlamat sepertimana program saringan kesihatan 1.0 yang lalu iaitu bagi membuat pengesanan awal penyakit TIDAK BEJANGKIT (NCD) seperti diabetes, darah tinggi, kanser dan sakit jantung. Program Saringan 3.0 PERKESO ini bermula 16 Mei 2023 hingga 31 Disember 2023.

 2.Pencarum PERKESO yang berumur 40 tahun hingga 59 tahun serta aktif mencarum sekurangnya-kuranya 1 caruman dalam tahun semasa dan caruman terkumpul sebanyak 12 bulan di mana-mana tahun caruman dibawah Skim Keilatan sewajarnya merebut peluang keemasan untuk menyertai Program Saringan Kesihatan (HSP)PERKESO 3.0 dan ia PERCUMA!Tapi itulah kadang-kala bila sesuatu itu PERCUMA kita pula yang lalai tidak mahu mengambil kesempatan atas peluang terhidang ini.

3.Jika dulunya Program saringan Kesihatan PERKESO ini dilakukan dengan pencarum diberi baucer saringan namun kini tidak lagi.Pencarum yang telah menjalani Saringan Kesiahtan HSP 1.0 dan 2.0 boleh menjalani Saringan Kesihatan 3.0 ini namun bukan lagi mengunakan Baucer Saringan PERKESO, sebaliknya mereka hanya perlu muat turun aplikasi  SEHATi untuk membuat semakan kelayakan saringan, tetapkan temujanji saringan kesihatan dan menyemak keputusan saringan kesihatan, cukup mudah sekali dan sudah tentunya kalian tidak mempunyai apa-apa alasan lagi untuk tidak menyertai Program Saringan Kesihatan 3.0 PERKESO ini.

4.Apa yang diperiksa semasa Program Saringan Kesihatan ni? melalui Program Saringan Kesihatan 3.0 ini pencarum yang menyertai program saringan kesihatan akan di periksa ful blood count (FBC),HBA1c, fasting lipid Profile, renal Profile, liver Function test, Tumor Marker (CEA & AFP) Urine FEME dan istimewa untuk golongan wanita dalah Pemeriksaan pap smear dan Mamogram!Jom tunggu apa lagi muat turun aplikasi SEHATI dan semak kelayakan anda!!!

https://apps.apple.com/my/app/sehati-app/id1619744029?platform=iphone

https://play.google.com/store/apps/details?id=io.sehati

Khamis, 8 Jun 2023

SKIM KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH MASIH LAGI BELUM MENAMBAT HATI SURI RUMAH

 1.Sejak diperkenalkan kepada umum pada 1 Disember 2022, Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) agak kurang mendapat tempat dihati golongan wanita dinegara ini buat ketika ini waima caruman Skim perlindungan domestik untuk suri rumah itu hanya RM 120 setahun iaitu RM10 sebulan. Pun begitu malang sekali skim perlindungan dari bencana domestik yang digarap sebegitu baik untuk melindungi golongan wanita kurang mendapat tempat dihati golongan tersebut berkemungkinan mereka masih lagi tidak terbuka untuk menyertai dan mencarum dalam skim ini ataupun tidak tertarik dengan skim ini lantaran telah ada insuran pelindungan peribadi atau masih belum berpuas hati dengan faedah yang ditawarkan dalam skim tersebut.

2.Maka terpulang kepada diri masing-masing untuk membuat pilihan kerna skim yang ditadbir oleh PERKESO ini bersifat sukarela dan bukan bersifat skim yang wajib dari segi perundanganya, dengan kata mudah nak carum tak apa tak nak carum pun tak apa kalau carum amatlah baik untuk perlindungan dari bencana domestik seperti mendapat bencana ketika membuat kerja rumah dan bencana yang berkaiatan dengan tugasan suri rumah!

3.Kebanyakkan kes tuntutan dari waris Suri Rumah Berinsurans (SRB) adalah terdiri dari Suri Rumah yang dicarum dan dibiayai oleh Kerajaan Malaysia dimana datanya terdiri daripada golongan Suri Rumah B40 dari I Suri yang belum mencapai umur 55 tahun sahaja! golongan ini dibiaya caruman selama setahun bermula 1 Disember 2022 dengan caruman RM120 setahun dan sejumlah besar dari mereka yang dicarum pihak Kerajaan ini ada hyang telah maklum dan ada yang belum tahu lagi mereka sebenarnya dilindungi Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) dan tidak hairanlah apabila berlaku kematian Suri Rumah yang dicarum, waris terkejut bila dikunjungi Pegawai PERKESO untuk membantu membuat tuntutan, bagusnya waris akan dibantu sehingga tuntutan Suri Rumah Berinsurans ini selesai!

4.Golongan suri rumah yang berminat untuk mencarum dibawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah bolehlah klik link https://suri.perkeso.gov.my/ antara syaratnya mestilah ia golongan wanita yang belum mencapai umur 55 tahun  tanpa mengira status sama ada telah berkahwin, belum berkahwin atau ibu tunggal sekalipun layak mencarum dibawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah.