1.Sejak diperkenalkan kepada umum pada 1 Disember 2022, Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) agak kurang mendapat tempat dihati golongan wanita dinegara ini buat ketika ini waima caruman Skim perlindungan domestik untuk suri rumah itu hanya RM 120 setahun iaitu RM10 sebulan. Pun begitu malang sekali skim perlindungan dari bencana domestik yang digarap sebegitu baik untuk melindungi golongan wanita kurang mendapat tempat dihati golongan tersebut berkemungkinan mereka masih lagi tidak terbuka untuk menyertai dan mencarum dalam skim ini ataupun tidak tertarik dengan skim ini lantaran telah ada insuran pelindungan peribadi atau masih belum berpuas hati dengan faedah yang ditawarkan dalam skim tersebut.
2.Maka terpulang kepada diri masing-masing untuk membuat pilihan kerna skim yang ditadbir oleh PERKESO ini bersifat sukarela dan bukan bersifat skim yang wajib dari segi perundanganya, dengan kata mudah nak carum tak apa tak nak carum pun tak apa kalau carum amatlah baik untuk perlindungan dari bencana domestik seperti mendapat bencana ketika membuat kerja rumah dan bencana yang berkaiatan dengan tugasan suri rumah!
3.Kebanyakkan kes tuntutan dari waris Suri Rumah Berinsurans (SRB) adalah terdiri dari Suri Rumah yang dicarum dan dibiayai oleh Kerajaan Malaysia dimana datanya terdiri daripada golongan Suri Rumah B40 dari I Suri yang belum mencapai umur 55 tahun sahaja! golongan ini dibiaya caruman selama setahun bermula 1 Disember 2022 dengan caruman RM120 setahun dan sejumlah besar dari mereka yang dicarum pihak Kerajaan ini ada hyang telah maklum dan ada yang belum tahu lagi mereka sebenarnya dilindungi Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) dan tidak hairanlah apabila berlaku kematian Suri Rumah yang dicarum, waris terkejut bila dikunjungi Pegawai PERKESO untuk membantu membuat tuntutan, bagusnya waris akan dibantu sehingga tuntutan Suri Rumah Berinsurans ini selesai!
4.Golongan suri rumah yang berminat untuk mencarum dibawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah bolehlah klik link https://suri.perkeso.gov.my/ antara syaratnya mestilah ia golongan wanita yang belum mencapai umur 55 tahun tanpa mengira status sama ada telah berkahwin, belum berkahwin atau ibu tunggal sekalipun layak mencarum dibawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan