Ahad, 31 Julai 2016

Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Johor

1.Semalam hadir majlis Hari Koperasi Negara peringkat Negeri Johor yang diadakan di Kluang Johor..Alhamdulilah dapat sedikit sebanyak Ilmu..Majlis di hadiri dan di rasmikan oleh MB Johor..mula jam 10.30 pagi habis jam 12 tengahari hehehe..mcm biasa la pi dok dengaq ucapan aje la hahaha..pastu jenguk2 khemah pameran pastu ada makan2 pastu balik la hahaha..
2.Sambutan program ni amat baik..ramai jugak la hadirin yang hadir..program ni amat baik geng,pelbagai pendedahan ilmu berkenaan koperasi yang disampaikan hari ni..tapi dek sebab aku bukan ahli mana2 koperasi jadi x tahu sangatla macam mana depa ni praktik perniagaan berasaskan koperasi..

Rabu, 27 Julai 2016

tuntutan penyakit khidmat perkeso alahan pada kayu rengas@geng kerja pembalakan

1.Dalam 2 hari lepas aku dapat satu kes tuntutan penyakit khidmat yang mana di tuntut oleh seorang pekerja yang terlibat dalam aktiviti pembalakan..geng satu waktu duluuu kerja balak ni gaji pehhh lumayan wooo hahaha dulu2 aku ada jugak cita2 nak keje balak ni kah kah kah maklumlah tengok orang2 kat kampung yang kerja balak ni pehhhh mewah nampak woooo..hahaha geng2 kerja balak mesti tahu la bab2 ni hahaha ni dulu la,la ni aku tak tahu la kakaka..mewah lagi la kot.
2.Berbalik pada kes tuntutan pekerja balak tadi..pekerja ni buat tuntutan di bawah tuntutan penyakit khidmat perkeso sebabnya beliau mendapat alahan yang teruk pada kulit seluruh badannya disebabkan sentiasa bekerja di kawasan pembalakan yang mana terdapat banyak kayu rengas..senang cakap dia ni dok tebang/dok potong kayu rengas..bahaya jugak kayu rengas ni upernya hahaha..aku tak dak kesempatan lagi nak masuk kem balak..inshaallah jika diberi kesempatan bulan 11 nanti nak masuk jugak kem balak..nak jugak tengok kayu rengas ni..payah jugak geng aku nyer tak biasa main dengan kayu2 ni kakakaka..sawmill biasala aku dok keluar masuk..tapi x jumpa plak aku rengas ni..
3.Dari maklumat pekerja ni mengatakan kayu rengas ni bahaya dan perlu berhati2 masa mengendalikannya..maknanya kayu ni dari kulit kayu dan getah kayu ni dikatakan berbahaya pada yang tak tahan alahan..macam pekerja ni habis woooo badan dia...dah macam penyakit kulit dah aku dok tengok...dua kali tengok macam kena HIV pun ada adehhh..
4.Geng...kalau hangpa kerja perkayuan/pembalakan kalau lah kena alahan sebegini disebabkan oleh kerja maka hangpa boleh lah buat tuntutan dengan pihak perkeso di bawah tuntutan penyakit khidmat..boring tuntutan percuma dan boleh didapati di pejabat perkeso seluruh negara...nak isi borang x payah pun senang sangat..leh senang isi boring tuntutan perkeso dari isi borang nikah  untuk kali ke 2 wakakakakaka..

Rabu, 20 Julai 2016

tuntutan pencen ilat perkeso umur lebih 60 tahun perlu siasatan

Hari ni aku kena siasat satu kes tuntutan pencen Ilat yang umurnya telah lebih 60 tahun..kencing manis dan mata dah x nampak...sebenarnya dah banyak kes2 sebegini tak tahula apa puncanya mungkin sakit kroniknya tiba selepas umur dah lebih 60 tahun kot atau mungkin tak tahu bahawa kes sebegini boleh dibuat tuntutan pencen Ilat dan bila dah tahu umur pulak dah lebih 60 tahun hm pelbagai andaian kan geng.. biasanya kalau kes tuntutan pencen Ilat yang lebih umurnya 60 tahun ni susah sikit geng..sebab dah lebih umur so kita kena siasatla pasai apa baru nak buat tuntutan bila umur dah lebih ni...nak kena jugak siasat bila kena penyakitnya bila kronik atau teruknya penyakit tuu..nak kena periksa juga rekod2 perubatan atau temujanji2 rawatan yang biasa dok pi la kan..nak kena tengok juga depa ni kerja lagi ka dah berhenti kerja bla bla bla.hehehe sakitla jugak tangan dok menulis hehehe tapi itula kerja..kita menolong dan bantu setakat yang mampu..sebab itulah aku kalau dalam ceramah ka dalam blog ka selalu ingatkan pada pekerja2 kalau mengalami sakit teruk dan tak mampu bekerja mohonla tuntutan pencen Ilat cepat2 jangan dok bertangguh tangguh sehingga umur dah lebih 60 tahun rumit jadinya geng..masa tu menyesai dah tak de guna kan..Namun kata orang Ishallah kalau ada rezeki kita ianya tak kemana kan.

Selasa, 19 Julai 2016

Alhamdulilah Perkeso banyak membantu..sila semak caruman kalian dengan pihak perkeso!


lawatan ke rumah pencarum bukti perkeso sentiasa prihatin dan memudahkan urusan tuntutan


1.Hehehe sesi siasatan sehingga sampai ke rumah pekerja tu dah jadi lumrah la geng hehehe dan jadi perkara biasa dah tapi ada jugak yang tanya kenape perkeso siasat kes sampai ke rumah pekerja..pehh baiknya kikiki hehehe ramai yang puji woooo kikiki..so jangan terkejutla kalau hangpa di hubungi pegawai penyiasat dari perkeso untuk berkunjung ke rumah hangpa..maknanya adala benda yang memerlukan siasatan lanjut kikiki..ada lawatan dibuat untuk melihat sendiri tempat kejadian bla bla bla ada lawatan terpaksa dibuat ke rumah pekerja sebab pekerja masih terbaring dalam keadaan sakit dan banyak lagi lah sebabnya..so jangan risaulah ia akan memberi kemudahan pada kalian dan bukan menyusahkan hehehe..tak payah sedia air makan bagai lahhhh!
2.Dalam kes hari ni aku pun pi jugakla ke rumah pekerja ni hahaha..lawat tempat beliau dikatakan jatuh..hehe tanya saksi2 yang berkaitan..ambil dan rakamla gambar sikit dan lihat senario kejadian dengan ke tempat kejadian lebih memberi ummmmp orang kata dalam sesuatu siasatan hehehe..tapi tu la kalau kes melibatkan pekerja cedera teruk dan memang kami akan ke rumah kalian..perkeso prihatin katakan hahaha..hangpa just habaq kondisi keadaan kecederaan teruk ke tidak itu sahaja..kalau teruk kita pi la kat umah ia lebih memudahkan segala urusan kan kan..maksud aku kes2 yang dalam siasatanla hahaha..hang tak hantar permohonan tuntutan kemalangan suh cepat2 majikan buat dan hantar ke perkeso itu TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MAJIKAN UNTUK LAPOR DAN HANTAR BORANG KEMALANGAN KE PERKESO ia BUKAN TUGAS PEKERJA hahahaha jelas bukan kan kan :)

Ahad, 17 Julai 2016

Tuntutan/Claim Perkeso pastikan cuti sakit@MC adalah dari Hospital/Klinik!

1.Wohaaa..salam geng, hehe masih dalam mood raya lagi ni hehehe..tak kira la raya ke tak raya nak jugak sentuh pasal perkeso yang aku dok habaq selalu hehehe bukan apa cuma di kesempatan ni aku nak bagitahu la sikit bab2 cuti sakit/mc ni hehehe kerap benar dah dok habaq tapi masih ada juga yang sentiasa hantar mc/cuti sakit yang tidak diiktiraf...makanya bila hantar cuti sakit/mc yang tidak diiktiraf maka pihak perkeso tak akan buat apa2 bayaran hehehe..
2.Sebab apa mc/cuti sakit tak diiktiraf???sebabnya cuti sakit yang tidak dikeluarkan oleh pihak perubatan yang diiktiraf dengan kata lain bukan dari doktor2 atau dari pegawai2 perubatan dan seumpama dengan nya...hangpa tahu tak sejak akhir2 ini tabib tradisional dan bomoh juga keluarkan mc/cuti sakit????hahahaha untuk maklumat cuti sakit yang dikeluarkan oleh pihak bomoh2 dan juga pihak tabib2 tradisional tidak boleh dan tidak diterima dalam sebarang  urusan tuntutan dengan pihak perkeso..
3.Nasihat saya jika sakit kerana kemalangan di tempat kerja/kemalangan jalan raya semasa hendak ke tempat kerja atau balik dari kerja hangpa pertama sekali pergilah dapatkan rawatan di mana mana hospital kerajaan atau swasta atau mana mana Klinik kesihatan kerajaan atau swasta hehehe lepas tu hangpa nak pi tabib pi lahhhh tak dak sapa marah hehehe...pastikan cuti sakit dan MC yang diterima dan dikemukakan pada pihak perkeso adalah cuti sakit dan mc dari sumber yang aku dok nyatakan tadi ingat tuuu mc/cuti sakit dari tabib dan bomoh tradisional tidak boleh diguna pakai.Untuk dapatkan perkhidmatan tabib dan bomoh tak jadi masalah cuma mc dan cuti sakit yang depa keluarkan sahaja yang tidak boleh diguna pakai untuk tujuan yang aku nyatakan tadi hahaha jangan salah faham plak tu...kan tak pasal2 aku kena marah kat persatuan bomoh2 tradisonal dan tabib plak..

Sabtu, 9 Julai 2016

De Rhu Beach Resort@3 Syawal 2016

1.Cuti raya dah habis hehe terpaksala meninggalkan kampung halaman lebih awal kalau tak balik awal alamaknya hadap la berjam jam kesesakan jalan raya pehhh tak tahan woo geng lenguh sendi tulang dibuatnya hahaha..Hmm tapi aku macam biasala bila balik kampung tak pernah jalan terus hehehe dari Kelantan nak balik Johor macam biasa pasti bermalam kat mana2 tempat di kuantan Pahang hehehe rehatkan badan geng penat wooo drive jauh2 ni..leh betulkan urat2 sendi dulu sok pagi baru teruskan perjalanan hehehe..mengantuk dan penat x leh tahan wooo..
2.Dari Kelantan jam 8.00 pagi bertolak menuju ke tempat nak bermalam (rehat) hehehe kali ni aku masuk rehat kat De Rhu Beach Resort Kuantan Pahang..hmm sebelum ambil cuti raya hari tu awal2 lagi aku dah tempah resort ni..macam biasala tempah melalui Booking.com hehehe senang.. resort ni kadarnya tak la mahal sangat kira boleh la..aku ambik pun bilik yang leh di kira berpatutanla 1 malam rm215 hehehe..kriteria pemilihan resort macam biasala nak kena satu jalan untuk balik Johor hahahaha..lagi satu kena ada kolam tuk budak2 4 humaira ni memuaskan hobi mereka berendam tak ingat dunia hahaha tu la kriteria utama kakaka janji ada kolam dan sehala nak balik Johor cukupppp la,pit stop katakan kakakaka..budak2 meme hantu air beb..zaman aku dulu hantu air juga tapi kita nyer budak kampung mandi betul2 kat original punyer kolam beb..nasib x de buaya aje hahaha budak kampung seumur aku mesti ada kenangan bab2 mandi kolam berpaya ni hahaha..kat kampung aku dulu selalu gak la jadi hantu air kat kolam original ni hehehe budak2 kampung bakong pasti tahu kolam gading dan kolam che amat hehehe..satu lagi kolam kube pek tam hahahaha..la ni dah tinggal sejarah hahaha..x dak lagi dah bekali budak2 kampong duk pi mandi manda sana hahaha..
3.Macam biasa mana2 Resort daftar masuk jam 2.00 petang...so dari Kelantan bawa kereta slow2 aje la x terkejar mana pun..lagi pun kereta banyak dah time ni x leh nak laju pun..jam 2.00 petang dah masuk kuantan..dan terus aku exit beserah..ambil LPT nyer hiway lee..dalam 10 minit dah sampai resort..tak susah pun nak cari resort ni..sampai aje resort terus check in..bilik rm215..cukup luas dan katil kinggggg besooo wooo..anak2 muat zzz atas tu kikiki..dalam bilik lengkap semuanya termasuk wifi free..peti ais bl bla bla macam resort2 lain lah..parking kereta plak banyak so senang nak letak kereta kat mana mana sahaja hehehe..
4.Masuk bilik rest dululahhh hehe jam 4 petang 4 Humaira ni dah mengamuk nak ke kolam..terpaksa ikut depa la...maka pi lah aku ke kolam bersama 4 humaira ni ..pi pi dah ramai pun orang hahahaha hm masih dalam suasana mood raya dengan alunan lagu2 raya yang di pasang pihak resort lebih menceriakan suasana kat kolam tuuu kakaka..mandi kolam sambil layan lagu2 raya adeiii pengalaman tu geng kakaka resort lain tak tahu ade ka dak cam ni kakaka..maklumla baru hari raya ke 3 hahahaha..Apa yang seronoknya di De Rhu Beach Resort ni adalah kolam2 nya hehehe kolam2 kat resort ni banyak geng..dan cukup bersih..aku rasa ade 4-5 kolam besar dan selesa..tapi aku macam biasa la jadi life guard kat 4 humaira ni mandi hahahaha life guard sokmo la trik ni kakaka terpaksa hadam kolam budak2 la kakakaka..budak2 seronokla..penangan kolam nyer pasal dari jam 4.00 petang -6.30 petang depa dok berendam dalam kolam tu...aduhhh sib baik sempat asar adoiii..dunia budak2..

5.Untuk adakan hari keluarga pun selesa kat resort ni..pelbagai kemudahan ada..banyak kerusi dan meja untuk lepak santai2 dan banyak dapur2 tempat BBQ disediakan..selesa geng..tempat pun luas..depan kolam ada pantaiiii..tapi x dan nak pi pantai pun asyik kena jaga budak2 4 Humaira ni aje la sehari suntuk hahaha hampeh tul depa ni mandi tak ingat apa dah sampai tangan kecut2 dah aihhh..sayangnye aku lupa nak snap gambar tempat2 kemudahan BBQ yang depa pihak resort ni sediakan adehhh ralat plak rasa kakakaka

6.Sarapan pagi kat resort ni Alhamdulilah ok la macam biasa kat mana2 resortla kalau pagi macam tu le..denga nasi gorengnya,bihunnya ,roti bla bla bla macam biasala..tapi ok la tempat ni untuk rehat2 sambil layan anak2 hehehe..esoknya pagi2 dah check out..hehehe semua urusan check in dan out cepat tak payah pakai nombor2 giliran ehhh dan cepat plak tu..oh ya dalam bilik macam biasa la mesra muslim hehehe ada penunjuk arah kiblat..ada sejadah dan ada Al Quran disediakan oleh pihak Resort kat dalam bilik2 yang kita tempah tuuu