Selasa, 13 Januari 2026

PENOREH GETAH BOLEH CARUM PERKESO!!!

 1.Menyedari Para Penoreh Getah dan Usahawan RISDA tiada jaminan perlindungan  keselamatan sosial dan mereka perlu dilindungi maka hari saya dan team berkunjung ke pejabat RISDA Kelantan Utara untuk jalankan satu libat urus agar mereka ini dicarum dibawah Skim Lindung Kendiri [Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri] , dengan adanya Skim Lindung kendiri [ skim kijo/kerja sendiri] ini para Penoreh Getah dan Usahawan RISDA tidak perlu khuatir jika berlaku kemalangan semasa bekerja atau semasa perjalanan pergi dan balik kerja kerana mereka akan dilindungan Skim PERKESO.

2.Jika dulu kalau penoreh getah terlibat kemalangan seperti jatuh motor Ketika nak pergi ke kebun menorah getah, dilangar kereta atau jatuh tersepak akar pokok getah atau diserang binatang liar semasa sedang menorah getah mereka tak perlu risau tak dapat keluar menoreh lagi, ini kerana selepas berlaku bencana itu tadi mereka hanya perlu dapatkan rawatan di mana-mana klinik Kerajaan atau swasta minta Sahaja MC/Cuti sakit 4 hari keatas boleh claim perkeso!!!

3.Bagi  yang nak tahu lebih lanjut dan Kalau nak carum Skim PERKESO untuk bekerja sendiri/kijo sendiri boleh hubungi 010 784 3173 [cik zuhaida] atau 0111 556 4835 [cik Syah] atau 0111 997 8717[ cik Afifah

Isnin, 12 Januari 2026

AYUH PESERTA LADANG RAKYAT NEGERI KELANTAN MENCARUMLAH DENGAN PERKESO!

 

1.Terima Kasih tidak terhingga kepada Ketua Pegawai Eksekutif [CEO] Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan YABrs Dr Haji Mohd Arpi bin Arifin atas kesudian menerima kunjungan saya dan team Sinergi Pejabat PERKESO Negeri Kelantan ke pejabatnya Perbadanan pada hari ini. Alhamdulilah cukup terharu saya atas sambutan yang diberikan, terima kasih sekali lagi! Sejujurnya telah sekian lama kami merancang untuk berkalaborasi dengan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan..dari tahun lepas nak ke Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan, Namun tahun ni baru ada rezeki di awal tahun syukur!

2.Dibawah Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan ini terdapat lebih kurang 4900 peserta yang terdiri golongan miskin yang dibantu dan dibayar dividen secara bulan oleh pihak Perbadanan yang cuba kami dekati untuk memberi perlindungan keselamatan sosial [Lindung Kendiri] yang begitu perlu demi menjaga Kebajikan mereka dikemudian hari, selama ini tiada perlindungan yang komprenhensif jika terjadi kemalangan kepada peserta ini semasa bekerja khususnya, kemalangan perjalanan hendak ke tempat kerja dan pulang kerja. Namun dengan hanya caruman serendah RM13.10 sen sebulan sudah memadai sebagai backup plan jika berlaku apa-apa kemalangan melibatkan kerja!RM13.10 sebulan sahaja pelbagai faedah disediakan oleh pihak PERKESO untuk melindungi orang bekerja sendiri ni!MC bencana kerja boleh claim,Cacat kekal boleh claim kematian bencana kerja sudah pasti boleh claim pencen bulanan FOT dibayar kepada waris sampai sepanjang hayat!!!

 3.Amatlah besar harapan kami agar peserta Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan terbuka fikirannya dan membuat Keputusan yang positif seterusnya bersetuju untuk mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri [Skim Lindung Kendiri]. Pihak Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Alhamdulilah telah positif dan telah bersetuju pada dasarnya, tinggal lagi peserta Sahaja,doakan semoga dipermudahkan urusan Kami untuk memberi perlindungan kepada mereka yang bekerja sendiri ini!YAAllah permudahkanlah urusan kami.



Ahad, 11 Januari 2026

BANTU DUA KES KAMATIAN PENCARUM LAYAK PENCEN PENAKAT PERKESO


1.Hari ini selesai melawat tapak Pelancaran Program Kampung Angkat Madani di Masjid Al Husna Baung Bayam Kota Bharu.Inshallah majlis Pelancarannya pada 17 Januari 2026. Sempat bersama rakan-rakan dari pelbagai agensi hadir untuk menyelaras dan lawatan tapak untuk melicinkan program nanti. Lewat juga habis program tadi sekitar jam 12 tengahari juga.

2.Selesai lawatan tapak dan perbincangan sempena Pelancaran Program Kampung Angkat Madani Kampung Guchil Bayam saya bergegas untuk ke dua buah rumah pencarum PERKESO yang meninggal dunia, maklumat kematian dua pencarum kami ini diperolehi dari pihak PDRM.Terima Kasih pihak PDRM yang selalu membantu memberi info kemalangan maut yang elibatkan pencarum kami. Ia bukan sahaja memudahkan kerja kami, bahkan ia memudahkan urusan waris pencarum kami untuk membuat tuntutan PERKESO khususnya melibatkan Pencen Penakat dan Pencen Faedah Orang Tanggungan [FOT]

3.Rumah pertama saya lawati adalah di Taman Desa Wangi Pasir Tumboh Kota Bharu, Allahyarham yang masih bujang dan telah kematian Bapa adalah Pencarum PERKESO yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Walaupun kemalangan jalan raya bukan disebabkan kerja maksudnya bukan melibatkan kemalangan perjalanan pergi dan balik kerja, Namun beliau masih layak di bawah Skim Pencen Penakat yang membolehkan Ibu menerima Pencen Penakat secara bulanan [berkala] sepanjang hayatnya. Apa itu Pencen Penakat?hahaha telah banyak saya huraikan disini boleh cari kat blog ni ada hehehe.

4.Begitu juga rumah yang kedua saya lawati hari ini di Kampung To’ Uban Pasir Mas juga merupakan kematian, bezanya Allahyarham sudah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak yang kesemuanya masih kecil! Kedua dua kes ini adalah layak Pencen Penakat walaupun kemalangan mautnya bukan disebabkan pekerjaan. Mesti kalian tertanya bua tapa saya kerumah mereka?adakah sekadar ziarah Sahaja?tidakkkk bukan sekadar ziarah!Saya pergiu ke semua rumah tersebut saya akan balik dengan semua kes selesai dibuat tuntutan!Maknanya saya bantu semua sekali bagi penerangan hak-hak mereka, bantu mengisi dokumen tuntutan,sediakan dokumen tuntutan sehinggalah tuntututan selesai dengan didahului pembayaran Pengurusan Jenazah RM3000.00 barulah selesai kerja saya hehehe tak mudah!Tapi cukup dengan bantuan PERKESO ini menringankan dan melegakan waris Allahyaraham dikala menguruskan kehidupan perbelanjaan harian selepas ketiadaan Allahyarham.



 

Rabu, 7 Januari 2026

PERKESO KELANTAN DAN AIM WILAYAH KELANTAN SEPAKAT BERSATU HATI DEMI PERLINDUNGAN KESELAMATAN SOSIAL SAHABAT AMANAH!

 

1.Terima kasih Amanah Ikhtiar Wilayah Kelantan khususnya Pengurus Besar Amanah Ikhtiar (AIM) Wilayah Kelantan Encik Mohd Abu Samah bin Mohd Daud yang sudi menerima kunjungan kami pada hari ini, sejujurnya sejak dari tahun lepas saya teringin sangat berjumpa dan bertukar-tukar fikiran dengan pihak AIM Khususnya Negeri Kelantan bagi memperkemaskan dan memperkasakan perlindungan keselamatan sosial yakni caruman Lindung Kendiri [Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri] kepada sahabat-sahabat AIM khususnya di Negeri Kelantan. Dek kerana kekangan masa dan masing-masing sibuk dengan urusan hakiki masing-masing jadinya pada tahun ini baru berkesempatan berjumpa dan bertukar fikiran dan berkongsi idea Ikhlas semata-mata untuk menjaga kebajikan dan keselamatan sosial pencarum yang terdiri dari sahabat AIM.

2.Sejujurnya saya amat berterima kasih pada Pengurus Besar AIM Wilayah Kelantan yang begitu baik mesra dan terbuka mendengar pandangan segala idea dan penerangan yang kami utarakan begitu juga beliau memberi banyak input-input dan pandangan serta idea yang cukup bernas dan amat berguna. Inshallah tahun 2026 kami bergerak tanpa menoleh kebelakang demi kebajikan dan perlindungan keselamatan sosial sahabat Amanah khususnya!

3.Pada Kawan-kawan diluar sana yang belum mengentahu perihal Lindung Kendiri/Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri mais aya ceritakan secara ringkas.Skim Lindung Kendiri [Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri] atau dengan Bahasa mudahnya Skim Kerja Sendiri adalah caruman untuk mereka yang bekerja sendiri yang mahu dilindungi PERKESO, sebagai contoh tak kiralah pekerjaan sendiri apa yang kamu lakukan, seperti pesawah padi, peternak ayam, penjual buger,pemandu teksi,tukang rumah,pemotong rumput dan pelbagailahhhh janji kerja sendiri boleh carum PERKESO dan menikmati pelbagai faedah perkeso seperti bayaran MC dan sebagainya sepertilah yangs aya pernah ceritakan di blog ini sejak 17 tahun lalu.

 Untuk kalian yang berminat hendak mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri boleh hubungi Puan Afifah 01119978717, Cik Zuhaida 0107843137, Encik Izat 01115564835 atau boleh berkunjung ke mana-mana pejabat PERKESO berhampiran.

Selasa, 6 Januari 2026

BALU USTAZ MOHD YAMAN SK AGAMA AL HIKMAH TERIMA PENCEN PENAKAT PERKESO

 

1.Hari ini saya menerima maklumat kematian seorang Guru Agama di Sekolah Rendah Agama Al Hikmah Pengkalan Chepa. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah agama swasta. Sebagai Guru di sebuah sekolah swasta sememangnya wajib mencarum PERKESO, bukan guru sahaja bahkan kakitangan yang laiannya juga. Alhamdulilah semakan awal mendapati memang caruman PERKESO ada dibuat untuk Allahyarham guru ini.Tanpa berlengah saya hubungi pentadbiran sekolah untuk mendapatkan maklumat lengkap dan Alhamdulilah mendapat kerjasama penuh dari pihak pentadbiran sekolah, saya dapat contact nombor isteri Allahyarham lalu terus ke rumahnya di Taman Sri Mas untuk segera membantu dengan mengisi borang tuntutan Pencen Penakat serta menyampaian sedikit bantuan pek makanan dari PERKESO. Inshallah Isteri dan anak-anak akan menerima pencen Penakat PERKESO!

2.Pencen Penakat PERKESO seringkali saya bicarakan sejak 17 tahun lalu di blog ini hahaha lama tu berbicara bab faedah PERKESO walaupun bukan influencer PERKESO pun haha..tapi saya tak akan jemu untuk menceritakanya..Pencen Penakat PERKESO adalah Pencen dibayar seumur hidup untuk Pasangan kalua suami mati isterilah terima..Isteri akan terima sepanjang hayatnya manakala anak-anak pulang sehingga mencapai 21 tahun Sahaja atau kalau belajar sehinggalah Ijazah Pertama!Kalau belum kahwin?Kalau belum kahwin pencen itu akan dibayar kepada kedua ibu dan bapa..Pencen Penakat adalah Pencen PERKESO akibat kematian Pencerum bukan disebabkan pekerjaan/Kes bukan Bencana Kerja.Tapi ada syaratnya mesti cukup syarat kelayakan caruman dan umur belum mencapai 60 tahun.



Isnin, 5 Januari 2026

MAS GEMAK ,FAEDAH ORANG TANGGUNGAN [FOT] BETAPA PENTINGNYA MENCARUM PERKESO!

1.’Pemergian’ secara mengejut Allahyarham Mas Gemak atau nama sebenarnya Ameerul Hayqal Mohd Amran 22 yang terlibat dalam kemalangan maut di KM 35.8 Jalan Kota Bharu- Kuala Krai [Simpang 3] Dewan Kechil Labok Machang pada 3 Januari lalu mengejutkan bukan sahaja keluarga tercinta, bahkan ramai kenalan dan pengikut setia Influencer yang popular di Negeri Kelantan itu turut berdukacita. Jenazah Allahyarham semalat dikebumikan di Kampung halamanya Kampung Penakah Kemuning Machang selepas Solat Asar 4 Januari 2026.

2.Terima kasih pihak media yang banyak memberi’ input’ berkenaan kes ini, rakan-arakan Allahyarham dan tak lupa Majikan Allahyarham [ En Wan] dari Qarung Guni Bundle yang begitu baik memberi kerjasama penuh kepada pihak PERKESO.Tanpa Majikannya agak sukar juga saya nak mengesan rumah keluarga Allahyarham, maklumlah Alamat dari pihak Polis dan dalam dokumen pengenalan diri Allahyarham tinggal di Kampung Penakah Kemumin Machang, Tapi itu kampungnya mereka tak menetap disitu, mereka tinggal di Taman Damai tadi saya hampir tesesat nasib baik majikan Allahyarham dan pelan siap-siap Lokasi rumah dan Ibu Allahyarham menunggu pulak di luar Alhamdulilah dipermudahkan sungguh urusan semuanya.

3. Jadi hari ini Alhamdulilah saya berkesempatan berkunjung ke rumah keluarga Allahyarham di Taman Damai Padang Selising Machang. Allahyarham Ibu dan adik-adik tinggal disini.Lama juga kami bercakap-cakap sesekali ramai lagi yang masih menziarahi keluarga ini, sanak saudara dan paling ramai rakan-rakan Allahyarham yang Ibunya sendiri tidak mengenali.Allahuakbar baiknya Allahyarham sepanjang hayatnya ramai Kawan-kawan menziarahinya. Untuk hari ni saya bantu lengkapkan semua dokumen tuntutan Faedah Orang Tanggungan [FOT],isi semua borang tuntutan Allahyarham. Siap semuanya hari ini!

4.Faedah Orang Tanggungang [FOT] dengan bahasa mudah  adalah Pencen daripada PERKESO untuk waris Allahyarham iaitu Ibu Bapanya yang akan dibayar Pencen setiap bulan sehingga mereka meninggal dunia.Kalau Allahyarham telah berkahwin pencen akan dibayar kepada Isterinya,Namun disebabkan Allahyarham belum masih bujang maka Pencen akan dibayar kepada Ibu Bapanya. Pencen ini lebih tinggi nilainya jika hendak dibandingkan dengan Pencen Penakat! Pencen FOT ini adalah Pencen kematian disebabkan BENCANA KERJA, apa itu BENCANA KERJA?BENCANA KERJA adalah apa-apa kemalangan yang berlaku Ketika pekerja sedang bekerja, kemalangan yang berlaku pekerja dalam perjalanan ke tempat kerja atau balik kerja, kemalangan dalam waktu rehat dibenarkan [makan] kemalangan disebabkan factor pengajian seperti [semasa kursus,kerja diarah majikan dari semasa ke semasa] senang nak faham dan tak susah pun asal kemalangan disebabkan kerja. Bukan itu sahaja, waris Allahyarham juga akan menerima Faedah Pengurusan Mayat [FPM] bayar sekaligus RM3000  Inshallah!

5.Satu lagi kena ingat Pencen Faedah Orang Tanggungan [FOT] ini tak de tarikh matang! Janji majikan daftar pekerja dengan PERKESO hari pertama kerja telah pun dilindungi!!! dengan kata lain belum pun lagi caruman dibayar namun Ketika ‘otw’ nak pergi ke tempat kerja pada hari pertama kerja dah terlibat dalam kemalangan maut maka warisnya layak menerima Faedah Orang Tanggungan [FOT] jika kesnya telah pun disahkan sebagai BENCANA KERJA. Acapkali saya ingatkan carumlah pekerja dengan PERKESO janganla perjudikan nasib pekerja dengan tidak mencarum PERKESO. Tak perlu lah tunggu pintu kedai diserbu PERKESO baru nak daftar, buanglah tabiat sebegitu PERKESO ni bukan setahun dua pun wujud tahun 2026 bakal sambut Hari PERKESO Ke 55!

Terima Kasih Majikan Allahyarham Qarung Guni Bundle yang MENCARUM PERKESO!

Jumaat, 2 Januari 2026

PERKESO BERI 80% DISKAUN DENDA FAEDAH CARUMAN LEWAT BAYAR[FCLB] SAH SEHINGGA 28 FEBRUARI 2026::CARA-CARA RAYUAN FCLB PERKESO!

 

1.Susulan Pengumuman YB Menteri KESUMA pada 19 Disember 2025,PERKESO telah mengumumkan memberi 80% diskaun terhadap Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB) yang dikenakan terhadap Majikan yang lewat membuat bayaran caruman pada setiap bulan semasa atau juga Majikan yang membayar tunggakkan caruman lalu dikenakan FCLB. Jika Majikan membayar secara teratur pada setiap bulan caruman semasa tidak dikenakan pun FCLB ni, Malangnya mungkin ada lah sebab-sebab tertentu ada Majikan selalu lewat membayar caruman melepasi tarikh akhir bayaran caruman pada setiap bulan maka itulah FCLB dikenakan. Adakala jika tunggakkan caruman bertahun-tahun bila kalian membayar tunggakkan caruman itu ada denda lewat dikenakan,denda itu lah dinamakan Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB).FCLB setakat RM5 ok lagi la,tapi kalau beribu-ribu nilainya boleh masuk meminang anak dara dibuatnya haha..

2.Namun jangan gusar jangan gundah jangan khuatir,kalian ambil lah peluang pengurangan 80% yang diumumkan YB Menteri KESUMA berkuatkuasa serta merta sehingga 28 Februari 2026!Jangan tunggu lama cepat-cepat ambil peluang terbaik ini.80 % pengurusangan FCLB itu tersangatlah besar dan amat bermakna sekali, macam-macam lebihan wang dari pengurangan FCLB itu kalian boleh lakukan Inshallah ia amat membantu khususnya peniaga-peniaga kecil untuk memperbaiki aliran tunai dan sudah tentu mampu 'mengurangkan' sakit kepala dari memikirkan denda FCLB ni..sudah tentu akan rasa lega bila bayaran FCLB dapat diselesaikan percayalah HR-HR Syarikat tahu lah benda ni.

3.Nak dapat 80% Pengurangan ni bukannya automatik ya Tuan/Puan,kalian perlu log masuk ke Portal Assist dan buat rayuan disitu dan jangan lupa sebelum log masuk portal Asisst kalian siap-siapkan la dulu surat rasmi rayuan FCLB sebab nak kena attch sekali dalam portal tersebut. Kat bawah ni saya sertakan langkah-langkah atau cara-cara  untuk membuat rayuan denda PERKESO Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB),Log in ke dalam Portal Assist dan ikuti langkah demi langkah ini Inshallah boleh!Selamat mencuba dan semoga Membantu.