Khamis, 22 Februari 2018

Skuad Perkeso Prihatin amat membantu saya@Dua Maut motorsikal Bertembung

1.Skuad Perkeso Prihatin betul-betul 'prihatin',  mereka bertindak pantas dalam membantu saya menguruskan tuntutan Pencen Penakat anak saya, yang baru sahaja meninggal dunia pada 13 Februari yang lalu..itulah luahan bapa Allahyarham Faiz bin Razak yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Felda Ulu Belitong Kluang,Johor Darul Takzim. Kata-kata tersebut diluahkan oleh Razak bin Puteh tahkala menerima kunjungan YB Vidyanathan a/l Ramanadhan Exco Perpaduan dan Sumber Manusia Negeri Johor di kediamanya  di perumahan pekerja Ladang Sindora disini hari ini.
2.Menurut beliau pada malam 13 Februari lalu anaknya telah terlibat dalam kemalangan jalan raya di mana motorsikal yang ditunggangi anaknya telah bertembung dengan sebuah motorsikal yang lain dari arah bertentangan menyebabkan anaknya meninggal dunia di tempat kejadian.Anak ketiga dari empat adik beradik itu  masih bujang dan banyak membantu keluarganya..kehilangannya amat dirasai kami sekeluarga katanya..mengulas lanjut katanya pada hari pengkebumian arwah anaknya pihak Perkeso turut hadir dan menyampaikan rasa simpati organisasi itu terhadap apa yang menimpa keluarga kami, saya telah dimaklumkan yang arwah anak saya adalah pencarum Perkeso dan Perkeso memaklumkan yang arwah anak saya layak Pencen Penakat memandangkan caruman beliau memenuhi syarat kelayakan tuntutan pencen tersebut,lalu mereka meminta saya menyediakan dokumen-dokumen tuntutan dan berjanji esok harinya akan membantu saya melengkapkan segala dokumen tuntutan tersebut.
3.Alhamdulilah janji Skuad Perkeso Prihatin ini betul-betul ditepati. bukan janji kosong. terbukti esoknya pegawai Perkeso berkunjung ke rumah saya di Ladang Sindora dan merekalah yang melengkapkan segala dokumen tuntutan tersebut..merekalah yang mengisi borang tuntutan untuk saya Alhamdulilah semuanya berjalanan lancar. Hari ni mereka datang lagi bersama anggota Exco Perpaduan dan Sumber Manusia Johor dan menyampaikan cek Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah RM2000 kepada saya. Alhamdulilah,sekurang kurangnya arwah anak kami meninggalkan 'sesuatu' kepada kami.
4.Ibu dan Bapa Allahyarham bukan sahaja menerima faedah pengurusan Mayat (FPM) sebanyak RM2000 bahkan mereka turut akan menerima bayaran Pencen Penakat sepanjang hayatnya..Pencen bulanan ini akan terus dimasukkan ke akaun Ibu Bapanya sepanjang hayat mereka.

Rabu, 21 Februari 2018

kemalangan bas skuad perkeso prihatin bertindak segera

1.Hari ni baru berkesempatan masuk ke blog ni hahaha tak menghilang ke mana pun geng kekangan masa menyebabkan tak dan langsung nak update sesuatu kat sini aiyaaa, haha rasa lain macam kalau tak menulis kat sini..bukan pa sejak akhir-akhir ni kekangan masa betul-betul menghuru harakan hidup hahaha..balik rumah jumpa bantal terus lena haha..penat barangkali..takpa ada masa kita kongsi apa yang dapat dikongsi macam biasa..cuma sedikit terkilan sebab tak sempat untuk reply banyak soalan-soalan dari pengunjung blog ni..takpa akan cuba jawab setakat termampu..hahaha termampu tu tak tahu bila la jawabnya kah kah kah..
2.Geng hari ni aku ke Felda Tenggaroh 2, Jemaluang Mersing..jauh jugak la tempat ni beratus  kilometres jugak geng hehe..henjut kereta buruk aku tu laa sesekali macam naik kuda rasanya..haha kuda pun kudalah banyak jasanya haha..berbalik pada kes tadi,kes hari ni adalah kes tindakan 'segera' yang di kendalikan khas oleh skuad perkeso prihatin hahaha hebat kan tuhhhh namanya skuad perkeso prihatin..skuad ini akan segera mengambil tindakan untuk menyelesaikan kes-kes yang diketahui oleh  mereka terutamanya melalui liputan pelbagai media dan sebagainya lahh..so dalam kes begini tak perlu menunggu majikan membuat tuntutan haha pihak perkeso yang berkunjung ke tempat majikan, kadang2 majikan tak tahu apa2 kita dah sampai hahaha Nampak benar2 prihatin kat situ kan kan kikiki..itu kalau tahu la kikiki kalau ta tahu hangpa buat macam biasala..hahaha sendiri isi borang 34 sendiri hantar hahaha..
3.Kes hari ni melibatkan kemalangan bas ekspres yang berlaku di km 17 jalan nitar mersing..bas ni dipandu pemandu yang tinggal di felda tenggaroh 2..tu yang aku sampai pi sana untuk membantu lengkapkan kes bagi membolehkan kes diselesaikan dengan segera dan bayaran dapat dibuat dengan cepat! Kisahnya bas yang di pandu terbabas masuk gaung bila mana mengelak sebuah kereta masuk ke laluannya..bas tu dari Melaka nak pi mersing..humbang masuk dalam gaung..berbelas jugak cedera..yang cedera kebanyakkan pelajar politeknik mersing..pelajar ni depa mana ada carum dengan Perkeso..so aku pi tuju cari pemamdu bas lah sahih dah dia mencarum perkeso hehe..
4.Pemandu bas ni berpengalaman geng..benda nak jadi nak buat macam mana..berlaku plak 12.30 pagi..maklumlah cuti raya cina jalan sesak teruk bas berlepas dari Melaka jam 7.00 malam,12.30 pagi dalam perjalanan nak pi mersing kemalangan plak dah..pemandu ni cedera tak terukla..Lebam-Lebam tangan kiri kaki kiri sakit tulang rusuk kiri hehe dapat la cuti sakit 5 hari..so Inshallah kes ini sememangnya kes bencana kerja sebab ia berlaku semasa bekerja(bawa bas tu lah)
 
5.So dapat maklumat hari ni kita (perkeso) terus ke syarikat bas  ekspress tersebut bantu mengisi dokumen dapatkan dokumen pastu berkunjung pula ke rumah pemandu bas itu dan ambil pernyataan kejadian dan dokumen yang perlu dan hasilnya ianya selesai hari ini juga!!!hehehe cepat bukan?sapa kata nak claim perkeso susah?kikiki senang baq hang dan amat mudah jika ianya betul2 kes yang sahih!!!
 

Selasa, 6 Februari 2018

wahai majikan..segeralah laporan kemalangan pekerja kalian pada Perkeso!jangan bertangguh!!!

1.Acap kali jugak aku ingatkan kat para majikan agar segera lapor kemalangan yang menimpa pekerja mereka pada pihak Perkeso..dah berbuih mulut ni geng..tak cukup dengan nasihat kita bagi plak ceramah tak cukup dengan ceramah kita kunjungi majikan bagi depa amaran..jangan sampai kena kompaun la geng baru terhegeh hegeh nak hnatar laporan kemalangan..kena kompaun hangpa marah Perkeso plak hehe..jadi segerakan lah lapor pada pihak Perkeso jika pekerja kalian terlibat dalam kemalangan semasa bekerja atau semasa perjalanan pergi kerja/balik kerja atau perjalanan waktu rehat untuk makan atau perjalanan yang berkaitan kerja..janganla dok bertanguh tangguh lagi kesian kat pekerja hangpa geng..
 
2.Pasai pa aku kata kesian kat pekerja kalau hangpa sebagai majikan lewat lapor kemalangan pada pihak Perkeso???hangpa sebagai majikan best la dah kaya raya bahahaha..untuk pekerja jika kemalangan sudah tentu depa hilang pendapatan/tak de gaji beb..kalau tak de gaji sampai 3 bulan depa nak makan apa?kena plak majikan tak nak bayar gaji habisla depa..nak makan tak de duit,nak bayar sewa rumah x de duit..kereta pun bank hari2 call geng..tolongla segerakan kalau pekerja kemalangan segeralah lapor pada pihak Perkeso.
3.Perkeso tak kan bertanguh tangguh dalam selesaikan kes yang dilapor kepada mereka,wajib selesai dalam 14 hari jugak geng!!!itu kalau kes kena siasat kalau kes kemalangan dalam tempat kerja 3 hari dah selesai!!!!asalkan semua dokumen cukup!!!Tak susah pun nak lapor kemalangan pada pihak Perkeso..jangan dok bagi alsan tak tahu dan tak pandai itu x munasabah!!!Kalau tak tahu sangat hangpa berkunjungla ke pejabat Perkeso terdekat nanti depa akan ajarkan..tak susahlahh isi aje borang 34 Perkeso,sertakan cuti sakit/mc asal,sertakan slip gaji enam bulan sebelum kemalangan,sertakan puch card,salinan IC pekerja maka selesai dokumen yang diperlukan!!!mudah bukan!!!!!kalau kemalangan jalan raya nak kena tambah la dokumen sikit seperti laporan polis asal dan juga peta lakar arah perjalanan nak ke mana itu sahaja!!!senang dan amats enang jadi janganla dok simpan lama-lama MC yang pekerja bagi kat hangpa..cukup 4 hari MC dah boleh claim dengan Perkeso!
4.Dalam kes aku pi semalam kesian 3 bulan kemalangan baru majikan hantar laporan kemlangan..kesian dia dah la isteri tengah sarat mengandung..risau bukan kepalang takut2 taks empat dapat bayaran Perkeso sebab nak guna untuk sambut kelahiran anak sulungnya..tolongla para majikan jangan buat macam ni,hargailah pekerja kalian.Adalah tugas dan tanggungjawab majikan mengisi borang 34 dan hantar ke Perkeso bukan pekerja buat sendiri!!!

Jumaat, 2 Februari 2018

penumpang forklif 'saja-saja tumpang' jika kemalangan tidak dilindungi perkeso

1.Amat jarang sekali pihak Perkeso menolak kes-kes tuntutan kemalangan di tempat kerja dengan kata mudahnya betul2 kemalangan tersebut berlaku di tempat kerja/semasa bekerja, contohnya banyakla geng apa sahaja kemalangan yang berlaku di tempat kerja kerana kerja/sedang bekerja..contohnya terpotong jari ke,dihempap besi ka dan banyak la contoh lain..cukup semua dokumen pihak Perkeso akan membuat bayaran segera Inshallah tanpa melalui sebarang siasatan jika ianya tidak menimbulkan apa-apa keraguan yang munasabah..prosesnya cukup mudah macam yang pernah aku ceritakan sebelum ini..kalau dulunya pihak majikan perlu melapor/membuat tuntutan kemalangan dengan mengisi borang 21 namun kini perlu mengisi borang 34 perkeso..cukup mudah di isi borangnya!
2.Namun begitu geng harus ingat 'ada' juga kemalangan di tempat kerja yang bukan kerana 'kerja' haha yang ini Perkeso tolak dengan alasan yang kukuh dan disokong pihak majikan hehehe..kes terpencil sebegini adalah kes melibatkan Forklift..mai aku nak habaq sikit..untuk kes Pemandu Forklif jika mereka kemalangan ketika bekerja memang boleh claim dengan pihak Perkeso..itu sudah kompem dapat..Namun bagi pekerja2 lain selain dari pemandu forklift jika ada pekerja lain yang menaiki forklift yang di pandu pemandu forklift hanya suka suka naik sebab malas nak jalan dan jika jatuh dari forklift maka penumpang forklift itu tidak dilindungi Perkeso hahaha sebabnya forklift bukan kenderaan untuk ditumpang tumpang ia kenderaan untuk angkat barang dan hanya satu pemandu sahaja, pemandu itu dilindungi dan penumpang yang saja2 main2 nak tumpang itu tidak dilindungi perkeso jika terjatuh masa main2 tadi hahaha...bunyi pelik tapi ramai yang nakal main2 dengan forklift ni dan akibatnya sendiri cari pasal maka sendirilah tangung azabnya hahaha..jangan cakap aku tak bagitahu awal2...ini khas pada mereka2 yang nakal yang suka2 main2 dengan forklift kikiki..
3.Namun jika kemalangan disebabkan dilanggar forlkif semasa bekerja tak menjadi masalah geng.. ia lain kes geng, sudah sememangnya boleh claim perkeso,yang aku citer tadi kes yang terpencil kes nakal saja2 naik jadi' penumpang 'forklif dan jatuh itu kecuaian hangpa dan forklif bukan kenderaan tumpangan dan makanya kes itu tidak dilindungi perkeso!Bagi pemandu forklift ia sudah pasti dilindungi sepenuhnya hahaha itu tak dak sapa nafi itu hak anda,yang aku cakap tadi penumpang forklift saja saja tumpang!!!haha faham betul2 kikiki..ini kes nakal!
 
wasalam