1.Acap kali jugak aku ingatkan kat para majikan agar segera lapor kemalangan yang menimpa pekerja mereka pada pihak Perkeso..dah berbuih mulut ni geng..tak cukup dengan nasihat kita bagi plak ceramah tak cukup dengan ceramah kita kunjungi majikan bagi depa amaran..jangan sampai kena kompaun la geng baru terhegeh hegeh nak hnatar laporan kemalangan..kena kompaun hangpa marah Perkeso plak hehe..jadi segerakan lah lapor pada pihak Perkeso jika pekerja kalian terlibat dalam kemalangan semasa bekerja atau semasa perjalanan pergi kerja/balik kerja atau perjalanan waktu rehat untuk makan atau perjalanan yang berkaitan kerja..janganla dok bertanguh tangguh lagi kesian kat pekerja hangpa geng..
2.Pasai pa aku kata kesian kat pekerja kalau hangpa sebagai majikan lewat lapor kemalangan pada pihak Perkeso???hangpa sebagai majikan best la dah kaya raya bahahaha..untuk pekerja jika kemalangan sudah tentu depa hilang pendapatan/tak de gaji beb..kalau tak de gaji sampai 3 bulan depa nak makan apa?kena plak majikan tak nak bayar gaji habisla depa..nak makan tak de duit,nak bayar sewa rumah x de duit..kereta pun bank hari2 call geng..tolongla segerakan kalau pekerja kemalangan segeralah lapor pada pihak Perkeso.
3.Perkeso tak kan bertanguh tangguh dalam selesaikan kes yang dilapor kepada mereka,wajib selesai dalam 14 hari jugak geng!!!itu kalau kes kena siasat kalau kes kemalangan dalam tempat kerja 3 hari dah selesai!!!!asalkan semua dokumen cukup!!!Tak susah pun nak lapor kemalangan pada pihak Perkeso..jangan dok bagi alsan tak tahu dan tak pandai itu x munasabah!!!Kalau tak tahu sangat hangpa berkunjungla ke pejabat Perkeso terdekat nanti depa akan ajarkan..tak susahlahh isi aje borang 34 Perkeso,sertakan cuti sakit/mc asal,sertakan slip gaji enam bulan sebelum kemalangan,sertakan puch card,salinan IC pekerja maka selesai dokumen yang diperlukan!!!mudah bukan!!!!!kalau kemalangan jalan raya nak kena tambah la dokumen sikit seperti laporan polis asal dan juga peta lakar arah perjalanan nak ke mana itu sahaja!!!senang dan amats enang jadi janganla dok simpan lama-lama MC yang pekerja bagi kat hangpa..cukup 4 hari MC dah boleh claim dengan Perkeso!
4.Dalam kes aku pi semalam kesian 3 bulan kemalangan baru majikan hantar laporan kemlangan..kesian dia dah la isteri tengah sarat mengandung..risau bukan kepalang takut2 taks empat dapat bayaran Perkeso sebab nak guna untuk sambut kelahiran anak sulungnya..tolongla para majikan jangan buat macam ni,hargailah pekerja kalian.Adalah tugas dan tanggungjawab majikan mengisi borang 34 dan hantar ke Perkeso bukan pekerja buat sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan