Rabu, 21 Februari 2018

kemalangan bas skuad perkeso prihatin bertindak segera

1.Hari ni baru berkesempatan masuk ke blog ni hahaha tak menghilang ke mana pun geng kekangan masa menyebabkan tak dan langsung nak update sesuatu kat sini aiyaaa, haha rasa lain macam kalau tak menulis kat sini..bukan pa sejak akhir-akhir ni kekangan masa betul-betul menghuru harakan hidup hahaha..balik rumah jumpa bantal terus lena haha..penat barangkali..takpa ada masa kita kongsi apa yang dapat dikongsi macam biasa..cuma sedikit terkilan sebab tak sempat untuk reply banyak soalan-soalan dari pengunjung blog ni..takpa akan cuba jawab setakat termampu..hahaha termampu tu tak tahu bila la jawabnya kah kah kah..
2.Geng hari ni aku ke Felda Tenggaroh 2, Jemaluang Mersing..jauh jugak la tempat ni beratus  kilometres jugak geng hehe..henjut kereta buruk aku tu laa sesekali macam naik kuda rasanya..haha kuda pun kudalah banyak jasanya haha..berbalik pada kes tadi,kes hari ni adalah kes tindakan 'segera' yang di kendalikan khas oleh skuad perkeso prihatin hahaha hebat kan tuhhhh namanya skuad perkeso prihatin..skuad ini akan segera mengambil tindakan untuk menyelesaikan kes-kes yang diketahui oleh  mereka terutamanya melalui liputan pelbagai media dan sebagainya lahh..so dalam kes begini tak perlu menunggu majikan membuat tuntutan haha pihak perkeso yang berkunjung ke tempat majikan, kadang2 majikan tak tahu apa2 kita dah sampai hahaha Nampak benar2 prihatin kat situ kan kan kikiki..itu kalau tahu la kikiki kalau ta tahu hangpa buat macam biasala..hahaha sendiri isi borang 34 sendiri hantar hahaha..
3.Kes hari ni melibatkan kemalangan bas ekspres yang berlaku di km 17 jalan nitar mersing..bas ni dipandu pemandu yang tinggal di felda tenggaroh 2..tu yang aku sampai pi sana untuk membantu lengkapkan kes bagi membolehkan kes diselesaikan dengan segera dan bayaran dapat dibuat dengan cepat! Kisahnya bas yang di pandu terbabas masuk gaung bila mana mengelak sebuah kereta masuk ke laluannya..bas tu dari Melaka nak pi mersing..humbang masuk dalam gaung..berbelas jugak cedera..yang cedera kebanyakkan pelajar politeknik mersing..pelajar ni depa mana ada carum dengan Perkeso..so aku pi tuju cari pemamdu bas lah sahih dah dia mencarum perkeso hehe..
4.Pemandu bas ni berpengalaman geng..benda nak jadi nak buat macam mana..berlaku plak 12.30 pagi..maklumlah cuti raya cina jalan sesak teruk bas berlepas dari Melaka jam 7.00 malam,12.30 pagi dalam perjalanan nak pi mersing kemalangan plak dah..pemandu ni cedera tak terukla..Lebam-Lebam tangan kiri kaki kiri sakit tulang rusuk kiri hehe dapat la cuti sakit 5 hari..so Inshallah kes ini sememangnya kes bencana kerja sebab ia berlaku semasa bekerja(bawa bas tu lah)
 
5.So dapat maklumat hari ni kita (perkeso) terus ke syarikat bas  ekspress tersebut bantu mengisi dokumen dapatkan dokumen pastu berkunjung pula ke rumah pemandu bas itu dan ambil pernyataan kejadian dan dokumen yang perlu dan hasilnya ianya selesai hari ini juga!!!hehehe cepat bukan?sapa kata nak claim perkeso susah?kikiki senang baq hang dan amat mudah jika ianya betul2 kes yang sahih!!!
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan