Alhamdulilah bayaran Interim skim Insurans Pekerjaan (SIP) bagi 386 pekerja Malaysian Mosaic yang hilang pekerjaan telah selesai dibayar secara berperingkat, ini kerana pemprosesan pembayaran faedah itu dilakukan secara berperingkat ekoran pekerja2 yang dihentikan kerja ini hadir membuat permohonan Interim secara berperingkat..bayaran Interim sebanyak RM600 sebulan itu akan dibayar sebanyak 3 kali (3 bulan) sekiranya pekerja ini masih gagal mendapat pekerjaan baru mereka dan mereka aktif terlibat dalam pencarian pekerjaan baru..senang cakap depa ikut aje program pencarian pekerjaan yang dianjurkan pihak Perkeso...jumlah bayaran untuk 386 pekerja yang hilang pekerjaan itu mencecah RM231,00.00 sebulan..itu bayaran sebulan..kalau bayaran 3 bulan kena darabla sendiri hehehe..
Isnin, 29 Oktober 2018
Sabtu, 20 Oktober 2018
Jumaat, 19 Oktober 2018
Pesara tentera 3 tahun terbaring di rumah akhirnya dibantu Perkeso!
1.Seronok dan puas sebenarnya bila kita mampu memberi apa sahaja bantuan untuk mengurangkan bebanan orang lain..tak kisahla apa pun bentuk bantuan janji ia memberi kesenangan pada orang lain ia sudah cukup membahagiakan dan membuat diri begitu puas sekali..selain ia adalah tugas hakiki namun bila dicampur dengan minat dan keikhlasan hati ia menjadi azimat yang cukup ampuh untuk bekerja dengan lebih kuat lagi dan lagi kikiki walaupun sekadar belakang tabir pun takpa la kikiki..ni yang untungnya ada blog kita bebas menulis ikut suara hati kita..kita boleh bertinteraksi dengan semua pengunjung blog tanpa apa apa sekatan hehehe seronok!
2.Oh yaaa geng nak citer sikit pasal kes semalam..Alhamdulilah semalam bersama sama team Skuad Perkeso Prihatin Kluang berkesempatan berkunjung ke rumah pak cik Sulaiman Shupi 53, yang tinggal di taman seri daik Mersing Johor.Pak cik ni uzur sangat dah..beliau asalnya bekas tentera..bila pencen beliau sempat bekerja sebagai pengawal keselamatan..bila bekerja sebagai pengawal keselamtan beliau di carum dengan pihak perkeso..3 tahun kemudian di sahkan mengalami sakit kecing manis..kini sakit yang dialaminya begitu kronik..beliau dah uzur dah..dua2 mata dah tak nampak dah, kaki kiri pun dah di potong dah pun..hanya mampu terbaring..mengikut kata Isterinya pak cik ni dah seperti budak kecil dah perangainya..sentiasa perlu penjagaan sepenuhnya.
3.Namun alhamdulilah hasil maklumat yang disampaikan oleh masyarakat setempat kami segera berkunjung ke rumah pakcik ni dengan membawa barangan bantuan/alat pemulihan seperti lampin pakai buang,urine beg,tilam khas..ini semua diberikan setelah semakan mendapati pak cik ni mempunyai kelayakan dari segi caruman dan umurnya belum mencapai 60 tahun melayakkan beliau memperoleh bantuan awal alat pemulihan ini..terus bawa barang2 bantuan tu dan membantu beliau mengisi borang tuntutan Pencen Ilat..Inshallah akan dirujuk ke Jemaah doctor untuk membolehkan beliau disahkan mengidap keilatan lepas tu barulah bayaran pencen ilat akan diberikan...geng alat pemulihan seperti lampin pakai buang tu akan diberi secara berkala dan sudah semestinya akan PERCUMA buat selamanya!dan..bila disahkan mengidap keilatan pak cik ini akan menerima pencen bulanan sepanjang hayatnya Inshallah!
4. Ini yang aku selalu tekankan mencarumlah dengan perkeso waima kita kerja buat seketika pun jangan dok abai caruman perkeso itu amat penting sekali..Nak habaqnya perkeso sekarang ni cukup mudah baso,mudah kiro,senang berurusan,cakna rakyat dan cukup prihatin!dapat sahaja maklumat terus bertindak tak de dah tunggu2 bagai ni..cuma tu la kadang2 maklumat kita tak terima..ni la satu masalah besar pada kita..bila kita tak tahu macam mana kita nak bertindak dan membantu..program perkeso bersama pemimpin masyarakat saban tahun dibuat dan diadakan dengan matlamat pimpinan masyrakat yang hadir dapat membantu perkeso war war kan maklumat pada masyarakat bawahan mereka..dengar saje berita kematian rujuk perkeso..dengar sahaja kes sakit kronik rujuk perkeso!!!
5.Hehe hadir sama berkunjung ke rumah pak cik sulaiman shupi di taman seri daik mersing semalam adalah ahli dewan undangan negeri (DUN) Endau Hajah Alwiyah (kak awi)thanks kak awi dulu kini selamanya mesra rakyat!thanks juga buat YDP Majlis Daerah Mersing yang menghantar wakilnya hehehe..
Jumaat, 12 Oktober 2018
Khamis, 11 Oktober 2018
hehe jangan tolong ketik/puch kad perakam waktu pekerja hangpa!
1.Hari ni aku nak citer sikit pasal 'Kad Perakam Waktu'..tujuan penggunaan kad perakam waktu tu amat baik sekali..aku cukup suka bila pi melawat kedai kilang atau pejabat yang mengunakan system puch card ni..ye laa nak rekod kedatangan kerja hangpa..masuk kerja jam berapa, balik kerja jam berapa..ada overtime bagai...biasa untuk siasatan kes kemalangan melibatkan tuntutan kemalangan dengan pihak Perkeso yang melibatkan sama ada kemalangan balik kerja,kemalangan pergi kerja atau kemalangan semasa bekerja rekod kedatangan inilah yang kita lihat dan tengok dulu..ia penting untuk nak pastikan pekerja datang kerja atau sebaliknya..hehe aku tak nak sentuh bab2 rekod kedatangan yang tulis manual ni..yang nak sentuh hari ni berkenaan rekod kedatangan yang mengunakan system kad perakam waktu/puch card.
2.Dalam kes yang aku siasat hari ni agak unik sikit hehehe kad perakam waktu diletak dalam bilik bos..bos datang kerja barulah kad perakam waktu semua pekerja bos akan ketik/puch begitulah bila balik kerja..bos balik maka bos akan puch untuk semua pekerja yang hadir di mana bos tengok sapa hadir dia puch hahahaha..begitu jugak masa nak balik bos yang puch kan..masalahnya bila timbul bilamana bos balik cepat maka bos akan puch semua puch card pekerja ikut masa/time dia balik kerja hahahaha aku tak tahu la mazhab mana bos kilang ni amalkan kah kah kah adoooi pening nak mikir kan nya kah kah kah..bos puch out ikut masa dia balik kerja sedangkan pekerja tak balik kerja lagi bahahahahaha..mcm2 gelagat bos rupanya hahaha..1000 dalam 1 kes baru jumpa bos macam ni kot kikikiki..
3.Masalah timbul bila pekerja yang di puch out mengikut masa bos balik kerja sedangkan pekerja belum balik lagi dari kerja ditimpa kemalangan dalam perjalanan balik kerja hahahaha..kes macam ni aku jumpa hari ni...hangpa bayangkan bos dia balik jam 1.00 petang..macam biasa amalan mazhab kilang ni bos akan puch out kesemua puch card pekerja ikut masa beliau balik kerja sebab mesin puch card dalam biliknya hahaha..bila bos puch out jam 1.00 petang...si pekerja ini masa tu masa ada di Pasir gudang hantar bekalan ais krim hahahahaha...beliau balik ke kilang dan selesai trip penghantaran jam 6.46 petang..lepas siap parking lori di kilang beliau naik motor nak balik ke rumah selepas habis kerja vrom vrom gedegang kemalangan..masalah timbul bila bos awal2 lagi dah puch card out untuk kesemua pekerja termasuk yang kemalangan ini jam 1.00 petang tadi!!!!!ini lah yang aku tak suka hahaha..pelbagai andaian boleh dibuat mungkin si pekerja dah balik kerja jam 1.00 keluar balik ke Bandar pastu kemalangan...mungkin jyga betul dia balik kerja time tuuu..oooo susah oooo macam ni..
4.rupa rupanya bila siasat punya siasat cek semua puch card memang bos dia puch in dan out untuk semua pekerja ikut masa suka hati dia bahahahaha aiyaaa ini macam pun ada ka!!!Nasib baik perbuatan itu dilakukan secara konsistem hahaha memang itu amalannya..nasib baik ada bukti resit tol perjalanan dan ada invois penghantaran sebagai bukti ..kalau tak tak pasal2 kes ini ditolak aiyaaa..Nasihat aku dah bagi kat pengerusan hahaha bos janji nak letak mesin punch card kat luar pejabatnya dan berjanji tak kan mengitik kad untuk pekerja lagi hahaha adehhh macam2 hal.
Khamis, 4 Oktober 2018
Program Perkeso Bersama Pemimpin Masyarakat PETA (Taman Negara Endau Rompin)
1.Alhamdulilah hari ni
selesai Program Perkeso Bersama Pemimpin Masyarakat untuk tahun
ni@2018 peringkat Daerah Kluang hehehe penat tapi amat puas
sekali!!!..Kali ni kami adakan di Taman Negara Endau Rompin
(PETA)..terima kasih buat pengurusan Taman Negara Endau Rompin (PETA)
yang sanggup menerima kunjungan kami sekaligus menjadi tuan rumah
pada program kali ini.Alhamdulilah program ini amat berjaya!!!!
2.Program Perkeso Bersama
Pemimpin Masyarakat diadakan saban tahun semata-mata untuk
mendedahkan kepada Pemimpin Masyarakat setempat berkenaan faedah2
yang disediakan pihak Perkeso dan seharusnya selesai sahaja program
sebegini maka merekalah yang menjadi ejen untuk mengembangkan lagi
maklumat2 yang disampaikan kepada mereka untuk diwar-warkan kepada
lapisan masyarakat yang diwakili..kami masuk ke Taman Negara Endau
Rompin (PETA) sehari sebelum majlis bermula dan membuat
persiapan..seronok sebenarnya bermalam di Taman Negara ini..tempatnya
tenang-setenangnya tuan-tuan hehehe..line phone sesetengan kawasan
disini tiada maka amanlah sekejap dari deringantelefon hahaha..namun
untuk signal Alhamdulilah disesetengah kawasan di Taman Negara Endau
Rompin(PETA) talian Celcom nye DATA cukup laju tuan-tuan hehehe
setakat nak wassap tu lepas tuan2.
3.Untuk kali ni mengapa
Taman Negara Endau rompin (PETA) dipilih sebagai tuan rumah program
ini?hehehe..kedudukan Taman Negara Endau Rompin (PETA) ini unik
tuan..jauh kedalam lebih kurang 40KM dari jalan besar hehehe,nun
disana ada beberapa kampung yang amat jarang dilawati namun
penduduknya ramai yang terlibat dalam pekerjaan perladangan dan
pelancongan..pada masa yang sama komuniti Perladangan di kawasan
tersebut cukup banyak melibatkan lebih 20 ladang yang mana mempunyai
bilangan pekerja yang cukup besar..oleh kerana kawasan ini agak
ketinggalan dari segi info2 dari kami maka amat tepatlah kami
himpunkan kesemua pimpinan kampung dan juga pimpinan komuniti
Perladangan terdiri dari Pengurus2 Ladang tok-tok batin dan ketua2
kampung menyertai sesi Program Perekso Bersama Pemimpin Masyarakat
pada kali ini.
4.Alhamdulilah sambutan
amat2 mengalakkan..lebih kurang 50 Pemimpin komuniti masyarakat
'Perladangan' dan juga Pimpinan NGO daerah Kluang turut hadir dalam
program pada kali ini..sememangnya amat puas apabila kami dapat
berkongsi info2 berkenaan Perkeso kepada mereka..kami saling
berkongsi dan bertukar tukar fikiran..sesi soal jawab yang begitu
mengujakan Alhamdulilah meriah sungguh dihujani pelbagai soalan demi
soalan dari mereka itulah yang kami harapkan..lebih semangat jadinya
kikiki..manakan tidak satu sesi untuk aku sampaikan ceramah faedah
sahaja memakan masa 2 jam lebih itu baru satu topikkkkk!!!!hahaha
cukup menarik cukup bersemangat dan cukup terhibur dengan respon yang
diberi oleh pihak Pimpinan Masyarakat di kawasan ini..Inshallah ada
masa kita adakan lagi.
5.Namun apa yang lebih
penting adalah diharapkan apa yang kami sampaikan dan kongsikan pada
program pada kali ini dapat diserap dan disebarkan sebaik mungkin
oleh pimpinan msyarakat setempat agar anggota2 masyarakat,sahabat
handai jiran tetangga anak2 buah dibawah pimpinan kita tahu akan
faedah2 yang disediakan perkeso demi kebajikan mereka juga!
Psssst mai nak
habaq...kalau pi Taman Negara Endau Rompin (PETA) jangan lupa cari
staffnya bernama pak cik Azman hahahaha..staff ni orang Asli kampung
PETA tuan2..kalian kalau nak ubat-ubat kayu tongkat Ali leh beli
denagn pak cik ni hahaha aku pun tibai jugak tuan2..hahaha popular
katanya ubat2nye menjadi hahahaha..terutamanya nak tampah tenagala
kah kah kah..murah aje Rm10 satu paket kikikikiki..
Isnin, 1 Oktober 2018
Langgan:
Catatan (Atom)