Khamis, 4 Oktober 2018

Program Perkeso Bersama Pemimpin Masyarakat PETA (Taman Negara Endau Rompin)


1.Alhamdulilah hari ni selesai Program Perkeso Bersama Pemimpin Masyarakat untuk tahun ni@2018 peringkat Daerah Kluang hehehe penat tapi amat puas sekali!!!..Kali ni kami adakan di Taman Negara Endau Rompin (PETA)..terima kasih buat pengurusan Taman Negara Endau Rompin (PETA) yang sanggup menerima kunjungan kami sekaligus menjadi tuan rumah pada program kali ini.Alhamdulilah program ini amat berjaya!!!!
2.Program Perkeso Bersama Pemimpin Masyarakat diadakan saban tahun semata-mata untuk mendedahkan kepada Pemimpin Masyarakat setempat berkenaan faedah2 yang disediakan pihak Perkeso dan seharusnya selesai sahaja program sebegini maka merekalah yang menjadi ejen untuk mengembangkan lagi maklumat2 yang disampaikan kepada mereka untuk diwar-warkan kepada lapisan masyarakat yang diwakili..kami masuk ke Taman Negara Endau Rompin (PETA) sehari sebelum majlis bermula dan membuat persiapan..seronok sebenarnya bermalam di Taman Negara ini..tempatnya tenang-setenangnya tuan-tuan hehehe..line phone sesetengan kawasan disini tiada maka amanlah sekejap dari deringantelefon hahaha..namun untuk signal Alhamdulilah disesetengah kawasan di Taman Negara Endau Rompin(PETA) talian Celcom nye DATA cukup laju tuan-tuan hehehe setakat nak wassap tu lepas tuan2.
3.Untuk kali ni mengapa Taman Negara Endau rompin (PETA) dipilih sebagai tuan rumah program ini?hehehe..kedudukan Taman Negara Endau Rompin (PETA) ini unik tuan..jauh kedalam lebih kurang 40KM dari jalan besar hehehe,nun disana ada beberapa kampung yang amat jarang dilawati namun penduduknya ramai yang terlibat dalam pekerjaan perladangan dan pelancongan..pada masa yang sama komuniti Perladangan di kawasan tersebut cukup banyak melibatkan lebih 20 ladang yang mana mempunyai bilangan pekerja yang cukup besar..oleh kerana kawasan ini agak ketinggalan dari segi info2 dari kami maka amat tepatlah kami himpunkan kesemua pimpinan kampung dan juga pimpinan komuniti Perladangan terdiri dari Pengurus2 Ladang tok-tok batin dan ketua2 kampung menyertai sesi Program Perekso Bersama Pemimpin Masyarakat pada kali ini.

4.Alhamdulilah sambutan amat2 mengalakkan..lebih kurang 50 Pemimpin komuniti masyarakat 'Perladangan' dan juga Pimpinan NGO daerah Kluang turut hadir dalam program pada kali ini..sememangnya amat puas apabila kami dapat berkongsi info2 berkenaan Perkeso kepada mereka..kami saling berkongsi dan bertukar tukar fikiran..sesi soal jawab yang begitu mengujakan Alhamdulilah meriah sungguh dihujani pelbagai soalan demi soalan dari mereka itulah yang kami harapkan..lebih semangat jadinya kikiki..manakan tidak satu sesi untuk aku sampaikan ceramah faedah sahaja memakan masa 2 jam lebih itu baru satu topikkkkk!!!!hahaha cukup menarik cukup bersemangat dan cukup terhibur dengan respon yang diberi oleh pihak Pimpinan Masyarakat di kawasan ini..Inshallah ada masa kita adakan lagi.

5.Namun apa yang lebih penting adalah diharapkan apa yang kami sampaikan dan kongsikan pada program pada kali ini dapat diserap dan disebarkan sebaik mungkin oleh pimpinan msyarakat setempat agar anggota2 masyarakat,sahabat handai jiran tetangga anak2 buah dibawah pimpinan kita tahu akan faedah2 yang disediakan perkeso demi kebajikan mereka juga!

Psssst mai nak habaq...kalau pi Taman Negara Endau Rompin (PETA) jangan lupa cari staffnya bernama pak cik Azman hahahaha..staff ni orang Asli kampung PETA tuan2..kalian kalau nak ubat-ubat kayu tongkat Ali leh beli denagn pak cik ni hahaha aku pun tibai jugak tuan2..hahaha popular katanya ubat2nye menjadi hahahaha..terutamanya nak tampah tenagala kah kah kah..murah aje Rm10 satu paket kikikikiki..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan