Khamis, 27 Oktober 2016

Selamat Menyambut Deepavali buat geng2 yang Menyambutnya :)

Hehehe ambik peluang sempena sambuatan perayaan Deepavali leh cuti panjang sikit hehe..anak2 pun cuti sekolah sampai 5 hari..hari selasa baru naik sekolah..so leh la bawa anak2 jalan2 sok ni kikiki..buat rakan2 yang beragama hindu selamat menyambut hari Deepavali la geng hehe..hati2 di jalan raya yang balik kampung kikiki aku nak pi bercuti kat Melaka je laaaa dekat aje hahaha..

Rabu, 26 Oktober 2016

Jatuh Bumbung dirumah Pelanggan Ketika Pasang Piring Astro@Claim Socso/Perkeso

1.Semalam aku ke Desa Wawasan rumah PPRT kampung Pianggu Rompin beb..haha kawasan Rompin pun adakalanya masuk dalam kawasan aku jugak tu..haha jauh la jugak..kes ini terpaksa ke rumah pekerja sebab kakinya patah..tak leh jalan dan tiada siapa nak hantar ke tempat majikan untuk jumpa aku..takpa la kita faham dia susah tak jadi masalah.. jauh mana pun aku leh pi no problem..itu dah kerja kita..lagipun kasian kat dia..bukan orang senang..mudah mudahan bantuan perkeso ini sedikit sebanyak dapat ringankan beban seketika beliau dalam cuti sakit ni..
2.Sebabkan tak pernah masuk ke perumahan PPRT kampung Pianggu ni maka bab2 sesat dan berputar2 tu biasala hahahaha..dah tak pelik kalau aku sesat cari rumah2 orang ni hahaha..pekerja ni jatuh ketika sedang memasang piring astro di rumah pelanggan..jatuh dari bumbung nasib baik kaki jatuh dulu so kaki la yang patah..kalau jatuh kepala dulu dan kalau kepala yang patah habis la jawabnya hehe..kes macam ni dikatagorikan sebagai kes kemalangan semasa bekerja senang sangat majikan untuk lapor kepada perkeso jangan tunggu lama2 beb dapat aje cuti sakit/mc 4 hari terusla hantar kat perkeso/socso dan majikan tak perlu buat laporan polis untuk claim socso/perkeso dalam keadaan kes kemalangan semasa bekerja ni..jatuh bumbung buat lapor polis buat apa hahaha..apa yang penting isi borang tuntutan macam biasa, lampirkan slip gaji 6 bulan sebelum bulan kemalangan,dan bukti kerja luar seperti invois atau apa saja lah..dalam kes ini invois pemasan piring astro tu lah hahaha..senangkan tak susah pun!!!
3.Ok la geng hehehe kadang2 kerja2 luar ni seronok juga..bukan apa..selain ia adalah tanggungjawab hakiki kita pada masa sama kadang2 bila kita jumpa orang yang berbeza dengan kes yang berbeza pada setiap hari banyak memberi pengajaran dan keinsafan..hehe aku kadang2 gelak jugak banyak yang patah kaki dan tangan akan conteng kat simen balut patah macam bro ni buat kah kah kah kah nak aje aku cop perkeso ka situ nanti takut di viral plak wakakakakakakka

Isnin, 24 Oktober 2016

Bermula 2017 Semua Borang Claim socso/perkeso Hanya Guna Satu borang iaitu borang 34!!!

1.Salam geng..berkuatkuasa 1 Januari 2017 SEMUA tuntutan perkeso/claim socso akan mengunakan satu borang sahaja hehehe yoooo hanya satu borang sahaja iaitu BORANG 34 dan kita pangil borang 34 itu sebagai butirannotis tuntutan faedah hehehe sekarang senag sikit dan ada kemajuan hahaha jadi tak payah pening nak ambik borang itu dan borang ni nak cari borang itu dan cari borang ini...nahhhh sekarang cuma dalam 1 borang semua faedah guna borang yang sama cumanya ISI di tempat yang BEKENAAN yang melibatkan tuntutan apa yang kita nak tuntut sahaja..senang sikit geng hehehe..kat bawah ni contoh borang 34 tuuu hehehe hangpa nanti leh dapatkan di mana2 pejabat perkeso terdekat atau ambik di web perkeso lah..



2.Alah senang2 kalau nak borang 34 ni masuk web rasmi perkeso lah lagi senang..dan kat situ ada di ajar macam mana nak isi borang ye hehehe senang aje beb..http://www.perkeso.gov.my/images/borang2016/borang34/Panduan_Mengisi_Borang_34.pdf

hehehe borang 34 secara online boleh jugak di ambik kat sini..boleh aje ehh online lagi senang hahaha http://www.perkeso.gov.my/images/borang2016/borang34/Borang_34.pdf

Ahad, 23 Oktober 2016

Kencing Manis Kronik Boleh Mohon Pencen Ilat Perkeso@tertakluk pada syarat Kelayakan

1.Salam geng, salam hari minggu hehehe..hari ahad hari kerja beb..hari ni aku melawat seorang bekas pencarum perkeso,beliau sudah tak bekerja last beliau membuat caruman adalah pada tahun 2004..hari ni beliau telah membuat tuntutan pencen ilat dengan pihak perkeso..beliau sebenarnya kena penyakit kencing manis boleh kata teruk juga..namun sayangnya masa beliau mengidap penyakit kencing manis ini umurnya telah 68 tahun,sepertimana kita maklum permohonan pencen ilat perkeso antara syarat utamanya adalah dari segi kelayakan caruman dengan perkeso dan juga kelayakan umur tidak mencapai umur 60 tahun,malangnya umur beliau 68 tahun dan telah melepasi had umur kelayakan pencen Ilat yang sepertimana yang termaktub dalam Akta Keselamatan sosial Pekerja 1969.
2.Namun begitu tuntutan pencen Ilat beliau seperti biasa akan di proses mengikut prosedur yang di tetapkan..bagi yang lebih had umur perkeso akan buat siasatan untuk kenal pasti BILA mulanya penyakit dihidapi pencarum dan bila kali terakhir beliau bekerja maknanya bila last berhenti kerja dan tak kerja kerja lagi lah senang cakap gak..selebihnya pihak Jemaah Doktor (JD) lah yang akan buat keputusan..sebab bab2 lebih had umur ni pihak perkeso tiada kuasa..yang ada kuasa hanya pihak Jemaah Doktor sahaja..apa2 terpulang pada depa la..tapi lebih had umur sampai 68 tahun agak susah sikit beb..hm payah nak komen tu, Namun itu lah peraturannya..tapi boleh aje nak rujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)..dah boleh buat kad OKU dan InshaAllah pihak JKM akan turut membantu..yang bergelar YB, wakil2 rakyat hangpa jenguk2 la insan begini..jangan time nak mengundi 5 tahun sekali baru nak muncul adowww..baru nak tolong tolak kerusi roda kerana 1 undi..lemah lemah kalau politik macam ni 


Sabtu, 22 Oktober 2016

triger fingger boleh claim dengan perkeso@penyakit khidmat

1.Hehehe dua hari lepas aku siasat satu kes melibatkan tuntutan Penyakit Khidmat Perkeso sakit triger fingger..sakit ni memang betul lah dianya berpunca dari kerja yang SECARA BERULANG-ULANG pada setiap hari, senang cakap hari2 kerja 8 jam tu asyik dok gosok besi aje kerjanya hahaha tu sebagai contohla dan melibatkan kuantiti ratusan besi yang perlu digosok dan lama kelamaan telah menyebabkan si penuntut mendapat bahana sakit triger fingger pada beberapa jari tangan beliau..sakit triger fingger ni sakit wooo hahaha..silap2 kena buat pembedahan wooo..hanya mereka yang mengalaminya akan tahu sakit macam mana hahaha..
2.Kalau hangpa bekerja teruk dengan mengunakan tangan pada setiap hari dan lama2 mendapat penyakit ini di sebabkan kerja maka boleh lah buat tuntutan degan perkeso di bawah tuntutan Penyakit Khidmat.Caranya amat mudah geng..hangpa pi pejabat Perkeso dan minta borang tuntutan Penyakit Khidmat dan pastu beli lah Laporan Perubatan di Hospital yang hangpa pi untuk merawat sakit tu...bila dah dapat laporan Perubatan maka isilah borang tuntutan Penyakit Khidmat tu dan kemudian hantarlah ke pejabat Perkeso..perkeso akan hantar pegawai untuk mengambil pernyataan hangpa dan kalau betul ianya berpunca dari kerja seharian hangpa menyebabkan sakit triger fingger maka sudah pasti hangpa akan di rujuk ke Jemaah Doktor Khas(JDK) pihak Jemaah Doktor Khas inilah yang akan tentukan secara MUKTAMAD hangpa disahkan dapat tuntutan perkeso atau tidak..Jemaah Doktor Khas inilah yang akan putuskan sakit yang hangpa hidapi itu berpunca dari kerja atau sebab yang lain hehehe kalau sebab yang lain jadi punca sakit itu maka tak dapatlah bayaran dari perkeso..
Ok lah geng..cukup setakat tu lah hahaha sebenarnya ini kali kedua bab triger fingger aku habaq kat sini..selain sakit carpatunel sindrom tempoh hari kalau tak silap lah..tapi takpa akan sentiasa aku ulang dan ulang sebab aku yakin hangpa tak kan tahu bab2 tuntutan perkeso ni hahahahaha..inilah ruang aku nak cari sedikit pahala beb hahaha..yang dah jemu baca tu dan yang dah tahu sampai2 kan lah pada yang tak tahu.

Rabu, 19 Oktober 2016

Mewakili pihak majikan/syarikat dalam sukan/urusan rasmi dan kemalangan@boleh claim dengan perkeso!

1.Geng hangpa tahu dak jika majikan hangpa arah hangpa masuk pertandingan mewakili majikan/syarikat/kilang tempat hangpa kerja dan semasa nak pi pertandingan tu terlibat dalam kemalangan atau semasa pertandingan tu hangpa dalam kemalangan boleh dak hangpa claim dengan perkeso??hahaha jawapannya BOLEH sekiranya ianya atas arahan rasmi dari pihak majikan hanga!!!Mai tengok macam aku ni hah..Hahahaha yang ni yang time Hari Sukan Negara peringkat daerah Kluang hari tu la hahaha..kalau diarah hadir secara rasmi apa yang aku cakap tadi terpakai geng..TAPI KALAU HANG DOK PI SECARA SUKARELA TAK BOLEH kemalangan hang tanggung sendiri sebab pandai2 cari pasal kakakaka!!! ingat baik2 ayat aku habaq tu jangan dok salah paham plak mampuih aku nanti kena marah karang hahaha..hmm dah lama tak lari bila lari mengejut ni habis sakit2 badan geng adoiiii tak berbaloi wakakakaka..macam nak demam pun ada heh..hahaha macam terputus bekalan oksigen pun ada hahahaha.
2.Ha ha apa pun alhamdulilah larian 2 km berjaya di tamatkan hahahaha berjaya lari tanpa pengsan kakakaka..adoii pas ni nak kena lari2 jugak ni hahah dah lama tak keluar peluh dek main lari2 ni..keluar peluh sebab berkebun tu ada la..peluh setempat tak berapa nak jadi hahahaha..
3.Ohhh berbalik pada kalau hang kena arah join program ni makna kata DI ARAH SECARA RASMI oleh majikan maka jika berlaku kemalangan sepertimana aku habaq tadi maka dapat aje cuti sakit 4 hari suh majikan isi borang tuntutan dengan pihak perkeso..prosedur macam biasala..kalau arah kompem ada hitam putih ada minit dari bos kan kan..surat Jabatan/kilang kan kan..Inshallah perkeso akan siasat dengans egera dan jika di sahkan betul maka bayaran HUS akan dibayar kat hangpa macam kes2 lain lah..INGAT geng BERTINDAK ATAS ARAHAN lebih baik hahahahaha.

Cataract Mata@tuntut penyakit Khidmat Perkeso

1.Semalam aku ke kampung kampung Semanyir Endau..apa lagi siasat kes macam biasala la geng heheh selagi sihat kerja la geng apa nak buat cari makan hahaha..kali ni siasat kes tuntutan penyakit Khidmat..macam biasala tuntutan penyakit Khidmat adalah tuntutan yang berkaitan dengan sakit /kecederaan yang dialami disebabkan kesan berpanjangan dari kerja seharian yang kita dok lakukan..banyak aku dok habaq daam blog aku bab tuntutan Penyakit Khidmat ni..hangpa carilah kalau tak paham..
2.Kes ini adalah kes tuntutan penyakit Khidmat, penyakit katarak mata..kisahnya pekerja ni dah lebih 20 tahun bekerja jaga 'boiler'..'boiler' ni depa guna untuk keringkan ikan untuk buat baja geng...so apa yang menyebabkan mata pekerja ini rosak maksud aku kena katarak adalah kerana 'boiler' ini mengunakan sekam padi untuk mengantikan arang jadinya sekam padi ni selalu berterbangan sana sini dan selalu masuk dalam mata pekerja ni..lama lama 20 tahun dok terdedah pada habuk sekam padi lama kelamaan mata beliau rosak dan boleh buat tuntutan dengan perkeso di bawah tuntutan penyakit khidmat :)
3.Dapat ka tak dapat itu lain cerita hahahahaha boleh cuba kita cuba..buatlah tuntutan..bila dah buat perkeso akan dirujuk ke Jemaah Doktor Khas(JDK) depa ni lah yang akan tentukan hangpa dapat ka tidak...bukan perkeso yang tentukan.

Selasa, 18 Oktober 2016

Program advokasi@cegah kemalangan di Kian Hoe Plntation

1.Hehehe pehhh akhirnya boleh jugak update kah kah kah adoiii siot betul internet aku ni geng..yo geng ni program advokasi pencegahan kemalangan yang perkeso buat kat ladang Kian Hoe Plantation kluang hehehe alhamdulilah program berjalan lancar..selain dari ceramah pencegahan kemalangan ada jugak sesi bagi helmet percumaaaaaa pehhh sayang perkeso kat depa ni geng..sapa nak bagi FREE macam tu kan kan.
2.Selain itu bukan ceramah saja2 geng..kami ada buat saringan kesihatan jugak kat depa niiii..juga SECARA PERCUMA hahaaha..wohaaaa la ni perkeso benar2 prihatin geng kikikiki..jangan tak caye geng dulu lain laaaaani bertambah lainnyerr hahahaha..geng hangpa jangan duk lupa jangan duk alpa kalau kerja maka rajin2 lah semak sama ada majikan ada buat caruman pada perkeso atau dak...kalau dak buat caruman cepat2 buat aduan hahahaha aduan kat perkeso jangan duk gi mengadu kat pejabat agama lak kikiki semua aduan adalah RAHSIA