Khamis, 29 Oktober 2015

Hernia disebabkan pekerjaan amat jarang berlaku@tuntutan perkeso

 
1.Hernia di sebabkan atau berpunca dari pekerja jarang sangat berlaku..sebab itulah kebanyakkan permohonan berkenaan tuntutan penyakit Hernia dengan pihak perkeso biasanya gagal ini kerana penyakit ini tiada kaitannya dengan kerja2 hakiki yang dilakukan oleh pekerja pada setiap hari..betul untuk membuat tuntutan dengan pihak perkeso tak menjadi masalah namun biasanya di peringkat Jemaah Doktor Khas(JDK) biasanya akan ditolak kerana amat jelas Hernia biasanya bukan berpunca dari kerja..kebanyakan tuntutan mengenai Hernia di buat bawah tuntutan penyakit khidmat perkeso..walaubagaimanapun untuk kes2 terpencil ada juga Hernia ini berpunca dari kerja..hehe itu tugas pegawai penyiasat untuk siasat kes tersebut dan pihak Jemaah Doktor Khas akan menilainya berdasarkan kepada Laporan Perubatan yang dikemukakan oleh pihak pencarum.Namun peluangnya amat tipis kerana umum kita tahu Hernia biasanya berlaku secara semulajadi dan tidak kena mengena dengan kerja..
2.Untuk kes yang aku siasat hari ni Hernia yang di alaminya bukan berkaitan dengan kerja..beliau bekerja di kilang membuat pallet..kerja beliau cukup ringgan hanya menolak kayu ke mesin pemotong kayu..kayu tu ringgan dan tidak berat aku dah cuna dan begitulah saiznya..dan akan dipotong mengikut saiz-saiz yang di kehendaki dengan mengunakan mesin..kerja ringan dan tidak perlu angkat bebanan berat ianya tidak menjurus kepada punca Hernia yang dihadapinya..Beliau juga mengakui Hernia yang dialaminya telah pulih 100% hehehe..so dah tak jadi hal la..lagipun dalam berpuluh pekerja hanya beliau sorang je kena Hernia..maka kes ini bukan berkaitan kerja..Hernia semulajadi..Hernia semulajadi maka ianya tiada kaitan dengan kerja biasanya akan ditolak oleh Jemaah Doktor Khas kerana ia tiada kaitan dengan kerja.

Selasa, 27 Oktober 2015

selepas 15 tahun kematian anaknya..Ibu ini akhirnya membuat tuntutan pencen penakat dengan pihak perkeso!

 
1.Bulan ni didatangi seorang mak cik dari satu kawasan tanah rancangan felda..mak cik ini ingin membuat semakan kelayakan caruman arwah anak bongsunya yang meninggal dunia dalam bulan April tahun 2000..tahun 2000 geng..la ni tahun 2015..mak cik ini tidak pasti sama ada arwah anak bongsunya ada mencarum dengan perkeso atau tidak..dari mana mak cik ini ada kekuatan hendak datang buat semakan kat pejabat perkeso ni aku tak tahu la ada orang depa tak ambil tahu, ada malas nak bertanya..macam2 alasan lah..tapi mak cik ini nekad ke pejabat perkeso dan membuat semakan kelayakan caruman arwah anak bongsu yang meninggal dunia tersebut..anak bongsu mak cik ni meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang tiada kaitan dengan kerja..masa tu arwah belum kahwin..
 
2.Setelah semakan dibuat didapati arwah anak mak cik ini mempunyai caruman dengan pihak perkeso..dengan kata lain arwah anak bongsunya ini pernah bekerja dan majikannya ada membuat caruman..semakan kemudianya mendapati caruman arwah anak bongsu beliau memenuhi kelayakan faedah pencen penakat perkeso melalui syarat "kelayakan yang dikurangkan"..
 
3.Alhamdulilah bersyukur tidak terkira mak cik ini...bayangkan jika beliau tidak hadir ke pejabat perkeso untuk membuat semakan maka pencen yang sepatutnya beliau perolehi terbiar begitu sahaja tanpa dituntut..adalah menjadi tanggung jawab waris untuk membuat tuntutan pencen penakat ini..seperti biasa jika isteri meninggal maka suami la yang tuntut begitulah sebaliknya ,jika anak meninggal dan belum berkahwin maka ibu dan bapa lah yang tuntut..
 
4.Proses tuntutan segera dilakukan dan mak cik ini telah mengisi dokumen yang perlu dan dalam bulan ini juga bayaran kepada beliau telah dilakukan di mana bayaran faedah pengurusan Mayat (FPM) RM1500 telah dijelaskan bersama-sama tunggakan pencen penakat sejak April tahun 2000 hingga September 2015 pehhhh boleh tahan banyak jugak tunggakan pencen yang di terima mak cik ini,..namun permasalahanya bukan soal tunggakkan bukan soal banyak atau tidak pencen itu..persoalannya mengapa masih ada yang tidak tahu akan hak2 mereka untuk menuntut pencen penakat dari perkeso jika berlaku kematian pada pencarum??15 tahun bukan masa yang pendek...cukup lama..kesian mak cik ni..untuk makluman pencen penakat adalah pencen yang dibayar secara bulanan..dan mak cik ini akan menerima pencen ini setiap bulan sehinggalah beliau meninggal dunia.
 
5.Pelabagai program dibuat oleh perkeso..program ceramah, siri penerangan, promosi melalui media cetak dan eloktronik dan banyak lagi kaedah dilakukan namun ianya masih tidak mampu untuk menarik minat masyarakt untuk mengentahui faedah2 yang disediakan pihak perkeso..kalau dibuat ceramah berkenaan perkeso pun ramai yang berbual2 di belakang..ramai yang tido ramai yang bercakap cakap inilah masalahnya..
 
6.Untuk pencen penakat aku dah banyak kali ceritakan dalam post yang terdahulu...heheh malas nak ulang bagitahu hahaha cari sendirilah

Rabu, 21 Oktober 2015

Ceramah Faedah-Faedah PERKESO/SOCSO@Synthomer

1.Semalam aku n the geng di jemput ke program ceramah berkenaan perkeso di kilang Synthomer/Rivertex..semalam aku nyer turn ceramah yang kedua hm penceramah kedua biasanya pendengar tak kan teruja sangat hahaha biasa macam tu lakah kah kah semalam jugaknya aku dalam mood mengantuk jadi ceramah pun tak berapa nak semangat jugakla kakaka..kena pulak time ceramahnya dah kul 4.00 petang so masa pun tak berapa nak kena hahaha..mengantuk ada dan depa pun nak sambung kerja juga selepas tu sebab kul 5 dah balik kerja kan..soo bagi la ceramah dengan selaju laju nya hahaha..faham ka dak tak tahu la aku wakakaka..lagi pun sebelum turn aku bagi ceramah depa dah 1 jam setengah dok dengar ceramah keselamatan jalan raya yang patner aku bagi hahahaha rasanya dengar ceramah tu pun depa dah kenyang hahaha lama jugak tu satu jam setengah..memang tak kena time aku nyer turn wakakaka..so far ok la..hope apa yang nak disampaikan berjaya dihadam oleh depa la..hm lau ikutkan aku 2 jam ceramah baru habis..penat woooo aku buat 72 slide ceramah untuk tujuan ceramah hari tu wooo..nak habis dalam setengah jam tak mungkin la kan hehehe..hm ralat jugak rasanya..takpe kita buat lain kali lah..

2.Macam biasa selepas ceramah ada bagi2 helmet sikit hehehe..helmet ni mahal jugak wooo bukan murah woooo..hm tapi bukan semua dapatla hehehe..Ooh yaaa untuk majikan2 yang berhajat untuk menjemput perkeso untuk memberi ceramah penerangan terutama hal2 berkaitan faedah2 yang disediakan perkeso, maka boleh lah tuan2 puan2 mengutus surat kepada pejabat perkeso terdekat atau boleh juga berkunjung ke pejabat perkeso terdekat dan nyatakan keinginan tuan2 puan2 untuk menjemput ke apa2 program ceramah perkeso InshaAllah akan dipenuhi...khidmat ceramah penerangan ini adalah PERCUMA!hehehe kami pergi ke tempat kalian hehehe..makan minum tak payah sedia takpe kami faham..hahaha..bajet bukan ada kan kan kan..jangan risau kami pi nak ceramah bukan nak makan hahaha..
 Hehehe..
 

Ahad, 18 Oktober 2015

Konvensyen COMBI Negeri Johor 2015@COMBI Impiana Casa


1.Badan sedikit kepenatan beb, tapi sebab dah lama tak jenguk blog jadi hari ni aku gagahkan diri jugak masuk hahaha..banyak soalan dalam blog ni yang aku nak kena bagi jawapan tapi perlukan sedikit masa ,haha tak sempat dan agak sibuk sedikit nanti akan ku jawab semuanya hehehe harap maaf banyak2..sebenarnya aku baru saja balik dari menyertai Konvensyen COMBI Negeri Johor bersama-sama rakan2 COMBI yang lain, diadakan di Hotel Selesa Pasir Gudang Johor dari 17 Oktober-18 Oktober 2015, kiranya 2 hari 1 malam jugakla..sebenarnya aku ni dari COMBI Impiana Casa Taman Seri Impian dalam daerah Kluang le..kami lebih kurang 10 orang semuanya mewakili COMBI Daerah Kluang ke Konvensyen tersebut..buat kali pertama beb..orang lain dah banyak kali hahaha dah bertahun2 depa ada COMBI kami baru 6 bulan tertubuhnya banyak yang nak kena buat..takpe2 sikit kasi up la hahaha..budak baru belajaq katakan.Tapi pemilihan COMBI Impina Casa ke Konvensyen COMBI Negeri Johor membuktikan kehadiran kami ada impaknya hehehe thanks geng2 pejabat Kesihatan Daerah(PKD Kluang) khususnya penyelaras COMBI Dearah yang memilih kami dan memberi peluang kami menyertai Konvensyen ini.Tanpa lu orang sapalah kami huhuhu..
2.Sebenarnya banyak yang kami belajar hasil dari menyertai Konvensyen COMBI selama dua hari tersebut, maklumlah kami COMBI baru..baru nak bertatih..walaupun pelbagai projek dan program yang kami lakukan ianya tak mampu lain nak menyaingi otai2 COMBI dari Daerah lain..hahaha InshaAllah tahun2 mendatang akan menjanjikan 1001 pembaharuan dan transformasi dari COMBI kami hahaha.Selama dua hari Konvensyen tersebut diadakan kami ditempatkan di Hotel Selesa pasir Gudang Johor, Hotel Selesa hehehe ok la..selesa jugakla janji dapat lelapkan mata cukupla.Hahahaha pintu tandas aku leh tercabut geng kah kah kah..ops ops..tapi keadaan masih terkawal hahaha..selesa beb tak jadi masalah..Kami bertolak ke Hotel Selesa dengan menaiki bas yang disediakan oleh pejabat kesihatan Daerah Kluang..thanks sekali lagi PKD Kluang..hangpa terbaik banyak membantu kami!
3.Dua hari Konvensyen berlangsung pelbagai aktiviti telah diadakan oleh pihak penganjur iaitu Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Exco Kesihatan Negeri Johor, Alhamdulilah program2 berbentuk perkongsian Ilmu telah diadakan, diamana 2 sesi Ceramah diadakan dengan jayanya..input2 yang cukup menarik berkenaan denggi dapat diperolehi dari ceramah tersebut..hari pertama 2 ceramah dan disusuli pula pertandingan projek COMBI untuk setiap wakil daerah yang terlibat..pertandingan terbahagi kepada dua kategori satunya pertandingan booth pameran COMBI untuk setiap Daerah dan pertandingan kedua ialah sesi pembentangan Projek COMBI untuk setiap Daerah di Negeri Johor,hehehe kedua2 pertandingan kami masuk hahahaha..mencuba dan menimba pengalaman maklumlah usia COMBI kami baru 6 bulan jadi kami buat mana yang termampu dan berikan yang terbaik..mana boleh nak lawan COMBI2 yang bertaraf Otai, yang dah bertahun tahun wujud kan kan..depa banyak idea depa banyak pengalaman dan depa banyak dana..alhamdulilah leh timba pengealaman dari depa semua.

4.Er er bab2 program dan perjalanan program tak leh nak komenla hahahaha orang dah bagi peluang sertai Konvensyen pun dah cukup baik, dah satu pengiktirafan dah..dah cukup membanggakan dah hahaha..tapi janganlah nak bandingkan kami dengan geng2 otai2 kesihatan yangs emuanya tahu bab2 kesihatan hahaha jangala kami kan baru hahahaha...baru 6 bulan je pun..COMBI lain dah bertahun tahun ooooo..hm hm program lari sana lari sini tu biasala hahahaha jap ada jap tak dak kah kah kah itu tak jadi hal la..hm yang kalah tak de ka sagu hati hahahahaha kesian kami kah kah kah...jadual pun ketat sangat geng..hari pertama jam 9.00 malam aku dah sampai bulan dah zzzzzz lena habis beb..penat wooooo..
Hehehehe ok cukuplah setakat tu..zzzz



Selasa, 13 Oktober 2015

antara alasan popular majikan lewat lapor kemalangan pekerja kepada socso@perkeso

1.Salam geng hohoho apa khabar kalian semua harap semuanya sihat looo..ermmm hari ni aku tak berapa nak sihat hahaha penat sikit geng..hangpa tahu ka aku tadi dekat 1 jam lebih sesat cari kampong parit basri kat simpang renggam hari ni pehhh..tak pernah sesat selama ni hahaha..sesat dalam ladang nenas pulak tuuuu adeh deh deh..pehhhh macam mana leh sesat hari ni..penat woooo..sesekali sesat ambik ko 1 jam lebih makan dia kah kah kah hmm tinggal dulu bab sesat berpusing2 tu hahaha..mai aku nak habaq sekali lagi..benda ni asyik duk ulang tayang tapi ade lagi yang buat  silap dan tak paham2 hahaha..tak paham dan tak tahu dan malas nak bertanya akibatnya berbulan bulan barulah nak lapor kemalangan pekerja pada pihak perkeso/socso parah ni beb parah..berapa kali mau ingatkan daaaaa..lupa lupa dan lupa kah kah kah..mau ubat lupa kasi kompaun kan baru tau hehehe..
2.Geng aku sebenarnya selalu dok ingatkan bila sahaja berlaku kemalangan pada pekerja hangpa (pekerja rakyat kita ja no hahaha bangladesh tak leh claim kah kah kah) tak kiralah kemalangan di tempat kerja ke atau kemalangan semasa balik atau pi kerja ka..dengar baik2 bila pekerja dah dapatkan rawatan dan dah dapat 4 hari cuti sakit(mc) hangpa tok sah duk simpan mc/cuti sakit tu buat belacan ka buat jerut ka dok simpan sampai berbulan bulan nak wakpa aku pun tak tau hahaha nak buat koleksi ka geng hahaha, geng bila dapat je mc/cuti tu hangpa dah boleh hantar laporan kemalangan pada pihak perkeso/socso dengan segera jangan duk tangguh tangguh lagi.,lapor kemalangan dengan mengisi borang laporan kemalangan borang 21 tuhhhhhh jangan duk tunggu tunggu lagi..bab isi borang laporan kemalangan (borang 21) malas aku nak sentuh dah banyak kali aku duk ajaq cari sendiri baca tengok balik post dulu dulu tuh hehehe..ingat geng..ingatlah sebaik pekerja dapat 4 hari cuti sakit dah boleh hantar laporan kemalangan pada socso/perkeso ok! tak ingat lagi tak tahu nak kata apa dah aku ni hahaha
                                             sekadar gambar hiasan sahaja
3.Geng..antara alasan2 yang popular serta wajib dan yang biasa dikemukakan oleh taukeh2 dan majikan2 mengapa majikan lambat hantar dan lambat lapor kemalangan pada pihak perkeso/socso adalah disebabkan depa ni...taukeh2 ni nak tunggu pekerja depa ni sihat sepenuhnya barulah nak lapor kemalangan pada pihak socso/perkeso dengan kata lain tunggu tunggu dan tunggu sampai pekerja sihat dan kembali bekerja barulah mula terhegeh kelam kabut sana sini nak isi borang laporan kemalangan hahaha..itu satu sebab..banyak lagi sebab2 yang popular mengapa majikan seronok hantar laporan kemalangan lewat ada yang tunggu laporan perubatan terlebih dahulu baru lah nak isi dan nak hantar laporan kemalangan pada pihak perkeso/socso bersama sama laporan perubatan yang depa duk tunggu tunggu tu..hahaha geng tok sah dok tunggu laporan perubatan la..laporan perubatan lau nak dapat pun mau kena tunggu 2-3 minggu oooo pasai pa nak tunggu laporan perubatan kalau socso tak mintak..yang duk terlebih bijak tu pasai pa hahahahaha..kalau socso mintak baru la pohon laporan perubatan tu...kalau tak mintak tok sah duk buat lah hahaha tu semua penyebab lambatnya laporan kemalangan di kemukakan pada pihak perkeso..banyak lagi sebab lain nanti tak tertulis plak ehhh hangpa pun bosan nak baca ehhh hahaha.
                                            sekadar gambar hiasan sahaja
4.Ada juga sesetengah majikan/taukeh2 yang sengaja melepas tanggungjawab mereka kepada pihak pekerja itu sendiri, hangpa..ni dah la pekerja tu sakit di suruhnya buat laporan kemalangan sendiri kat socso/perkeso..pekerja dah terlantar sakit mcm mana depa nak isi borang dan nak pi opis socso..aiyaaaa tauke helo tauke tugas melapor dan mengisi borang laporan kemalangan dan menghantar laporan kemalangan adalah tanggungjawab lu orang maaaa itu bukan tanggungjawab pekerja maaaa..itu pekerja mana boleh isi borang dan tanda tangan borang kemalangan maaa aiya...ingat aaaa jangan suruh pekerja lapor kemalangan sendiri oooo ingat aaa lu yang kena lapor kemalangan dan isi serta hantar ke socso bukan pekerja woooo..sian pekerja geng errrm..macam macam..ingat aaa lu lapor lu hantar aaa jangan suruh pekerja yang sakit tu aaaaa..janji tak buat lagi aaa hehehe..jangan tunggu pekerja buat aduan hangpa tak lapor kemalangan aaaa..kalau pekerja mengadu teruk la hangpa nanti hahahaha kompaun kompem dalam tangan kah kah kah..
5.Tak dinafikan juga ada segelintir majikan yang masih tak tahu untuk mengisi borang laporan kemalangan, jadi dok main tunggu tunggu dan tunggu sampai kesudah tunggu tak hantar2 laporan kemalangan hehehe..mai nak habaq tok sah malu tok sah segan tok sah takut sila lah ke pejabat socso/perkeso berdekatan dan minta depa tunjuk ajaq macam mana nak isi borang laporan kemalangan itu dan apa dokumen2 yang perlu di sertakan..depa akan ajaq sat risau..depa ajaq dengan percuma tak dak bayaran dikenakan..kalau depa kata de bayaran habaq kat aku hahahahaha socso/perkeso tak dak dan tak dak kenakan apa2 bayaran pun segalanya khidmat adalah percuma..pi la jumpa pegawai kaunter dan pegawai bertugas di opis berhampiran kalian nanti depa ajaq hangpa..ingat tok sah malu tok sah segan tak tahu kena belajaq lama2 pandaila bukan susah mana pun.
6.Rasanya cukupla untuk hari ni hahaha banyak2 pun nanti bukan hangpa baca semua kah kah kah..bosan kan baca benda2 macam ni hahaha..geng sebenarnya perkaraini amat penting sekali..lapor kemalangan pada pihak socso..kalau tak lapor kita tak tahu..kalau tak lapor macam mana kita nak bayar tuntutan..kalau lambat lapor hanga tahu ka pekerja yang sakit nak makan juga..kalau lambat lapor sampai berbulan bulan pekerja hangpa nak makan apa nanti geng...anak bini kena bagi makan,rumah kena bayar,kereta kena bayar..sendiri mau ingatla macam mana azabnya pekerja kalau hangpa lewat lapor kemalangan kat socso/perkeso..geng ada pekerja yang terlibat dalam kemalangan terpaksa sorok kereta motor tau..pihak bank cari loooo..bank duk bising2 call rumah bila mau bayar looo..tolongla kesiankan lah kat pekerja hangpa depa pun ada anak bini dan tanggungang..hantar cepat lapor segera kemalangan maka bayaran pun InshaAllah akan cepat menyusul...tak lapor dan lewat lapor maka lewatlah siasatan dibuat hohoho..

Jumaat, 9 Oktober 2015

kerja kilang sawit tempatnya bising@pekak dan claim socso/perkeso

1.Semalam aku masuk ke sebuah kilang sawit..haha masuk kilang sawit mana ade seronok jika nak dibandingkan masuk ke kilang hasilkan makanan kakaka..masuk kilang makanan leh gak test2 makanan hahaha masuk kilang sawit tak kan nak test minum minyak sawit pulak wakakaka..hohoho kilang memproses buah sawit untuk hasilkan minyak sawit bukan hasilkan benda2 lain..sebenarnya mana2 kilang sawit sememangnya akan mengeluarkan bunyi bising terutama di kawasan enjin,kawasan boiler dan beberapa kawasan yang lain..biasanya bacaan disebel lebih dari 100-180..dan kawasan ini juga akan diwajibkan setiap pekerja memakai 'ear plug'..tapi macam biasala tak semua akan patuh hehehe yang tak patuh dan kurang disiplin inilah akan menerima kesan dari bunyi bising di persekiratan kerja ni...baru2 kerja ok lagila..tapi kalau dah lama-kelamaan isteri panggil pun tak dengar hahaha maknanya kita dah pekak la tu kakaka..pekak  dan tak dengar isteri panggil pun leh jadi punca gaduh tau tau wakakakaka..
2.Ohhh ye..untuk tentukan puncanya pekak seseorang pekerja.. yang didakwa berpunca dari tempat kerja maka siasatan kena dibuat geng..susah juga wa cakap lu..hahaha bukan senang wooo..kena masuk kilang jugak wooo..kena pi time betul2 kilang tengah memproses sawit..kena pi masa semua enjin dan jentera berfungsi barulah dapat rasai suasana persekitaran sebenar hahaha..pi time kilang tutup nak buat menatang apa kah kah kah..hahaha..orang tuntut pekak masuk kilang rasa...orang kata asma dek debu masuk kilang tengok debu hahaha lama2 semua jenis sakit aku kena..
3.Oooo pusing2 tengok2 dah rasa getarannya maka memangla kilang sawit ada tempat2 tertentu keluarkan bunyi bising beb..kalau dah 30 tahun dok tadah telinga kat bunyi bising memang ye la lama2 leh hilang pendengaran beb..kalau hangpa semua macam ni bolehlah kalian buat tuntutan dengan pihak perkeso..caranya macam pernah aku dok citer selama ni la guna boring tuntutan penyakit khidmat hahaha..kalau tak tahu cari balik post2 aku sebelum ni berkenaan penyakit khidmat ni hahaha..senang je ehhh..isi boring tuntutan penyakit khidmat..minta laporan perubatan berkenaan pekak tu..buat audiogram test yang nak test telinga tu lah...minta majikan kemukakan laporan/peta2 menunjukkan temat2 bising dalam kilang dan hantarla ia ke pejabat perkeso berhampiran hehehe..pas tu tunggulah pihak perkeso hantar surat panggil ke Jemaah Doktor Khas untuk periksa kalian hehehe...senang kan..jangan susahkan diri kata tak faham ke apa..baca aku nyer post ni pun dah leh buat..tak faham lagi hangpa komen la nanti aku ulas kemudian hohoho nak berkebun sat.

Isnin, 5 Oktober 2015

sakit pinggang angkara duduk atas bangku rendah@tuntutan penyakit khidmat perkeso

 
1.Alhamdulilah hari ni selesai 4 kes siasatan tuntutan kemalangan perkeso..siasat 4 kes kemalangan dalam satu hari leh tahan penat geng..kata je 4 kes tapi tempat nak ne lawat tu bukan 4 tempat geng..macam hari ni 6 tempat aku kena pergi..mau lenguh segala sendi tulang..takpe janji kerja selesai hahaha wife aku asyik komplem kerja balik lewat sokmo kakaka apa nak buat tu dah kerja..lagi pun semua kes nak kena selesaikan segera..tak bestla buat orang tertunggu tunggu geng..hm dalam banyak2 kes yang aku siasat hari ni,ada satu kes yang memerlukan aku masuk ke bahagian pengeluaran sebuah kilang makanan sayur sayuran hehehe..bersih kilang ni dan cukup menjaga bab2 kebersihan..time aku nak masuk dalam bahagian pengeluaran pun kena pakai baju khas,kena pakai penuntut hidung,kena pakai penutup rambut,pakai kasut khas ..hehe terbaik kilang ni..ape pun terbaik dari segi production belum tentu terbaik dalam segala aspek terutama kepada keselamatan pekerja mereka sendiri..
2.Dalam pemerhatian aku la ada juga aspek2 yang menyebabkan pekerja terdedah kepada risiko sakit pinggang dan juga boleh menjurus kepada lower back pain..ini kerana kerusi/bangku yang digunakan itu mungkin akan menyebabkan lower back pain dan sakit pinggang terjadi,hehehe kalau dah lama duduk mengcangkung duduk plak atas bangku rendah macam tu dalam sepanjang waktu kerja...dalam jangkamasa lama jika hari2 bulan tahun2 macam tu,lama kelamaan leh jadi lower back pain geng..lenguh woooo..duduk mencangkung atas kerusi/bangku pendek macam tu hahaha..kadang2 kita tak terfikir akan perkara tersebut yang leh menjadi salah satu faktor kepada gejala sakit pinggang kan kan..
3.Dalam kes sebegini jika kalian dalam situasi bekerja yang boleh menyebabkan sakit belakang/sakit pinggang yang kronik/lower back pain jika terdapat unsur2 di tempat kerja yang menjurus kepada apa yang saya nyatakan tadi maka tuntutan boleh dibuat dengan pihak perkeso dengan mengemukakan borang tuntutan penyakit khidmat.Mana nak dapat borang tuntutan penyakit khidmat perkeso?kalian boleh lah dapatkannya di pejabat perkeso terdekat di seluruh negara atau pun ada kat dalam lawan web perkeso ambil lah dari situ..tuntutan penyakit khidmat perkeso khas untuk penyakit yang berkaitan dengan kerja sahaja geng..kalau sakit belakang sebab2 lain tak boleh di tuntut bawah skim ini kecuali iainya benar2 disebabkan kerja!!!siasatan cukup rapi dan mendalam dilakukan untuk setiap tuntutan penyakit khidmat hehehe jangan main2 ooo..

Sabtu, 3 Oktober 2015

Fmily day Bukit Benut :)

1.Semalam anak-anak demam..si Nur Qaleesya Humaira dan Nur Qairina Humaira kena plak demam time fmily day tempat kerja wife aku, hahaha apa nak buat slow2 berangkat jugak nak kena join fmily day tu..kena plak time fmily day ni musim jerebu..tapi nasib baik la semalam kurang sikit jerebunya..hm nasibla jugak fmily day kali ni buat kat Mersing je dekat hehehe..senang nak balik lau demamnya makin teruk..aku ni sinonim dah dengan Mersing kot..1 bulan 2-3 kali pergi atas urusan kerja hahaha 2 minggu lepas baru Operasi Khas kat kawasan tu hahaha..takpa lupa bab kerja dulu kasi layan anak bini dulu geng hahaha..balun fmily day dulu lah..jerebu pun jerebu lah..
2.Mersing Beach Resort menjadi tempat pilihan kali ni hahaha aku ikut je lah..teringat plak dulu2 aku pernah buat operasi kat sini kakaka..biliknya Ok la..ada tv ada peti ais hawa dingin..cuma macam biasala astro tak de la..kemudahan2 lain adala macam kolam dan dewan..tempat bbQ ada..boleh dengan harganya kira ok la tu..janji ada tempat tidur cukup anak bini tido kira ok dah hehehe..bab2 tempat menginap ni aku tak kisah ehh lagi pun pi satu malam je bukan lama pun..
3.Jarak dari pantai dalam 100 meter lebih..kena jalan la sikit nak pi pantai..tapi tak la jauh..pantai air papan..lautnya boleh tahan geloranya tak sama dengan kawasan pantai teluk gorek di tanjung resang yang sikit tenang..aku bertolak agak lewat sebab hari jumaat beb..apa pun aku solat jumaat dulu barulah bertolak pi Mersing..tak jauh pun ambil masa 1 jam 20 minit dah sampai dah...sampai kat jam 4 hahaha terus chek in..
4.Rehat2 sekejap..tunggu solat asar..jam 5 lebih baru pi pantai join aktiviti yang mereka sediakan hehehe..aktiviti depa ni macam2 kakaka termasuk bina istana pasir,pancing ikan la,main bola la bla bla bla hehehe hari pertama dan kedua...hm terpaksa join jugaklah kakakakaka..tak join nanti tak kenal plak la geng2 wwife aku ni hahahaha..alhamdulilah kat mana2 pun aku pergi tetap sama cerianya hahaha..depa suh main kita main kasi hentam semua hahaha..sesekali legakan fikiran geng...takkan nak ingatkan kerja je geng..mcm biasa sebelah malam ada BBQ la..best jugakla ayam2 yang depa buat hehehe sedap.
 

Khamis, 1 Oktober 2015

Chef hotel sakit kaki@lagi tuntutan penyakit khidmat perkeso/socso


Semalam aku masuk ke dapur sebuah hotel hohoho top jugakla hotelnya untuk daerah ini hmm paling top rasanya..masuk bukan nak makan bro kakakaka saje nak tengok2 cara depa duk kerja hahaha tak tengok tak perhati maka tak tahu kan kan..hahaha lama jugakla dok borak2 dengan ketua Chef Hotel ni..bla bla bla dekat sejam lebih kah kah kah.. Alhamdulilah dilayan dengan amat baik..pi je kat dapur hotel tapi bukan leh makan pun kakakaka..
 
2.Salah seorang pekerja hotel tersebut telah membuat tuntutan dengan pihak perkeso dengan mendakwa pekerjaanya sebagai chef menyebabkan beliau mengalami sakit2 kaki yang teruk hohoho pelik jugak kan kan apa kaitanya sakit kaki dengan kerjaya sebagai seorang chef???..so tu yang aku pi tengok dan perhati cara depa kerja hahaha bukan senang tau nak tengok depa kerja dan suasana semasa bekerja lagi2 kat kawasan dapur hotel yang boleh dikira sensitif jugak tuu hahaha..untung jugakla jadi pegawai penyiasat ni kakakakaka..apa yang tak boleh dilihat orang awam aku boleh lihat hehehe..bukan apa sekadar nak cari kebenaran,hm sesuatu kes bukan senang wooo nak cari puncanya..silap siasat kita pulak yang kena kah kah kah..mcm tu rupanya kerja chef kan kan seronok jugakla boleh makan masakan hotel tiap2 hari..untunglaaa.
                                                      gambar sekadar hiasan saje
3.Kata si pemohon ni, puncanya sakit kaki kerana sentiasa perlu berdiri untuk memasak menyebabkan beliau sakit kaki..lalu buatla tuntutan dengan perkeso..nak buat tuntutan tak salah..buatla..sebabnya tuntutan dibawah penyakit khidmat ini sememangnya khusus untuk sakit2 yang disebabkan kerja hehehe macam yang banyak kali aku citer dulu lah..hehe tapi betul2 disebabkan kerja tauuu bukan sakit2 dek benda2 lain..hm kalau dah buat tuntutan maka siasat kena buat la..maka siasatla akunyer..pi sana pi sini tengok sana tengok sini tanya sana tanya sini bla bla bla rupa2 nyer kerja chef ini tak la teruk sangat..tak la penat sangat-sangat..ada 16 orang pembantu selain 4 orang chef utama lagiii..makanya bukan beliau seorang sahaja...dan bukan sentiasa kena berdiri pun semasa bekerja ada masa dan ruang waktu untuk berehat lagipun tugas beliau khusus untuk masak tak dak buat benda lain, rupanya masak kat hotel ini satu jam je ambil masanya, cepat kan kan..hehehe mak2 kita kat kampung pun masak jugak kan kan, mak aku dulu siap guna dapur kayu hangpa mana tahu dapur kayu macam mana..aku la jadi penghembus angin puhh puhhh nak bagi api dapur kayu tu marak kakakaka..kenangan sewaktu dulu amat memeritkan..habis debu2 dapur kat muka kakaka hehehe gurau je bro..bro jangan marah kalau terbaca ni ye kah kah kah.
                                                    gambar sekadar hiasan saje
4.Dan setelah lama dok korek2 cerita maka terjumpa lah fakta sahih rupa2 nye pekerja ni dari dulu sudah ada sakit gout hehehehe hangpa mesti tahu sakit gout kan...hm patut la sakit kaki bro sakit gout ni aku pun ade adehhh..memangla mana ada kaitan dengan kerja ni..gout ni kalau silap makan maka tak leh jalan la bro hehehe..selain gout ada juga yang sampingan seperti diabetes dan darah tinggi..hm hm..takpa2 itu hak beliau untuk buat tuntutan mungkin dia tak tahu yang gout tiada kena mengena dengan kerja..tapi yang bijaknya laporan perubatan tak pulak disertakan yang sakit gout tu wakakakakaka tu yang kadang2 aku kena banyak senyum tu..marah2 pelangan mana boleh kan kan lebih senyuman baru berkat..oooo sebelum aku lupa kes ini disiasat bawah tuntutan penyakit khidmat perkeso..macam biasa penyakit khidmat dah aku bincangkan panjang lebar dalam post2 terdahulu kalau hangpa2 nak tahu lebih mendalam carila mesti ada punyer..