Khamis, 1 Oktober 2015

Chef hotel sakit kaki@lagi tuntutan penyakit khidmat perkeso/socso


Semalam aku masuk ke dapur sebuah hotel hohoho top jugakla hotelnya untuk daerah ini hmm paling top rasanya..masuk bukan nak makan bro kakakaka saje nak tengok2 cara depa duk kerja hahaha tak tengok tak perhati maka tak tahu kan kan..hahaha lama jugakla dok borak2 dengan ketua Chef Hotel ni..bla bla bla dekat sejam lebih kah kah kah.. Alhamdulilah dilayan dengan amat baik..pi je kat dapur hotel tapi bukan leh makan pun kakakaka..
 
2.Salah seorang pekerja hotel tersebut telah membuat tuntutan dengan pihak perkeso dengan mendakwa pekerjaanya sebagai chef menyebabkan beliau mengalami sakit2 kaki yang teruk hohoho pelik jugak kan kan apa kaitanya sakit kaki dengan kerjaya sebagai seorang chef???..so tu yang aku pi tengok dan perhati cara depa kerja hahaha bukan senang tau nak tengok depa kerja dan suasana semasa bekerja lagi2 kat kawasan dapur hotel yang boleh dikira sensitif jugak tuu hahaha..untung jugakla jadi pegawai penyiasat ni kakakakaka..apa yang tak boleh dilihat orang awam aku boleh lihat hehehe..bukan apa sekadar nak cari kebenaran,hm sesuatu kes bukan senang wooo nak cari puncanya..silap siasat kita pulak yang kena kah kah kah..mcm tu rupanya kerja chef kan kan seronok jugakla boleh makan masakan hotel tiap2 hari..untunglaaa.
                                                      gambar sekadar hiasan saje
3.Kata si pemohon ni, puncanya sakit kaki kerana sentiasa perlu berdiri untuk memasak menyebabkan beliau sakit kaki..lalu buatla tuntutan dengan perkeso..nak buat tuntutan tak salah..buatla..sebabnya tuntutan dibawah penyakit khidmat ini sememangnya khusus untuk sakit2 yang disebabkan kerja hehehe macam yang banyak kali aku citer dulu lah..hehe tapi betul2 disebabkan kerja tauuu bukan sakit2 dek benda2 lain..hm kalau dah buat tuntutan maka siasat kena buat la..maka siasatla akunyer..pi sana pi sini tengok sana tengok sini tanya sana tanya sini bla bla bla rupa2 nyer kerja chef ini tak la teruk sangat..tak la penat sangat-sangat..ada 16 orang pembantu selain 4 orang chef utama lagiii..makanya bukan beliau seorang sahaja...dan bukan sentiasa kena berdiri pun semasa bekerja ada masa dan ruang waktu untuk berehat lagipun tugas beliau khusus untuk masak tak dak buat benda lain, rupanya masak kat hotel ini satu jam je ambil masanya, cepat kan kan..hehehe mak2 kita kat kampung pun masak jugak kan kan, mak aku dulu siap guna dapur kayu hangpa mana tahu dapur kayu macam mana..aku la jadi penghembus angin puhh puhhh nak bagi api dapur kayu tu marak kakakaka..kenangan sewaktu dulu amat memeritkan..habis debu2 dapur kat muka kakaka hehehe gurau je bro..bro jangan marah kalau terbaca ni ye kah kah kah.
                                                    gambar sekadar hiasan saje
4.Dan setelah lama dok korek2 cerita maka terjumpa lah fakta sahih rupa2 nye pekerja ni dari dulu sudah ada sakit gout hehehehe hangpa mesti tahu sakit gout kan...hm patut la sakit kaki bro sakit gout ni aku pun ade adehhh..memangla mana ada kaitan dengan kerja ni..gout ni kalau silap makan maka tak leh jalan la bro hehehe..selain gout ada juga yang sampingan seperti diabetes dan darah tinggi..hm hm..takpa2 itu hak beliau untuk buat tuntutan mungkin dia tak tahu yang gout tiada kena mengena dengan kerja..tapi yang bijaknya laporan perubatan tak pulak disertakan yang sakit gout tu wakakakakaka tu yang kadang2 aku kena banyak senyum tu..marah2 pelangan mana boleh kan kan lebih senyuman baru berkat..oooo sebelum aku lupa kes ini disiasat bawah tuntutan penyakit khidmat perkeso..macam biasa penyakit khidmat dah aku bincangkan panjang lebar dalam post2 terdahulu kalau hangpa2 nak tahu lebih mendalam carila mesti ada punyer..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan