Ahad, 30 September 2012

Klebang Original Coconut shake@cuti2 tengok bola


1.Penat beb aku baru balik dari Melaka hehehe aku bawa anak bini aku lepak kat melaka 2 hari 1 malam er er depa lepak kat Mahkota Hotel..aku lepak kat Stadium Hang Jebat kakakakaka..semalam aku dok layan game piala malaysia kelantan lawan felda united kat stadium hang jebat.



2.Bertolak jam 10.00 pagi..konvoi 3 biji kereta woooo kakaka..sampai melaka terus tuju stadium hang jebat cari tiket duluu..tapi hampeh tul time tu tak buka lagi..jam dah kuil 1 petang dah ehhh..last2 aku pi chek in dulu kat Hotel Mahkota hehehe..kasi lepak2 dulu kasi rest dulu sebelum malam nanti bersorak kuat2 hahaha



3.Macam biasa kalau ada game bola ni aku bawa wife dan anak2 tapi depa setakat lepak kat hotel penginapan aje la..bagi depa bersorak kat kolam dah la kakakaka..bebudak ni kecik lagi nak bawa stadium takut mengamuk nak keluar plak mampuih aku..


4.Oleh kerana time aku sampai stadium hang jebat tu tiket tak buka lagi so member aku ni ajak aku pi makan dan minum hahaha kat Klebang Original Coconut Shake kat jalan pantai Klebang tu hah..dengar kata Coconut Shake ini terkenal kat Melaka..takpa ni kali mana2 tempat pun kita pi hehehe..



5.Sampai kat Klebang Original Coconut Shake..mula2 aku keliru jugak ..sebab ada dua..satu kat luar tepi jalan dan satu lagi kat dalam...er er masuk dallam lagi lah bukan tepi jalan pantai klebang tu...rupanya yang kat luar tuu just tuk yang nak bungkus sahaja..kiranya take way la tu kakaka..so aku dan member2 aku ni masukla dalam tempat Klebang Coconut Shake ni..pehhhhh yang duk tunggu coconut shake bungkus pun dah Q panjang wooooooo..er er tak berapa jelas plak dah gambaq ni kakakaka


6.Mula2 macam tak caya jugak macam mana kedai jual Coconut Shake ni leh begitu ramai orang padahal jual coconut shake je..pelik aku...bukan je melayu tapi ramai kaum cina plak tu..masuk sini ruang parking cukup banyak dan aku tengok sentiasa penuh..penuh tempat parking kereta maka penuh jugaklah orang kat meja makan kedai Klebang Original Coconut Shake ni..heran heran..







7.Maka untuk menyelesaikan kehairanan aku tu maka kami pun orderla Coconut shake yang dikatakan terkenal di melaka tu...rasa sedap jugakla..tapi tak banyak beza dengan Coconut shake yang biasa aku makan kat pasar malam kakakaka..tapi heran dan masih hheran pasai pa la memang rammai manusia kat kedai Klebang Original Coconut shake ni..tapi sekali makan mungkin tak rasa lagi kot..mungkin ada banyak keistimewaaan coconut shake kat Klebang original Coconut Shake ni..kalau tidak masakan berduyun duyun orang yang datang termasuk aku kakaka..







8.Oh ya kat sini bukan hanya ada coconut shake je tapi ada jugak kuih muih dan nasi lemak..tapi makanan lain tak dak la..depa tak cari benda lain yang berduyung duyun orang datang tu nak mai makan Coconut shake ni je..








9.Er er cerita kat Klebang Original Coconut shake ni panjang wooooo tak sempat aku nak catat kat sini semua..nak rasa nak cuba hangpa pi sendiri la kakaka lau tak sedap jangan duk marah aku plak..buat niaga coconut shake macam ni leh jadi jutawan woooo..parking kereta pun luas..sesuka hati la nak parking kat mana sebab luas..





10.Setel bab Klebang Original Coconut shake aku dan member2 aku ni pi la chek in kat Mahkota hotel melaka..sementara menunggu perlawanan bola malam nanti..bagila bebudak mandi kolam dulu...



Masa aku pi chek in semalam orang tak la ramai sangat senang je tak yah tunggu lama2..biasa jenuh gak menunggu..


Masuk bilik rest sat...lepas tu bebudak ni pi kolam leeee





hehehe gerak geri depa yang mandi kolam ni sudah pasti diawasi oleh hehehehe..kaum ibuuuuu



ok lah aku nak tidoq la weiii nanti lain kali citer banyak lagi...hehehe banyak perkara menarik nak aku kongsikan...thanks kawan2 yang sudi join ade masa kita jalan2 lagi





time bebudak ni dok mandi kolam kami geng lelaki berangkat ke medan perjuangan ole ole ole gol gol gol



Jumaat, 28 September 2012

lanjutan kes pemandu stimroll terbunuh@felda ulu belitong


1.Hari ni jumaat..dua rakan setugas aku cuti serentak adehhh jadi aku tak leh kuar mana2..dengan kata lain hari ni duk opis semak kes saje la..hm hari jumaatla paling banyak kes masuk untuk disemak..oh ya hari jugak satu majlis kecil-kecilan untuk penyerahan cek bayaran faedah pengurusan mayat (FPM) telah dilbuat  kat opis aku ni hah..kes yang melibatkan pemandu stimroll yang meninggal dunia akibat kejadian stimroll yang dipandunya terbalik dan stimroll tu menindih pekerja ini..amat tragis bila mana stimroll berat bertan tan itu menindih mangsa..kepala mangsa cedera parah..otak bersepai..akhirnya beliau meninggal dunia serta merta di tempat kejadian!



2.Kejadian ni tak dak dilapor kat mana2 paper pun..berlaku kat Ladang Felda Ulu belitong...tadi Ibu dan Bapa si mati hadir pejabat terima bayaran rm1500 untuk faedah pengurusan Mayat (FPM)..dan selepas itu ibu dan bapa arwah akan terima pencen Faedah orang tangungan(FOT)sehingga akhir hayat mereka berdua...untuk adik2 simati seramai 9 orang pula akan dapat syer feadah orang tangungan itu sehingga mencapai umur 21 tahun atau hingga mendapat ijazah pertama...ni sebahagian dari 9 adik beradik arwah..



3.Alhamdulilah akhirnya kes yang aku siasat 2 hari lepas selesai dengan segera!berat jugak beban terpaksa dipikul ibu dan bapa arwah hendak besarkan 9 adik berdaik arwah...masa arwah masih hidup arwah banyak membantu dalam meringankan bebanan keluarga..moga2 keluarga ini diberi 1001 ketabahan dalam menghadapi ujian yang amat hebat ini.


Khamis, 27 September 2012

siasat kes kat ladang paloh


1.Hari ni aku siasat 1 kes kat Ladang Paloh, Ladang paloh ni milik KL kepong..hehehe siasat kes kemalangan pekerjanya..macam biasala bila kemalangan masa bekerja atau masa pergi dan balik kerja untuk buat tuntutan perkeso kes kena siasat terlebih dahulu..prosedur biasa beb.Lau dah disahkan bencana kerja baru leh bayaran dilakukan.


2.Tapi dalam banyak2 kes yang aku siasat..kes ini agak lucu sikit hahahaha..tak tau nak kata apa..entah macam mana la apek ni boleh tak nampak palang gate ditutup yang dia naik motorsikal main redah aje kakakaka akibatnya pecah kepala beb..er er berbelas jahitan gak la hentam palang besi gate ladang hehehe..mungkin apek tu dok mengelamun masa naik motorsikal kot..adeee ingat amoi ka apa entah la...hari tu dari ladang bermalamla apek ni kat hospital kluang hehehe sian diaaaaaa...hehehe apala pak gud tak buka palang ni kakakakkakaka..


 3.Aku tanya dia apa yang dia fikir time naik motorsikal sampai tempuh palang gate..takkan lu tak tengok itu gate ada buka atau tutup..apek ni jawab wa rasa macam buka alih2 kepala wa tak lepas itu palang besi wakakakaka adehhhh..hm hm..nak snap gambar apek ni pun sian kat dia hahaha..


4.Apa yang menarik juga kat Ladang paloh kluang ni depa cukup2 prihatin akan alam sekitar..bab tu aku kena puji beb..depa sedia tong2 kitar semula dengan teratur dan digunakan dengan amat baik sekali!!!!Amat jarang ladang yang boleh buat dan ada yang tak buat pun macam mana ladang paloh ni buat!!!


5.Balik dari Ladang paloh aku ke kilang tereal kluang..kat sini juga melibatkan kes kemalangan jalan raya masa nak pergi kerja..juga melibatkan motorsikal..hm dah berpuluh kali program keselamatan motorsikal yang kita orang buat..siap bagi helmet percuma tapi apa nak buat dah nak jadi maka jadi juga..apa yang menarik kat kilang ni ialah depa punyer ada tempat khas untuk perokok di kilang niiiiiii hahahaha..


dan satu lagi langkah baik kilang ni ada line keselamatan khas untuk pejalan kaki agar tak di langgar apa2 kenderaan semasa berada dalam kawasan kilang...tak jalan kaki kena ikut line/garisan kuning ni hah..



Rabu, 26 September 2012

pameran buku sempena festival pendidikan@kluang












1.Petang tadi lepas habis kerja sempat aku pusing2 kejap kat pameran buku sempena Festival Pendidikan Pejabat Pelajaran Daerah Kluang kat dewan tepi dataran tasik putih kluang..tapi setakat aku pi tadi tak banyak sangat buku2 yang ada..mungkin lepas ni bertambah banyak la kot..


2.Harga buku2 kira ok la leh beli...buku budak2 murah la..




3.Ada banyak kaunter pameran yang lain..hehehe tak sempat aku nak jelajah semua sebab hari nak hujan hehehe..




Isnin, 24 September 2012

terbunuh di hari kedua bekerja


1.Hari ni aku siasat satu kes kemalangan maut semasa bekerja, pekerja ni baru sahaja bekerja dengan syarikat yang terlibat dalam kerja2 berkaitan tanah dan membuat jalan..baru bertugas dua hari sebagai pemandu 'stimroll'..bukan seperti gambaq di bawah ni hah..


2.Hari pertama bekerja arwah ni kerja dengan gembiranya, semua urusan kerja berjalan lancar, arwah ditugaskan membuat jalan di Jalan Ladang Felda Ulu Belitong Kluang dengan beberapa rakan sekerjanya..tugas arwah memandu jentera "stimroll' yang kat kelantan panggil jentera pengelek jalan tu hah..jentera ni semua besi keras woooooo beratnya ber tan tan beb..inilah 'stimroll' yang di pandu arwah..


3.Hari kedua arwah kerja ...arwah memandu 'stimroll' mcm biasa..sedang arwah memandu 'stimroll' untuk meratakan jalan dalam ladang itu tiba2 'stimroll' yang dipandu arwah ini gagal dikwal ketika melalui sedikit kawasan agak bukit/jalan tinggi sikit lalu menyebabkan 'stimroll' yang dipandu arwah terbalik!!!apa yang amat mendukacitakan dan menyedihkan pada masa 'stimroll' itu terbalik arwah gagal melompat keluar atau terjun keluar maka dengan sepantas kilat 'stimroll' yang bertan tan berat itu telah menindih arwah yang menyebabkan keseluruhan badanya tersepit dibawah 'stimroll' ini..kepala arwah cedera parah..otak bersepai keluar..dan arwah menghembus nafas terakhir disitu juga.Al-Fatihah.Gambaq ni dipudarkan coz ada kelihatan otak yang bersepai...keadaan arwah yang betul2 ditindih 'stimroll'@jalan ladang felda ulu belitong..


4.Arwah adalah anak sulung dari 9 beradik..keluarganya agak susah..dan menetap dengan menyewa rumah di pekan paloh Kluang..arwah masih bujang dan terlalu muda...namun apakan daya masanya telah tiba...Namun keluuaarga arwah reda dengan apa yang berlaku..lebih melegakan apabila majikan arwah didapati mencarum dengan perkeso..dan apabila mencarum dengan perkeso maka kemalangan yang menimpa arwah itu sudah pastinya ia kemalangan semasa bekerja dah telah disahkan sebagai bencana kerja.


5.Alhamdulilah aku dah selesai siasat kes ini hari ini..mungkin esok atau lusa bayaran Faedah pengurusan mayat (FPM) sebanyak rm1500 akan dikeluarkan pada keluarga arwah,InsyaAllah aku akan berkunjung lagi ke rumah keluarga arwah untuk sampaikan cek bersama bos aku..dan bukan setakat itu sahaja ianya akan disusuli dengan penerimaan pencen Faedah Orang Tanggangungan (FOT) buat kedua ibu bapa arwah yang layak mendapat pencen faedah orang tangungan hingga akhir hayat mereka berdua..untuk adik2 arwah pula pencen sehingga berumur 21 tahun...hangpa rujuk berkenaan kes FOT yang aku pernah post dalam entry blog aku ni hah..cari sendirilah..


6.InsyaAllah laporan penyerahan cek akan aku update kat sini nanti...baru dua hari kerja si arwah ni...tu la pasal aku selalu ingatkan pe pun jadi apa pun kerja hhangpa pastikan majikan hangpa mencarum dengan perkeso...tolongla untuk kebaikkan hangpa dan waris2 hangpa nanti..