Rabu, 30 Oktober 2013

aktiviti perkeso kluang sepanjang minggu lepas :)

1.Sedikit sebanyak keratan akhbar berkenaan aktiviti yang kami lakukan minggu lepas hehehe busy sikit geng..banyak yanag nak kongsikan bersama tapi tak sempat la nak catatkan kat sini..ade masa aku cube jawap semua pertanyaan kat inbox tu..adehhh banyak sangat geng nak ne jawab satu persatu :)


dan lagi hehehe..



dan lagi..



Rabu, 23 Oktober 2013

seminar perlindungan keselamatan sosial@kluang


1.Hari ni lebih kurang 50 peserta yang terdiri dari pihak majikan dan pekerja di daerah kluang hadir ke seminar Perlindungan keselamatan sosial anjuran bahagian perancangan dan hal ehwal korporat Pertubuhan Keselamatan sosial (PERKESO), seminar selama sehari itu diadakan di prime city hotel kluang..


2.Alhamdulilah pelbagai topik dibincangkan dan dibentangkan...tidak lain tidak bukan ianya sudah pasti berkaitan dengan faedah2 yang disedian perkeso serta cara2 tuntutan dan sebagainya..rugi jika kalian tidak hadir..


3.Alhamdulilah peserta juga menunjukkan minat yang mendalam..diharap dapat dikongsi kongsikan imu yang dapat dari program seminar ini dengan rakan2 kalian


kenapa pekerja wanita tak berminat dengan program saringan kesihatan percuma perkeso (HSP)!!!!

Apa sudah jadi dengan pekerja wanita!!!kenapa tidak mahu guna peruntukan yang telah diberi untuk kalian???adehhhh tak capai matlamat la program saringan kesihatan perkeso kalau macam ni la sambutanya...hm hm..aku pun dah tak larat nak kempen dan tak larat nak beri penerangan dah ehhhh..tak mahu pi sudah!!!nak paksa tak bleh geng..rugi peruntukan 200 juta beb..adehhh la..


Jumaat, 18 Oktober 2013

siasat kes kemalangan@felda kahang barat


1.Hari ni aku siasat dua kes kemalangan melibatkan kemalangan semasa nak ke tempat kerja dan kemalangan semasa dalam perjalanan nak pi makan dalam waktu rehat dibenarkan..time rehat la tu..kedua-dua mendapat kecederaan parah pada kaki..dan kedua-duanya layak mendapat feadah dari pihak perkeso kerana kemalangan yang berlaku itu termasuk dalam akta AKSP 1969 seksyen 24..macam biasa setiap tuntutan melibatkan kemlangan perlu ada 
i.Laporan Polis
ii.Peta Lakar
iii.Cuti sakit (lebih 4 hari )
iii.Kad pengenalan
v.puch kad/rekod kedatangan bulan tersebut
iv.rekod gaji 6 bulan sebelum kemalangan


2.Selebihnya rujukla semula kat entry aku sebelum ni hahahahaha..kedua-dua kes ni aku kena pi siasat kat rumah sebab kedua-duanya masih belum boleh berjalan..kaki pun de putus..


pernyataan Akhabar salah!!Ibu bapa jaga anak OKU tak layak ELS perkeso faham betul-betul!!

1.Salam geng..adehhhh maafla memang tak sempat langsung nak masuk blog sejak akhir2 ni..banyak sangat kerja beb..pe pun aku cuba jawab jugak soalan2 yang masuk..InsyaAllah...

2.Hari ni aku nak perjelaskan sedikit KEKELIRUAN yang ditimbulkan oleh sebuah ahkbar berkenaan laporan yang mengatakan PERKESO MEMBERI ELAUAN LAYANAN SENTIASA (ELS) kepada IBU BAPA YANG MENJAGA ANAK OKU!!!yang sebenarnya LAPORAN ITU SALAH SAMA SEKALI!!!!INGAT TU..SALAH SAMA SEKALI!!!!

3.MAKSUD SEBENAR DAN SEPATUTNYA ADALAH BERBUNYI BEGINI.....PERKESO SUDAH SEKIAN LAMA MEMPERKENALKAN ELAUAN LAYANAN SENTIASA (ELS)ELAUN INI DEBERIKAN KEPADA PENJAGA TAK KIRALAH IBU BAPA ATAU ISTERI JAGA SUAMI ATAU SUAMI JAGA ISTERI..YANG MENJAGA OB(ORANG BERINSURAN)/PENCARUM YANG MENDAPAT BENCANA KERJA DAN DISAHKAN MENGALAMI BENCANA KERJA SEMASA KERJA, ATAU SEMASA PERGI DAN BALIK KERJA DAN PIHAK JEMAAH DOKTOR PERKESO TELAH SAHKAN DAN SYORKAN ELAUN LAYANAN SENTIASA (ELS)DIBERI KHAS UNTUK MEREKA YANG MENJAGA OB INI MAKA BARULAH ELAUAN ITU DIBAYAR!!!!OB/PENCARUM YANG LAYAK/YANG MEMBOLEHKAN PEENJAGANYA MENDAPAT ELS(ELAUN LAYANAN SENTIASA)ADALAH OB/PENCARUM YANG 100% LUMPUH/TIDAK DAPAT URUSKAN DIRI SENDIRI AKIBAT KEMALANGAN SEMASA KERJA/BALIK KERJA ATAU PERJALANAN KE TEMPAT KERJA!!!

4.Harap penjelasan ini memadai untuk menampung satu stetment yang diberi agak"kebodohan" sedikit yang menyusahkan banyak pihak khususnya kami untuk menjawab ratusan panggilan telefon setiap hari...biasala stetment yang dikeluarkan orang politik berbelit-belit adehhhhhhhh..kat bawah ni salah satu keratan akhabar..jangan percaya tau.. baca ajelah..ini ok lagi ade yang salah banyak lagi hahahaha..ELS ini dah lama bukan baru!!!


Jumaat, 11 Oktober 2013

Alamat pejabat2 cawangan perkeso negeri johor :)

Pejabat PERKESO Negeri Johor,
Wisma PERKESO,
No. 26, Jalan Susur 5, Off Jalan Tun Abdul Razak, Larkin,
80200 Johor Bahru, Johor
PPN
TPPN
Talian Am
Faksimili
: 07 - 2233110
: 07 - 2233120
: 07 - 2256600
: 07 - 2233180 (Pentadbiran)
  07 - 2233190 (Faedah)
  07 - 2256664 (Penguatkuasaan)
 
Pejabat PERKESO Muar,
No. 34 & 35 Taman Tun Dr. Ismail 1,
Jalan Bakri,
84000 Muar, Johor
PPP
Talian Am
Faksimili
: 06 - 9542324
: 06 - 9542771
: 06 - 9542254
 


Pejabat PERKESO Batu Pahat,
No. 16 & 17, Jalan Setia Jaya,
Taman Setia Jaya,
83000 Batu Pahat, Johor
PPP
Talian Am
Faksimili
: 07 - 4331220
: 07 - 4331333
: 07 - 4313009
 
Pejabat PERKESO Kluang,
No. 28, Jalan Duku,
Kampung Haji Manan,
86000 Kluang, Johor
PPP
Talian Am
Faksimili
: 07 - 7733048
: 07 - 7733481
: 07 - 7739437
 

Pejabat PERKESO Segamat,
No. 13, Jalan Emas,
Taman Batu Hampar,
85000 Segamat, Johor
PPP
Talian Am
Faksimili
: 07 - 9333301
: 07 - 9333300
: 07 - 9324490


Waktu Kerja
8.00AM - 5.00PM (Isnin-Jumaat)
Waktu Rehat
1.00PM - 2.00PM (Isnin-Khamis)
12.15PM - 2.45PM (Jumaat)

Khamis, 10 Oktober 2013

9 tahun Aidiladha di perantauan :(

adehhh tahun ni tak dapat balik jugak!!!apa nak buat..raya haji diperantauan tak rasa ape..tak semeriah negeri kelahiran aku..takpe  la..pi mai pi mai pun dah sembilan tahun begini hahahaha..nak buat macam ne..kalu sekolah pun cuti sehari..keje plak cuti sehari macam ne nak balik kamapung geng hahaha redha aje lah..

2.Dikesempatan ini jugak aku nak minta berbanyak kemaafan jika ada tersalah cacat dan terguris perasaan kalian..ini tempat aku menulis dengan kata lain in WILAYAH aku hahaha oleh yang demikian ia hak aku kah kah kah bilamana ia hak aku lantak aku la nak tulis ape kah kah kah..er er maaf zahir batin geng..jika buat korban hangpa pandai2 la kirim daging kat aku sama...pos laju pun aku terima kakakaka..jangan pos kulit lembu sudahla kakakaka..payah aku nak uruskan kakaka..nak buat gendang pun payah..nak buat sup pun payah..

3.Dahla saja je gurau malam2 geng..nak update pasal kerja tak dak mood aku malam ni..ingat pasal raya haji je ni

Rabu, 9 Oktober 2013

pasangan suami isteri@pekerja kemalangan sama2 patah kaki@claim perkeso


1.Hari ni aku siasat 1 kes kemalangan yang melibatkan pasangan suami isteri...kemalangan berlaku dalam waktu rehat yang dibenarkan...waktu rehat yang dibenarkan bermaksud waktu rehat yang sememangnya telah berikan pihak majikan untuk makan tengahari contohnya hehehe..



2.Pasangan suami isteri ni bekerja di satu kilang seramik di machap johor dan menetap di kampung perak simpang renggam...mereka berdua ni dilanggar oleh sebuah kereta dari arah bertentangan..dikala ketika itu pasangan pekerja ini baru bertolak hendak balik makan dirumah...vroom vromm vromm..gedengan...motorsikal mereka dilanggar kereta...apabila motor lawan kereta sudah tentu tuan motor dan pemboncengnya jadi mangsa..


3.Dipendekkan cerita maka bermalamla mereka berdua selama dua minggu juga di hospital...hari ni aku siasat kes kemalangan ini..sayu pulak hati bila melihat pasangan suami isteri ini..kedua-dua patah kaki...kedua-dua bertongkat..kedua-dua diletakkan katil diluar dan bersama-sama baring disitu..ini dikatakan pasangan bahagia..susah senang saat duka dan suka dikongsi bersama...ahhh ujian untuk mereka berdua..



4.Masa nak pi ke rumah mereka berdua ni..yakni ke kampung perak simpang renggam aku dah 3 kali sesat adehhhh..masuk kampung ok senang!!!nak cari rumah payah bukan main..pening aku...last2 bantuan pun tiba hahahaha..terpaksa aku panggil anak pasangan ni ambik aku kat masjid kampung perak tu...kalau tak kompem aku tak jumpa rumah pasangan ni...lorong2/jalan2 kecil banyak kat kampung ni..memang payahla nak cari rumah..



5.Apa yang sedih jika kedua-dua ibu dan bapa kemlaangan sudah tentu pendapatan keluarga tiada...itulah yang aku selalu pesan...bila kemalangan dalam kerja atau perjalanan pergi balik kerja atau kemalangan dalam waktu rehat cepat2 la bagitahu majikan dna cepat2la buat tuntutan dengan pihak perkeso...cepat2 hantar borang 21 (borang kemalangan)supaya cepat proses tuntutan dapat dibuat dan siasatan segera boleh dilakukan..selepas siasatan selesai dan jika sah kemalangan itu seperti didakwa dan termaktub dalam AKSP 1969 sudah pasti pihak perkeso akan membayar setiap mc yang hangpa terima...



6.dalam kes yang aku siasat hari ni..kes ini sememangnya kes bencana kerja dan InsyaAllah pihak perkeso akan membayar cuti sakitnya,bil perubatannya dan juga bayaran hilang upaya kekal (cacat kekal jika ada dikemudian hari)

Sabtu, 5 Oktober 2013

karnival MINDEF 2013@Dataran Kluang


1.Hari ni aku berkesempatan ronda2 kat Karnival MINDEF (Kementerian Pertahanan) er er er (yang sebenarnya aku dijemput ke sana adehhh ) yang diadakan di Dataran Kluang, karnival ni berlangsung dari 4hb-6 Oktober 2013..karnival mindef sudah semestinya menonjolkan pelbagai kegiatan ATM dari 3 cabang..darat,udara dan laut...tentera sungai tak dak!!!hehehe bagus juga kalau karnival ni bawa sama rejimen sempadan tu...


2.Tetapi cuaca agak panas,tambah2 la ni musin demam..agak tak sesuai bawa budak2 ikut sama. lagi2 anrata jam 12-3 petang...panas beb kat dataran kluang tu..kalau lama2 pusing kompem leh demam aku rasa..pun begitu karnival ini menyediakan pelbagai pameran yang cukup menarik untuk dikunjungi..termasuklah sesi pemilihan terbuka anggota tentera dan lain2 lah..tak rugi aku rasa kalau hangpa pergi..er er ade jualan alatan sama macam tentera la geng...er er maksud aku jam military tu cantik siottttt ramai orang beli!!!!



3.Yang paling aku suka bab masuk ke survival village..yakni khemah yang mempamerkan pelbagai alatan/tumbuhan/perangkap dan bahan2 ikhtiar hidup anggota tentera di kala operasi di hutan...tapi kebanyak tumbuhan yang dipamerkan banyak yang aku dah biasa makan hahahaha..maklumlah aku ni budak kampung..termasuklah minum air dari dalam rotan dan buluh..tu pun da biasa masa ikut geng2 tahan taut masuk hutan cari ikan hahahaha...bab2 perangkap binatang pun aku biasa la jugak kah kah kah tak jauh mana yan tentera buat dan yang aku dan ayah aku biasa bula masa2 kecik dulu :) adehhhh teringat memori aku dan ayah menjerat burung pulok hahaaha...






4.Tapi elok juga bawa anak2 untuk lihat karnival ni..budak2 muda, anak2 zaman la ni jarang terdedah dengan alat2 kampung aku rasa..tapi bawa anak tunggu jam 5-6 la petang sikit baru tak panas..


antara aset tentera yang dipamirkan :)

hehehe perangkap/jerat tupai hahahaha lepas ni aku nak buat lah..tadi dah belajar cara2 nak buat jerat ni..


Rabu, 2 Oktober 2013

terkini berkenaan borang 117 perkeso!!!

terbaruuuu...berkenaan borang 117 perkeso bagi penerima pencen penakat dan Ilat serta Pencen FOT..




tahlil dan bacaan yaasin sempena jubli emas tabung haji@50 tahun dah!


1.Alhamdulilah selesai memenuhi jemputan dari pihak Tabung Haji Kluang ke Majlis tahlil dan bacaa yaasin yang diadakan di masjid jamek taman kasih kluang yg diadakan sempena sambutan Jubli Emas tahun haji..50 tahun tabung haji tertubuh di malaysia :)



2.Majlis dimulai dengan solat hajat..bacaan yaasin dan tahlil..dan sedikit sesi ceramah motivasi..diakhiri dengan jamuan makan2 yang cukup menyelerakan Alhamdulilah..terima kasih la tabung haji jemput aku :)



3.Kehadiran juga amat memberangsangkan...begitu baik sekali untuk majlis2 sebegini..ramai yang hadir Alhamdulilah..er er terima kasih jugak bagi senaskah yaasin percuma tanda kenang kenangan.



Selasa, 1 Oktober 2013

lanjutan 21 pengusaha kantin sekolah dikompaun@gagal daftar perkeso :)



1.Laporan akhbar Harian Metro berkanaan operasi yang kami jalankan melibatkan serbuan ke kantin2 sekolah yang didapati gagal mendaftar dan membuat caruman dengan pihak perkeso..sasaran pengusaha2 kantin sekolah daerah mersing/endau..kisah tentang operasi kantin sekolah ini telah aku update kat blog 2-3 hari lepas hehehe..



ceramah perkeso@kakitangan kontrak MPK Kluang



1.Alhamdulilah..hari ni selesai memberi ceramah berkaitan perkeso kepada pekerja2 sambilan dan kontrak Majlis Perbandaran Kluang (MPK)..macam biasala bila dijemput InsyaAllah kami cube penuhinya..ceramah berkaitan perkeso ini percuma je beb..itu pun kalau nak dengar..kalau tak nak dengar sudah..aku senang aje kalau tak nak dengar aku bagi ceramah no hal..aku tak rugi apa2...tapi ingat bila jadi kemalangan dan kena plak aku siasat kes itu hangpa jaga2 la..kakakaka aku ni jenis yang mudah tak lupa paras rupa orang hahaha..sebab itu aku dilantik jadi pegawai penyiasat..hm hm kena plak time aku bagi ceramah hangpa tak dengar nasib la kalau aku basuh hangpa 2-3 jam sebelum sesi siasatan dimulakan ..tak cakap kosong benda ni aku selalu buat!!!kasi pengajaran geng hahahaha..padam muka!er er er muka aku pun padam sama wakakakaka tak pasal2 aku pun penat...tapi tak pe terbalas geram wakakakakaka..secara rasmi kita balas kakakakaka..atas nama tugas kah kah kah..lalalala



2.Oh ya..seperti kita sedia maklum setiap kakitangan kontrak/sambilan yang bekerja dengan majlis tempatan kini diwajibkan mencarum dengan perkeso..alhamdulilah itu langkah yang cukup baik dan menjanjikan 1001 kebaikkan dan kebajikan kepada para pekerja..InsyaAllah..



3.Menyentuh pasal taklimat/ceramah aku hari ni kira ok la...biasala lalat woooo weee wooo wee kat mana2 ceramah ada tambah2 kalau ceramah agama ade je yang dok borak2...yang dok borak2 tu terus terang aku katakan anda sememangnya bodoh...sory la memang bodoh kalau time kita sampaikan ilmu yang berguna untuk diri dan keluarga kita buat bodoh di belakang sambil bla bla bla gelak sana gurau sini. cakap2 tak sudah2..kita cakap dia cakap...macam esok dah nak mati dah tak leh cakap dah time lain hahaha..bodoh tetap bodoh dan ia berterusan jika kita tak berubah..yang tak nak dengar tu akan kekalkan legasi bodohnya dalam ilmu perekso tahniah leee bagusla kekalkan sebegitu..aku tak rugi apa2..