Rabu, 30 September 2015

asma/lelah/paru2 akibat habuk kayu di sawmill@tuntutan penyakit khidmat perkeso/socso

1.Pakailah mask jika bekerja di sawmill hensem ape lau pakai mask kakaka..yang 'bekerja di sawmill' yang duk dalam opis hawa dingin sawmill tak perlu hahaha..jangan malu2 jangan segan2 pada yang tak sudi memakai mask hangpa tunggu la hahaha sesal dahulu tak de gunanye kawan..jagalah kesihatan sendiri..pedulikan orang yang ketawakan kita hahaha depa tak sayang diri lau tak pakai mask..sawmill banyak habuk wooo..bekerja di sawmill/kilang papan/pallet banyak kesannya pada kesihatan jika tak jaga betul2 kesihatan dan jika tak ambil langkah2 keselamatan  yang perlu untuk lindungi diri dari gejala2 penyakit disebabkan terdedah kepada suasana persekitaran kerja yang agak kurang menyenangkan dari segi kualiti udaranye hahaha belit2 ayat dah ehhh..ia la sawmill kebanyakan yang ada tak semuanya moden..nak moden macam mana sawmill tetap sawmill..masuk sawmill kalau tak bermandikan habuk kayu tu bukan kerja sawmill namanye..alhamdulilah sejak masuk bidang siasatan ni banyak tempat banyak lokasi dengan pelbagai jenis pekerjaan dapat sama2 aku selami walaupun dalam belasan minit sekalipun pehhh selami tuuu..hahaha banyak la selami kakaka.
2.Hari ni untuk siasat tuntutan kes penyakit khidmat disebabkan kerja berkaitan asthma/lelah/batuk/masalah paru2 macam biasa kena turun lokasi, hari ni masuk sawmill,hampir dua jam jugakla bukan senang juga nak cungkil dan nak catat semua perkara pada masa sama kan kan..ya la pekerjanya dulunya berisi sihat walafiat tapi dan puluh tahun kerja sawmill lama2 tiap2 hari dok main hirup habuk2 kayu lama2 beri kesan pada paru2nya..dia pun kena lelah/asthma yang agak kronik..selidik punye selidik tak de plak hal2 keturunan..dan ni bukan sebab genetic..memang disebabkan kerja...habuk kayu penuh..setengah jam berlegar2 di kawasan kerja terasa habis gatal segenap muka...tu baru setengah jam...pekerja ni hari2 dok hadap habuk 8 jam sehari pehhh..aku memang tak leh tahan..habuk halus habuk besar semua ada..hm punca rezeki macam2 mana pun nak kena hadap juga..cuma ambil lah langkah2 pencegahan pakaila mask tu..sikit sebanyak ia dapat kurangkan kesan habuk melalui penafasan..ada juga tapisan mask kan kan..
3.Kalau ada kawan2 kenalan2 yang senasib dengan pekerja ini yang bekerja setelah sekian lamanya dan lama kelamaan mengalami masalah kesihatan disebabkan pendedahan pada habuk kayu yang secara langsung semasa sepanjang tempoh bekerja maka buat la tuntutan dengan pihak perkeso..asma disebabkan kerja terutamanya disebabkan habuk memang bukan luar biasa itulah risikonya bekerja di sawmill.Hm cukup setakat tu je lah..penat nak citer panjang2 hahaha sebab bendanya sama je hari2 kakaka..citer panjang2 pun tak de guna sebab aku yang tulis aku yang baca wakakakakaka..
 

Selasa, 29 September 2015

cubaan seorang designer@tuntutan penyakit khidmat socso/perkeso

1.Hari ni aku siasat satu kes tuntutan penyakit khidmat perkeso..tuntutan penyakit khidmat ini berkaitan dengan masalah hilang pendengaran..tentang berkaitan tuntutan2 penyakit khidmat dan prosedur tuntutan boleh lah kalian rujuk pada post2 aku yang lepas..dah banyak post berkaitan tuntutan penyakit khidmat kat blog ni..cube la cari.. dan dah acap kali juga aku nyatakan kat sini bahawa untuk membuat tuntutan ini perlu tahu apa punca2 yang menyebabkan masalah hilang pendengaran itu berlaku..adakah kerana masalah semulajadi atau betul2 masalah yang berpunca dari kerja?Jika berpunca dari masalah semulajadi atau tidak berkaitan dengan kerja maka janganlah dibuat tuntutan sebegini..usahlah mencuba-cuba kerna ia hanya perbuatan sia-sia sahaja..kita tahu bro hahahaha..namun jika ianya betul2 disebabkan dan berpunca dari kerja maka kita amat-amatlah mengalu alu kan..itu hak kalian..mesti tuntut beb.
2.Kes yang aku siasat hari ni beliau bekerja sebagai seorang designer tugasnya melukis pelan untuk membuat sofa sahaja...hari2 kerjanya lukis pelan..tak terlibat langsung dalam bahagian production..bahkan tiada penggunaan mesin pun kerana pelan yang dilukis secara manual dan langsung tidak bising...suasana persekitaran tempat beliau bekerja juga langsung tidak bising..ahhh jika tidak bising mengapa di cuba juga untuk membuat tuntutan???inilah masalah yang sentiasa aku hadapi percubaan percubaan yang langsung tiada kena mengena sebegini bukan sahaja merugikan masa bahkan ianya satu percubaan untuk membuat tuntutan palsu yang tidak kena mengena langsung dengan kerja hakikinya..tapi apa nak buat bila tuntutan dibuat siasat tetap kena lakukan hahaha..tak pa la aku suka dan mengemari bab2 siasat ni hahahaha..bukan baru pun dalam bidang ni hehe..hm sebelah siang siasat kes..sebelah malam kadang kala jadi burung hantu kakakaka sesekali berbakti pada penduduk taman apa salahnya hahaha..
3.Siasat punya siasat rupa-rupanya beliau telah lama hilang pendengaran sejak usia muda seawal usia 20 tahun dan pernah menjalani pemdehan di telinganya..bila ditanya mengapa buat tuntutan..beliau hanya tersenyum..pehhhhh ai ai ai..sabor aje la..nak marah tak boleh hahahaha...senyum aje la hahaha..Ikhaskan kerja insyaAllah ada ganjaran menunggu hehehe..ni bukan nak menunjuk ni hahahaha ni bukan cubaan woooo kikiki
 

Jerebu.. Program SOCSO Run And Ride 2015 di Tangguh!


Ahad, 27 September 2015

balik kampung :)

1.Salam Geng..lama juga tak update blog ni hm tak dan masa la geng..minggu ni cuti sekolah so balik kampong loooo..Alhamdulilah selama seminggu cuti di kampung sikit sebanyak buatkan badan kembali segarrr hehe..tambah2 lagi Hari Raya Haji tahun ni jatuh dalam calendar cuti persekolahan pehhh apa lagi balik kampong la geng..seminggu kat kampong bukanya tempoh yang lama tak sempat nak jumpa kawan2 beb..tak sempat nak pusing2 kampong beb..rindu ooooo suasana kampong halaman..cuti seminggu belum hilang lagi sakit pinggang drive 12 jam balik Kelantan beb kah kah kah..tapi berbaloi dapat jumpa ibu dan ayah..cukupla kan kan..
2.Bila cuti lama2 ni fikiran tetap dok ingat pasal kes2 yang tetap akan masuk walaupun aku cuti...tu yang buat tak tenang jugak percutian aku hahahaha sebab bila naik kerja semula.. kes2 yang terkumpul ni la yang kena aku selesaikan segera..hahaha cuti aku macam tu lah..tak berapa nak tenang sangat hahaha..jelous aku dengan kawan2 lain depa betul2 bercuti..cuti kali ni tak pi mana2 tempat menarik lain kecuali total lepak kat kampong je kikiki..ok jugak kan lagi2 time jerebu ni duk rumah je la lebih afdal kakaka
3.Alhamdulilah dalam cuti persekolahan ni jugak sempat sambut Hari Raya Haji bersama-sama keluarga di kampong halaman hehehe dah lama tak dapat bersama keluarga untuk sambuatan hari raya haji tahun2 sebelum ni, dah 5 tahun kot tak dapat balik untuk sambutan Hari Raya Haji..so tahun ni Alhamdulilah dapat akhirnya..tahun ni isteri aku yang sertai ibadah korban..satu ekor lembu pakat2 dengan adik beradik,ibadat korban kami buat selepas solat sunat Aidiladha..buat kat rumah bapa saudara kami hahaha..so senang sebab kami2 je yang terlibat..hentam ajelah kakaka.
4.Disebabkan semua yang terlibat adalah adik beradik dan semua geng2 amatur dalam bab2 melepah lembu maka sudahnya kami selesai melapah lembu korban itu dalam jam 4.00 petang hahahaha bermula sejak jam 11 pagi geng..pehhh punyer la lama kah kah kah tahap amatur katakan kakakaka..tapi puas sebab dapat juga menyelesaikan kerja2 melapah lembu korban tu..dan dapat jugakla merasa pengalaman melapah lembu kakakakaka..dulu2 setakat pegang kaki lembu je..la ni boleh la nak lapah slow2 hahahaha..
 

Rabu, 16 September 2015

Operasi Bersepadu PERKESO@OPS KESAN 2015 Daerah Mersing dan Endau Capai Kejayaan Luar Jangkaan!

 
1.Salam Geng..Alhamdulilah pada 14hb hingga 15hb September 2015 yang lalu aku berkesempatan untuk menyertai satu Operasi Khas iaitu Operasi Bersepadu OPS KESAN 2015 yang telah diadakan dengan jayanya melibatkan keseluruhan kawasan operasi Daerah Mersing dan Endau..OPS KESAN 2015 ini adalah satu operasi untuk mengesan majikan2 yang masih belum mendaftar perusahaan mereka dengan PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial) dan juga majikan yang masih gagal mendaftar pekerja mereka dengan sPERKESO. Pihak Majikan seringkali dan sentiasa diingatkan agar mendaftar perusahaan dengan PERKESO namun masih banyak yang ingkar dengan pelbagai 1001 alasan yang langsung tidak munasabah..walhal pelbagai program kesedaran,program promosi melalui kesemua media cetak dan elektronik dan terakhir program pemutihan namun kesemuanya gagal untuk membuka hati mereka untuk mendaftar perusahaan mereka dengan pihak PERKESO..lantas itu Operasi ini tidak dapat tidak ianya perlu dilakukan dengan segera dan secara menyeluruh.
 
 
2.Maka disebabkan itulah Operasi ini dilakukan secara besar-besaran..Operasi selama dua hari tersebut berjalan lancar dengan sokongan kekuatan 40 anggota PERKESO dari seluruh Johor yang terdiri dari anggota PERKESO dari daerah Kluang, Muar, Batu Pahat, dan Johor Bharu. ianya dilakukan secara besar-besar dan terancang supaya tiada majikan yang terkecuali dan terlepas dalam Operasi pada kali ini. Dengan kekuatan anggota tersebut dan ditambah dengan kekuatan dari maklumat risikan awal yang telah dilakukan sebelum Operasi dibuat hasilnya perjalanan Operasi ini mencapai kejayaan di luar jangkaan sama sekali lantas mencapai matlamatnya.
 
 
3.Dalam Operasi selama dua hari tersebut sebanyak 364 Premis Majikan telah diperiksa dan didapati 34 daripadanya masih belum mendaftar perusahaan mereka  dengan pihak PERKESO lantas tindakan Kompaun serta merta telah diambil mengikut Seksyen 4 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969(AKSP 1969) kerana gagal mendaftar Perusahaan dengan pihak PERKESO dan sebanyak 7 Kompaun juga dikeluarkan untuk kesalahan dibawah Seksyen 5 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (AKSP 1969) atas kesalahan gagal mendaftar pekerja kepada PERKESO,maka keseluruhan kompaun yang dikeluarkan selama dua hari operasi secara besar-besaran ini adalah sebanyak 41 Kompaun yang mana jumlah amaun keseluruhanya berjumlah kira-kira RM37,500.00.
 
 
4.Operasi ini sudah pasti akan diteruskan secara berkala dan tidak akan terhenti setakat itu sahaja bahkan operasi susulan akan dilakukan secara lebih kerap lagi, ini untuk memastikan keseluruhan majikan yang mempunyai perusahaan/perniagaan yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang pekerja(tempatan/warganegara Malaysia) wajib mendaftar perusahaan mereka dan wajib mencarum pekerja mereka dengan pihak PERKESO tanpa sebarang kekecualian selaras dengan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (AKSP 1969).
 
 
5.Operasi ini juga dilakukan untuk memastikan kesemua pekerja rakyat/warganegara Malaysia di dalam daerah ini dilindungi oleh pihak PERKESO di dawah skim bencana kerja dan skim keilatan..ini untuk memastikan kebajikan pekerja terjamin jika sekiranya berlaku apa2 jua malapetaka seperti kemalangan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja, kemalangan semasa bekerja, kemalangan semasa balik kerja dan juga skim keilatan untuk penyakit2 yang menyebabkan pekerja tidak lagi mampu dan hilang keupayaan untuk bekerja disebabkan penyakit kronik yang dialaminya serta juga penyakit2 yang berkaitan dengan pekerjaan harian yang pekerja lakukan. Ini sememangnya amat penting seandainya tiada caruman PERKESO maka jika berlaku perkara2 yang disebutkan tadi sudah pasti pekerja terabai dari segi kebajikannya..
 
 
5.Justeru suka diingatkan bagi majikan2 yang masih belum mendaftar perusahaan mereka dengan pihak PERKESO dan jika ada 'kemungkinan' masih ada yang terlepas dalam Operasi selama 2 hari tersebut maka segeralah kalian berbuat demikian dengan mmendaftar perusahaan/perniagaan kalian dengan kadar segera sebelum operasi ini tiba di premis kalian, ini untuk mengelakkan tindakan Kompaun serta merta daripada diambil..seandainya team operasi ini tiba di premis kalian dan didapati majikan belum berdaftar dengan PERKESO maka tiada pilihan lain kecuali Kompaun terpaksa dikeluarkan..maka Ayuh segeralah mendaftar perusahaan kalian sebelum terlambat...ingatlah Operasi ini akan berterusan dan tidak terhenti di situ sahaja.
 
 
 6.Operasi Bersepadu OPS KESAN 2015 pada kali ini juga turut disertai oleh Pengurus Unit Penguatkuasaan Ibu Pejabat PERKESO jalan Ampang..beliau juga sempat berkongsi maklumat2 berkenaan penguatkuasaan dan sempat memberi sedikit sebanyak taklimat yang amat berguna untuk meningkatkan lagi Operasi mengesan majikan yang masih gagal mendaftar dan tidak mematuhi Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 terutama melibatkan Seksyen 4 dan Seksyen 5 Akta tersebut.
 
 
 

Sabtu, 12 September 2015

Sekitar Sambutan Hari Kebangsaan 2015 Persatuan Pandu Puteri Johor

 
1.Salam hari minggu Geng..Alhamdulilah hari ni berluang untuk hadir ke Majlis Sambutan Hari Kebangsaan ke 58, anjuran Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Johor yang diadakan di dataran/laman tasik Kluang.Hmm kiranya Majlis hari ni majlis rasmi geng...hohoho hadir majlis rasmi jika kalian terlibat dalam kemalangan boleh aje buat tuntutan perkeso geng hahaha..majlis rasmi pastinya ianya dilindungi perjalanan pergi dan balik hehehe dengan syarat ianya arahan majikan la..bukan main sesuka hati hangpa nak pi je.Pi secara suka2 tanpa arahan majikan tak leh claim la bro..tu pi 'ada makna' tu kah kah kah mentang2 Pandu Puteri pi dengan niat nak usha awek2 tak leh claim la kah kah kah. (gurau je ehhh)
 
 
 
2. Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2015 anjuran Persatuan Pandu Puteri Cawangan Johor ini di serikan dengan kehadiran Yang Mulia Che' Puan Khaleeda binti Bustaman (Isteri TMJ) yang merupakan Yang Dipertua Persatuan Pandu puteri Malaysia Cawangan Johor.Majlis ni mengikut jadualnye bermula jam 2.00 petang...soo jam 1.30 petang dif2 jemputan kena sampaila..so aku macam biasala datang awal jugakla cari tempat parking kereta dulu maaaa..hahahaha ada kad VIP pun kadang2 susah parking jugak maaaa kakaka..kadang2 maunyer ken pusing2 jugak..tapi untuk majlis hari ni Alhamdulilah banyak eh tempat parking..mungkin tak ramai sangat hadirin bekali..so senangla aku letak kereta....siap letak kereta aku pi la tempat majlis tu ,ye la aku ni lelaki yang nak pi Majlis Pandu Puteri sudah semestinya dimonopoli kaum perempuan jadi pi tinjau dulu dari jarak jauh kakakka..agak2 bila dah  ada nampak golongan2 kaum Adam barulah aku pi kakakaka..Alhamdulilah kawan2 yang sentiasa jumpa pada setiap majlis rasmi ada pehhhh tak la kekok jadinya...bila satu kepala senang hahaha..mulanya risau jugak kot2 aku je yang lelaki mau cabut balik aku dibuatnye hahaha.
 
 
 
3.Majlis Alhamdulilah berjalan dengan amat baik sekali..ada persembahan macam2 la..ada pertandingan dan ada pembahagian hadiah..sebab tempat aku duduk agak jauh dari pentas utama jadi tak la dapat tengok semuanya..hahaha pastu macam biasala makan2..dan makan pun macam biasala menunya mihun goreng hahahaha menu tetap ni sentiasa ada hahaha..Alhamdulilah boleh la..kenyang jugak.
 
 
 
4.Majlis habis jam 4.00 Alhamdulilah sempat solat Zuhur hehehe aku dah risau dah takut2 terlepas tadi..sebut pasal majlis rasmi macam aku nyatakan tadi la jika atas urusan rasmi dan sudah pasti atas arahan majikan jika seandainya berlaku apa2 kejadian kemalangan dalam perjalanan pergi dan balik ianya boleh dibuat tuntutan dengan pihak perkeso..begitu juga melibatkan perjalanan pergi dan balik untuk menghadiri kursus atau latihan juga boleh dibuat tuntutan dengan perkeso jika berlaku apa2 kejadian kemalangan sama ada semasa perjalanan tadi atau semasa ketika sesi latihan/kursus terma ini terguna pakai khas untuk pencarum perkeso sahaja hehehe..tak carum nak claim tak boleh laaaaa..
 
 

Khamis, 10 September 2015

Video Cara Mudah Untuk Majikan Mengisi Borang Pendaftaran PERKESO




1.Salam Geng..hohoho kat sini aku lampirkan video cara-cara mengisi Borang Pendaftaran Majikan(Borang 1) dengan PERKESO/SOCSO..hahaha ramai yang dok tanya macam mana nak isi borang ni..tak susah ehhh sonang ja ehhh..ikut aje langkah2 dan tunjuk ajaq dalam video kat atas tu InshaAllah tak de masalah lagi untuk mengisi borang pendaftaran dengan PERKESO..bulan ni mesti ramai yang dok kelam kabut nak cari borang ni dan nak isi borang ni sebab apa???sebab bulan ni adalah bulan September ni merupakan bulan Operasi PERKESO/SOCSO untuk mengesan Majikan yang masih gagal membuat pendaftaran perusahaan/perniagaan mereka dengan perkeso, Operasi Khas ini dinamakan OPS KESAN hehehe.Nasihat aku kat hangpa semua sebelum PERKESO/SOCSO kompaun/dakwa kerana tak daftar perusahaan dan perniagaan dengan PERKESO baik hangpa segera berbuat demikian selagi masa masih ada hahaha..sempat lagi JOM Daftar segera..lagipun kesian para pekerja jika hangpa tak carum mereka kat PERKESO/SOCSO...tak dak la kebajikan mereka beb..kena pulak kalau terlibat dalam kemalangan..aku setiap hari dok siasat kes kemalangan...plz la..bantulah pekerja hangpa.
 
2.Tahniah buat geng2 KIK PERKESO/SOCSO Johor Bharu 2015 yang berusaha dengan gigih untuk menghasilkan video yang menarik ini..sekali gus berupaya membantu pihak majikan dalam mempercepatkan proses pendaftaran majikan dengan pihak PERKESO...Er er sebenarnya ada satu lagi video cara2 untuk mengisi borang 2 yakni borang pendaftaran pekerja, namun borang 2 tu tak la payah sangat untuk di isi,untuk makluman borang 1 (Borang Pendaftaran Majikan) dan Borang 2 (Borang Pendaftaran Pekerja) hendaklah dikepilkan bersama-sama salinan IC pekerja serta SSM/Lesen perniagaan semasa borang2 ini dihantar ke pejabat perkeso untuk tujuan pendaftaran Majikan.
 
3.Hehehe sebenarnya kat blog aku ni pun dah banyak kali dok catat dan dok cerita bab2 pendaftaran majikan dengan perkeso ni..cuba hangpa cari kompem ada..

Khamis, 3 September 2015

Fanconi Anemia@lagi kekeliruan dalam membuat tuntuan perkeso


1.Salam Geng..semalam aku ada siasat satu kes tuntutan Penyakit Khidmat yang berkaitan sakit disebabkan pekerjaan..berkenaan Penyakit Khidmat ini dah berulang kali aku catatkan disini dan tak kan jemu memperkatakan dan berkongsi maklumat berkenaan jenis tuntutan ini, kerana aku percaya ribuan pekerja masih tidak faham2 berkenaan jenis tuntutan ini..aku berharap sangat mana2 pegawai Sumber Manusia syarikat yang terbaca catatan 'jalanan'aku ni agar berkongsi sikit dengan pekerja bawahan kalian semua..hahahaha catatan jalanan yang tak didendang wakakakaka..muga2 menjadi bakti yang menyumbang pahala pada aku di kemudian hari...
 
2.Penyakit Khidmat seperti yang aku sering dok cakap dengan kata mudah ia penyakit yang disebabkan pekerjaan(kerja)yang kita sering lakukan sehari hari semasa bekerjala bukannya kerja kat rumah tuuuu..lama2 kesanyanya menyebabkan kita pekak kalau bekerja ditempat yang bising hehehe tu sebagai contohla..banyak lagi la contoh2 mudah hm hm andainya hangpa kerja sentiasa hari2 perlu angkat barang2 berat lama2 dapat sakit slip disc.,PID hahaha sakit belakang dan lain2 lah..itu juga Penyakit Khidmat..ooo sat2 Penyakit Khidmat yang aku maksud kan kat sini dalam konteks berkaitan tuntutan perkeso hahaha jangan dok pikir bukan2 plak hahaha..
 
                                          GambaQ sekadar Hiasan Je
3.Berbalik pada kes yang aku siasat semalam..siasatan sahaja mengambil masa lebih kurang 3 jam..lenguh jenuh mulut dok bla bla bla..banyak menyoal itu dan ini tapi bila tulis hahaha nak panjang2 dah tak larat beb penat..aku kongsikan sebagai untuk perkongsian maklumat dan supaya tak terkeliru lagi selepas ini..ok kes ini pada mulanya pekerja mendakwa mengalami sakit lutut dan sering bengkak lutut sebab kerja berdiri tu dakwa pekerja la..biasala depa dakwa kita siasat la tak jadi masalah tu memang kerja aku la tu..no problem..laporan perubatan sudah pasti dok habaq bab sakit lutut dia je la ada lebam2 dan ada nanah..tapi tu la depa tak tahu bila perkeso siasat bukan sahaja pekerja yang buat tuntutan tersebut sahaja bahkan segala sejarah2 perubatan yang hangpa cube sembunyi cuba rahsia dengan kata lain cuba sorok pun kita di pihak perkeso dapat tahu...hahahaha ada caranya tak kan nak habaq sini ehhh..sesi pertama 1 jam hahaha.. berlalu dengan kisah2 sakit dan bengkak lutut pekerja ni..bla bla bla Lebam bla bla bla sering Lebam..ok.
 
                                               GambaQ sekadar Hiasan Je
4.Masuk pusingan kedua baru giliran aku buka fakta..slow slow slow 'menikam dalam' tapi still cool dan bersahaja kita di perkeso sentiasa 'mempraktikan sikap terbuka layanan mesra' hehehe..pusing sana pusing sini barulah akhirnya selepas 2 jam beliau mengakui yang sebenarnya beliau mengalami sakit Fanconi Anemia yang kronik.FULL STOP!Apakah Fanconi Anemia berkaitan dengan kerja???sudah tentu tidak..Fanconi Anemia yang beliau hidapi adalah satu jenis penyakit menyebabkan berlaku kekurangan darah merah dan darah putih..berkaitan dengan sumsum tulang,menyebabkan kurang daya tahan organ2 dalam badan.penyakit ini menyebabkan jika pekerja ini tercedera ia akan lambat untuk pulih kalau berdarah lambat nak kering..mudah lebam dan sakit2 lutut dan kaki..dan sekarang ini bertambah kronik dimana mata kirinya telah hampir buta dan mata kanannya telah kabur dengan teruk...beliau juga perlu mendapatkan rawatan secara berkala dan sentiasa perlu mengambil ubat pada setiap hari.Nasihat saya pada beliau agar kuat kan semangat..terus hidup dengan tabah dan bekerja dengan bersemangat. Untuk penyakit jenis sebegini kami di pihak perkeso er er secara individu dan secara peribadi (tidak mewakili organisasi tempat aku kerja) aku nasihatkan pekerja ini agar membuat tuntutan Pencen Ilat kerana sakit yang beliau hidapi ini tidak releven dengan tuntutan Penyakit Khidmat sebab punca penyakit tersebut bukannya disebabkan kerja/pekerjaan yang beliau lakukan...InshaAllah dibawah Skim Ilat beliau boleh memohon Pencen Ilat dah berpeluang untuk mendapatkanya InshaAllah ia bergantung pada kelulusan Jemaah Doktor..InshaAllah dibawah Skim Pencen Ilat pekerja ini akan memproleh pelbagai faedah yang disediakan pihak perkeso..seprti pencen bulanan,feadah pemulihan dan perubatan dan banyak lagi lah...
 
                                          GambaQ sekadar Hiasan Je hahaha
5.Akhir kata..nasihat aku sebelum membuat apa2 tuntutan pada pihak perkeso sila bertanya pada mereka yang lebih mengentahui jenis tuntutan mana yang patut kita tuntut supaya tidak terkeliru dan tidak membuang masa kalian sendiri. Bagi aku tak menjadi masalah sebab jika hangpa hantar apa sahaja jenis tuntutan aku dengan lapang dada dan dengan gembiranya akan menyelesaikan dan menyiasat kes yang dihantar InshaAllah sedaya upaya dengan secepat yang boleh..sebab aku mencintai kerja yang aku lakukan sekarang..dengan niat membantu para pekerja..stidak-tidaknya mengentahui dan menuntut hak2 yang mereka patut tuntut..sebab itu di blog aku ini aku sering bercerita bab2 kerja lebih dari bab2 peribadi..dengan hasrat jika aku ditakdirkan meninggal dunia nanti hangpa semua tak salahkan aku hahaha... kerana tidak menyebarkan ilmu yang aku ada..itu sahaja.