Ahad, 27 September 2015

balik kampung :)

1.Salam Geng..lama juga tak update blog ni hm tak dan masa la geng..minggu ni cuti sekolah so balik kampong loooo..Alhamdulilah selama seminggu cuti di kampung sikit sebanyak buatkan badan kembali segarrr hehe..tambah2 lagi Hari Raya Haji tahun ni jatuh dalam calendar cuti persekolahan pehhh apa lagi balik kampong la geng..seminggu kat kampong bukanya tempoh yang lama tak sempat nak jumpa kawan2 beb..tak sempat nak pusing2 kampong beb..rindu ooooo suasana kampong halaman..cuti seminggu belum hilang lagi sakit pinggang drive 12 jam balik Kelantan beb kah kah kah..tapi berbaloi dapat jumpa ibu dan ayah..cukupla kan kan..
2.Bila cuti lama2 ni fikiran tetap dok ingat pasal kes2 yang tetap akan masuk walaupun aku cuti...tu yang buat tak tenang jugak percutian aku hahahaha sebab bila naik kerja semula.. kes2 yang terkumpul ni la yang kena aku selesaikan segera..hahaha cuti aku macam tu lah..tak berapa nak tenang sangat hahaha..jelous aku dengan kawan2 lain depa betul2 bercuti..cuti kali ni tak pi mana2 tempat menarik lain kecuali total lepak kat kampong je kikiki..ok jugak kan lagi2 time jerebu ni duk rumah je la lebih afdal kakaka
3.Alhamdulilah dalam cuti persekolahan ni jugak sempat sambut Hari Raya Haji bersama-sama keluarga di kampong halaman hehehe dah lama tak dapat bersama keluarga untuk sambuatan hari raya haji tahun2 sebelum ni, dah 5 tahun kot tak dapat balik untuk sambutan Hari Raya Haji..so tahun ni Alhamdulilah dapat akhirnya..tahun ni isteri aku yang sertai ibadah korban..satu ekor lembu pakat2 dengan adik beradik,ibadat korban kami buat selepas solat sunat Aidiladha..buat kat rumah bapa saudara kami hahaha..so senang sebab kami2 je yang terlibat..hentam ajelah kakaka.
4.Disebabkan semua yang terlibat adalah adik beradik dan semua geng2 amatur dalam bab2 melepah lembu maka sudahnya kami selesai melapah lembu korban itu dalam jam 4.00 petang hahahaha bermula sejak jam 11 pagi geng..pehhh punyer la lama kah kah kah tahap amatur katakan kakakaka..tapi puas sebab dapat juga menyelesaikan kerja2 melapah lembu korban tu..dan dapat jugakla merasa pengalaman melapah lembu kakakakaka..dulu2 setakat pegang kaki lembu je..la ni boleh la nak lapah slow2 hahahaha..
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan