Khamis, 27 September 2012

siasat kes kat ladang paloh


1.Hari ni aku siasat 1 kes kat Ladang Paloh, Ladang paloh ni milik KL kepong..hehehe siasat kes kemalangan pekerjanya..macam biasala bila kemalangan masa bekerja atau masa pergi dan balik kerja untuk buat tuntutan perkeso kes kena siasat terlebih dahulu..prosedur biasa beb.Lau dah disahkan bencana kerja baru leh bayaran dilakukan.


2.Tapi dalam banyak2 kes yang aku siasat..kes ini agak lucu sikit hahahaha..tak tau nak kata apa..entah macam mana la apek ni boleh tak nampak palang gate ditutup yang dia naik motorsikal main redah aje kakakaka akibatnya pecah kepala beb..er er berbelas jahitan gak la hentam palang besi gate ladang hehehe..mungkin apek tu dok mengelamun masa naik motorsikal kot..adeee ingat amoi ka apa entah la...hari tu dari ladang bermalamla apek ni kat hospital kluang hehehe sian diaaaaaa...hehehe apala pak gud tak buka palang ni kakakakkakaka..


 3.Aku tanya dia apa yang dia fikir time naik motorsikal sampai tempuh palang gate..takkan lu tak tengok itu gate ada buka atau tutup..apek ni jawab wa rasa macam buka alih2 kepala wa tak lepas itu palang besi wakakakaka adehhhh..hm hm..nak snap gambar apek ni pun sian kat dia hahaha..


4.Apa yang menarik juga kat Ladang paloh kluang ni depa cukup2 prihatin akan alam sekitar..bab tu aku kena puji beb..depa sedia tong2 kitar semula dengan teratur dan digunakan dengan amat baik sekali!!!!Amat jarang ladang yang boleh buat dan ada yang tak buat pun macam mana ladang paloh ni buat!!!


5.Balik dari Ladang paloh aku ke kilang tereal kluang..kat sini juga melibatkan kes kemalangan jalan raya masa nak pergi kerja..juga melibatkan motorsikal..hm dah berpuluh kali program keselamatan motorsikal yang kita orang buat..siap bagi helmet percuma tapi apa nak buat dah nak jadi maka jadi juga..apa yang menarik kat kilang ni ialah depa punyer ada tempat khas untuk perokok di kilang niiiiiii hahahaha..


dan satu lagi langkah baik kilang ni ada line keselamatan khas untuk pejalan kaki agar tak di langgar apa2 kenderaan semasa berada dalam kawasan kilang...tak jalan kaki kena ikut line/garisan kuning ni hah..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan