1.Hari ni aku lawat 3 kilang,2 kilang mosaic satu kilang kayu.macam biasala jam 9.00 pagi dah kena keluar dah. Kilang pertama MML malaysia mosaic kluang,kilang ni besar pekerja puan ramai.Anak-anak muda kluang ramai yang kerja disini,gaji boleh tahan.Boleh sangat untuk tampung kehidupan suami isteri dan keluarga.
2. Masuk je terus disambut Timbalan Pengurus Sumber Manusia kilang ni,namanya puan Kartini so far dah 5 tahun aku berurusan dengannya.Masuk kilang security tak tahan punyer.masuk jam 9.30 pagi keluar kilang jam 1.30 tengahari..adeiii aku punyer perut dah dah berbunyi,Bos HR kilang pelawa makan but kerja tak siap lagi.Hm pinjam surau depa solat jap jam 2 aku bergegas keluar kilang.
3.Terus menuju ke satu lagi kilang mosaic,guocera tile Industries.Juga kilang terbesar dikluang,ramai juga anak muda kerja disini,gajinya agak lumayan.kemudahan dan kebajikan staff amat terjaga.Masuk je terus disambut pegawai sumber manusianya En.Armi Abu samah.macam biasa dengan mesra layan aku nyer kerenah.Jap aku minta itu jap aku minta ini.
4.kat kilang ni aku sampai lebih kurang jam 2.30 petang,terus buat kerja dan semak apa yang patut bla bla bla.keluar kilang jam 3.30 petang.Macam ni lah hari-hari.Perut tak di isi lagi.Apa lagi terus keluar office kilang menuju ke destinasi lain plak.
5.Mula perjalanan ke kilang terakhir.Eleplas industries.kilang ni banyak pakai pekerja asing.Anak tempatan pun ramai juga.tapi dek kerana keadaan kerja dengan habuk kayu dan macam lagi kerenah so tak ramai yang kerja disini.Tapi kedudukan kilang agak jajuh dari kesibukan.nun jauh di pelosok kampung hehe..jauh kan..
6.Sampai je itu mamat bangla jagi security adeii lemah aku nak berbasa dengan mamat bangla ni.mau aku cepuk je.bla bla bla macam mau makan penyepak je mamat bangla ni.
7.Bila dah masuk macam biasa da aku disambut Pegawai sumber manusia kompeni ni,uik adeiii satu kapal satu negeri satu dialek satu jajahan kakakakaka..borak la sekejap sambil bertanya khabar.siap kerja lebih kurang jam 4.30 petang.Dari tengahari tak makan lagi ni weiiii adeii kuli batak sungguh!
8.Keluar kilang ni jam 4.30 dengan tak terdaya dah lapaq da ni... jeling sana aku jeling sini nak tengok kot-kot ada gerai.makan sikit pun jadila..wife dah banyak kali tanya da makan lum dah makan lum..wife aku ni dah tahu dah aku kompem tak makan lagi punyer.itulah rutin harian aku kerja...sampai bila aku pun tak tahu.akhirnya aku bantai makan mee sup tepi jalan ni..makan je la janji dapat isi perut dan halal.alhamdulilah.
9.Jam 5.30 baru aku sampai pejabat..penat tak yah nak cakap,itu dah kerja.kerja untuk menyara anak dan isteri dengan rezeki yang halal InsyaALLAH.Ni sebahagian kerja aku hari ni..yang selebihnya sulit mana boleh dedahkan kekeke OSA ooooo :) Aku hanya menulis untuk aku sebagai kenangan lantas dijadikan rujukan satu hari nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan