Jumaat, 19 November 2010

jumaat penghulu segala hari

1. Hari jumaat adalah hari aku tak akan keluar. Atas sebab itulah hari jumaat aku pilih untuk aku bertugas di pejabat. sebabnya cukup mudah, dengan cara ini sajalah aku dapat solat jumaat dengan tenang dan khusuk. Hari ni aku just tunggu rakyat jelata datang jumpa.




2. Hari ni macam-macam gelagat rakyat jelata yang datang. Alhamdulilah aku masih mampu melayan mereka dengan baik dan diberi kekuatan serta kesabaran untuk terus berkhidmat. Orang asli adalah antara salah satu rakyat jelata yang datang menemuiku. Orang asli rakyat negara kita bumiputera dan juga sebagai rakyat dia juga turut membayar gaji kepada aku dari keringatnya. Atas sebab itu aku layan semua rakyat jelata dengan sebaiknya tanpa mengira latar sosio ekonomi ras mahupun agamanya.

3. Anak orang asli ini meninggal dunia. Nampak gaya orang asli juga sudah berinfo. Pandai depa cari aku di pejabat. Alhamdulilah itu yang kita mahukan!




4. Oh lupa plak, pagi ni aku sarapan roti stim dan teh tarik kat Kuang Rail coffe, ala kat sebelah opis aku je. Alah kopi kluang yang termashur la tu, nak cuba jomla, yang hari minggunya penuh dengan rakyat republik singapura. Roti stim memang best kena plak dengan kaya dan jem nye. Para pengemar kopi pulak kopi kluang adalah kopi kegemaran diraja! memang best! Tapi aku tak suka sangat Kopi, aku just makan roti stim je. Nah ini dia hehehe.




5. Dalam sekelip mata..tadaaaaaa




6. Jam 12.15 bergerak ke masjid untuk solat jumaat. Masjid biasa aku pi masjid kampung haji manan. Imam amin name tok imamnya. Orang kampung biasa namun bijak! Beliau mampu berdikari dan menjada pendapatan kewangan masjid dengan caranya tersendiri. Beliau Imam yang pro aktif, beliau menubuhkan PUJI (pusat urusan Jenazah Islam ) yang banyak menguruskan urusan pengkebumian jenazah Islam. Tepi masjid ada lot kedai kepunyaan PUJI yang disewakan, beliau juga menyewakan kemudahan Konopi untuk kenduri, catering dan macam-macam. Aku bangga dengan usaha tok imam ni! Dah pe kali aku dengar dan tengok dia menangis dan sebak bila membaca khutbah jumaat. Beliau amat menghayati isi kandungan nya.




7. Bila naik opis time nak balik, kat atas meja dah ada satu cawan berbungkus rapi. Sapa plak yang letak benda ni weiiiiii. Ops tanya punya tanya, rupa-rupanya budak praktikal yang bagi hadiah katanya kerana tunjuk ajar dan kenangan, semua staff dia bagi. Mahu tak mahu aku terpaksa menerimanya. Hari ni balik awal dari opis sebab esok nak kena tolong majlis kenduri kahwin anak jiran!




8. Sungguh cepatkan masa berlalu, adakalanya aku tercicir adakalanya aku tergelincir adakalanya aku terguling mengejarnya.Itulah penangan masa tak kan mampu kita mengejarnya dan tak kan mampu ianya di undurkan kembali. seandainya masa itu boleh diundurkan alangkah bahagianya :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan