Ahad, 21 November 2010

hari minggu yang amat sibuk

1.Kerja hari minggu bukan asing untuk aku, ada je urusan rasmi yang perlu dilakukan. Dulu kita makan gaji hari minggu depa tak kan kacau, kini segalanya telah berubah. Ada saja programnya! 7 pagi dah kelauar rumah program bermula 8 pagi. Macam biasa cari makan dulu dan tempat biasa aku makan pastinya kedai Abe li, hm hari ni pagi-pagi bedal nasi berlauk dulu, baik punyerrrr ++ kaki ayam. Aku, Isteri tersayang dan anak amat suka kaki ayam, nak dimalukan apa memang kesukaan kami! kami anak beranak satu kepala senang cakap.


2. Jam 8 pagi bersiap semua dokumen dan alatan yang di perlukan..dan terus menuju ke lokasi program di Kluang Mall, Kluang Johor. kompleks perniagaan ini siap seawal dalam setahun dua ni la.cukup besar dan cuku luas.Kluang kini amat maju macam-macam pasaraya ada, Giant sahaja dah ada 3 biji! The store 3 biji, econsave, carefour banyak lagi la. Aku selalu kerja luar hari-hari kerja luar drive jauh-jauh plak tu, bila hari minggu ne kerja aduhh tuhan je tahu. Nah disinilah tempat program tu...




 3. Buat persiapan apa yang patut pasang itu dan pasang ini 1/2 jam siap. Malas dan penat nak cerita panjang kerana program ni nak tolong anak muda mencari kerja namun sambutan tak lah seperti diharapkan. Aku korbankan masa hari minggu depa boleh plak duk main awek sana awek sini adeh berbulu mata ek. but adalah pengunjung tapi tak la memadai. Penat x yah nak kata.


4. Hm lantak depa la, nak datang maka datangla tak nak sudah. Nak merempit ka lantak korang lah! tapi de la juga 2-3 kerat yang bersungguh nak cari kerja.








5. Rugila anak-anak muda yang tidak mengambil kesempatan ini, hari ni saja 20 syarikat terkenal mengambil bahagian..jam 2 aku dah lapaq so makan dulu la...





6. hingga jam 4 petang sambutan tak la menggalakkan sangat, aku ambil peluang pusing komplek ni sekejap sebab lama-lama duduk leh jadi sakit pingangla. pusingla aku sorang-sorang. Hm dalam duk pusing tu tertengok la satu lagi program..er er ada tari menari hehehe ceh ceh patutla program penempatan pekerja aku tak dak sambutan..rupa-rupanya anak muda kita lebih seronok disini..lepak dan berhibur dari mencari kerja dan rezeki. Hm lantak dia la bukan aku yang suapkan nasi untuk mereka, kita nak tolong orang tak nak tak kan nak paksa!Hm ramainya depa ni...sebelah je..joget la kak joget biaq  orang lain semua tengok..dosa belakang kira...adeiii free dosa gelek lagi..





7. Cukupla setakat hari ni aku penat, saya menulis untuk diri saya sebagai kenanagan dan rujukan di kemudian hari,  namun jika sesiapa menjumpai penulisan ini secara sengaja mahupun tidak ianya tidak lebih daripada cacatan liku penat lelah kerjaku mencari rezeki yang halal.

2 ulasan:

  1. weh, makan kaki ayam awet muda tau!
    faveret kami skluarga juga...mcm nk buat sup kaki ayam lah ari ni heheh

    BalasPadam
  2. hehehe aiyaaa kita satu kluarga ada sama jugak :)

    BalasPadam