1.Wah wah bukan main 'galak' dan 'meriah' nya populasi 'orang tengah' yang cuba mengambil kesempatan ke atas sesetangah dari kita yang tidak tahu dan malas untuk ambil tahu tentang tuntutan-tuntutan berkaitan claim Perkeso khususnya tuntutan Pencen Penakat!amboi amboiii hangpa ni boleh tahan noooo siap iklan perkhidmatan bagaiii..siap kenakan caj dan komisyen kat pencarum Perkeso noooo haram jadah betul!!!Kalau nak kaya sekalipun jangan la ambil kesempatan di atas kesusahan hidup orang lain..tak berkat wooo tipu balu dan anak2 yatim niii..banyak lagi kerja hangpa boleh buat selain dari kerja menipu sebegini..sebelum aku melalut terlebih panjang lebar lagi tentang isu ni sekali lagi aku nak ingatkan hangpa semua yang bahawasanya SEMUA URUSAN TUNTUTAN DENGAN PIHAK PERKESO ADALAH PERCUMA!!!SEMUA PERCUMA!TIADA APA-APA CAJ! Kalau tak paham lagi tak tahu nak kata la hahahaha lantak hangpa lah!
2.Tak dak seorang pun orang tengah yang boleh membantu kalian untuk menentukan sesuatu tuntutan Pencen Penakat itu Berjaya dibuat atau tidak..sama ada kalian layak atau tidak layak ianya adalah KERJA PERKESO dan bukannya kerja orang tengah yang cuba menipu daya kalian..peh menipu daya beb kikiki!!!depa ni bijak bermain kata dan kononya boleh membantu mempercepatkan urusan tuntutan Pencen Penakat...wahh wahh wahhh bukan main lagi hebat depa ni ye..lebih hebat dari staff Perkeso sendiri yang bertungkus lumus selesaikan kes dengan cepat dan hangpa dapat nama nooo adoiii la memang kaki auta nombor 1 la geng 'orang tengah' ni..untuk makluman depa ini adalah penipu besar dan mencari rezeki dengan menipu daya pelanggang Perkeso..layak atau tidak layak seseorang itu untuk membuat tuntutan Pencen Penakat ianya sudah tentu berdasarkan kelayakan dari segi CARUMAN dan kelayakan dari segi UMUR seseorang Pencarum Perkeso..Nahhhhh langsung tiada kaitan dengan bantuan ORANG TENGAH ni..kalau dah sesuatu permohonan itu tak layak 'orang tengah' ni nak bantu macam mana???cuba habaq maiii sat???mereka bantu bila hangpa dah layak untuk membuat tuntutan Pencen Penakat bantu tengkorak apa memang dah sah sah Pencarum itu layak??bantuan mereka hanyalah untuk menipu untuk dapatkan komisyen yang sepatutnya langsung tak payah sesen pun,bagi kat penipu ini adalah satu kebodohan pada diri sendiri!depa ni makan duit hangpa butaaa sahaja..depa ni tak buat apa pun semua urusan tuntutan di buat oleh pihak Perkeso dan ianya cepat dan pantas kerana itu CARA KERJA PERKESO untuk memproses dengan cepat setiap tuntutan!!!langsung tidak sedikit pun melibatkan mereka2 yang berniat jahat ini!depa boleh tolong apa????mereka hanya menolong untuk mengebas dan melicinkan duit kalian sahaja!
3.Mai nak habaq pertama jika berlaku kematian tak kiralah pada ahli keluarga suami adik abang dan sebagainya jika mereka ni pencarum Perkeso sila segera ke mana-mana pejabat Perkeso berhampiran untuk membuat semakan kelayakan..untuk tuntutan Pencen Penakat!bagaimana cara nak semak?bawa aje salinan IC si mati dan buatlah semakan di kaunter Perkeso berhampiran!selepas tu kalau layak pihak Perkeso akan bagi borang dan hangpa isi lah borang tersebut hahaha selesai dan amat mudahhhhh!!!!!satu sen pun tak keluar apa apa modal dan ianya amat senang!!!!petugas kaunter Perkeso boleh bantu kalau hangpa tak pandai isi borang!!!tak jugak pandai masuk pi Perkeso jumpa Pegawai bertugas depa ni akan ajar dan IANYA PERCUMAAAAAAAA...siap isi borang tunggulah bayaran dari pihak Perkeso!!!!nahhhh mana fungsi dan kerja orang tengah nye???????depa hanya menipu kalian untuk mendapatkan duit dengan cara berbohong!!rezeki sebegitu tidak berkat beb!!!dan jangan kita senang senang diperguna oleh sindeket orang tengah yang cuba mengambil HAK anda dengan cara tidak betul sebegini..buang sikap malu dan malas untuk ke pejabat Perkeso untuk bertanya...langsung tak susah pun untuk selesaikan apa sahaja urusan dengan pihak Perkeso..kita lebih percaya pada omokan kosong lalu memberi peluang dan ruang pada si penjahat untuk mengambil sebahagian dari HAK kita!tepuk dada tanya selera masing2 kikikiki..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan