SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari
ini mengumumkan bonus sebulan gaji kepada 21,776 penjawat awam negeri
sempena Aidilfitri tahun ini.
Beliau berkata kerajaan
negeri memperuntukkan RM30 juta bagi tujuan itu dan bonus akan diberi
selewat-lewatnya hujung bulan ini.
"Pemberian bonus ini akan diberikan kepada kakitangan tetap, kontrak
dan sambilan...namun sekiranya kerajaan pusat mengumumkan pemberian
bonus sebulan setengah gaji kepada penjawat awam, maka kerajaan
Selangor akan menambah lagi (bonus) setengah bulan gaji kepada penjawat
awam di negeri ini," katanya pada sidang media di sini.
Ditanya mengenai tindakan kerajaan negeri untuk mengekang ajaran syiah
di Selangor, Abdul Khalid berkata pihaknya menyerahkan perkara itu
kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
"Jais akan mengambil tindakan terhadap perkara ini. Sekiranya perlu
diambil tindakan ke atas pihak yang mengamalkan ajaran itu, mereka
(Jais) akan buat apa yang perlu," tambahnya. - Bernama
Tahniah la pd yg dapat....
BalasPadamAlhamdulilah
Padam