1.Semalam aku selesai siasat satu kes
kemalangan maut melibatkan seorang anggota polis bantuan Ladang Pamol
Timur,Kahang. Kemalangan berlaku pada 3/7/2013 dalam jam 11.30 malam, kemalangan
maut berlaku di KM 74 Jalan batu Pahat Mersing,dalam kejadian itu
anggota Polis Bantuan yang dikenali sebagai Mohd Izaini bin Hibzullah
25,yang sedang bertugas membuat rondaan dikawasan ladang tersebut bersama rakan setugas namun sebaik tiba ditempat kejadian motosikal yang ditunggangnya telah dirempuh sebuah kerana proton waja yang masuk ke laluannya dari arah bertentangan.
2.Menceritakan
detik kemalangan itu berlaku,rakan setugas mangsa yang aku soal siasat mengatakan pada masa
kejadian beliau dan Allahyarham dalam tugas melakukan rondaan di
kawasan persempadanan Ladang Pamol Timur dan sempadan Ladang Pak Loh,
dan sebaik tiba di tempat kejadian Motorsikal yang ditunggang Allahyarham
telah dirempuh sebuah kereta Proton Waja dari arah
bertentangan.kemalangan itu menyebabkan Allahyarham meninggal dunia di
tempat kejadian.Lebih mengharukan Allahyarham baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada bulan Mei yang lalu..er er ni rakan setugas Allahyarham pada malam kejadian..hm dia sedang tandatangan pernyataan yang dia beri kat aku time soal siasat..
3.Siasatan
telah dilakukan dengan segera mengikut seksyen 2(6)Akta Keselamatan
sosial Pekerja 1969 (AKSP 1969), siasatan yang dijalankan telah
mendapat kerjasama penuh pihak pengurusan Ladang tempat mangsa nahas
itu bekerja.Thanks pengurusan ladang Pamol Timur kerana layan kerenah aku dengan baik..ni pejabat ladang pamol Timur..
4.
Kes ini telah disiasat dan telah diklasifikasikan sebagai bencana kerja
di bawah seksyen 2(6)AKSP 1969 dan ini melayakkan waris simati iaitu
Isterinya bernama Nurulhawa binti Irwan 25, bakal memperoleh Pencen
Faedah Orang Tanggungan (FOT) dari pihak PERKESO. Pencen Faedah Orang
Tanggungan (FOT) ini akan dibayar kepada isteri Arwah secara bulanan
untuk seumur hidupnya dan ia akan dikreditkan terus ke dalam akuan bank
balu (isteri) arwah. Adalah dianggarkan pencen yang akan dibayar secara
bulanan itu berjumlah RM855.60 sebulan.
5.Selain itu, hari ini pihak PERKESO Kluang juga telah
menyampaikan bayaran Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah RM1500
kepada Isteri Allaharyam.Penyampaian cek Faedah Pengurusan Mayat (FPM)
tersebut telah disampaikan oleh Ketua Unit Faedah Pejabat Perkeso
Kluang Encik Alzailani bin Kasmin.
6.Isteri
Allahyarham ketika ditemui di majlis ringkas sempena penyampaian cek
Faedah Pengurusan Mayat (FPM) di pejabat perkeso kluang melahirkan rasa
terharu atas kepantasan pihak perkeso dalam menyelesaikan
tuntutannya.Beliau mengucapkan terima kasih pada pihak perkeso atas
keprihatinan mereka dalam menyelesaikan kes tuntutan ini dengan segera
.Walaubagaimanapun isteri allahyarham masih bersedih dengan kehilangan
suami tersayang yang baru sahaja melangsungkan
perkahwinan kira-kira sebulan yang lalu, bahkan ia lebih memeritkan
tahkala menjelangnya bulan ramadhan beliau yang baru sahaja ingin
menikmati sambutan ramadhan sebagai pasangan suami isteri terpaksa
melupakan hasratnya itu.
7.Ibu
mertuanya juga masih bersedih dengan kejadian yang menimpa satu-satunya
anak lelaki tunggal dalam keluarganya,walaubagaimanpun beliau redha
dengan ketentuan Ilahi.Ok la geng pasal tu lah aku selalu ingatkan agar pastikan kalian jika bekerja sila semak dengan majikan atau perkeso sama ada nama hangpa ada dicarumkan dengan perkeso atau tidak..jika tidak cepat2 la buat aduan ke pejabat perkeso terdekat..jangan main2 beb..perkeso cukup penting bagi kita yang kerja swasta ni..ingat pesan aku tu..ehem ehem aku kadang2 bab bola ni semua jersi aku beli hahahahaha termasuklah yang ni kekekeke
Tiada ulasan:
Catat Ulasan