1. Cepat sungguh masa berlalu geng.. diam tak diam dah masuk 4 hari dalam tahun baru 2018 ni, hehe baru la ni leh jenguk blog sekejap..ohh yaa geng semalam aku pi selesaikan satu kes kemalangan maut yang berlaku di KM 96 jalan Batu Pahat Mersing..ia melibatkan penunggang motorsikal yang cuba mengelak lubang di atas jalan lalu jatuh dan gilis sebuah traller..meninggal dunia di tempat kejadian..berita kematian penunggang motorsikal ni tersebar di media sosial dan media massa yang lain hari yang sama..bertindak atas maklumat itu Perkeso segera membuat semakan dan mendapati mangsa kemalangan maut ini, iaitu Allahyarham Samsudin bin Sibon pernah membuat caruman dengan pihak Perkeso dan semakan mendapati kelayakan caruman dan kelayakan umur beliau layak untuk memenuhi syarat kelayakan Pencen Penakat Perkeso!
2.Tanpa berlengah lengah semalam aku telah pergi ke rumah Ibu Allahyarham di Kampung Sri Lukut Kahang..kat sana disambut baik keluarga Allahyarham..Alhamdulilah berjumpa Isteriya dan anak2 Allahyarham..kat situ juga aku tolong mereka isikan dokumen2 tuntutan Pencen Penakat Perkeso dan ambil dokumen2 yang diperlukan dan Alhamdulilah selesai hari tu jugak tuntutan Pencen Penakat Allahyarham!!!so siapa kata susah nak mohon Pencen Penakat Perkeso???Jika cukup syarat kelayakan caruman dan kelayakan umur sudah tentu tiada siapa dapat menafikan hak kita sebagai pencarum Perkeso..layak tetap layak!Nak tahu layak atau tidak boleh lah berkunjung ke pejabat Perkeso dan membuat semakan kelayakan jika berlaku kematian ke atas pekerja,saudara mara adik beradik jiran tetangga kita..apa sahaja punca kematian jika cukup syarat keleyakan caruman dan kelayan umur belum mencapai 60 tahun Inshallah layak Pencen Penakat Perkeso!
3Berbalik kepada kes kemalangan maut ini, Allahyarham bukan kemalangan dalam perjalanan nak ke tempat kerja atau sebaliknya,kemalangan berlaku tiada kaitan dengan kerja pun,namun disebabkan kelayakan caruman beliu dan juga umur beliau belum mencapai umur 60 tahun semasa kematiannya maka warisnya layak untuk menerima Pencen Penakat dari pihak Perkeso..pencen ini dibayar secara bulanan seumur hidup Isterinya dan untuk anak2 Allahyarham pula sehingga mencapai umur 21 tahun..kalau layak masuk Universiti bayaran itu sehingga selesai Ijazah Sarjana Muda Pertama..
4.Ohhh ya..Allahyarham meninggalkan satu isteri iaitu puan Azlina bt Che Hassan dan 4 orang anak..3 masih bersekolah..Alhamdulilah hari ini aku datang sekali lagi ke rumah keluarga Allahyarham di Kampung Sri Lukut Kahang..kali ni disertai Boss aku dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Kahang dan pemimpin masyarakat setempat..hehe hari ni kami sampaikan cek bayaran Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah rm2000 dan lepas ini bayaran Pencen bulanan akan dibayar untuk sepanjang hayat Isteri Allahyarham..harap sangat ianya sedikit sebanyak membantu meringankan beban yang ditanggung balu Allahyarham ini.
5.Geng macam biasa..iklan sat hehehe sebab tu aku seringkali nasihatkan kalau hangpa bekerja pastikan majikan ada buat potongan caruman dengan pihak Perkeso..jangan gadaikan masa depan keluarga kita geng..bayaran tak banyak..kalau majikan tak nak dan tak carum dengan Perkeso hangpa pi la mana mana pejabat Perkeso terdekat buat la aduan kat sana inshallah tindakan segera akan diambil!!!sudah sudahla bersubahat dengan majikan nak lari dari membuat caruman dengan pihak Perkeso..perilaku sebegitu adalah zalim untuk diri sendiri dan juga keluarga hangpa sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan