Sabtu, 16 November 2019

Kembara Asnaf PERKESO Prihatin 2.0@Program CSR Perkeso Kelantan Perkeso Johor@Rantau Panjang kelantan!!!

1.Pelbagai acara dan aktiviti telah dan akan dilakukan oleh anggota PERKESO di seluruh negara untuk merapatkan hubungan anggota PERKESO dengan masyarakat setempat khususnya kawasan luar bandar. Hubungan akrab anggota PERKESO  dan masyarakat setempat adalah amat penting dalam menyampaikan info berkaitan PERKESO kepada masyarakat setempat dan perkongsian maklumat maklumat berkaitan kes Skuad PERKESO Prihatin yang berlaku dikalangan masyarakat setempat.

2.Salah satu darinya adalah melalui program CSR. Melalui program CSR ia merupakan salah satu peluang keemasan untuk anggota PERKESO turun padang ke peringkat akar umbi untuk berjumpa masyarakat setempat melalui strategi serampang dua mata. Jujurnya ia satu inisiatif anggota PERKESO itu sendiri yang bertungkus lumus untuk menjayakan program murni ini..ia bukan tugas mudah apatah lagi bila melibatkan kekangan kewangan dan tenaga setiap anggota yang menyertainya. Namun berkat kesungguhan dan niat yang ikhlas ianya sudah pasti  akan membuahkan hasil yang yang diinginkan.

3.Hari ini dengan kekuatan lebih 30 anggota PERKESO Kelantan dan PERKESO Johor melalui kelab kebajikan anggota dan sukan kedua dua pejabat tersebut telah mengadakan Program CSR Kembara Asnaf PERKESO Prihatin 2.0 yang telah dijalankan di kawasan Rantau Panjang Kelantan. 

4.Program Kembara Asnaf PERKESO  Prihatin 2.0 ini telah menjelajah ke seluruh pelusok Rantau Panjang di mana program yang bermula jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang itu telah selesai dengan jayanya. Seramai 40 asnaf dari kawasan Rantau Panjang telah diberi bantuan dan sumbangan barangan keperluan dan sumbangan kewangan melalui kunjungan dari rumah ke rumah yang dilakukan anggota PERKESO  Kelantan dan anggota PERKESO Johor.

5.Kolaborasi anggota PERKESO Kelantan dan anggota PERKESO Johor ini telah menjelajah dari satu rumah ke satu rumah asnaf dengan ditemani Tuan Penghulu Bukit tandak tuan Haji Abd Azizi bin Mohd Nor. Lawatan itu bukan sahaja bertujuan untuk memberi sumbangan barangan keperluan dan wang ringgit semata mata..lebih dari itu anggota Skuad PERKESO Prihatin yang turut menyertai program CSR ini juga turut membuat semakan kelayakan Pencen Penakat dan Pencen Ilat ke atas anggota keluarga asnaf yang meninggal dunia dan sakit. Mereka juga diterangkan dengan pelbagai faedah-feadah yang disediakan pihak PERKESO  dan kepentingan mencarum dengan pihak PERKESO seandainya bekerja..yaaaaa ia bukan sekadar lawatan untuk memberi sumbangan semata-mata bahkan ia juga bertujuan untuk menyebar dan menwar-warkan kepentingan mencarum dengan PERKESO dan faedah yang di sediakan PERKESO  ke masyarakat di akar umbi!

6.Terima kasih team PERKESO Johor melalui badan kebajikan dan sukan BAKSO..terima kasih Penghulu Bukit Tandak Abd Azizi Mohd Nor terima kasih pihak Pengurusan Masjid Beijing melalui Setiausahanya tuan Haji samsuddin bin yasim terima kasih pihak media..mereka adalah terbaik!!!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan