Khamis, 16 April 2015

Felda tenggaroh 3@percepat tuntutan pencen penakat perkeso kes kemalangan maut

1.Salam geng..semalam bergegas ke Felda Tenggaroh 3 untuk berjumpa waris Arwah yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di KM 48 Jalan Johor Bharu-Mersing kemalangan tersebut menyebabkan Siti Mariam Hamid meninggal dunia di tempat kejadian bersama suaminya.Berita berkenaan kejadian kemalangan ini telah tersebar melalaui laporan beberapa akhbar tempatan..katanya arwah baru sahaja melangsung perkahwinan keduanya..
 
 
2.Setelah mendapat berita kejadian kemalangan ini pihak kami(PERKESO) telah segera mengambil tindakan awal (kami panggilnya sebagai tindakan PRO AKTIF) dengan membuat semakan kepada setiap mangsa yang terlibat dalam kemalangan maut itu untuk menyemak sama ada mangsa ada membuat caruman dengan pihak PERKESO atau sebaliknya.Hasil semakan mendapati arwah Siti Mariam Hamid ada membuat caruman dengan PERKESO dan semakan kelayakan umur beliau pula masih belum menacapai umur 60 tahun dan ini membolehkan dan melayakkan waris arwah yakni seorang anak bonsunya yang berusia 19 tahun mendapat Fedah Pencen Penakat ekoran kematian beliau. Oleh kerana waris arwah adalah anak maka anak bongsu beliau ini akan mendapat pencen penakat yang dibayar secara bulanan sehinggalah beliau berumur 21 tahun atau sehinggalah mendapat Ijazah pertama jika sekiranya beliau masih belajar.Alhamdulilah lawatan aku ke Felda Tenggaroh 3 untuk berjumpa waris dipermudahkan urusannya oleh Allah s.w.t dan kes tuntutan pencen penakat ini dapat Berjaya diselesaikan dalam hari yang sama. Aku yakin jika pihak kami tidak ke rumah waris atau aku tak pergi jumpa waris (anak2 arwah) mungkin juga waris tidak tahu yang arwah ibunya pernah mencarum dengan perkeso dan kematian ibunya membolehkan waris menuntut pencen penakat bagi yang layak..Alhamdulilah inilah yang mampu kami tolong...ini yang dilaporkan akhabar...yang tak dlaporkan akhbar tolonglah segera ke pejabat perkeso untuk menyemak sama ada si mati pernah mencarum dengan perkeso atau tidak..jangan risau pihak kami akan membuat semakan dengan segera TIADA BAUARAN SATU SEN PUN DIKENAKAN!!!!!Tolonglah PIHAK kami untuk MEMBANTU anda!!!sepertimana yang aku telah post kan dalam blog ini berkenaan pencen penakat maka kalian carilah dalam blog ini,catatan berkenaan pencen penakat cukup lengkat kat situ...yang pasti..kalian kena buat semakan..cukup syarat caruman dan kelayakan umur maka boleh lah buat tuntutan pencen penakat.
 
 
3.Ok geng cukuplah setakat ini..sikit masa lagi akan ku catatkan lagi perjalanan aku dalam membantu para pencarum perkeso..dalam blog aku sengaja menulis bab2 macam ni..aku yakin tak ramai pun yang menulis bab2 sebegini dan tak ramai pun akan membacanya tapi takpela aku anggap ini kerja kebajikan kerana Allah..muga2 ia sedikit sebanyak membantu dan menambah ilmu si pencari maklumat..BLOG ini tidak ditaja dan tiada kaitan dengan PIHAK PERKESO!!! pihak PERKESO pun aku yakin tak pernah masuk ke blog aku ni wakakakakakakaka..
 
 

2 ulasan:

  1. Kalaulah semua kakitangan punya inisiatif begini alangkah indahnya hidup di M'sia. Tak ramai yg mampu berbuat seperti ini.

    Tahniah dari kakak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kak..dari RAKYAT untuk RAKYAT :) usaha saya ikhlas kerana Allah...bantu selagi termampu

      Padam