Selasa, 26 Mei 2015

Alhamdulilah tuntutan kes kemalangan maut dah selesai@perkeso@socso

 
1.Hehehe dah hampir 1 minggu jugak tak update..tak sempat dan tak dan masa,banyak yang nak dikongsikan tapi nantilah, ada ruang dan ketika di masa2 free baru leh citer panjang2..banyak jugakla citer..lagipun blog aku ni tiap2 kali post mesti dok cakap pasal PERKESO/SOCSO hahaha aku takut hangpa boring dan bosan pulak hahaha..
 
2.Oh ya masih ingat lagi tentang kisah kemalangan maut pekerja kedai telefon kat Mersing yang aku siasat tempoh hari??Arwah Aishah bt Sabri dari Air Papan tu??Alhamdulilah kes tuntutan PERKESO arwah telah selesai semuanya..baru semalam aku berkunjung lagi ke rumah arwah kali ni bersama bos aku dan rakan sekerja aku, semalam jugak kami serahkan cek bayaran tuntutan Faedah Pengurusan Mayat (FPM) RM1500, dan waris arwah yakni Ibu dan bapanya akan menerima Pencen secara bulanan yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank beliau sampai akhir hayat mereka pencen tersebut dinamakan Pencen Faedah Orang Tanggungan (FOT) kerna kes ini kes kemalangan maut semasa dalam perjalanan ke tempat kerja...ok tak PERKESO geng?mestila ok kan..cepat bertindak dan cepat selesaikan kes tuntutan.
 
 
3.Alhamdulilah setakat ini aku cuba sedaya upaya menyelesaikan semua kes tuntutan PERKESO dengan segera, aku faham banyak orang susah jika terlibat dalam kemlangan lagi2 jika kes melibatkan kes kemalangan maut, dalam kes ini keluarga arwah adalah keluarga nelayan yang susah bukan senang..kais pagi makan pagi mengharapkan rezeki dari laut...adakalanya dapat ikan adakalanya tiada..sedikit sebanyak dengan pencen FOT ini diharap ia sedikit sebanyak meringankan beban kedua ibu dan bapa arwah..
 
4.Tak lekang di bibir mereka berdua mengucapkan terima kasih pada kami.. Alhamdulilah..sedikit sebanyak memberi 1001 pengajaran dan keinsafan pada aku..pesan aku pada kalian semua JIKA KALIAN PEKERJA cuba-cubalah semak di pejabat perkeso terdekat sama ada kalian dicarumkan dengan PERKESO/SOCSO atau tidak??jangan ambil risiko beb..jangan susahkan keluarga kita jika berlaku apa2 pada kita kemudian hari..jika nama kalian didapati tidak dicarum pihak majikan dengan PERKESO/SOCSO maka segeralah ke pejabat PERKESO terdekat untuk membuat ADUAN..jangan risau setiap ADUAN adalah RAHSIA KAMI!!!
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan