Ahad, 28 Jun 2015

Masuk Ladang Selai@Kes tuntutan socso/perkeso

 
1.Hari ni aku masuk ke Ladang Selai..Ladang Selai adalah Ladang Kelapa Sawit milik kumpulan Kulim Berhad..oleh kerana nak masuk Ladang so macam biasa seawal pagi aku dah kena gerak..bukan apa malas nak bawak kenderaan laju2 hehehe..masuk ladang banyak jugak cabaran bagi yang tak mahir memandu macam aku ni kakakaka..dah la mata rabun jauh..vrommmm ambil kenderaan Jabatan dulu...hehehe masuk lading kalau guna keta viva aku alamak hancur leburla geng..tak balik raya aku tahun ni karang kakakaka..
 
 
2.Jalan Ladang biasalah bukannya semua berturap..untuk ke Ladang Selai pun sama..jalan masuk mengunakan jalan paloh-jalan ladang tereh (berturap)-jalan  hendak masuk Ladang Selai (Tanah merah) perjalanan bagi yang tak pandai memandu macam aku ni adalah dalam 45 minit kakakaka..boleh jugak sampai 1 jam hahaha tengok kedaanlah..untuk sampai ke Ladang Selai jika melalui Jalan Paloh-Jalan Ladang Tereh-Ladang Selai pasti kena melalui 2 pemeriksaan keselamatan Ladang..pertama Pondok Kawalan Keselamatan Ladang Tereh dan kedua Pondok Keselamatan Ladang Selai hehehe bukan calang2 boleh lepas kawalan depa ni :)
 
 
3.Vrommmm bawa kereta Toyota Fortuner sememangnya best jika melalui jalan sebegini melantun kiri melantun kanan yeahhhh hehehe..dalam hati bila nak sampai bila nak sampai hahahaha bawak keta sorang2 dikala bulan ramadhan ni kadangkala mengantuk beb dan agak memboringkan..tambah2 masuk ladang sorang2 sebegini..tapi kalau bulan biasa tak pa hahahaha..macam2 leh tibai sebelum sampai ladang..hohoho dalam sebulan banyak kali jugakla masuk ladang..tengok pada kes la..jap ada jap tak dak
 
 
4.Dalam 45 minit lebih baru sampai ke destinasi yang hendak dituju..pi opis Ladang Selai dulu..macam biasa semak kes tuntutan kemalangan perkeso/socso...buat sikit soal siasat..tengok dokumen apa yang berkaitan...vrommmmm ke rumah pekerja yang kemalangan pula..sememangnya jauh macam mana jarak sekalipun kami pasti akan sampai ke tempat kalian..tiada alasan untuk itu beb...vrommm..dari jauh kelihatan pekerja yang sepatutnya aku jumpa telah menunggu di depan pintu..beliau terlibat dalam kemalangan kerena ketika menunggang motorsikal untuk balik ke rumahnya tiba2 seekor biawak besar melintas jalan wacaaaaaaaa terkejut geng..lalu akak ni elak dan terus hilang kawalan motorsikalnya lalu motorsikal dan penunggangnya menghemtam pokok kelapa sawit di tepi jalan gedebanggggggg...pengsan kat situ jugak!!!sian akak ni teruk juga kecederaanya..
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan