1.Cuti raya dah lama di pohon dan lulus pun Alhamdulilah Thanks BOSS..lama jugakla adalah dalam 1 minggu..banyak anggan2 nak balik raya di kampong seperti tahun2 sebelumnya semua persiapan perjalanan dah dibuat hm kereta pun dah siap servis dan siap tukar tayar baru pun, namun kita yang merancang Allah jua yang menentukan..dek last minute kesihatan Isteri tercinta agak merosot dan amat mustahil untuk perjalanan jarak jauh untuk balik ke kampong halaman maka tersadailah kami sekeluarga di perantauan ho ho ho ini kali pertama aku dan keluarga beraya di perantauan huwaaaaaaa..amat amat amat tidak merasai nikmat sebenar berhari raya tanpa kedua ibu dan bapa serta saudara mara di sisi..
2.Sebab apa raya di perantauan tak seronok sebabnya seolah-olah aku beraya di Moscow rasanya hahaha..kawan2 jiran2 semua balik ke kampong masing2..hampir 80 peratus isi taman perumahan kosong...semua balik kampong halaman jadi aku nak beraya kat mana???hahaha kawan2 jiran2 semua balik kampong kakakaka terkena aku tahun ni..beraya disini dari pagi sampai ke malam tak de sape2 pun dating rumah..begitu juga aku nak beraya pun nak kemana???semua kawan2 jiran tertangga balik ke kampong...
3.Akhirnya jadilah aku penjaga taman yang setia hahahahaha..siang malam aku dan kawan yang kena bekerja akan meronda sekitar taman untuk mempastikan kediaman penghuni tidak diceroboh oleh anasir yang tidak baik sempena cuti panjang hari raya..maka dapat jugakla berbakti pada penduduk taman dan kawan2 yang balik ke kampong halaman..dapat raya dengan tenang depa kat kampong..
4.Dari malam hari raya sampailah 5 hari seterusnya aku dan 2-3 rakan termasuk berbangsa India dan Cina bersama-sama menjaga Kawasan Taman Perumahan dikala rakan2 dan penghuni taman pulang berhari raya di kampong halaman..hm hm..untuk hilangkan persaan hiba kami2 yang tak boleh balik kampong maka malam raya kami adakan sedikit aktiviti makan2 dan BBQ hahahaha betul2 bakar ayam..BAKAR beb bukan BBQ wakakakaka ni tak de mood punyer pasai kakaka..Alhamdulilah tetap meriah juga..lagi best kami dikunjungi rakan2 keselamatan dari PDRM..depa singgah sekejap dan beramah mesra..sebetula depa ni amat rapat dengan komuniti SRS taman ini..sentiasa singgah dan membuat rondaan di taman kami..Thanks PDRM.
5.Oleh kerana tak balik kampong dan tak beraya maka TIADA LAH GAMBAR@ raya SAKAN sepertimana yang hangpa2 semua meriahkan wall FB masing2 kakakakaka..aku setakat jeling2 ajelahhhhh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan