1.Alhamdulilah setelah empat hari berturut-turut mengikuti program marhaban di impiana casa taman seri impian hari ni berehat buat seketika dan bakal bersambung Isnin nanti hehehe..4 malam berturut-turut geng dengan purata penyertaan setiap rumah dalam 7-10 buah rumah adakalanya terasa penat juga hahaha lagi2 untuk aku yang sentiasa bekerja lokasi luar..walaubagaimanapun kepenatan hilang apabila dapat beramah mesra dengan rakan2 ketika menyertai marhaban dari rumah ke rumah..alhamdulilah program ini amat2 baik dan dapat mengeratkan hubungan sesame kita penduduk taman...sesungguhnya tinggal di taman ini seolah-olah tinggal dikampung halaman sendiri hahaha seronok geng..rasanya agak sukar mencari taman sebegini di kala ini pehhhh.
Marhaban Impiana Casa 2015
2.Alhamdulilah terima kasih atas kerjasama semua kawan2 yang menjayakan program ini, dari hari ke hari penyertaan semakin bertambah ramai dan ianya menunjukkan semangat untuk bersama sama saling kenang mengenali dan saling bekerjasama semakin tinggi di kalangan penduduk Impiana Casa. Ada yang tidak pernah bersua muka sebelum ini akhirnya muncul bersama sama menjayakan program ini alhamdulilah ianya satu kejayaan kita bersama syabas dan tahniah.Seronok sebenarnya melihat kejayaan program sebegini..
Marhaban Impiana Casa 2015
3.Sebenarnya Program Marhaban ini bukan tahun pertama diadakan di Impiana Casa ini adalah tahun kedua diadakan program sebegini,tahun 2014 telah diadakan program yang sama namun hanya melibatkan segelincir penghuni sahaja maklumlah pada tahun 2014 belum ramai lagi penghuni yang menetap di taman ini..hahaha aku pernah buat post untuk program Marhaban Impiana Casa 2014 kat blog aku ni..taip je la marhaban impiana casa 2014 mesti ada cerita tu hehehe so ini tahun kedua beb tapi tahun 2014 diadakan secara kecilan sahaja bukan seperti sekarang besar besaran...Alhamdulilah..
Marhaban Impiana Casa 2014 kali pertama
4.Sebenarnya tuntutan kerja aku yang sangat padat yang menyebabkan aku sentiasa bekerja di luar sudah sedia maklum hari2 balik dalam keadaan kepenatan..bayangkan 3 hingga 4 kes dan lebih kurang 5-6 lokasi yang perlu dilawati pada setiap hari agak memenatkan untuk mengikuti dengan aktif aktiviti malam seperti marhaban ini, namun aku gagahkan jua untuk menghadiri kesemuanya demi kawan2 inshaAllah sehingga selesai program ini seperti di rancang.
Marhaban Impiana Casa 2015
5.Hehe malam ni bab marhaban je ni..bab kerja akan menyusul kemudian.. lagi pun banyak perkara yang hendak di kongsikan bersama..dan aku tak kan jemu berkongsi dengan kalian kerana ianya sudah ku anggap sebagai saham untuk hari akhirat nanti..Insha Allah selagi bernyawa dan selagi berkesempatan sudah pasti pelbagai coretan berkenaan perkeso akan ku catatkan di sini sedikit sebanyak akan membatu kalian InshaAllah..
Aktif macam mana pun kerja paling utama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan