1.Saya
tidak bisu….dan saya bukan berada dalam sindrom bisu!!! ‘tak kan lah sebagai
Timbalan Presiden Parti saya tidak boleh bercakap apa-apa berkenaan kepentingan rakyat!!!sambil intonasi suaranya berbunyi
hurm hurm hurm (seolah–olah seperti bisu)…hehehe itulah antara ucapan terbaik
dan cukup menarik dari mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang di
lucutkan jawatannya iaitu Tan Sri Dato
Haji Muhyidin Mohd Yasin di Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian
Kluang pada hari ini. Beliau pada mulanya mengulas akan nasihat dari kawan-kawan
politiknya agar berhati-hati dalam membuat ucapan kerana beliau bukan Timbalan
Perdana Menteri lagi…mana tahu akan dicari kesalahan dan ditangkap..katanya
beliau pernah menghubungi Datuk Seri
Zahid Hamidi untuk bertanyakan status sama ada beliau akan ditangkap atau sebaliknya
jawapan dari Datuk Seri Zahid melegakannya..itulah cabaran seorang ahli politik
dan pejuang yang tulen..sanggup berjuang untuk rakyat..bukan diam seribu bahasa
dan membisu tahkala pelbagai perkara yang berbangkit tidak dijawab dengan fakta
dan bukti yang kukuh yang membolehkan rakyat mempercayai nya.
2.Majlis
yang diadakan di kompleks pekan rabu di Bandar kluang itu di hadiri ratusan
khalayak khususnya ahli UMNO bahagian Kluang. Banyak yang menarik dalam upacan
beliau sebentar tadi. Namun apa yang boleh di banggakan adalah terserlah sifat
penyabar beliau dalam menghadapi dugaan dan cabaran tahkala baru beberapa hari
sahaja jawatannya dilucutkan, beliau kelihatan cukup sihat, cukup bertenaga dan
cukup tenang melalui ujian yang agak besar dalam hidupnya sepanjang keterlibatannya dalam arena politik tanah air..kata2 beliau yang agak menyentuh hati 'saya timbalan presiden UMNO yang menegakkan Kerajaan dan takkan saya pula nak tumbangkan Kerajaan??
3.Sebagai
‘Orang lama’ dalam kerajaan/politik tanah air beliau cukup matang dan cukup
masak dalam menangani pelbagai situasi Alhamdulilah beliau tidak mudah melatah
dan tidak pula mengajak pengikutnya mengamuk ke jalan raya beliau pemimpin yang
terbaik yang saya jumpainya, tidak jemu2 mengajak ahli bersatu padu dan setia
pada parti. Di Kluang di saksikan ratusan Ahli UMNO beliau sekali lagi
mengulangi tekadnya BAHAWA TAAT SETIANYA TETAP UTUH BERSAMA UMNO DAN TETAP
SETIA PADA PRESIDEN parti dan akan
sentiasa membantu Presiden Parti untuk mengukuhkan parti dalam menghadapi
Pilihan Raya Umum nanti. Jarang sekali kita temui pemimpin hebat seperti Tan
Sri Dato Haji Muhyidin Mohd Yasin ini..tahap kesetiaanya pada parti tidak
berbelah bahagi dan tiada tolok bandingannya. Tahniah Tan Sri. Ucapan beliau juga langsung tidak menyentuh apa2 berkenaan peribadi sesiapa, tiada langsung kata2 berbentuk makian dan cercaan..ternyata beliau berjiwa besar.
4.Tahniah
juga pada UMNO bahagian Kluang kerana bertindak ‘nekad’ dan ‘berani’ dalam
membawa Tan Sri Dato Haji Muhyidin Mohd Yasin untuk merasmikan mesyuarat perwakilan
bahagian tersebut pada hari ini, ini ADALAH BAHAGIAN UMNO YANG PERTAMA
menjemput Tan Sri Dato Haji Muhyidin Mohd Yasin sejak bekas Timbalan Perdana
Menteri itu dilucutkan jawatan dalam kerajaan. Keberanian UMNO BAHAGIAN KLUANG
tidak terdapat pada UMNO bahagian lain setakat hari ini..kebanyakkan yang ada adalah membatalkan jemputannya sebaik
sahaja Tan Sri Dato Haji Muhyidin dilucutkan jawatan dalam kerajaan.
5.Lain2
berita nanti akan ku update kemudian..hehehe ni bukan posting politik geng..tapi sekadar mengikuti perkembangan mutakhir saje..tulisan ini tiada kaitan dengan mana2 organisasi atau apa2 yang berkaitan dengan saya ianya sekadar pandangan peribadi saya sahaja. 'TAK KAN NAK BISU" SEPERTIMANA KATA TAN SRI DOTA HAJI MUHYIDIN MOHD YASIN hahahaha 'hurm hurm hurm' hahaha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan