1.Hari
ini aku ada siasat satu kes kemalangan jalan raya…melibatkan majikan/syarikat
yang cukup besar dalam perniagaan pizza..sebuat pasal pizza jadi lapar plak
hahaha..pekerja syarikat ini bekerja sebagai penghantar pizza dalam syarikat
itu jawatanya disebut ‘rider’ bagi la apa nama pun itu tak penting..apa yang
mengecewakan yang aku nak utarakan kat sini ialah kes kemalangan ini berlaku
tahun 2013…ye tahun 2013 hari ni tahun 2015 dalam bulan Ogos dah kita ni, bayangkannnnnn
berapa ratus hari barulah laporan kemalangan pada pihak perkeso baru dibuat
untuk membuat tuntutan perkeso pada pekerja tersebut!!!!pehhhh pening aku..nak
marah pun tak guna..marah banyak alasan bla bla bla.tapi ia cukup tak
bertanggungjawab.
2.Sebenarnya
dah berkali kali aku dok cerita kat blog aku ni…tolonggggg la..sekurang
kurangnya kita jangan ambil mudah jangan bertindak kejam kepada pekerja
sebegini..hanga pa tahu tak jika perkara sebegini dibuat apa kesan pada
pekerja?apa kesan pada anak bini pekerja tu???apa kesan pada keluarga
mereka???adehhhh tak yah cakap banyakla..kalau ada rumah..rumah pun kena lelong
macam ni..kalau ade kereta..sampai bila boleh bertahan???setakat 3 bulan
aje..kompem bank akan tarik…setelah kemalangan kompem majikan tak bayar gaji…tambah2
cuti sakit beratus hari!sapa yang nak bayar???tak bayar gaji pekerja yang dah
sakit ada tanggungan..habis pekeraja nak makan apa geng…sapa nak bayar
rumah?sapa nak bayar kereta?sapa nak bagi makan anak bini kalau yang dah
berkeluarga???aku benar2 kesian kalau dapat kes sebegini..tolongla peka dan
ambil berat hal kebajikan pekerja kalian…tak tahu mustahil!
3.Marah
pun tak guna mentang2 majikan besar la katakana..bos2 dah kaya raya…hal pekerja
jarang nak ambik peduli hal kejabikan mereka…tapi bukan semua majikan
begitu..namun akhir2 ni banyak yang aku jumpa macam nil ah…4 bulan baru nak
hantar laporan kemlangan…jenuh la kais pagi makan pagi la pekerja macam ni..lau
ada simpanan pun boleh habis..
4.Dalam kes yang aku siasat ni kejadian tahun 2013 berlaku di Ipoh perak..pekerja tu dah balik kampong ke negeri asalnya dah pun dah x leh kerja dah pun cacat kekal selepas kejadian kemalangan semasa bekerja tersebut…aku pi jumpa pekerja ni…soal siasat semula nak tanya kejadian tahun 2013 terkial kial dia nak jawab…bendanya dah lama beb..
5.Kesiannn..kecederaanya
juga teruk..sehingga kini beliau gagal mendapatkan kerja lain untuknya sebab
kecederaan kekal yang beliau terima disebabkan kemalangan semasa bekerja
menyebabkan majikan lain tak terima beliau bekerja…kompem pening baca ayat aku
kat perenggan ni wakakakaka sebab emosi nak marah bercampur geramla ni!!!
6.Untuk majikan sebegini
tindakan kompaun serta tindakan Mahkamah menanti anda..perlu diingat kemalangan
jalan raya melibatkan kerja harus dilapor kepada perkeso dengan kadar
segera..tidak lewat dari tempoh 3 bulan..lepas aje 3 bulan kompaum rm1000…di
tempat kerja tak boleh lebih 1 bulan…
7.Hmmm lebih 1 bulan kompaun
rm1000, itu kompaun aje dulu tapi jangan ingat hangpa lepas begitu sahaja..tindakan
Mahkamah belum lagi…walaubagaimana pun dalam ketegasan ada budi bicaranya…tengok
macam manala…setakat sebulan ok lagi..aku selalu pesan pada majikan seandainya
pekerja kemalangan cukup mudah..dapat aje 4 hari cuti sakit/mc terus lapor
kemalangan tersebut pada pihak perkeso…YANG SUSAH SANGAT NAK IKUT KENAPA!!!!! Payah
sangat ke nak lapor kemalangan pada perkeso???suasah sangat ke???adeeeh..er er
aku dok marah hangpa pun aku bukan dapat pe pun dapat dosa aje ni wakakakaka
tapi takpa la..janji mudah2 han lepas ni jika berlaku kemalangan pada pekerja
cepat2 lah hantar borang laporan kemalangan pada pihak perkeso..tolonglah
pekerja kamu…kasihanilah mereka..bukan kasihan kat aku…aku tak nak apa2..aku
nak ilmu ini akan jadi pahala untuk aku bawa bekal ke akhirat
nanti..InsyaAllah.
8.Kes
yang aku siasat ni walau pun kejadian tahun 2013 dan baru sahaja dilapor pada
pihak perkeso pada ogos 2015 ianya tetap di proses..siasatan telah lengkap
dijalankan InsyaAllah bayaran akan dibuat dalam tempoh terdekat.
Salam tt..utk majikan buat laporan ke perkeso apa dokumen yg nk kena ade? Sbb aritu kerani ofis mintak report polis..sy kt hospital dh dkt 2 mggu mmg xde report polis lg la..mintak pencerahan
BalasPadamwasalam broo,
Padam1.Aaaa laporan polis memang wajib bro khususnya untuk buat tuntutan melibatkan kemalangan jalan raya...tapi kalau kemalangan dalam kilang laporan polis tidak di perlukan.
Satu lg tuan..mcm sy skrg kan,doc x bg mc penuh smpai 2@3 bln..tp dia akn bg partial mc..mksdnya stiap kali checkup dia akn check & bg mc smpai la next checkup plak..so mcm mane sy nk buat tuntutan utk mc full kalo sy dpt mc spruh2 mcm tu?
Padamboleh bro no problem hehehe perkeso akan banyar berdasarkan MC yang diterima hehehe selagi ada masa bro leh aje hantar terus kat sana..jangan risau bro pastikan laporan kemalangan tu majikan hantar dengan segera
Padam