Ahad, 18 Oktober 2015

Konvensyen COMBI Negeri Johor 2015@COMBI Impiana Casa


1.Badan sedikit kepenatan beb, tapi sebab dah lama tak jenguk blog jadi hari ni aku gagahkan diri jugak masuk hahaha..banyak soalan dalam blog ni yang aku nak kena bagi jawapan tapi perlukan sedikit masa ,haha tak sempat dan agak sibuk sedikit nanti akan ku jawab semuanya hehehe harap maaf banyak2..sebenarnya aku baru saja balik dari menyertai Konvensyen COMBI Negeri Johor bersama-sama rakan2 COMBI yang lain, diadakan di Hotel Selesa Pasir Gudang Johor dari 17 Oktober-18 Oktober 2015, kiranya 2 hari 1 malam jugakla..sebenarnya aku ni dari COMBI Impiana Casa Taman Seri Impian dalam daerah Kluang le..kami lebih kurang 10 orang semuanya mewakili COMBI Daerah Kluang ke Konvensyen tersebut..buat kali pertama beb..orang lain dah banyak kali hahaha dah bertahun2 depa ada COMBI kami baru 6 bulan tertubuhnya banyak yang nak kena buat..takpe2 sikit kasi up la hahaha..budak baru belajaq katakan.Tapi pemilihan COMBI Impina Casa ke Konvensyen COMBI Negeri Johor membuktikan kehadiran kami ada impaknya hehehe thanks geng2 pejabat Kesihatan Daerah(PKD Kluang) khususnya penyelaras COMBI Dearah yang memilih kami dan memberi peluang kami menyertai Konvensyen ini.Tanpa lu orang sapalah kami huhuhu..
2.Sebenarnya banyak yang kami belajar hasil dari menyertai Konvensyen COMBI selama dua hari tersebut, maklumlah kami COMBI baru..baru nak bertatih..walaupun pelbagai projek dan program yang kami lakukan ianya tak mampu lain nak menyaingi otai2 COMBI dari Daerah lain..hahaha InshaAllah tahun2 mendatang akan menjanjikan 1001 pembaharuan dan transformasi dari COMBI kami hahaha.Selama dua hari Konvensyen tersebut diadakan kami ditempatkan di Hotel Selesa pasir Gudang Johor, Hotel Selesa hehehe ok la..selesa jugakla janji dapat lelapkan mata cukupla.Hahahaha pintu tandas aku leh tercabut geng kah kah kah..ops ops..tapi keadaan masih terkawal hahaha..selesa beb tak jadi masalah..Kami bertolak ke Hotel Selesa dengan menaiki bas yang disediakan oleh pejabat kesihatan Daerah Kluang..thanks sekali lagi PKD Kluang..hangpa terbaik banyak membantu kami!
3.Dua hari Konvensyen berlangsung pelbagai aktiviti telah diadakan oleh pihak penganjur iaitu Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Exco Kesihatan Negeri Johor, Alhamdulilah program2 berbentuk perkongsian Ilmu telah diadakan, diamana 2 sesi Ceramah diadakan dengan jayanya..input2 yang cukup menarik berkenaan denggi dapat diperolehi dari ceramah tersebut..hari pertama 2 ceramah dan disusuli pula pertandingan projek COMBI untuk setiap wakil daerah yang terlibat..pertandingan terbahagi kepada dua kategori satunya pertandingan booth pameran COMBI untuk setiap Daerah dan pertandingan kedua ialah sesi pembentangan Projek COMBI untuk setiap Daerah di Negeri Johor,hehehe kedua2 pertandingan kami masuk hahahaha..mencuba dan menimba pengalaman maklumlah usia COMBI kami baru 6 bulan jadi kami buat mana yang termampu dan berikan yang terbaik..mana boleh nak lawan COMBI2 yang bertaraf Otai, yang dah bertahun tahun wujud kan kan..depa banyak idea depa banyak pengalaman dan depa banyak dana..alhamdulilah leh timba pengealaman dari depa semua.

4.Er er bab2 program dan perjalanan program tak leh nak komenla hahahaha orang dah bagi peluang sertai Konvensyen pun dah cukup baik, dah satu pengiktirafan dah..dah cukup membanggakan dah hahaha..tapi janganlah nak bandingkan kami dengan geng2 otai2 kesihatan yangs emuanya tahu bab2 kesihatan hahaha jangala kami kan baru hahahaha...baru 6 bulan je pun..COMBI lain dah bertahun tahun ooooo..hm hm program lari sana lari sini tu biasala hahahaha jap ada jap tak dak kah kah kah itu tak jadi hal la..hm yang kalah tak de ka sagu hati hahahahaha kesian kami kah kah kah...jadual pun ketat sangat geng..hari pertama jam 9.00 malam aku dah sampai bulan dah zzzzzz lena habis beb..penat wooooo..
Hehehehe ok cukuplah setakat tu..zzzz



Tiada ulasan:

Catat Ulasan