Rabu, 18 November 2015

Jurujual perodua kemalangan jalan raya@tuntutan kemalangan perkeso/socso

1.Dua hari lepas aku ke Mersing untuk selesaikan kes tuntutan kemalangan 2 pekerja PERODUA(Ejen)cawangan Mersing..2 pekerja ni bekerja sebagai Juru Jual kereta di syarikat tersebut..hehehe kerja kat kedai kereta tak kan nak jadi Juru Jual kuih plak kan kekeke..Alhamdulilah mendapat kerjasama cukup baik dari pihak majikan dan pihak2 yang terlibat..sempat melawat mereka di rumah masing2..
2.Kes bermula bila 2 pekerja ini ke rumah pelanggan mereka untuk menghantar kereta yang dibeli..selesai penghantaran depa berdua bertolak balik untuk pulang ke pejabat semula(tempat kerja depa lah)..dalam perjalanan tu sebuah kereta dari arah yang sama datang dari arah belakang terus melanggar kereta yang mereka naiki menyebabkan kereta yang depa naiki terbalik 2-3 kali dan masuklah ke dalam parit di kiri jalan..kedua-dua pekerja ini akhirnya tersepit dalam kereta tersebut..keluar dengan bantuan orang ramai dan pasukan BOMBA..teruk kecederaan yang mereka alami..sian jugak aku tengok depa ni..mudah mudahan cepat sembuh bro..
3.Kes ini merupakan kes bencana kerja dan sememangnya mereka boleh membuat tuntutan dengan pihak PERKESO..kerana kedua-dua pekerja ni kemalangan dalam perjalanan melibatkan kerja mereka..hehe bukan berjalan suka2 tau hehehe bukan merayau-rayau woo..depa kerja..so bila berlaku kemalangan mereka berdua dilindungi oleh pihak perkeso..mcm biasalah apabila berlaku sahaja kemalangan jalan raya sudah pasti laporan polis kena buatla, kena juga dapatkan rawatan dulu dan pastu pastikan hangpa dapat cuti sakit..dan selebihnya biaq majikan yang mengisi borang 21 untuk membuat tuntutan dengan pihak perkeso..bab2 tuntutan kemalangan berkaitan perkeso dah banyak kali aku dok citer hangpa carila kat sini ada la..dan langsung tidak susah dan tidak menyusahkan kalian sebagai pencarum..yang kena isi borang 21(Borang Laporan Kemalangan/Borang tuntutan) pihak Majikan hangpa hehehe bukan hangpa yang isi borang tuntutan kepada pihak PERKESO..hangpa duk diam2 je lah..rehat secukupnya.Hehehe..nak tulis panjang2 tak larat dah ni hehehe..cukup la tu..tulis panjang2 nanti hangpa mesti Tanya jugak nanti wakkakakaka

Isnin, 9 November 2015

Meriahkan Aktiviti bermasyarakat bukan mencipta alasan demi alasan

1.Badan terasa sikit penat dan keletihan..minggu ni banyak kes yang aku siasat..boleh dikatakan setiap hari keluar ke merata tempat untuk selesaikan dan melengkapkan siasatan kes..minggu ni jugak ke Putrajaya atas sebab urusan kerja hahaha..cukup padat jadual minggu ni..balik kerja macam biasa layan anak2 pula..24 jam masa terpaksa dibahagi sebaik mungkin..hahaha..adakalanya janji juga terpaksa dicapati dengan isteri tersayang gara2 ketidak cukupan masa hahaha..pas esok tunda esok tunda lagi kakakaka..dapat memo dari wife barulah buat apa yang nak kena buat wakakakaka..lalala
2.Ada orang suka memberi 1001 alasan untuk menghalal apa yang dimahukan..ada orang juga mencipta 1001 alasan untuk mengelak dan terus mengelak dari melakukan sesuatu dengan harapan 1001 alasan itu mampu 'menyelamatkan'nya dari terlibat dalam apa yang mereka tidak gemar dan tidak minat..hahaha manusia dijadikan bukan untuk mencipata alasan demi alasan semata-mata..sampai bila kita mahu menjadi kilang mengeluarkan produk 'alasan' hahahaha...tapi seronok jugak kalau alasan demi alasan mampu mengbahagiakan kita kan kan hahahahah..Alasan demi alasan sama ada dalam kehidupan harian, dalam kerja dan hidup dalam masyrakat sememangnya dan sepatutnya wajar dikurangkan..hahaha kita bukan dicipta untuk hanya memikirkan alasan sahaja hahaha..aku juga kadang kala terpalit dalam mencipta alasan  hahaha..tapi Alhamdulilah masih dalam kawalan kah kah kah..
4.Alhamdulilah buat masa la ni aku masih mampu imbangi antara kerja, keluarga dan masyarakat..setakat ni kerja Alhamdulilah tak dak masalah hahaha kerja rutin jalan seperti biasa tak dak yang sangkut2..my bos mesti baca ini blog hahahaha jangan marah bos..sibuk dengan kerja tak pernah menghalang keterlibatan aku dalam aktivti masyrakat..setidak tidaknya aktiviti bermasyrakat ini sedikit sebanyak menjadi terapi pada diri aku..ni pada diri aku la hahahahaha pada diri orang lain aku tak tahu sebab ada yang tak suka dan anti pada masyarakat sekeliling...hahaha mulut kata nak hidup bermasyarakat akan tetapi gaya hidup anti masyarakat wakakakaka..buat apa sahaja program masyarakat hangpa boikot,buat sahaja program gotong royong hangpa duk dalam rumah hahaha itu perkara biasala..namanya sukarela kan kan..pas tu mula mencari alasan demi alasan kakakaka..pastu mula mencari kelemahan sesuatu program senang kita nak bantai kakakaka..biasala tu

5.Ermm kadang2 aku heran juga, ada yang beri alasan yang dikatakan 'maha' kukuh mengatakan kesibukan kerja adalah punca mereka tidak terlibat dalam aktiviti masyarakat hahahaha..pehhh 'maha' kukuh punya alasan..kakaka kerja hangpa 24 pada setiap hari ka?kerja tiap2 hari ka?tak dak cuti walau sehari ka?hahaha..itu alasan 'maha' kukuh untuk mengelak dari terlibat dalam apa sahaja aktiviti bermasyarakat..aku rasa alasan kesibukan kerja dan kepenatan kerja hanya sekadar alasan saja..aku pun kerja juga hahaha lagi teruk hari2 kerja luar..tapi aku malu untuk mencipta alasan..malu nak kata penat malu nak kata sibuk kerja hahaha..pasai tu aku ikut serta semua aktiviti yang masyarakat taman anjurkan...hahaha..aku boleh berjaga malam demi menjaga keselamatan penduduk taman hahahahha masuk SRS la geng..hahaha mengantuk penat semua ada sebab kita kerja..tapi alhamdulilah bukan kena tiap2 hari pun..hahaha tak jadi masalah pun..tak leh keluar hari kerja keluar hari cuti hahahaha sebulan sekali dah bagus dah..jangan dok berkira sangat pasal tidur kita tu hahahaha..tu semua alasa..ermm sapa kata terlibat SRS gangu prestasi kerja?wakakaka aku dah setahun lebih terlibat SRS tak gangu prestasi pun ehhh..aku tetap cemerlang jugak kakakka bahkan setiap tahun x pernah ambil cuti sakit (MC)wakakakakaka..dok ehhh ni sekadar pandangan jah..tapi kalau kerja pengawal keselamatan(JAGA) memang kerja tiap2 hari, tu aku tahu hahahaha..kesian depa.
 
 

Sabtu, 7 November 2015

Program 'Ngaca Suro' Persatuan Anak Kelantan Simpang Renggam


1.Alhamdulilah hari ni sempat menghadiri Program 'mengancha bubur asyura@ngaca suro' anjuran Persatuan Anak Kelantan(PERAKAN) cawangan Simpang Renggam..terima kasih atas penganjuran program ini,sesungguhnya program sebegilah yang perlu di perbanyakkan dan perlu diperhebatkan lagi untuk mengeratkan lagi hubungan sesama kita.Biar penat asal puas hati..betapa nikmatnya bubur asyura yang dihasilkan namun nikmat lagi senda gurau gelak ketawa sepanjang program berlangsung..itu akan kekal dalam ingat sampai bila-bila selagi umur masih ada..
2.Tahniah atas kejayaan penganjuran program ini..program yang bermula seawal jam 6.30 pagi telah memakan masa hampir 9 jam  lamanya..tahniah sekali lagi..itulah bubur asyura turun temurun kita, yang perlu kita pertahankan..waima dari segi cara pembuatannya dan juga cara 'mengacha nyer' gunalah tenaga sahabat2 kita kerana perjalanan dan ekspedisi  inilah yang lebih mengeratkan kita, lebih memesrakan kita dan lebih merapatkan kita..alangkah baiknya selepas ini kita saling kenal mengenali dan saling berhubung sepanjang masa dan ketika.
3.Dari jam 6.30 pagi hingga 3.30 petang sepanjang program berlangsung tidak pernah lekang dan tidak pernah sunyi suasana dengan gelak ketawa dan usik mengusik..sukar untuk mencari program yang boleh menyatukan antara kita jika tidak mengadakan program sebegini..program2 sebelumnya seperti kenduri hari raya..gulai itik serati tetap ku tunggu setiap tahun..meriah dan amat meriah..
4.Alhamdulilah setakat ini, setiap program yang dianjur PERAKAN Simpang Renggam tidak pernah lagi terlepas untuk mengikutinya..dan InshaAllah jika umur panjang akan terus menyertai mana2 aktiviti yang dianjurkan demi merapatkan hubungan antara kita..hehehe "SEK KITO JANGE PECOH"
 

Jumaat, 6 November 2015

Kes langgar babi hutan semasa nak pi kerja@tuntutan kemalangan perkeso@kampung setia jaya Mchap

1.Tiga hari lalu aku ke sebuah kampung untuk menyiasat kes kemalangan jalan raya yang berkaitan dengan tuntutan perkeso.Kampung yang aku masuk kali ni adalah kampung Setia Jaya Mchap jauh jugak masuk ke kampung ni..vrommm2 dengan mengunakan kereta buruk aku hahaha..masuk nun jauh ke dalam..jauh ke dalam..pusing2 jumpa la kampung Kawasan Air Hitam hehe dalam Kampung Setia Jaya Mchap..kampung di dalam kampung bekali..sama dengan cerita di dalam cerita dan drama di dalam drama hahaha teringat plak kat cikgu sastera yang mengajar aku dulu kadang2 payah nak faham drama di dalam drama ni hahaha berbuih mulut cikgu dok mengajar aku bahahaha..thanks Cikgu Kamariah..
2.Berbalik kes yang aku siasat tiga hari lalu..kes ini kes kemalangan semasa dalam perjalanan nak ke tempat kerja..motorsikal yang ditunggang pekerja ini melanggar seekor babi hutan yang telah mati yang berada betul2 diatas jalan raya di laluan pekerja ini..tak di ketahui pulak pasai apa babi hutan ni dok pi mati atas jalan hahaha betul2 malapetaka babi hutan ni..kejadian berlaku jam 6.45 pagi..suasana masih gelap..pekerja ni tak nampak plak menatang babi hutan yang mati betul2 di atas jalan..apa lagi berdentum dia pi langgar babi hutan tu hehehe kata beliau babi hutan tu cukup besarr.babi hutan biasa besaq wooo..bapak babi wooo bukan anak babi hutan hahaha..jatuhla ia diatas jalan raya..bertemankan babi hutan yang sedia mati tu..hehe kes langgar babi hutan bukan kes terpencil banyak kes begini beb..langgar babi hutan nak claim perkeso kena juga buat laporan polis..hehehe habaq je kat polis trafik langgar babi hutan tak yah dok malu2 hahahaha jangan duk kata langgar lembu pulak hahaha babi tetap babi hahaha..jangan menyusahkan diri dok putaq citer...berterus terang lebih afdal hahaha..selebihnya biaq majikan hangpa yang uruskan..
3.Kecederaan pekerja ni teruk juga..melanggar babi hutan bukan kemahuannya hehe tak guna babi hutan tu..patah kedua dua tangan pekerja ni...kesian dia..lagi kesian dia bukan orang yang senang..jadi cuba sedaya upaya percepatkan kes ini..anak beliau pun ramai semua masih sekolah..Inshaallah dalam masa terdekat dapatlah bayaran untuk kes ni..beliau sememangnya dalam perjalanan ke tempat kerja..dan kes disiasat di bawah seksyen 24(1)(A)AKSP 1969..kes ini kes bencana kerja dan sememangnya pihak perkeso akan membuat bayaran kepada pekerja ini dalam kadar segera..Hmm badan masih penat beb..aku banyak citer nak kongsikan..nantila bila dah ada sikit kelapangan akan kongsikan banyak lagi kes2 yang menarik yang sikit sebanyak dapat membantu hangpa yang masih kurang faham perkara2 yang berhubung kait dengan tuntutan perkeso..

Ahad, 1 November 2015

Program 3R COMBI Impiana Casa

1.Salam geng..hari ni cuti beb rehat umah je le hehehe dan rehat jap dari menulis bab2 kerja nantila bila ade masa kita sambung balik  ye..Ooooh ya hari ni aku nak ambil peluang untuk mengucapkan jutaan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan buat keseluruhan team COMBI Impiana Casa Taman Seri Impian Kluang atas kejayaan mengadakan Program 3R di Taman Seri Impian Kluang, sesunggunya hangpa semua  memang terbaik dikalangan yang baik2 hahaha tahniah geng!! kejayaan ini begitu sukar untuk diungkapkan dengan kata2..semalam baru sahaja selesai program 3R (Reuse,Reduce,Recycle) yang diadakan dengan kerjasama KPKT, JPP Padang Tembak, Pejabat Kesihatan Daerah Kluang, SWCorp,COMBI Impiana Casa, MPK dan KRT Taman Seri Impian..Alhamdulilah pada aku punyer "fikiran" program tersebut berjalan dengan baik dan jayanya, pada "orang lain" punyer fikiran aku tak tahu lah hahaha..sebab apa berjalan dengan baik dan jayanya? sebab team2 COMBI dan AJK KRT Impiana Casa nye begitu komited dalam menjayakan pelbagai program yang dijalankan di tambah lagi dengan sokongan agensi2 kerajaan maka ianya memantapkan lagi kerjasama untuk menjayakan program yang begitu bermanfaat ini..hohoho ada kalanya program yang begitu manfaat dipandang sepi oleh banyak pihak hahahaha itu biasa dan terlalu biasa hahaha..labu oooo labu hahaha biarkan biarkan..kikiki aku pun heran team COMBI Impiana Casa Taman Seri Impian ni..hangpa tak penat ka??hangpa ni mnusia ka apa??tak henti2 de program hahahaha itu pasal la hangpa terbaik aku rasa di Kluang ni hahahaha hangpa "gila" kah kah kah..
2.Beruntung COMBI Impiana Casa Taman Seri Impian Kluang mempunyai pasukan yang kuat dan jitu..mempunyai saf2 kepimpinan yang cukup hebat lantas dapat mengembleng tenaga untuk menjaya program ini,tanpa hangpa semua dapat aku rasakan dan akan dapat ku lihat lingkup rasanya program hari ni hahaha..sayang jika perkara sebegitu berlaku.. lagi pun program ni amat bermakna kerana mengumpulkan keseluruhan penduduk di taman seri impian untuk bersama-sama bergotong royong dikawasan masing2 dan bersama mengumpul sisa pepejal untuk dilupuskan pada hari tersebut...namun Alhamdulilah berjaya juga program yang diadakan ini..ooooo terima akasih adik2 sekolah Taman Seri Lambak (T6) hangpa dan guru2 hangpa memang terbaik!!!hangpa juga "penyelamat bumi" Impiana Casa semalam hahaha..pe khabar penduduk Impiana Casa hahahaha hebat kan adik2 kita ni..jauh depa datang ke taman kita kan kan kan..tahkala kita tidur nyenyak tahkala kita kesibukan..depa ada "banyak masa" yang berharga untuk bersama kita di Impiana Casa, walaupun hadir buat seketika untuk menjayakan program semalam namun kehadiran depa ni cukup cukup dan cukup dirasai..depa cukup hebat..memang depa hebat!!hebat dari kita yang tidur dirumah tahkala yang lain sedang berprogram hahahaha..sekalung tahniah atas kehebatan kalian!!!kita labuuu ooo labuuu biarkan biarkan

3.Pada akula sambutan penduduk pada program ini juga "amat mengalakkan" dengan pelbagai bahan buangan sisa pepejal seperti perabot lama,almari rosak,meja makan,sinki dan banyak lagi barang2 yang tidak lagi boleh digunakan telah berjaya dikumpul di hadapan rumah masing2 dan telah diangkut oleh pihak SWM untuk dilupuskan..kerjasama sebegini sudah cukup baik untuk bersama sama terlibat dalam program yang dianjurkan..hahaha macam biasala bukan kita boleh tarik 100% penduduk turun menyertai apa2 program..dapat 50% pun jadila hahaha..kira ok la tu..hahaha labuuuuu ooooo labuuuuu kakaakaka biarrrrr kan biarrrr kan kah kah kah..oooo labu ada rupanya muhahahahaha..biarkan biarkan hahahaha..tak sampai 50% pun tak pa sebab labu belum masak tak boleh nak tuai muhahahaha labu dan labu biarkan biarkan..

4.Untuk menjayakan program ini telah banyak usaha dilakukan dan telah banyak kali sesi mesyuarat dibuat..semuanya dilakukan secara sukarela..korban masa tenaga dan wang ringgit untuk kerja2 sukarela amat-amat bermakna jika sesuatu program itu berjalan dengan lancar dan jayanya..mereka yang tidak terlibat dan menyertai program tidak akan merasai nikmatnya hasil dari penat lelah bekera dan usaha tanpa jemu untuk mempastikan kejayaan sesebuah program yang dijalankan...hohoho pajang lebar plak dah aku dok mengarut hari ni wkakakakakaka..bab mengaruk bab membebel bab mengkritik seronok aje kan kan tadah oooo tadah kakakaka tadah telinga looooo lalala labuu oooo labuuu ada program kitar semula ke kat taman hangpa ni...ahhhh pedulikan hahahaha wakakakaka kita sabotaj aje depa tu bisik si syaitan wakakakakaka...hahahahahha..syaitan memang begitu ada aje yang tak kena hahaha ada sahaja yang tak berkenan di mata hahaha..nasib baikla program ni syaitan nya hampir tiada kah kah kah kah..syukur Alhamdulilah hahahaha..