Sabtu, 7 November 2015

Program 'Ngaca Suro' Persatuan Anak Kelantan Simpang Renggam


1.Alhamdulilah hari ni sempat menghadiri Program 'mengancha bubur asyura@ngaca suro' anjuran Persatuan Anak Kelantan(PERAKAN) cawangan Simpang Renggam..terima kasih atas penganjuran program ini,sesungguhnya program sebegilah yang perlu di perbanyakkan dan perlu diperhebatkan lagi untuk mengeratkan lagi hubungan sesama kita.Biar penat asal puas hati..betapa nikmatnya bubur asyura yang dihasilkan namun nikmat lagi senda gurau gelak ketawa sepanjang program berlangsung..itu akan kekal dalam ingat sampai bila-bila selagi umur masih ada..
2.Tahniah atas kejayaan penganjuran program ini..program yang bermula seawal jam 6.30 pagi telah memakan masa hampir 9 jam  lamanya..tahniah sekali lagi..itulah bubur asyura turun temurun kita, yang perlu kita pertahankan..waima dari segi cara pembuatannya dan juga cara 'mengacha nyer' gunalah tenaga sahabat2 kita kerana perjalanan dan ekspedisi  inilah yang lebih mengeratkan kita, lebih memesrakan kita dan lebih merapatkan kita..alangkah baiknya selepas ini kita saling kenal mengenali dan saling berhubung sepanjang masa dan ketika.
3.Dari jam 6.30 pagi hingga 3.30 petang sepanjang program berlangsung tidak pernah lekang dan tidak pernah sunyi suasana dengan gelak ketawa dan usik mengusik..sukar untuk mencari program yang boleh menyatukan antara kita jika tidak mengadakan program sebegini..program2 sebelumnya seperti kenduri hari raya..gulai itik serati tetap ku tunggu setiap tahun..meriah dan amat meriah..
4.Alhamdulilah setakat ini, setiap program yang dianjur PERAKAN Simpang Renggam tidak pernah lagi terlepas untuk mengikutinya..dan InshaAllah jika umur panjang akan terus menyertai mana2 aktiviti yang dianjurkan demi merapatkan hubungan antara kita..hehehe "SEK KITO JANGE PECOH"
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan