Sabtu, 19 Mac 2016

Mangala Resort & SPA Gambang Kuantan Pahang@Percutian Hari Ke 2

 
1.Hari kedua di Mangala Resort & SPA Gambang Kuantan Pahang..Seawal jam 5 pagi jelas kedengaran kicauan burung-burung yang begitu merdu begitu mengamit suasana yang menenangkan..seawal jam 5 pagi..menikmati suasana sebegini cukup mengasyikkan..pandai pemilik resort ini memilih tempat sebegini rupa..betul2 mengekalkan alam semula jadi..Ohh ya bab burung-burung ni payah nak snap gambar hahaha..pakai phone aje mana nak leh tembak gambar malam2 kah kah kah..so tidur malam tadi amat best sekali..sunyi tanpa ganguan langsung..betul2 privacy..bangun dari tido siap anak2 dan call buggy car hehehe nak pi sarapan pagi, macam biasa perkhidmatan buggy car ni percuma dan depa sampai cukup pantas..sarapan pagi percuma la..macam kat mana2 resortla untuk penginap..hehe dekat 1 jam lebih jugakla dok mengadap makanan hahaha..restoran ni terletak betul2 di hadapan kolam mandi dan tasik yang besarr..
 
 
 
 
2.Disebabkan semalam dah mandi kolam so hari ni aku just nak habiskan pusing-pusing dan merayau-rayau di area Mangala Resort & SPA ni..semalam pusing-pusing guna basikal aje kakakaka..hari ni sebab bawa anak bini so naik buggy car looooo..seperti aku katakan tadi perkhidmatan buggy car adalah percuma..dan drivernya amat baik sekali..boleh bawa kita kemana sahaja dalam kawasan resort kikiki..hehe lupa plak nama akak yang pandu buggy car yang bawa aku pusing-pusing ni kikiki sory akak :) betul2 beliau pemandu buggy car yang cekap hahahaha sentiasa memberi penerangan setiap tempat yang kami singgah..thanks kak..ohh ya semalam tak sempat ke tasik ke dua jadi hari  ni aku ke tasik dua yang terdapat di Mangala Resort & SPA ni..tasik ni cukup besar dalam kawasan resort..dikatakan akan di bina satu lagi restoran kat sini hehehe..tasik ni juga kalau tak silap di benarkan untuk aktiviti memancing bagi penginap resort ini sahaja dan joran pancingnya leh lah disewa dengan pihak resort..pada kadar bayaran aku dah lupa wakakakaka..Ohhh jap-jap sebelum sampai tasik kedua..aku singgah jap kat kandang kuda yang ada kat resort ni..kuda ni boleh di tunggang..tapi masa aku pi waktu dah tengahari..matahari pun dah atas kepala jadi tak lah aku nak pi naik kuda..setakat tengok aje le..
 
 
 
huhuhu kat tasik ni aku rasala kompem ada ikan toman ni..kalau lah lepas pancing dan dapat ikan terus BBQ plak kat tepi tasik ni pehhhh bertambah keseronokkannya hahahaha..Dato kena buat..kompem ramai kaki pancing singgah sini sambil bercuti hehehe..di kawasan tasik kedua ni memang luas..pelbagai aktiviti boleh di lakukan disini..antaranya memancing yang aku dok citer tadi la..lagi aktiviti berkayak pun ada..untuk aktiviti berkayak ianya PERCUMA..hehehe betul PERCUMA untuk 2 orang penginap setiap resort ni ajela..kayak depa letak tepi tasik aje pandai2 hangpa la ambik kakakaka..ooooo nak ke sini boleh juga naik basikal geng...tak la jauh..best berbasikal..kawsanya tak panas sebab jalan masuknya di teduhi pokok-pokok kelapa sawit hahahaha..
 

 
3.Kawasan tasik kedua ni sebenarnya dalam proses di cantikkan lagi hehehe macam2 depa dok rancang kat sini..oh ya..kawasan ni jugak ada kemudahan memanah kakaka..nah ambik dua panah terus hah hahahaha..ni PERCUMA ni tak bayaq pun ehhh..sikit masa lagi kalau aku datang balik kompem tempat ni akan berubah wajah dan bertambah cantik..hohoho bagi chance anak dara aku memanah kakaka..opsss tak jauh dari sini ada SPA wooooo hohoho leh kasi urut badan2 yang letih kembali segarrrr kakakaka..hajat hati nak juga rasa badan di urut dan di manjakan kakakaka..tapi Quenn tak bagi tak dapat permit geng wakakakakaka.. sikit masa lagi ada tukang urut lelaki so no problem geng setakat nak manjakan tubuh..kedudukan SPA memang ekslusif dan privacy hahaha urutla puas2 kakakaka..ini betul betul punyer urut jangan dok pikir yang bukan-bukan plak hahaha..
 
 
 


4.Ok cukuplah bab SPA dan tasik-tasiknya..kalau nak citer tak habis..lagi pun kawasan resort ni dipenuhi tanaman pokok buah-buahan..pelbagailah dari kelapa,manga,buah naga, adehhh macam2..aku rasa sikit lagi bila tiba musim buah kompem jenuh la kita dok ambik hahahahaha..aku tengok pokok manga banyak depa tanam hahaha kenyang kali ni geng..alang2 kita menginap kita bantai makan buah buah kat sana hahahaha hope Dato tak marah la haha..tunggu musim manga bebuah kami pi lagi Dato hahaha..kalau la pelbagai buah buahan ini dapat di nikmati bersama-sama penghuni resort..masuk petik sendiri..berkhemah bawah pokok buah-buahan yang sedang masak ranum pehhh best wooo..boleh buat kan Dato hahaha..tak baik simpan buat banyak2..rezeki harus dikongsi bersama loooo hahaha..
 
 
 

5.Sebenarnya jika kita menginap di JALA VILLA resort atas air ni memang seronok..bukan sahaja di sebabkan resortnya atas air..akan tetapi suasananya cukup mendamaikan..buka aje balkoni mengadap tasik dan boleh lepak sampai bila kita nak duk situ sebab tu kita punya bilik hahahaha..aku dok perhati dari semalam lagi dari dalam bilik aku ni asyik dok nampak percikan air dek ikan banyak aje ni..satu hari nanti kalau lah..KALAULAH hahaha di benarkan memancing dari atas resort ni pe hhh alamaknya penuh la kaki pancing check in resort mangala ambik bilik Jala villa ni haha..leh hulur joran pancing dari bilik kakakaka..tasik pertama ni kompem ada toman ni hahaha..kam on Dato benarkan depa pancing dari bilik tapi jangan guna umpan yang boleh mengotorkan tasik..guna umpan tiruan saja umpan tiruan tak mengotorkan air tasik dan tak mengotorkan bilik..dan tangkapan IKAN KITA GUNA PERATURAN TANGKAP DAN LEPAS BALIK ikan tu hahaha..kaki pancing depa nak layan tarikan ikan aje hahahaha banyak orang buat macam ni pancing dan bebaskan balik hasil tangkapan kikikiki..best woooo silap2 team manegment depa dah buat ka apa ni kakakkaka..geng gurau2 saja geng..Mr Kevin you punye staff semua ok baik2 belaka..
 


Jala Villa ni kalau hangpa tempah yang family punyer bilik ada dua tau..besar plak tu hehehe sempat masuk tengok jap sebelum balik
 
Hehehe sempat juga pi tengok bilik Vana Villa..biliknya bukan atas air tapi tak jauh dari SPA hohoho duduk kat sini senang nak menyelinap pi SPA wakakakakaka..gurau geng..bilik ni cukup luas ala ala bangle..ada satu kolam kecil tuk budak2 dalam villa ni hehehe privacy woooo..
 

 
 
Ok la..mata dah mengantuk..dah tak leh nak menaip kakaka..bye2 Mengala Resort & SPA Gambang..bila nak belanja kami dinner ni :)


 

 



 
 
 

 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan