Ahad, 7 Ogos 2016

Lumpuh sejak 2011 akhirnya berjaya di kesan dan dibantu dan Alhamdulilah di sahkan mendapat Pencen Ilat Perkeso


1.Salam gang..lama tak menulis sembang panjang2 ni..macam biasala kalau menulis pun tak lari dari tajuk perkeso la hehe tajuk yang harap2 memberi pahala di kemudian hari nanti, hangpa boring ka bosan ka itu bukan masalah aku kalau rasa jemu hehe takpe jangan baca..hm cuaca panas menyebabkan kadang2 kita leka dalam membuai perasaan haha..sambil berputar2 fikiran tak tahu bagaimana nak mula tulisan hari ni...ermm apa pun terlebih dulu ribuan terima kasih buat team perkeso khususnya encik kamal,team kluang easy bikers dan juga team JPJ Kluang serta team Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom..peh panjang sikit citer hari ni geng..terima kasih sebab apa?hehehe mai nak kongsi cerita sikit...

2.Sebenarnya telah banyak usaha2 dilakukan pihak perkeso sama ada melalui media cetak dan eloktronik mahupun usaha secara individu untuk menerangkan pelbagai maklumat2 berkaitan perkeso kepada penduduk isi bumi di Malaysia ni,namun begitu rupa rupanya masih banyak yang masih tidak tahu dan tidak ingin mengambil tahu walaupun pelbagai hebahan,promosi dan program2 turun padang yang perkeso lakukan termasuk program perkeso bersama pemimpim masyarakat dan sebagainya..namun mana silapnya ramai anggota masyarakat terutama kawasan kampung masih tidak mengentahui akan faedah dan kebaikkan perkeso.Tak tahu nak kata apa dah..terangkan kebaikkan perkeso pada ketua kampung sudah,terangkan kebaikan perkeso kat Ajk Kampung sudah, terangkan kebaikan perkeso kat Ajk KRT sudah bla bla bla sama aje masih ada yang juga mangsa tercicir. .maksud aku terlepas pandang..(aku sama sekali tak menyalah kan sesapa dalam hal ini harap faham ia adalah tulisan peribadi tanpa wakili tempat aku bekerja ingat tuuuu tulisan peribadi hehehehe hahaha lamakan aku kena marah plak)

3.Nak dijadikan cerita..dalam bulan ramadhan yang lalu..satu team konvoi jelajah ramadhan dari gabungan anggota JPJ Kluang dan Team kelab motor besar kluang hehe Kluang Easy Bikers telah mengadakan program mereka..masuk ke kampung untuk program jelajah ramadhan memberi bantuan kepada keluarga yang kurang bernasib baik di kampung rahmat kluang…dalam program itu dengan kuasa Allah mereka berjumpa dengan satu keluarga..dimana salah seorang penghuninya terlantar sakit..pakcik Ma’at bin Pardi namanya..dah lama tuan2..dikatakan beliau sakit sejak tahun 2011 lagi kesian..lama dan amat lama..keluarga ini tidak membawa pak cik yang sakit itu ke Hospital untuk mendapatkan rawatan..alasan biarla aku tak nyatakan..sakitnya agak teruk tuan2..tak mampu berkata-kata dan hanya terbaring lesu..lama tuan2 sejak 2011..mereka tiada anak..tinggal bersama bapa mertua yang telah uzur..Isterinya bekerja kampung sahaja..

4.Nak dijadikan cerita dan dengan pertolongan Allah dalam team tersebut ada juga pihak media yang begitu rapat hubunganya dengan pihak perkeso dan segera menyalurkan maklumat ke pejabat perkeso..setelah pihak perkeso mendapat maklumat tersebut team skuad pantasnya segera ke rumah pesakit ini dan hasil semakan caruman mendapati pesakit pernah mencarum perkeso sehingga tahun 2011 dan semakan kelayakan caruman mendapati layak untuk menuntut pencen Ilat..

5.Serentak dengan itu juga pihak perkeso segera menghubungi Ambulans..thanks geng2 Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom..mereka amat terbaik dengan memberi tindakan yang cepat..ambulans segera di hantar ke rumah pesakit dan pesakit segera di hantar ke Hospital untuk mendapatkan rawatan..Alhamdulilah..pantas tindakan dari Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom..

6.Ceritanya tidak habis di situ geng…selepas mendapatkan rawatan..pihak perkeso segera mengatur pesakit ini untuk di rujuk ke Jemaah Doktor untuk menentukan sama aada pesakit layak mendapat pencen Ilat atau sebaliknya..tiba harinya Alhamdulilah Pihak Jemaah Doktor telah memutuskan pesakit ini di sahkan mengidap keilatan dan serentak dengan itu beliau layak mendapat pencen Ilat dari perkeso..tuan2 pencen Ilat ini adalah pencen bulanan yang akan dibayar pihak perkeso sepeanjang hayatnya jika beliau masih sakit dan tiada perubahan..selain itu bukan pencen bulanan sahaja bahkan pesakit ini juga telah diberi Elaun Layanan Sentiasa (ELS) di bawa penjaga pesakit ini akan dibayar secara bulanan sebanyak RM500 sebulan!bayaran ELS itu belum lagi termasuk dengan Pencen Ilat untuk pesakit tersebut..Alhamdulilah..

7.Tuan2 pesakit ini bukan sahaja menerima pencen secara bulanan..BAHKAN pesakit juga menerima pelbagai bantuan lain dari pihak perkeso antaranya katil KHAS,tilam KHAS,susu KHAS,Pampers, dan baynyak lagi..Allahuakbar!!!alatan pemulihan ini diebri secara berkala..macam pampers habis akan diberi habis guna akan diberi Alhamdulilah perkeso terbaikd alam menjaga kebajikan pekerja..

8.Namun soal bantuan pelbagai alatan pemulihan dan wang pencen itu soal kedua..namun mengapa perkara sebegini sering terjadi!!!pelbagai kempen pelbagai promosi dah di jalankan..mengapa masih ada masyarakat tak tahu dan tidak ingin ambil tahu tentang perkeso?Ok..salah satu contoh cukup jelas..perkeso telah berulang kali adakan program perkeso bersama pemimpin masyarakat yang mana saban tahun dikumpulkan semua ketua kampung,penghulu,AJK taman dan KRT untuk menerangkan faedah2 perkeso namun apakah mereka menyampaikan maklumat dan info pada anak2 “buah” mereka???kalaulah mereka sampaikan aku percaya perkara sebegini tak berlaku…tapi mereka pun ada kerja juga kita fahamla mereka busy…kerja hakiki mereka..tapi kan kalau lah kita ni ketua kampung AJK kampung…ada sahaja anak2 “buah”kita sakit kronik tak boleh kah sampaikan info ini pada pihak perkeso?atau ke pejabat perkeso untuk membuats emakan kelayakan caruman?atau nasihatkan keluarga yang terlibat agar cuba2 bertanyakan pada pihak perkeso? ahhhhh pening…kalaula semua berjalan bagai di rancang alangkah baiknya…opssss aku bukan nak salahkan ketua kampong wooo woooo jangan salah falam hehehe..jangan salah faham woooooo..

9.Aku bukan nak salahkan mereka..ye la..masing2 ada kerja..kita di pihak perkeso juga tiada cukup info untuk masuk ke kampung2 mencari pesakit2 yang seandaikan ada caruman boleh mohon pencen Ilat..sakit Kronik maksud aku..kalaulah masyarakat prihatin dan tahu bab2 perkeso alangkah bahagianya..senang2 kita dapat maklumat dan membantu apa yang perlu…

10.Terlantar sakit sejak tahun 2011 sebelum berjaya dikesan pada Julai 2016 adalah tempoh yang begitu lama seseorang menangung derita…mereka patut tahu dan tuntut hak mereka..Allahuakbar kembalikan lah sikap2 kemasyarakatan kita…bertanya khabar dan ambil tahu…sampaikanlah maklumat2 berkenaan perkeso pada segenap lapisan agar perkara sebegini tidak berlaku lagi..ayuh bantu membantu sesame kita!Tak susah geng tak susah tuan2 jika tahu ada orang2 sakit teruk sakit kronik di kampung2 sila bertanyakan mereka apakah pernah kerja mana2 syarikat swasta?pernah mencarum perkeso?buat semakan kelayakan caruman..berkunjunglah ke pejabat perkeso terdekat jangan ada rasa segan2,bertanyalah ambil tahu..bersama sama membantu sesame kita..tak boleh juga sila info pada pihak kami!
11.Akhir kata jangan marah aku hahaha..sekadar meluah rasa sahaja..banyak program kita buat setiap tahun...hmmmm tolonglah bantu kami sampaikan pada mereka2 tentang kebaikan dan faedah perkeso..

 

13 ulasan:

  1. Salam..bulan mei lepas sy ada mmbuat aduan mngenai majikan yg tidak mencarum dan tidak melaporkan kemalangan kpd perkeso..bbrapa buln sblum tu sy terlibat dgn kmalangan semasa bekerja..tugas sy sbg site supervisor..yg mmerlukan kerja diluar site utk tujuan mmbeli kperluan site project dlm kuantiti yg sdikit..atas tugas yg telah diarahkn pngurus projek jika pekerja site mmerlukan apa2 kperluan utk site....jadi perkeso tlah mnyiasat kes sy dgn majikan dan kptusannya kes sy bukan bencana kerja dan majikan mlaporkan kpd perkeso sy kemalangan utk mmbeli petrol utk kegunaan tpak projek bukn atas arahan majikan dan tiada kaitan dgn pkerjaan...seakan sy teraniaya..perkeso ada bagi borang prmohonon rayuan..sy akn serah scpat mungkin..bgaimana proses rayuan tu nti ye? Trpaksa la sy tanggug ats majikan yg xbrtanggugjwb tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam tuan,
      hampeh tul majikan tuan..bengong pun ada hahaha..kalau tuan beli petrol bukan untuk projek jadi tuan beli petrol untuk apa?

      2.Saya berkeyakinan apabila kes ini di rujuk ke Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial (JRKS) nanti tuan akan Berjaya Inshallah jika tuan di pihak yang benar maka usah gentar..sediakan fakta dan hujah yang betul2 tuan alami..

      3.JRKS adalah satu badan yang cukup adil!!!lawan tuan jangan bertangguh!

      Padam
  2. Haha..dh tentu sy bwk tong petrol bsar mse tu..dlm lporan lengkap polis pon ada gmbr dan sbgnye..saksi pon ada utk mngesahkn sy ke luar bli petrol sbb pkerja mse tu nk guna utk mesin bncuh simen..ckup bebal itu org..dh tentu sy yg jge site nk bg lncar projek..pngurus bukn de pon kt situ..spe lg klu bukn sy yg kna beli..xpe sy anta dlu borg tu..cme leceh sikit la..ptut bole setel cpt jdi brtmbh rumit..trima kasih tuan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha sama..tu la patutnya senang2 leh selesai itu kes hahahaha..adeiii tunggu la JRKS nanti tengok dia kata apa kakakaka majikan pun ada time tu..

      Padam
  3. Selamat pagi tuan blog. Pada 30.5.2014 saya telah mengalami kemalangan motorsikal dalam perjalanan ke tempat kerja dan telah mengalami patah tulang tibia dan fibula kaki kiri dn mc melebihi 180hari.Untuk pengetahuan tuan selama mc dan selepas mc saya mengikuti program return to work under perkeso selama 6bln lebih.saya memulakan kerja pd 23 disember 2014 dan saya mengalami kesukaran naik turun tangga, mencangkung dn kesakitan kaki bila berjalan atau berdiri terlalu lama. pada thn 2015 saya telah ditemu duga oleh jemaah doktor untuk kes kecacatan kekal tetapi keputusan jemaah doktor mengatakan saya masih belum sembuh sepenuhnya dan perlu mendapatkan rawatan semula. Hasil pemeriksaan doktor Hospital tengku ampuan rahimah saya mengalami masalah left acl + meniscus injury. Pada 8.5.2016 saya telah menjalani pembedahan lutut penukaran ligamen dan doktor telah memasukkan skru. Mc saya selama 3 bulan dan berakhir pd hari ini 10ogos.

    Soalan saya tuan
    1, bagi kes patah tulang tibia dan fibula adakah kecederaan ini kecacatan kekal?

    2, Adakah program return to work mempengaruhi nilai peratus kecacatan sekiranya dikatogerikan kecacatan kekal?

    3 Bagi kecederaan Left acl + menicus injury adakah disebabkan kemalangan pd 30.5.2016 dan kategori kecacatan kekal?

    Saya dahulukan ucapan terima kasih atas budi bicara tuan untuk menjawap soalan saya dan mohon maaf panjang bebenor cerita saya ��.

    BalasPadam
    Balasan
    1. selamat pagi puan Hernah...simpati saya pada nasib puan..semoga cepat sembuh geng..
      1.Tak de masalah puan puan menyertai program return to work langsung x akan menjejjaskan peratusan hilang upaya kekal puan bahkan program itu amat terbaik untuk memberi khdmat pada puan..jangan fikir bukan2 hehehehe..ia langsung x akan menjejaskan peratusan HUK puan.

      2.PUan untuk menentukan peratusan dan cacat kekal puan boleh memohonnya dan pihak JEMAAD DOKTOR(JD)akan menentukan puan mempunyai kecacatan kekal atau sebaliknya dan peratusan cacat kekal juga diberi oleh mereka,pada saya biasanya dari pengalaman sedikit sebanyak ada cacat kekal disitu puan..

      Padam
    2. hahaha betul2 panjang citer ni terpening gak kita kakaka

      Padam
  4. Akan cepat sembuh terima kasih geng. Penjelasan yang baik utk persoalan saya. Diharap nilai peratus nanti berbaloi dgn usia saya 23 tahun Doakan saya heheh. risau gak doktor kata kecederaan skrg akan ada effect pd masa tua nanti. terima kasih atas jawapan tuan. Semoga Allah memberkati tuan dan keluarga supaya dalam keadaan sihat, bahagia dan dimurahkan rezeki. Amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha sama2 geng :)..amin terima kasih cik Hernah :)

      Padam
  5. Selamat ptg,suami sya mgalmi kmlngn d tmpt kja.2 tulang jari kaki suami path n retak.n sdh mndpt batuan faedah kurng upya kekal.d cni sy nk btnya,ada ka suami lyak mndpt faedh kurg upya kekl?krna smpai arini suami msi bjln tempang.tulng kaki pn blm pulih spnuh ny n masi retak.suami xpnh mnjalni opret.

    BalasPadam
  6. Oh tak sangka benefit untuk lumpuh dan strok sampai macam ni sekali. Alhamdulillah. Seronok membacanya. Terima kasih atas info tuan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya puan banyak faedahnya puan sebab tu sayang sangat kalau pekerja ditipu majikan dengan tidak membuat caruman dengan pihak Perkeso.Caruman nyer tiap2 buat kecil sahaja puan Namun faedahnya cukup BESAR.

      2.Terima kasih puan Inshallah selagi terdaya dek masa dan tenaga saya akan kongsikan banyak perkara2 yang banyak yang pekerja tidak tahu dan tidak faham hak2 mereka sebagai pencarum Perkeso.

      wasalam

      Padam